Monday, January 7, 2013

Jalan2 Sampai Lebam


As usual, weekend je mesti nak bawa Khairine & Danish jalan2, apatah lagi mummy dorang  yg excited ni *hover sangat kalau bab2 berjalan*... 

Sg.Wang, Low Yat, Times Square, & Ampang Point. 4 tempat ni lah kitorang redah aritu. Keluar je dari parking kat Sg.Wang tu, hujan lebat pulek, masuk Sg.Wang balik ronda2, lepas dah berenti hujan tu baru lah bleh menyeberang ke Low yat. Ke Low Yat pun sebab Nizam nak repair Note dia. Repair sekejap je sebenarnya, tapi bila dah sampai Low Yat tu paham2 je lah.. macam2 booth lah nak singgah, kebetulan plak kat bwh tu ada promotion jual camera. Secara tak sengaja Nizam terbeli plak camera Samsung ES90. Sebab murah & senang nak jinjing kemana2 katanya, ok!beli je lah Bie, you yg bayar kan? bkn I pun hehehehe :p

Test power tengok :D


Dah sudah beli ingat nak bawak kiddies gi main kat Theme Park, Bowling atau tengok wayang kat Times Square,  emm semua tu dorang tak nak.. kecuali bowling, bila tanya kat kaunter bowling Times Square tu, lane dia tak ada utk kids yg mcm ada palang kat tepi2 tu..terus Nizam ajak pegi Ampang Point je main bowling kat sana. 


Kalau amek Family Rides, mcm tak mencabar je mainan dia, tapi kalau amek Family Package plak rugi je nanti sebab belum tentu kiddies nak naik semua kat situ, dan jgn harap lah kalau ajak aku naik roller coaster tu. Memang tidak lah! phewww :p


Minah ni sibuk asek nak posing je :D

Nak beli kasut tapi tak ada size pulak.. nanti kita cari kat tempat lain yer Danish.. 


 Sementara menunggu Nizam & Danish pilih kasut, mummy & Khairine pose2 dulu :p

Ok memandangkan bowling & wayang tak jadi kat Times Square, yg untungnya cuma aku je sbb dpt borong baju peplum kat sana ngeeee :D

Lepas dah makan2 kat Old Town Ampang Point, skrg bowling time! sampai je kat Ampang Point tu, nasib baik ada lane kosong utk budak2, so tak lah menunggu lama sangat. aku & Nizam tak main, cuma melayan kiddies je yang nak main bowling.. 






Lepas dah tunaikan hajat kiddies main bowling, dalam pukul 9++ malam mcm tu, sambung plak berjalan ke Uptown Danau Kota.. Saja berjalan sebab dah lama tak kesitu.. dapat aku rembat 1 peplum tribal.. tak tahan tengok bila patung tu pakai, aku pn rembat lah 1 



Last but not least, Khairine sibuk nak sandal Fitflop sama mcm mummy dia, w/pun Khairine pakai besar mcm kapal, mummy beli je lah hahahah.. Fitflop mummy pun dah nak rabak dah sbb terlampau selesa sangat pakai, lagi pun dah lama kot.. beli kat Jakarta aritu.

Dah nak dekat pkl 12mlm, kiddies pun dah kepenatan berjalan dari siang sampai ke malam, moh ler balik ke rumah, aku pn berjalan sampai cramp kaki :(

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah