Wednesday, January 30, 2013

Cuti-cuti Penang - Hari ke Tiga from Island to Highland

Last day!! hari ketiga aku di Penang.. bangun pagi2 mcm biasa, Khairine & Danish nak ke bawah mandi swimming pool.. adoii lah anak2.. tapi harini dorang turun sendiri, aku & Nizam tak teman kan dorang.

Pukul 9am dah naik bilik.. bila tanya kenapa naik cepat? dorang kata seeejuuukkk lah mummy (sambil gigil2) hahahhaha aku cuma gelak je.. tau pun sejuk.. kalau hari2 berkubang kat pool tu mau tak kechot?? kahkahkah.. 

Sebelum check out, sessi bergambar dulu.. 

Pukul 10am dah siap2 packing get ready nak ramboss. Nizam dah siap check-out, start kereta terus menuju ke Penang Street, nak gi beli Jeruk uolls.. diulangi!! Jeruk hokay!! bukan Beruk!! :D

Sesampai je kat Penang Street, terus meluru masuk kedai jeruk.. tak borong pun.. beli mana  yang patut je.. sebab aku & Nizam sendiri pun tak makan jeruk.. aku tak suka sebab masam tah apa2 tah.. 


Lepas dah beli kat makcik Aishah jeruk ni, kitorang terus gerak pegi ke Bukit Jambul, jalan kat Penang dah start jammed sket sebab India nak sambut Thaipusam.. actually Bukit Jambul bukan ada apa yg best sangat, kecuali Restoran Kayu Nasi Kandar dia yang besaq sebelah Vistana Hotel & Burger besaq (tak ingat apa nama burger tu tp aritu ada masuk dalam tb) pernah lah aku gi makan kat sana dulu.. tu pun dah lama.. decide masuk shopping mall kat Bukit Jambul je.. semata-mata makan KFC (kat KL pun ada KFC kot??!!), ikut selera tekak Khairine & Danish.. kalau ikut kan ati aku ni nak je makan Nasi Kandaq.. 

Dah abes pusing Mall, kitorang terus gerak keluar dari Penang, Nizam ajak gi Taiping, nak bawak Khairine & Danish gi Zoo Taiping/ Night Safari..


Aku pun tak lah membantah, ok kan je.. aleh2 dah nak dekat sampai simpang ke Taiping, Nizam bertukar fikiran, dah di ajak nya gi Cameron Highland plak.. Nizam kata bleh lah cari hotel murah2 dalam RM80 - RM90 kat sana nnt, tido semalam & ahad bleh balik KL terus. Aku pn tak cerita banyak, menurutkan je lah apa kata dia, dah dia yang bawak kereta hehehe.. Nak tido kat sebelah pun, serba salah dibuatnya.. layan lah borak sambil senggut2 (huaarrgghhhh.. menguap besar).

Ikut jalan Simpang Pulai nak naik ke Cameron 

Sesampai je terus tuju ke Cameron Valley Tea Farm.. amek2 gambar tunjuk kan daun teh kat Khairine & Danish (ala2 mcm cikgu rombongan skolah plak kekeke) 

 Mak Khairine & Danish ni sll over.. amek gambar mesti ada gambar dia hehehe :p

 ada mcm film hindustan kah? cer cari dimanakah saya?? buelkk :p 

 Khairine & Danish si budak kebun teh =)

 Cantiknya.. kalau lah dapat pemandangan macam ni kat depan rumah, pergghhh bangun je pagi2 bukak tingkap terus nampak ladang teh menghijau.. hurmm =)
 Gagah bapak & anak2 berlumba naik ekekeke :D

 Buat2 Propa nak tunjuk apa tahhh... Ini semua PoYO :D


Ni lagi nampak sangat propa.. tangan tunjuk arah lain, pandangan mata ke arah lain.. ahahahaha LoL =)

Habis sessi bergambar propa kat sini, move on lagi, ke atas plak, nak singgah kat area Equatorial Hotel, fullaamaaakkkkkk jangan kata Equatorial, bayang Equatorial pun tak nampak seyyhh.. Apa dah jadi dengan Cameron Highland ni?? jammed nak meninggal dibueknyo.. adehhhaii.. 

Worse come to worse terpaksa lah potong Q.. oppss sowwi yer kenderaan2 lain kami terpaksa memotong anda & meninggalkan anda jauh kebelakang kerana suami saya dah tak tahan sabar lagi nak hadap jammed luar biasa tu.. arrgghhh bye2 *sambil lambai tangan*

Dekat 2 jam lebih jg lah hadap jammed, Ko tau sampai mana jammed tu Cik Bedah? hahh!! tu dia sampai ke Brinchang yg ada pasar malam kat balai polis tu.. choyyyy pasal pasar malam je seluruh Cameron Highland dilanda jammed koo.. lagi2 plak sebab public holiday time tu.. 

Abes kalau dah namanya jammed luar biasa, ko rasa ada ke lagi hotel yg kosong?? harus lah tak hado kann??!! jgn harap lah nak cari hotel murah2 lingkungan 80 ke 90hengget, yang 10hengget pun tak hado Bedah!.. 

Masa survey2 walk-in cari hotel, Nizam ada tanya kat Hotel Jasmine, situ pun actually fully booked, tapi orang hotel tu kata ada orang nak cancel, so kena tunggu lah nanti dia akan call. Sementara tu kitorang putar2 lg area Tanah Rata kot2 ada kosong lg ke Home Stay kat sana. Aleh2 orang hotel tu call kata ada bilik kosong tapi harga RM218.. 

Nizam terus kata OK, tapi aku kata KO.. buat apa bazir duit, dah lah check-in pukul 10pm, check-out time pkl 12pm, harus lah kita nak keluar berjalan2 sebelum pukul 12pm tu & akan check-out awal dari time dia, harga plak sengat.. saya bangkang Yang Arif!!!

Abes apa tunggu lagi?? nak turun balik, time tu dah pukul 10pm, gagah kan je lah turun  & balik KL malam2 buta tu.. nasib baik jg ada 3-4 buah kereta yang nak menuju ke arah yang sama.. so tak lah takut sangat, at least ada lah gang sama2 turun.. seram jg ikut jalan Tapah time malam, selalu jalan siang je, tu pun jalan sempit, tak sehelok jalan kat Simpang Pulai. 

Conclusion nya : SILA JANGAN KE CAMERON HIGHLAND TIME PUBLIC HOLIDAY WITHOUT ANY BOOKING. NANTI MERANA DIRI huahuahua.. :D

Ok habis sudah cerita pasal 3D2N kami ke Penang... kbai :)

Wednesday, January 23, 2013

FAIZ RAHMAN: Penipuan Gambar Model Dalam Majalah


Just wanna share.. FAIZ RAHMAN: Penipuan Gambar Model Dalam Majalah: Seperti yg kita sedia maklum, majalah² kebanyakkannya mengubah gambar model supaya nampak lebih cantik dan sexy. 





Tuesday, January 22, 2013

FAIZ RAHMAN: Wanita Menyamar Menjadi Hantu Untuk Mengelak Bayar...

FAIZ RAHMAN: Wanita Menyamar Menjadi Hantu Untuk Mengelak Bayar...: Ini bukan kes UiTM Lendu tu. Seorang perempuan di China menyamar jadi hantu untuk mengelak dari membayar parking. Lulzzzz. Sanggup buat mcm tu..

Monday, January 21, 2013

Sehangat Asmara Malam Ni

Check it out yo! malam ni start cerita Sehangat Asmara. Jom tengok beramai2 malam ni (hah! promote lebih) saja je.. sebab harini dah start balik nak beremosi tgk drama kt Astro ngeeee =) 


Satu lagi drama yg di adaptasi dari Novel terus ke drama... Kalau tak silap cerita ni ada 30 episode, tak macam drama Adam & Hawa yg ada 80 episode! fuhhh kemain paneh montot nak tunggu abes sampai ke episode 80 kikikiki... 




Sinopsis:
Tagline novel:" Bibir tidak perlu berkata bila hati sudah mula bersuara "

Cinta pandang pertama antara Kamilia Najwa dengan Zainal Arief membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Perkahwinan tanpa restu apabila ibu dan ayah Kamilia tidak menyenangi Zainal Arief yang tidak sedarjat dengan mereka. Demi cinta mereka bersatu jua.

Namun kepulangan Zainal Arief ke tanahair tanpa kembali membuatkan hidup Kamilia terumbang-ambing di negara orang keseorangan. Di tambah dengan keadaannya yang hamil tanpa pengetahuan Zainal Arief.

Kamilia di bawa pulang oleh orang tuanya. Dalam keadaan fikiran yang tidak menentu, Kamilia melahirkan Misya. Mujur Azman setia di sampingnya. Azman banyak membantu memulihkan semangatnya yang hilang setelah ditinggal Zainal Arief.

9 tahun sudah berlalu. Kemunculan Zainal Arief meragut ketenangan hidupnya semula. Kamilia tahu Zainal Arief pasti mahukan kepastian tentang Misya yang disembunyikan dari pengetahuan lelaki itu. Puas Kamilia bertanya sebab dan alasan Zainal Arief meninggalkannya dulu, namun tiada sebarang penjelasan yang diberikan Zainal Arief.

Dalam rela dengan tidak, Kamilia menemukan juga Misya dengan ayahnya, Zainal Arief. Kemesraan yang ditunjukkan Misya dengan Zainal Arief sungguh meruntun hatinya. Anak kecil itu langsung tidak mendendami ayahnya yang meninggalkan sekian lama sedangkan Kamilia masih menyimpan rasa itu. Dia merasakan Zainal Arief merahsiakan sesuatu dari pengetahuannya.

Zainal Arief melamarnya buat kali kedua. Buntu dan binggung fikirannya. Rasa kasihan pada Azman yang setia menunggu hatinya terbuka untuknya. Namun,Azman begitu memahami Kamilia. Dia sanggup berundur diri demi kebahagian Kamilia. Dia yakin cinta Kamilia hanya untuk Zainal Arief.

Mereka bersatu kembali. Namun dalam hati Kamilia masih ada syak wasangka terhadap Zainal Arief yang kini suaminya kembali. Puas di tanya alasan Zainal Arief meninggalkannya dahulu, namun Zainal Arief hanya meminta kemaafan darinya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya dulu. Diyakini Kamilia yang cintanya tidak pernah berubah dari dahulu hingga kini. Hanya Kamilia di hatinya dan ditambah dengan kehadiran Misya sebagai penguat kasih sayangnya pada wanita itu.

Akhirnya, kebenaran terungkai jua. Rupanya ayahnya sendiri yang membuat onar. Sanggup ayahnya menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk mengugut keluarga Zainal Arief. Zainal Arief terpaksa menurut segala kemahuan ayah Kamilia jika mahukan adik-adiknya meneruskan pelajaran mereka.

Kamilia begitu kecewa dengan perbuatan ayahnya meskipun ayahnya telah menyesal dengan perbuatannya dan mahukan Zainal Arief dan Kamilia bersatu semua. Dialah yang merancang pendedahan tentang Misya di majalah dengan harapan Zainal Arief akan terbaca mengenainya dan mencari Misya.

Zainal Arief begitu marahkan Kamilia kerana memarahi ayahnya. Pada Zainal Arief biarlah semua yang berlaku dulu sebagai pengajaran untuk mereka dalam menilai kehidupan. Walau macam mana buruk pun perbuatan ayah Kamilia itu sebagai anak Kamilia tidak berhak memarahi ayah kandungnya sendiri. Kamalia yang terasa hati dengan kata-kata Zainal Arief terus melarikan diri ke kampung mertuanya.

Tanpa disedarinya, dirinya hamil lagi. Perubahan itu disedari oleh ibu mertuanya. Di beritahu Zainal Arief akan perkembangan itu dan Zainal Arief muncul untuk memujuk Kamilia. Diterangkan dengan jelas kejadian 9 tahun lalu dengan harapan tiada lagi permasalahan yang timbul selepas ini. Kamilia yang terharu dengan pengorbanan suaminya itu, berasa sungguh bertuah dapat memiliki lelaki itu. Di buang segala keraguan dalam dirinya. Dia yakin cintanya masih utuh untuk lelaki yang bergelar suami ini. Dia berdoa semoga bahagia yang mulai bersinar ini akan terus bersinar menerangi kehidupan mereka. Tamat ... 



Lagu tema Sehangat asmara- Ratuku

Para pelakon:
Adi putra- Zainal Arief (Nal)
Rita Rudaini - Karmila  (Kay)
Shah Jazle - Azman
Amar Baharin - Rudy(roomate Nal di Uni)
Dian P.Ramlee - mama Kay

Saturday, January 19, 2013

Jozan Menang MLM 2012


JB! Pissss yall! (nampak x akak hover excited??) kahkahkah

Congrats Jozan.. Menang RM500k yo!.. Puas hati tiap2 minggu dapat tgk live (tp tgk kt tb sajok) hehehe.. W/pn ada beberapa minggu Zizan beraksi sorang2, tp dia dpt pengaruhi fan dia yg ramai gilos tu.. Cayalah!!


Shiro, Boboi, Saywho & Jambu pn x kurang gak hebaknyo.. Bkn dorang x baguih.. Dorang pn ada gak fan dorang yg tersendiri. Tp disebabkn pengaruh fan Jozan yg sgt happening, maka rejeki kemenangan mlm td berpihak kat Jozan.. Aku sendiri pn mmg peminat tegar Jozan.. tp x pernah pn undi hahaha. Bkn x nak undi, kalau aku x undi pn aku gerenti dorang mmg akan menang weh! ngeh ngeh ngeh.. Mmg dah hagak dah

Semalam aku teruja giler nak tgk dorang perform kt JB (w/pn aku tgk kt rumah) performance dorang setiap minggu mmg hebak ar.. Aku rasa dorang mmg all out utk rebut RM500k tu.. Biasak ar adat pertandingan, ada pemenang dan ada pengalah hehehe tp pengalah pn dpt gak RM kannn.. Penaja MLM2012 kan Daia.. Banyak betol duit Daia bg duit kt pemenang setengah juta koo! (NAK BUAT IKLAN JAP : Daia, Lupakannn yg lain)

Dalam pada teruja tu, nasib baik lah sempat tengok dorang performed sampai abes. Bleh plak aku tertido! Maka x sempat lah aku tgk masa announce sapa menang! Hadoiii.. Tak lah frust sangat rasanya.. sbb aku tau astro akan ulang lg nnt.. Astro pn hebak jugak sebab sll dok ulang cerita yg sama 1 hari 100 kali Hehehe..

Apa2 pn Congrats Jozan, Semangat Johan yg kental nak perform sama2 ngan Zizan semalam sgt lah 'menyeprise' kan Zizan & fan dorang.. Even naik stage ngan terdengkot2 kaki dia.. Yeehhaa! Pissss yall!!



**entry ni akan di'spring cleaning' bila rajin nnt.. Sbb kalau aku up entry pakai hp ni mmg huru-hara margin & gambar dibueknyo** kbai


Sent from Yahoo! Mail on Android

Friday, January 11, 2013

Adam & Hawa dah Habis!!!


'Hawa' dicipta dari tulang rusuk 'Adam'

Bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya

Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya. Dekat pada lengan untuk dilindungi & didekati dihati untuk dicintai

Wahhhhh kemain!!! ada mcm Ain Hawani tak dalam script episode last?? hahaha.. Sedeynya Adam & Hawa dah habis :( semalam episode 80 episode yg last. Lepas ni layan cerita Sehangat Asmara pulak, lakonan Adi Putra & Rita Rudaini =)

Aku mmg teruja dengan cerita Adam & Hawa ni, sebab hero dia si Aaron Aziz aka Adam Mukhriz tu cewahhh :D hari2 tengok without fail wokeyyy.. Heroin dia Nadiya Nisaa aka Ain Hawani aku tak berapa nak kenal sangat, sampai lah aritu aku tertengok cerita CUN kat astro baru aku tau dia sebenarnya pernah berlakon rupanya. Ok jg lah lakonan dia, tak mcm sesetengah artis yg retis tu, harap muka je helok, tp lakonan hancor.. (hamboiiii kemain laser akak) :p

Daripada start episode 1, si Ain remaja baru lepasan SPM, kena tangkap basah, dia dapat tawaran gi Australia (belajar kononnya),  segala cobaan & cabaran utk korang bersatu & sampai lah si Ain beranak kan anak si Adam Mukhriz. Semua episode tu ada trill tersendiri. 

Keseluruhan jalan cerita ni best jg, ada yg logic ada yg tak logic nya, biasa lah drama melayu kann??!! tapi ada jg part2 yang touching, romantic, lawak, bengang. Aku pun terfeeling lebih gak kengkadang. poyo je kann?? ngeh ngeh ngeh :D


Yang tak puas hati sangat ni, kenapa lah dia buat cerita ni setengah jam je.. itu pun ++ dengan iklan, kalau nak diikutkan campur tolak bahagi kali, cerita ni cuma 24minit lebih je tak sampai 30min pong.. kan lagi bagus dia buat 1 jam.. huh mungkin penerbit & pengarah cerita ni tau drama ni akan meletop bom kebabow agaknya tu lah yg dia buat setengah jam je. Buat orang ternanti2, tertunggu2 tak sabar nak tengok next episode.. Gempak kan? (nyampah). 

Nak cerita panjang kat sini pn tak boleh jg tak kan nak cerita dari 1 episode ke 1 episode plak. Pada yang kesempatan tengok sampai habis drama ni tau lah cerita dia mcmana. W/pun aku tak baca novel Adam & Hawa ni, tapi kengkawan aku ada jg cerita sket2 pasal cerita dari novel. Sebenarnya jalan cerita yg dlm novel tu tak exactly sama mcm jalan cerita kat dlm drama. Dalam novel part si Johan & Azie pn tak sampai ke jinjang pelamin. Tapi dlm drama ni kawin plak dorang tu. 



Happy ending. Akhirnya dapat juga korang anak pompuan Arisya Nur Ashikin Binti Adam Mukhriz, w/pun lahir2 dah terbuntang besar bijik mata budak tu kikiki, tu lah yang aku katakan ada yg tak logic nya some part dari cerita Adam & Hawa ni. Tak hagak2 nak amek budak yg dah berapa bulan tah agaknya umur dia ajak berlakon. Sure ada yg akan letak nama ni kat anak pompuan dorang yg bakal lahir nnt, even nama Adam Mukhriz pun dah ada aku dengar yg letak nama kat baby boy dorang yg baru lahir.

Dengar cerita, nak di filem kan pulak cerita ni.. pastinya boom filem tu nnt ala2 filem Ombak Rindu. Dah jadi mcm trend plak kat Malaysia ni, cerita2 yg di adaptasi dari novel boleh plak dijadikan drama & filem. Apa script writer kat Malaysia ni dah kering idea kew nak tulis script utk drama & filem? oppsss sorry akak terlaser pulek mcm si baby AA Ajuan Ali (choyyy geli eh!).

Sebagai kenangan drama fav aku, aku nak tepek sinopsis & trailer cerita tu kat sini, kalau rindu2 bleh lah aku belek2 tengok kat sini. 

Drama ini mempunyai 80 episod yang adaptasi novel terlaris nukilan penulis Aisha Sofea berjudul Adam & Hawa bakal menemui penonton pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam bermula 27 Ogos 2012 secara eksklusif di Astro saluran 134 (Mustika HD)
Dibintangi oleh pelakon Aaron Aziz (Adam Mukhriz) dan seorang aktres yang kini menerima perhatian hasil bakatnya yang mantap iaitu Nadiya Nisaa (Ain Hawani)
Dalam pada itu,turut dibantu barisan pelakon baru dan lama seperti Anzalna Nasir,Elfaeza Ul Haq,Dazrin Kamarudin,Norman Hakim Amyza Adna, Aznah Hamid dan Rozie Rashid



Sinopsis Adam & Hawa
Berkisarkan tentang Ain Hawani, seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah ditangkap basah bersama Adam, seorang jejaka kacak yang terkenal dengan sikap ‘playboy’nya
Semuanya bermula apabila Ain bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik kakak kepada Adam Mukhriz. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan
Impian Ain untuk bergelar graduan berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga
Memilukan hati Ain adalah dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan
Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam yang bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya
Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya
Ego tetap mengatasi hati Ain walaupun Adam mengharapkan wanita ini kembali menerimanya semula. Apakah kesudahan kisah cinta antara Adam & Hawa ini?




Kalau betul lah dorang nak filem kan drama ni, aku nak jugak gi tengok. fuhhh mesti lagi touching mcm cerita Ombak Rindu yg buatkan aku nangeh dlm panggung aritu (cehh tak malu betei) :D

Wednesday, January 9, 2013

Khairine Pakai Baju Kuning

Last year Khairine dapat surat Tawaran Perlantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah Sessi 2013. Dia tanya, 'Mummy setuju ke kalau Khairine jadi Pengawas Pusat Sumber?' Aku kata 'Mummy ok je', cuba tanya Babah, dia setuju ke tak.. tapi Nizam plak kata tak setuju sebab dia takut Khairine ada banyak program kalau dah jadi Pengawas nnt ganggu pelajaran Khairine. End up aku kata kat Nizam 'it's ok lah Bie,  sekurang2nya Khairine ada jg jawatan kat sekolah w/pun jadi Pengawas Pusat Sumber' last2 Nizam pun ok kan je. 



Form dah fill up, order form untuk beli vest, tie, tag pengawas & tudung semua dah settle. Aku bagi duit kat Khairine suruh bagi dekat cikgu. Ingatkan boleh dapat immediately semua tu! rupanya bukak skolah 2013 baru dapat, tu pun vest tak dapat lg. Khairine pakai je suit pengawas warna kuning tu tanpa vest.

Comel je kann??!! >_<

2013, Khairine dah tak pakai pinafore lagi... Pengawas Pusat Sumber SKTHO dah tetapkan pakai uniform lain. Kemeja kuning & kain biru, diwajibkan pakai tudung pulek uolls! *akak  sendiri pun tak pakai tudung Kiah oii* agagagga :D 


hieee ni dia dah transform.. apa2 pun belajar pandai2 yer anakku.. Mummy love you :)
So far Khairine tak ada complain apa2 lagi pasal transformasi dia skrg. hopefully she's fine with her new look.

Thursday, January 3, 2013

Cuti η Dating


Hari ni cuti lagi.. Dapat gi dating dengan Nizam sementara Khairine η Danish gi skolah.. Pagi td lepas hantar kiddies trus ke Cheras gi service kereta aku.. Nizam pun nak service kereta dia jugak. Tapi tak kan nak bawak 2-2 kereta skali sbb lepas tu bnyk hal nak disettlekan.

Selain service kereta, nak kena gi bank, Nizam nak cabut gigi & mcm2 lagi. Sementara tengah cuti ni lah boleh settlekan apa yg patut.. Esok dah kerja.. Eergghh malasnya!






Nway thanks yer Bie sebab bayarkan service kereta I.. Nanti turn kereta you nak service, I bayarkan pulak utk kereta you... barulah fair & square.. yer dakk??!! wakakakaka...  

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone