Last day!! hari ketiga aku di Penang.. bangun pagi2 mcm biasa, Khairine & Danish nak ke bawah mandi swimming pool.. adoii lah anak2.. tapi harini dorang turun sendiri, aku & Nizam tak teman kan dorang.
Pukul 9am dah naik bilik.. bila tanya kenapa naik cepat? dorang kata seeejuuukkk lah mummy (sambil gigil2) hahahhaha aku cuma gelak je.. tau pun sejuk.. kalau hari2 berkubang kat pool tu mau tak kechot?? kahkahkah..
Sebelum check out, sessi bergambar dulu..
Pukul 10am dah siap2 packing get ready nak ramboss. Nizam dah siap check-out, start kereta terus menuju ke Penang Street, nak gi beli Jeruk uolls.. diulangi!! Jeruk hokay!! bukan Beruk!! :D
Sesampai je kat Penang Street, terus meluru masuk kedai jeruk.. tak borong pun.. beli mana yang patut je.. sebab aku & Nizam sendiri pun tak makan jeruk.. aku tak suka sebab masam tah apa2 tah..
Lepas dah beli kat makcik Aishah jeruk ni, kitorang terus gerak pegi ke Bukit Jambul, jalan kat Penang dah start jammed sket sebab India nak sambut Thaipusam.. actually Bukit Jambul bukan ada apa yg best sangat, kecuali Restoran Kayu Nasi Kandar dia yang besaq sebelah Vistana Hotel & Burger besaq (tak ingat apa nama burger tu tp aritu ada masuk dalam tb) pernah lah aku gi makan kat sana dulu.. tu pun dah lama.. decide masuk shopping mall kat Bukit Jambul je.. semata-mata makan KFC (kat KL pun ada KFC kot??!!), ikut selera tekak Khairine & Danish.. kalau ikut kan ati aku ni nak je makan Nasi Kandaq..
Dah abes pusing Mall, kitorang terus gerak keluar dari Penang, Nizam ajak gi Taiping, nak bawak Khairine & Danish gi Zoo Taiping/ Night Safari..
Aku pun tak lah membantah, ok kan je.. aleh2 dah nak dekat sampai simpang ke Taiping, Nizam bertukar fikiran, dah di ajak nya gi Cameron Highland plak.. Nizam kata bleh lah cari hotel murah2 dalam RM80 - RM90 kat sana nnt, tido semalam & ahad bleh balik KL terus. Aku pn tak cerita banyak, menurutkan je lah apa kata dia, dah dia yang bawak kereta hehehe.. Nak tido kat sebelah pun, serba salah dibuatnya.. layan lah borak sambil senggut2 (huaarrgghhhh.. menguap besar).
Ikut jalan Simpang Pulai nak naik ke Cameron
Sesampai je terus tuju ke Cameron Valley Tea Farm.. amek2 gambar tunjuk kan daun teh kat Khairine & Danish (ala2 mcm cikgu rombongan skolah plak kekeke)
Mak Khairine & Danish ni sll over.. amek gambar mesti ada gambar dia hehehe :p
ada mcm film hindustan kah? cer cari dimanakah saya?? buelkk :p
Khairine & Danish si budak kebun teh =)
Cantiknya.. kalau lah dapat pemandangan macam ni kat depan rumah, pergghhh bangun je pagi2 bukak tingkap terus nampak ladang teh menghijau.. hurmm =)
Gagah bapak & anak2 berlumba naik ekekeke :D
Buat2 Propa nak tunjuk apa tahhh... Ini semua PoYO :D
Ni lagi nampak sangat propa.. tangan tunjuk arah lain, pandangan mata ke arah lain.. ahahahaha LoL =)
Habis sessi bergambar propa kat sini, move on lagi, ke atas plak, nak singgah kat area Equatorial Hotel, fullaamaaakkkkkk jangan kata Equatorial, bayang Equatorial pun tak nampak seyyhh.. Apa dah jadi dengan Cameron Highland ni?? jammed nak meninggal dibueknyo.. adehhhaii..
Worse come to worse terpaksa lah potong Q.. oppss sowwi yer kenderaan2 lain kami terpaksa memotong anda & meninggalkan anda jauh kebelakang kerana suami saya dah tak tahan sabar lagi nak hadap jammed luar biasa tu.. arrgghhh bye2 *sambil lambai tangan*
Dekat 2 jam lebih jg lah hadap jammed, Ko tau sampai mana jammed tu Cik Bedah? hahh!! tu dia sampai ke Brinchang yg ada pasar malam kat balai polis tu.. choyyyy pasal pasar malam je seluruh Cameron Highland dilanda jammed koo.. lagi2 plak sebab public holiday time tu..
Abes kalau dah namanya jammed luar biasa, ko rasa ada ke lagi hotel yg kosong?? harus lah tak hado kann??!! jgn harap lah nak cari hotel murah2 lingkungan 80 ke 90hengget, yang 10hengget pun tak hado Bedah!..
Masa survey2 walk-in cari hotel, Nizam ada tanya kat Hotel Jasmine, situ pun actually fully booked, tapi orang hotel tu kata ada orang nak cancel, so kena tunggu lah nanti dia akan call. Sementara tu kitorang putar2 lg area Tanah Rata kot2 ada kosong lg ke Home Stay kat sana. Aleh2 orang hotel tu call kata ada bilik kosong tapi harga RM218..
Nizam terus kata OK, tapi aku kata KO.. buat apa bazir duit, dah lah check-in pukul 10pm, check-out time pkl 12pm, harus lah kita nak keluar berjalan2 sebelum pukul 12pm tu & akan check-out awal dari time dia, harga plak sengat.. saya bangkang Yang Arif!!!
Abes apa tunggu lagi?? nak turun balik, time tu dah pukul 10pm, gagah kan je lah turun & balik KL malam2 buta tu.. nasib baik jg ada 3-4 buah kereta yang nak menuju ke arah yang sama.. so tak lah takut sangat, at least ada lah gang sama2 turun.. seram jg ikut jalan Tapah time malam, selalu jalan siang je, tu pun jalan sempit, tak sehelok jalan kat Simpang Pulai.
Conclusion nya : SILA JANGAN KE CAMERON HIGHLAND TIME PUBLIC HOLIDAY WITHOUT ANY BOOKING. NANTI MERANA DIRI huahuahua.. :D
Ok habis sudah cerita pasal 3D2N kami ke Penang... kbai :)
hi dear...hihihihihi betul tu Sila jangan ke CH time public holiday without any booking. memang sah2 la akan merana badan. Pernah terjadi pada sy. Sebab time tu sy dari Penang nak balik KL. tp saja gatal tukar plan nak naik CH gak...gile sesak atas sana, nak sewa hotel pon hotel yg semenggah mmg full house, hotel cikai sampai cecah RM400. gile ke hape.....last2 seblm hari gelap tu turun la balik. tgk rmai gak org yg nasib mcm kami. bila tanya, diorg kata mlm tu nak tdo je dlm keter. Adooiii jgn buat pasal la kan...
ReplyDelete