Monday, November 12, 2012

Cuti Sekolah Akhir Tahun di Fraser Hill


Cuti sekolah 2012 dah mula. Planning ke Fraser Hill kita tahun ni. W/pun Fraser Hill tempat yg cool, sejok tapi yg tak menariknya tempat ni mcm tak ada2 apa2 yg boleh buatkan kiddies fun. Sebenarnya cuma nak merasa je bermalam kat Fraser Hill, nak rasa feel sejuk sama ke tak mcm kat Genting & Cameron Highland. Sebelum ni pegi pun balik hari je. Lagi pun Nizam tak suka sgt ke sana sbb jln nak naik tu Ya Ampunnn rasa mcm 3hari 3malam baru bleh sampai kat atas nun.

2hari 1malam kitorang check-in kat SilverPark Fraser Hill. Hotel dia cantik jg lah, mula2 amek studio room, bila dah dpt kunci utk studio room tu, tak boleh bukak plak pintu, kunci tak suit dengan pintu tu. Nizam pn pegi tukar kunci kat front desk. Rejeki uolls! dpt tukar, tapi dia kasi hotel yg ada 2 bilik punya. hah!! cantek lah tu kan. Kemain besar rumah tu.. hall dia pn besar. Lepas dah hangkut barang dari kereta, lepak2 jap dlm hotel lepas tu baru keluar merayap tengok apa activity yang ada kat sekitar tu. 


1st skali kiddies dah ajak gi driving range. Macam mana dorang tau kat Fraser Hill ada driving range? sebab sebelum ni kan dah pernah pegi Fraser Hill, tapi dorang tak dapat main, time tu dah petang sangat sampai pastu pegi pun balik hari je. Cuma sempat pegi boating je kat Allan's Water. Ni lah masanya dorang nak try natang tu. 

 Pandai ke tu?? gaya je lebih ni :p

Oooo Babah yg tlg ajar mcmana nak driving range yer :D

Lepas dah puas berdriving range, gerak plak ke The Paddock kat situ ada horse riding (kena byr tapi tak ingat berapa hengget utk 1 round) & Archery 

 Sebelum masuk kasi amek gambar dulu


Dah naik kuda, Nizam nak cuba archery pulak.. wahh nak jadi Robin Hood ke Bie? ngeee dia bagi bow & 10 arrow untuk ko shoot board yg hado kat depan tu sejauh 10meter. Harga kalau tak silap RM8 je kot

 Nahhh tu dia Robin Hood Malaysia.. kau hado? :p

Hari pn nak hujan dah time tu. helok abes je Nizam memanah, terus ke kereta, terjumpa pulak kedai minum kat area situ. Lepak jap lah pekena teh tarik & cekodok. helok je tengah minum, hujan pn turun lobek.. phewww sejuk Siah oii.. menggigil-gigil akak. 

Helok je berenti hujan, masuk je kereta vroomm terus ke hotel. Tak tau kemana lagi mana nak ronda. Allan's Boating dah pernah cuba dulu. Lagi pun lepas hujan tak kan nak ber'boating' plak. Takut hamba nak jejak air, mcm bahaya je. 

Lepak hotel je, Nizam on lap top suruh Kiddies layan cerita2 yg dia download, dah boring tgk cerita kat lap top, dorang dok main game tak tab.. bosan giler! Nak tengok tv plak tak ada astro. Kan aku dah kata Fraser Hill ni mcm boring, mlm tak ada activity yg best kat area tu lagi pn mlm tu hujan, susah nak bergerak kemana2. Cukup time je tido. 

 Nizam ngan Danish main cepey (tutup botol)

aku ngan Khairine dok main batu seremban kahkahkah

Esoknya bangun siap2 terus gi bfast kat Lavender Restaurant.




Lepas dah abes bfast, balik hotel kemas2 barang get ready nak check-out. Otw nak turun dari Fraser Hill, Nizam kata nak bawak Kiddies gi Pusat Sains, kan ada swimming pool free kat situ! baju swimming mmg ada bawak spare.. dekat 2 jam perjalanan, sampai lah ke Pusat Sains, nahhhh berkubang lah korang kat situ. Mummy & Babah relax kat tepi je tengok uolls. 

Hantu air 

Berkubang lah puas2 ek sementara cuti skolah ni

Hari pn dah petang dah puas mandi kepenatan turun je dari Fraser Hill terus ke sini. Masuk je dalam kereta, dua2 terus pengsan tdo. 
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah