Monday, December 31, 2012

Hi Hi 2013 Bye Bye 2012

Yippiieee!!! hari ni hari last bekerja untuk tahun 2012.. awal2 lagi HR dah kata bleh balik pkl 4pm, emm kalau dpt balik pkl 2pm kan best.. tak kisah lah pukul brapa2 pun.. 

Azam baru untuk 2013?? haruslah nak menjadi yang terbaik daripada yang terbaik.. nak jadi Isteri, Mummy, & Insan yg cemerlang, gemilang dan terbilang.. phewww :)

Pencapaian 2012 alhamdulillah mmg dah tercapai, tapi dalam pada dah tercapai tu, banyak benda lagi yg kita nak kena perbaiki kelemahan yg ada.. 


Malam ni plan nak bawak Danish & Khairine pergi tengok fireworks, activity mcm ni setiap kali Hari Merdeka atau New Year, Nizam suka bawak kitorang pegi tengok fireworks, tak kira kat mana2 saja.. last year Nizam bawak pegi tengok dekat Genting, tunggu punya tunggu macam penunggu, skali tak hado! Cissss!! sampai harini aku tak tau kenapa fireworks tu tak ada pada mlm tu.. ada yg kata dorang bakar fireworks malam esok nya tu.. maknanya 1 January 2012?? arrgghhh apa2 je lah, benda pun dah lepas.. 




Read More

Congrats Faiz & Ismahani


Semalam attend wedding Faiz & Isk, resepsi dorang dekat Taman Metropolitan Kepong @ Taman Layang-Layang. Masa aku sampai semalam dorang tengah bersanding.. comel sangat dorang. Aku datang dengan Kiddies je sebab Nizam kerja.. 

Sweet couple :)

 Sempat amek gambar ni je.. sebab rushing nak balik

taraaaa... ni untuk Faiz & wifey.

Nway Congrats & big thanks to Faiz coz jemput datang. Khairine cakap makanan sedap..

Lepas dah say 'hi hi bye bye' dgn Faiz & wife dia, ingat nak rushing balik sbb nak tido lagi pn cuaca mcm nak hujan, elok lah kalau sampai rumah sebelum hujan, tapi Danish & Khairine dah nampak playground masa all the way nak ke parking kereta, terpaksa lah singgah melayan dorang kejap. 




Read More

Friday, December 28, 2012

Persiapan Sekolah 2013

Walaupun Khairine & Danish dah membesar bagai johan, tapi Mummy & Babah masih lagi teruja untuk buat preparation skolah untuk uolls. Khairine dah nak masuk standard 3, Danish pulak nak masuk standard 2.. errrrgghhh masing2 dah 8 & 9 tahun lah.. 

Rabu lepas, otw balik dari PD Nizam mmg dah plan nak terus ke Meru, Klang, nak beli barang2 sekolah Kiddies. Barang2 persekolahan mmg murah kat Klang, dah 2 tahun berturut2 mmg shopping barang skolah kiddies kat sana. Memandangkan keterujaan aku nak beli baju, bag, kasut, socks & etc (kecuali stationeries sebab stationeries akan dibeli kat tempat lain), terlupa pulak nak snap gambar kiddies masa tengah bershopping tu :(  

Sebagai perjanjian nak beli stationeries, malam tadi Nizam ajak ke Mydin Subang, kat sana mmg banyak pilihan untuk nak beli barang stationeries, cuma kualiti ada yg kureng sket & ada jugak yg kualiti yang ok itu pun depend on brand sesuatu alat tulis tu.. 

Tinggal nak beli buku skolah je pulak.. Buku2 skolah nnt masa hari buka skolah baru beli, sebab kiddies pun bukan nak masuk darjah 1 pun, so experience beli buku2 skolah tu dah ada so tak lah kelam kabut sangat kot.. InsyaAllah...




Beli barang yang sama, tapi color je lain sebab yang adik biru tapi kalau tak ada biru, adik akan ambik je apa2 color selain pink, yang kakak pulak color pink.. semua dari pilihan sendiri, mummy just advice je untuk uolls, janji uolls puas hati dengan pilihan uolls hokayyyy. 

Lepas dah pilih barang2 stationeries kat tingkat atas, moh ler kita turun ke bawah nak beli brg dapur pulak. Dah nama pun budak2, bila dah masuk supermarket tu mmg rambang mata dorang, mcm2 nak dihangkutnya masuk dlm trolly (bak kata Danish Trolly tu Tlori) hahahahaha apa2 je lah adik.. 

Selesai je beli barangan skul & barang dapur, kiddies sibuk nak makan pizza pulak.. Ok jom! memandangkan time tu kitorang ada kat area Subang, so Pizza Hut Taipan menjadi pilihan utk bawak kiddies makan. 








semua dah kenyang, jom balikkkkkk.  

Read More

Thursday, December 27, 2012

Hari ke 2 Holy Jolly Holiday at Tiara Beach Resort

Hari kedua kat sini, bangun je pagi trus nak pegi breakfast, macamana plak dengan Khairine, Danish, Mak & Sabrina??? (anak abg aku) sebab breakfast yg hotel provide utk 2 orang dewasa je. kalau tak, kena byr extra utk diorang.. Tapi mak kata tak payah lah, sbb mak kata bazir je byr buta2 kat hotel tu mahal plak tu, padahal duit tu bleh cover utk lunch nnt.. ok lah mak... 

Sebelum turun tu, kiddies dah bangun, sebab tak sabar nak berkubang lagi kat swimming pool.. so dorang dah siap2 tukar baju mandi semua & dah sogok dorang dgn makan roti utk bfast sebelum ke pool, kitorang pun turun sekali sbb otw aku dengan Nizam nak ke cafe utk bfast, kitorang lepaskan kiddies ke pool. Lps tu aku dengan Nizam pun trus ke cafe untuk breakfast..

 Orang puteh sangat menu breakfast laki den ni.. buelkk :p

 tu dia muka baru bangun tido terus pegi breakfast.. teruk sangat! *blushing* 

menu aku ni je. sebab lain2 mcm tak menarik & tak kena dgn selera tekak aku ni. boleh lah kan??!! janji konyang uolls! :D

Lepas dah abes bfast tu, sambil menuju ke pool, sempat lah aku berposing dulu.. ngeeee :D





lepas dah bergambar, kitorang pun trus menuju ke swimming pool, dari jauh kiddies nampak kitorang, kemain happy lagi berkubang dlm pool tu :D


Nizam kata dia nak terus naik atas, nak salin baju nak berendam dlm swimming pool, aku pulak rasa mcm malas sgt nak naik & salin baju, lagi pn mmg berniat tak nak mandi pun, sbb takut sunburn, sunburn dulu pun tak abes hilang lg, nak tambah plak lg sunburn baru *errgghh hitam legam nnt kulit mak ni* tapi niat tu terbatal sebab aku tak tahan tengan Nizam & kiddies berendam dlm kolam tu, hehehe

Sebelum naik salin, mari berposing dulu ala2 super model yer :p *perasan, verangan, poyo!! persoklannya kau chantek mcm super model kew???* muahahahaha :D 

underneath pokok kelapak.. bhahahha

budak2 tu elok je, mak dia apasal hover sangat tu?  :p






Lepas dah budget ala2 super model, ada jg snap gambar kiddies masa dorang tengah berkubang.

Ni acara kuak lentang 

ni plak acara lari dalam air

acara bebas suka hati & ikut suka :D

ni skill ala2 surfing kat laut

aksi meluncur biasa je & sangat menjaga ciri2 keselamatan hahaha

Punya lah susah nak suruh dorang ni naik sebab time nak check-out pkl 12pm, pkl 11am Nizam dah jerit kat dorang suruh naik mandi & salin baju, mcm2 alasan dorang bagi sbb tak nak naik.. sampai dah naik hitam dah kulit.. Nak tak nak, kena jg lah naik sebab dah nak check-out. 

Selesai semua dah mandi bersih2, sebelum turun dari bilik, amek gambar dulu yer... 

mcm ala2 nak hitam dah kulit 

nampak tak dah Sunburn? 

 3 budak Sunburn

Gang kaca mata anak beranak :D


Gang anak2 je berkata mata hahaha



Lepas dah siap check-out, kitorang pn terus menuju ke town PD nak pegi lunch, lepas lunch, terus menuju ke Klang utk beli baju & barang2 sekolah Khairine & Danish. lepas tu balik.. :)
Read More

Tiara Beach Resort


Sambungan dari cerita Holy Joly Holiday at Tiara Beach Resort.. Part of full Story musim cuti skolah ni, aku & Nizam tak suka pergi bercuti sebenarnya.. kitorang lagi suka berjalan time2 bukan musim cuti.. selesa sket kalau nak berjalan sbb tak ramai orang & serba serbi pun senang & tenang.. sebab kalau dah peak season, sure packed, rate hotel mahal lagi tak selesa.. tapi ni percutian kedua kitorang time cuti sekolah akhir tahun ni, hari tu sempat lah pergi Fraser Hill.. 

Tapi 'TER' plan pulak nak bawak Khairine & Danish pergi holiday.. sebab kesian plak kat budak2 tu cuti skolah tak kemana2.. 

1stly mcm2 tempat kitorang plan nak pegi.. mula2 aku bagi idea nak pegi KidZania, Royale Ice Skating Rink kat The Curve, nak pergi Desa Water Park lah.. end up Nizam kata ada promotion dekat Tiara Beach Resort, PD.. 



hieee ni lah dia promotion yg Nizam kata tu.. sepantas kilat jugak aku call utk buat reservation, nasib baik ada room kosong lg walaupun on xmas day.

Decide amek Studio Freedom, 2D1N tu je.. by tengahari sampai sana dlm pkl 1.15pm dah siap2 register & dapatkan pass parking utk masuk area Resort, tp tak bleh masuk bilik lg. 



Biasalah kalau anak2 aku dah nampak swimming pool, dorang pn tak tentu arah dah nak terjun.. tapi tungguuuuu yer kanak2!! sebab check-in time pkl 2pm sementara nak tunggu pkl 2pm tu aku melayan anak2 amek gambar dkt tepi kolam.. lagi hangin diorang sebab tak dapat terjun kolam lagi..mummy dia asek sibuk nak snap gambar dorang.. masing2 muka pun mcm terpaksa senyum je hahahaha.. 

Notty Boy mummy..





Mummy & Babah pun nak posing jg :p

 Mak pun ikut sekali.. :)


Mummy nak say sorry kat uolls yer kiddies, sebab mummy tersalah dengar masa time register tu.. telinga ni dengar time utk check-in pukul 3pm, tapi Nizam plak dengar pukul 2pm.. Danish & Khairine dah haruk tak sabar nak terjun kolam dah tu.. kejap2 dia dok tnya kat babah dia 'Babah sekarang dah pukul berapa' 'pukul berapa boleh mandi ni babah' hehehehe.. masing2 dah gelisah tak sabar nk terjun kolam.. bagi untuk nak pekakkan telinga kitorang, aku dengan Nizam pun pergi lah ke registration counter tu balik utk dapatkan kunci bilik + check-in skali. Rupa2 nya mmg betul lah kata Nizam, check-in time pukul 2pm.. hahahhaha.. 

Sesudah dapat je kunci, muka kiddies pun kemain manissss lagi tak sabor.. angkat2 barang dari dalam kereta bawak naik bilik, bagi dorang mkn dulu sebelum turun ke pool, lepas tu baru bleh lepaskan dorang.. tapi tak sempat nak snap gambar sebab mummy & babah pun tak sabar nak terjun kahkakahkah.. 

Malam pulak lepas isya' Nizam ajak jln2 kat teluk Kemang, sampai je orang tak lah ramai sgt, tak tau lah kenapa, sllnya kalau peak season lagi2 public holiday sure ramai org, sampai je, kiddies dah nampak ada org naik basikal yg ala2 mcm sukan Olympic tu.. aku pn tak tau apa nama basikal tu.. bro tu kata 5 round RM5, so boleh lah utk anak2 aku get fun dgn basikal tu. tapi tak sempat lah nak snap gambar Khairine & Danish masa sorang berkayuh tu sbb Danish & Khairine sgt keruja dengan kayuhan dorang .. cuma Nizam sempat snap aku & dia je.. 




Lepas dah berkayuh, kitorang gi makan kat area Teluk Kemang tu. Bila masing2 dah kekenyangan, balik hotel & aku suruh Kiddies tido awal sket sbb esok pagi2 nak gi terjun kolam lagi sebelum check-out :)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah