Tuesday, January 29, 2013

Cuti-cuti Penang - Hari ke Dua

Hari Kedua aku & Family kat Penang, Danish & Khairine pagi2 lagi dah bangun.. sebab nak gi mandi lagi kat pool.. OK kita gi breakfast kat cafe dulu ek.. lepas tu mandi sekejap je sebab nanti kita nak gi jalan2 lagi... dorang pun promise akan mandi kejapppp je hurmm.. 

hahahhahahaha sebenarnya tak mandi punnn... sebab hujannnn kakahkah.. dah siap2 mandi, turun bawah kat cafe kitorang breakfast dulu sebelum keluar nak ke Bukit Bendera. 

Amek gambar dulu sebelum turun breakfast.. sorry yer kanak2, anda tak dapat mandi swimming pool sebab hujan kihkihkih :p

Lepas dah kenyang breakfast, terus menuju ke arah Bukit Bendera orang kata kalau nak naik Bukit Bendera kena pi awal2 sebab kalau lambat nanti orang akan berpusu2 beratoq nak beli ticket.. OK! sampai sana pukul 8am+ time nak beli ticket masih tak ramai orang, ada lah dalam tak sampai 10orang kot. Dah beli ticket, kena beratoq, tunggu train sampai. 



yeahhh kami dah dalam train nak menuju ke puncak Bukit Bendera =)


Lebih kurang dalam 10minit zupppp kami dah sampai puncak.. Time tu kemain sejuk sebab pagi tu kan hujan.. kabus tebal plak tu.. pemandangan dari atas cantik sangat.. kat atas tu bleh tengok macam2 keindahan alam semesta (fulamaakkk ayatttt.. hahaha) kat sana ada perkhidmatan buggy untuk orang ramai boleh jalan tengok sekitar Penang Hill tu.. 1 buggy tu bleh naik dalam 6 orang, harga untuk naik RM30, dia bawak gi jalan2 sekeliling tempat pemandangan & tempat bersejarah kat area situ. 


 Welcome to Penang Hill =)

 Bukit Halliburton




 View dari atas, nampak laut


 Semua tu pemandagan & tempat yang ada dekat Penang Hill.. cantik & menarik wooo

 1st check point driver buggy tu berenti kat sini, dari sini bleh tengok pemandangan seluruh bandar Penang dari atas Penang Hill.. chantekk sangat.. 

 Gambar ni si driver buggy yang snap kan.. dia warganegara Nepal, baru setahun tinggal kat Malaysia, tapi dah pandai berbahasa melayu.. Sambil dia dok bawa buggy tu, dia dok terangkan lah nama2 kawasan, rumah2 & jalan area situ.. (feeling dah macam pelancong dinegara sendiri plak.. hahahaha) 

 Ni plak tempat pos surat orang dulu2 zaman2 british.. giler lama kannn.. warna tetap merah, tapi tong surat sekarang agak petak, dulu2 bulat. 

Rupa2nya dia dah di train untuk bawa buggy & setiap kali dia bawa pelawat naik buggy, dia kena terangkan kat pelawat nama2 tempat yg bersejarah kat sana.. 

Lesgo to next check point!!! kita pi Monkeycup pulak.. kat situ semua spesis monkeycup hado.. dari nenek, tok, pakcik, makcik, jenis monkeycup ada lahh... mcm teruja plak tengok & kat situ jugak ada sorang presenter untuk terangkan semua jenis & spesis monkeycup yang ada kat taman tu.. 

Natural beauty . tempat ni memang dilindungi.. supaya semua spesis monkeycup yg ada tak dirosakkan.. 



 Ni spesis tak ingat dari negara mana tah.. 

ni yang spesis monkeycup kecik, kalau nak tengok kena pakai kanta hokayy!

Habis dah round satu taman dalam Monkeycup ni, si Mr.Buggy memang dah standby kat depan pintu masuk, dia pusing balik ke tempat yang mula2 kitorang naik. So abes lah part naik buggy. Kitorang pn berpatah balik ke arah train untuk turun semula ke bawah. Ngam2 pukul 12pm, sampai lah ke bawah, skali tengok orang kemain ramai lagi tengah baratur nak beli ticket.. phewww nasib baik lah kitorang sampai seawal pagi time tu.. 

Next! jom pi Taman Botani, kat sana banyak monyet. sekarang dah ada Tram untuk jalan2 & pusing2 keliling Taman Botani, actually Taman Botani tu tak lah besar sangat pun mcm kat Putrajaya.. tapi ok lah, tempat dia menarik.. 


 Murah je naik tram 


oiii mengantuk ke apa tu?? kekekeke

Pemandangan sekitar Taman Botani.. cantik sangat.. 

Dah tengahari, lapar sangat.. Nizam kata jom lah kita pi Padang Kota Lama pekena pasemboq.. wahhh teruja nya aku bab2 gi makan ni.. sebab makanan kat penang semua sedap2.. 

Nahhh tu dia pasemboq yang kami makan.. total semua sepinggan hentak tu RM25.. pergghh bleh tahan gak harga..

OK kenyang! jom balik hotel.. as promise, Khairine & Danish dah ready nak berkubang kat pool.. hurmm sampai je hotel, aku dah malas nak turun teman dorang mandi.. lepak kt bilik tengok tv je.. dah penat dari pagi sampai ke petang berjalan.. Nizam je yang teman dorang kat bawah.. tu pun sekejap je. Last2 dah puas mandi, kepenatan & lapar, dorang naik bilik sendiri kekeke.. 

Lepas dah salin masing2 terbongkang tido.. malam nya kitorang gi makan kat Gurney Drive plak... aku rasa kalau sebulan aku dok Penang, mau naik 100kg berat badan.. 3 hari kat Penang pun dah rasa macam 15kg dah naik berat badan.. makanan dah lah sedap2, pagi petang siang malam asek melantak je.. adoiii 

 Aku ngan Danish makan Char kuey tiaw yg kureng sedap.. Khairine makan nasi lemak cili bilis & Nizam makan pasemboq lagi.. 

Sini happening jg.. ramai orang datang makan & makanan memang variety :)

Dah makan, lesgo jalan2 tepi pantai depan Gurney Drive tu.. amek2 angin, buang2 angin.. kitorang pun gerak pegi ke pasar ala2 up town kat Batu Ferringhi, kiranya 2 malam berturut ke sana.. sebab?? kononnya nak gi beli t-shirt 'I love Penang' ingat nak pakai lah 4 beranak, bleh amek2 gambar (poyo kannn.. ko ingat ko pelancong dari Amareka??) hahahaha.. End up baju nya ada, tapi size untuk Khairine & Danish tak ada.. tak ada rejeki lah nak beli t-shirt 'I Love Penang' tu.. huhuhu Peninggggg :(

Dah tak ada tu, jom lah balik Hotel.. lepak2 tengok tv je sebab esoknya dah nak check-out.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah