Thursday, August 25, 2011

Iftar @ JW Marriot



Semalam dapat jemputan Berbuka Puasa dari Client.. best makanan melampau banyak kat sana.. Sementara nak tunggu berbuka puasa tu aku jalan2 kat dalam Starhill.. bertahun lamanya aku tak masuk Starhill tu.. last zaman2 aku melepak kat BB area Lot 10, Sg.Wang & Star Hill, zaman2 tu Pavi & KLCC mana ada lagi wehhh! fuhhh totally dah bertukar wajah, semua butik2 mahal!!! ada ke jual jam sampai beratus ribu??!! giler ke apo!!.. huhuhuhu jakun aku sekejap hahaha.. btw tak berani nak amek gambar barang2 tu nnt kena marah plak ngan tokey kedai tu hehehe.. 



So aku sempat lah berposing2 jer kat situ sementara nak naik ke JW Marriott utk berbuka.. biasalah akak kan mmg sakai gambar hahaha.. 



tapi masa berbuka kat JW Marriott tak amek gambar pun sebab SUPERB BUZY nak makan hahaha sebab teruja nak berbuka.. emmmm tak pa lah janji  mak enjoy makan kat sana.. thanks to the Client sebab invite for Iftar :)
Read More

Wednesday, August 24, 2011

IFTAR @ KLGCC


saja jer aku park kereta kat roof top sebab nak tengok driving range :)

Semalam 23 August 2011, aku berbuka kat KLGCC mmg syiok wok tempat tu cool man!!! menu mmg banyak lah.. sebelum berbuka tu aku rasa nak telan semua menu yang ada.. sebab b4 berbuka tu aku dah round keliling survey makanan apa yang ada utk aku terus nak NGAP hahahaha... 

welcome to Selera Kampung 
semua menu mmg sedap...

View ~ Menu Stall (6.30pm)

dekat2 sini lah table aku berbuka semalam..
nice view sebab depan swimming pool!

lepas makan2 dah kenyang perut dah senang hati.. apa lagi rabossss time at 9pm.. 

Read More

Tuesday, August 23, 2011

JOM BELI BARANG RAYA



Tak da lah sakan shopping raya.. sikit2 jer.. beli keperluan utk si Kecik aku tu.. hari tu dapat email kata ada branded sale kat Putrajaya, Present 2.. mula2 rasa macam malas nak gi.. tapi bila dipujuk oleh Nizam, emmm layan kan je lah.... nak berterima kasih lah kat Nizam sebab dia belanja shopping utk baju2 Khairine.. huhuhu untuk mummy dia tak ada ke? :(


ok lah sesampai jer kat sana jadi sawan kejap sebab semua muroh2.. Elianto make up pun murah2 up to 70%.. jalan sikit lagi kedepan.. jumpa plak Brand Poney & beberapa brand utk kanak2.. harga dari RM9 onward.. tapi kalau dah jualan murah2 macam ni harus lah ko kena berhimpit2 pastu kena gaul baju2 yang berlonggok tu.. emm end up dapat lah beberapa helai baju utk Khairine.. terima kasih tu Nizam sebab belikan baju2 raya Khairine :)
Read More

Rumah Titian Kaseh



30 July 2011 ~ Hari tu aku ngan mak gi Rumah Titian Kaseh.. rumah ni menempatkan dan Pusat Perlindungan Anak-Anak Yatim, Fakir Miskin, Ibu Tunggal, Warga Emas & OKU rumah amal ni juga sedia menerima tempahan catering untuk apa2 majlis. 

mak (kiri) ngan Mak Pah (kanan).. Mak Pah ni lah pengasas Rumah amal ni. Sangat mulia hati Mak Pah ni.. God bless you.. Ameen 


Rumah Titian Kaseh Asrama Perempuan

Actually aku dah lama tahu pasal rumah kebajikan ni sebab masa zaman aku kerja kat SYABAS lagi kitorang ada buat Charity Day sempena Hari Air Sedunia pada 27 March 2010 bersama Rumah Titian Kaseh ni. gambar2 masa aku jadi emcee dan beramah mesra dengan dorang boleh tengok kat fb link ni :


Sign board ni masih ada tapi disebabkan dorang dah pindah rumah, maka sign board ni pun di bawak pergi ke Rumah Titian Kaseh Asrama Perempuan.. buktinya?? 

tu... nampak tak sign board tu??

dianggarkan seramai dalam lebih 500 penghuni yang mendiami Rumah Titian Kaseh ni dari masa ke semasa..


 ni sebahagian dari anak2 penghuni Rumah Titian Kaseh...

yang baju pink tu bukan penghuni ek.. yang baby tu jer.. hehehe 

Sian baby ni.. menurut cerita Mak Pah, bapak baby ni tinggal kan mak baby ni masa baby ni masih dalam kandungan mak baby ni... masa tu baby ni dalam kandungan yang hanya berusia 3bulan jer.. adoii siannya lah hai.. bapak dia lari balik Indon entah apa alasan tak tau lah.. hishh pandai buat anak tapi ko aniaya manusia yang tak berdosa mcm ni.. nak nangeh rasanya..  kalau lah aku berkemampuan, aku nak amek sorang anak angkat dari rumah ni.. tapi tak tinggal sama2 lah sebab ramai jer individu yang amek anak angkat dari rumah ni tapi datang weekdays jengok and weekend plak dorang amek & bawak gi jalan2 or shopping2.. 

InshaAllah satu hari nnt kalau aku dah stable, berkemampuan aku nak amek sorang anak angkat.. sebab sekarang ni pun aku bela anak yatim jugak :) 

Selain dari penghuni yang menghuni kediaman ni, Rumah kebajikan ni juga ada menyediakan Khidmat Katering.. Anjung Kasih Katering namanya.. 

antara yang dijual kat Rumah Titian Kaseh..  Popia Simpul.. satu bekas ni RM20.. sedap jugak sebab hari tu mak ada beli.. :)

ok lah so apa2 Info untuk Rumah Titian Kaseh ni boleh lah 'Like' kat fb.. just only 1 click:-


untuk lain2 info dan bantuan semua ada dalam fb tu.. 
Jom lah sama2 kita membantu semoga hidup kita diberkati Allah SWT.. InshaAllah:)



Read More



1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

“Dari Abu Hurairah r.a.
bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Barangsiapa yang mendirikan sembahyang
(Tarawih) pada malam bulan
Ramadan dengan penuh keimanan dan
keikhlasan maka Allah ampunkan segala
dosanya yang telah lalu.”
(Riwayat Muslim)

SELAMAT BERAMAL :)
Read More

Friday, August 19, 2011

Baju Kaftan

Lama sungguh tak bercerita pasal anak dara aku sorang ni... ok ni ada sikit story pasal dia nak update..

Memandangkan Raya dah nak dekat ni, Khairine request nak baju Caftan katanya ko!! hahaha ok lah sebab Khairine kata nak sama macam mummy (sebab mummy pun ada Caftan juga).. apa2 jer lah Khairine.. mummy turutkan jer apa yang Khairine nak dan selagi mummy mampu utk nak penuhi impian Khairine.. 

suka lah tu dah dapat Caftan warna merah:)

Kebetulan pulak gf aku ngajak ke Ampang Park, apa lagi mari pilih baju raya!!!! tapi agak mahal harga baju2 yang dorang jual tahun ni... mau idoknya... pesen2 berbatu penuh kat leher baju siot!!! gilos merelip, tgk macam berat pun ada sebab jenis kain mcm tak kena jer bila di lekat ngan batu bata bagai sarat marat jadinya..

dari Kiri.... Kak Lynn, Yatie, yang kocik berdukung tu anak Jaja, Humaira namanya, Aku dan Anakku Sayang, Khairine :p

ni lah kawan2 aku sejak dari kecik dari umur aku 9 tahun sampai lah dah tua bangka ni masih lagi rapat ngan dorang.. dorang bertiga tu adik beradik :) 

Pada mulanya aku nak mencari baju kurung Polka Dot color Merah Hitam kononnya nak sama color ngan baju Caftan Khairine lah tapi malangnya tak der saiz plak.. kata assistant kedai tu stock baru datang keesokan harinya,.. emmm ok lah aku pun decide nak dtg esknya.. esknya aku datang, dia kata stock belum sampai lagi.. malas lah nak tunggu, aku pun gi cari lah baju pesen lain. Tak ada rejeki nak beli baju kurung polka dot merah hitam tahun ni :(

baju kurung Polka Dot Merah Hitam ni lah bajunya

Memandangkan malas nak tunggu, malas nak cerita banyak.. aku pun bla gi cari kat First Lady.. rejeki mmg ada dia jual yang sepasang anak ngan emak punya pattern.. apa lagi aku pun sambar jer lah.. sebab kalau nak tempah baju mmg tidak lah sebab malas nak pikir pasal nak beli kain jenis apa, nak tempah kat mana and bla bla bla.. 

So Polka Dot tu aku lenyapkan dari kotak pemikiran kepala hotak aku ni, dan memandangkan Khairine pun sibuk nak sama pattern baju ngan Mummy, kitorang pn pilih lah baju pattern yg sama.. nnt raya kitorang boleh buat Boria hehehehe.. 

haaaa.. ni lah dia baju boria sama ngan Mummy.. :)

Tapi yang penting aku dah sediakan semua persiapan untuk Ma'am besar aku a.k.a Cik Khairine Adrina.. Super excited lah anak dara aku tu dengan baju2 raya, kasut raya yang aku belikan tu.. nak baju Caftan katanya mcm mummy.. nak tak nak turutkan jugak lah.. 


So raya tahun ni agak meriah sikit jer lah sebab nasib baik lah ada si kecik ni buat teman berhibur, collect duit raya hehhee...  
Read More

Merdeka vs Hari Raya

MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!!


Agak surprise jugak kan tahun 2011 ni.. sebab sambutan hari MERDEKA sebelah2 date jer ngan HARI RAYA AIDILFITRI.. InshaAllah 30 August 2011 umat Islam semua akan menyambut Raya... 31 August 2011 plak kita sambut hari Merdeka.. Wow!!! what a cool date dude..

So Merdeka vs Hari Raya.. actually tak da cerita yang menarik pun sepanjang tumbesaran aku menyambut Merdeka.. tapi bersyukurlah sebab kita duduk di negara yang aman Merdeka.. I'm proud to be Malaysian!! MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!! (wahh dah mcm Bapak Malaysia pulak) hehehe




Tajuk : Lagu Malaya tetap Merdeka 
old skul punya :)


Wajah Bapa2 Malaysia... Malaysia Boleh!!

1 Malaysia




VS


HARI RAYA AIDILFITRI


Raya tahun ni biasa2 jer.. sebab tanggal 9 March 2011 kembalinyanya ayah ku ke Rahmatullah :'(

So macam tak da mood sangat nak beraya.. ala kadar jer lah.. sedih sangat :( macamana rasanya beraya tanpa ayah tahun ni ek?? tahun pertama beraya tanpa ayah... waaaaa :'(

nak tuju lagu Raya kat Ayah... 
lagu ni version Mawi.. Mawi  2nd generation yang nyanyi lagu ni dan lirik pun ada lain sikit dengan 1st version..


this is 1st version yang dinyanyikan oleh Razman.. 
sedihnya dengar lagu ni.. syahdu 


sedih gilos lagu ni bila aku dengar berkali2 memang menangis lah!!! lagu ni plak kebetulan sesuai ngan Raya tahun ni.. sebab tahun pertama aku beraya tanpa ayah.. adoiii termenangis plak tengah2 menaip blog ni sambil dengar lagu ni :'( 

Sebelum aku melalak dengan lebih teruk lagi, lebih baik aku stop dulu cerita pasal MERDEKA vs HARI RAYA ni.. lagi pun nnt boleh update lagi pasal raya cerita2 tengah beraya, cerita2 lepas beraya.. hehehe hope dapat duit raya lah tahun ni :p
Read More

Bila Mak2 Dara Berjogging

Aktiviti hujung minggu with Ladies!!! emmm aku mmg suka beraktiviti dengan gf aku.. haritu kitorang decide nak gi jogging.. ah! ni lah hasilnya... 1 round jer jog hehehe... lepas tu bergambar, as usual lah gi mana2 memang nak bergambar sokmo... (sakai gambar lah katakan) hehehehe...

dari kiri... Syarlina, myself, Shida & Jaja

joggingnya tak seberapa sangat bergambar jer lebih.. 
tapi ni pun kira ok sebab dapat jg abeskan satu round :p

ni mak2 dara perasan hehehe.. 
tapi kawan2 aku tetap vogue (vogue ke?) & sporting ;)

 sapa plak ni.. cuba teka siapa?? :p

Yang bestnya tu lepas berjogging & amek gambar sakan kitorang pun singgah ke Kayu Nasi Kandar kat Ampang petronas yang ada McD tu (belakang Ampang Puteri)... apa lagi.. kitorang pun order macam2 hokayyy.. antara menu2 yang kitorang order tu putu mayam, roti canai, maggie goreng, apa lagi tah tak ingat... poyo jer kan kononnya gi jogging lepas jogging melantak hahahhaa.. ok lah tu janji aku ngan kawan2 aku ENJOYYYY!!!! hehehehe.. 
Read More

Tuesday, August 16, 2011

Buka Puasa @ Tony Roma's


Semalam aku gi buka puasa kat Tony Roma's kat Jalan Yap Kwan Seng... nasib baik lah tak ramai orang macam kat Chili's.. kalau kat Chili's jgn harap lah bleh dapat tempat duduk.. tak sah kalau tak queue panjang silap2 pukul 9pm pun belum tentu kau dapat berbuka puasa.. 


Tony Roma's retail yang aku gi semalam mmg cool lah tempat dia.. yang penting tak bz tak payah nak queue tak tau lah kenapa tak ramai sangat orang semalam kat situ.. apa2 pun janji dapat berbuka puasa dengan penuh tenang sudehhh. Kat retail lain tu aku rasa mmg ramai gilos lah orang.

pilih menu Tony Roma's

semantara nak tunggu berbuka puasa, aku sangap tengok pokok bamboo ni...



ni lah pilihan menu berbuka puasa aku semalam 
Shrimp Salmon :) 


ni plak dessert aku lepas berbuka semalam... Red Velvet

lepas dah kenyang.. balik lah apa lagi :p
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah