Thursday, December 27, 2012

Tiara Beach Resort


Sambungan dari cerita Holy Joly Holiday at Tiara Beach Resort.. Part of full Story musim cuti skolah ni, aku & Nizam tak suka pergi bercuti sebenarnya.. kitorang lagi suka berjalan time2 bukan musim cuti.. selesa sket kalau nak berjalan sbb tak ramai orang & serba serbi pun senang & tenang.. sebab kalau dah peak season, sure packed, rate hotel mahal lagi tak selesa.. tapi ni percutian kedua kitorang time cuti sekolah akhir tahun ni, hari tu sempat lah pergi Fraser Hill.. 

Tapi 'TER' plan pulak nak bawak Khairine & Danish pergi holiday.. sebab kesian plak kat budak2 tu cuti skolah tak kemana2.. 

1stly mcm2 tempat kitorang plan nak pegi.. mula2 aku bagi idea nak pegi KidZania, Royale Ice Skating Rink kat The Curve, nak pergi Desa Water Park lah.. end up Nizam kata ada promotion dekat Tiara Beach Resort, PD.. 



hieee ni lah dia promotion yg Nizam kata tu.. sepantas kilat jugak aku call utk buat reservation, nasib baik ada room kosong lg walaupun on xmas day.

Decide amek Studio Freedom, 2D1N tu je.. by tengahari sampai sana dlm pkl 1.15pm dah siap2 register & dapatkan pass parking utk masuk area Resort, tp tak bleh masuk bilik lg. 



Biasalah kalau anak2 aku dah nampak swimming pool, dorang pn tak tentu arah dah nak terjun.. tapi tungguuuuu yer kanak2!! sebab check-in time pkl 2pm sementara nak tunggu pkl 2pm tu aku melayan anak2 amek gambar dkt tepi kolam.. lagi hangin diorang sebab tak dapat terjun kolam lagi..mummy dia asek sibuk nak snap gambar dorang.. masing2 muka pun mcm terpaksa senyum je hahahaha.. 

Notty Boy mummy..





Mummy & Babah pun nak posing jg :p

 Mak pun ikut sekali.. :)


Mummy nak say sorry kat uolls yer kiddies, sebab mummy tersalah dengar masa time register tu.. telinga ni dengar time utk check-in pukul 3pm, tapi Nizam plak dengar pukul 2pm.. Danish & Khairine dah haruk tak sabar nak terjun kolam dah tu.. kejap2 dia dok tnya kat babah dia 'Babah sekarang dah pukul berapa' 'pukul berapa boleh mandi ni babah' hehehehe.. masing2 dah gelisah tak sabar nk terjun kolam.. bagi untuk nak pekakkan telinga kitorang, aku dengan Nizam pun pergi lah ke registration counter tu balik utk dapatkan kunci bilik + check-in skali. Rupa2 nya mmg betul lah kata Nizam, check-in time pukul 2pm.. hahahhaha.. 

Sesudah dapat je kunci, muka kiddies pun kemain manissss lagi tak sabor.. angkat2 barang dari dalam kereta bawak naik bilik, bagi dorang mkn dulu sebelum turun ke pool, lepas tu baru bleh lepaskan dorang.. tapi tak sempat nak snap gambar sebab mummy & babah pun tak sabar nak terjun kahkakahkah.. 

Malam pulak lepas isya' Nizam ajak jln2 kat teluk Kemang, sampai je orang tak lah ramai sgt, tak tau lah kenapa, sllnya kalau peak season lagi2 public holiday sure ramai org, sampai je, kiddies dah nampak ada org naik basikal yg ala2 mcm sukan Olympic tu.. aku pn tak tau apa nama basikal tu.. bro tu kata 5 round RM5, so boleh lah utk anak2 aku get fun dgn basikal tu. tapi tak sempat lah nak snap gambar Khairine & Danish masa sorang berkayuh tu sbb Danish & Khairine sgt keruja dengan kayuhan dorang .. cuma Nizam sempat snap aku & dia je.. 




Lepas dah berkayuh, kitorang gi makan kat area Teluk Kemang tu. Bila masing2 dah kekenyangan, balik hotel & aku suruh Kiddies tido awal sket sbb esok pagi2 nak gi terjun kolam lagi sebelum check-out :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah