Wednesday, January 16, 2013

Pengagihan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013

Tak macam tahun lepas. Kalau tahun lepas aku datang amek dekat pejabat skolah SKTHO je. Itu pun datang berhimpit2 mcm nasi himpit padat ngan parent yg dtg nak kutip duit bantuan RM100 dari kerajaan. 


Semalam ada kelainan sket & lebih systematic. Buat kat Dewan Terbuka skolah. Ada 3 kaunter yg dibuka. Kaunter 1 untuk murid tahun 1, kaunter 2 untuk murid tahun 2 & kaunter 3 untuk murid tahun 3. So mana2 parents yg datang tu bleh lah ke kaunter 1, 2 atau 3 (cewahh mcm announcer kat shopping complex plak) :D 

Backdrop pentas : Pengagihan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013 oleh Datuk Johari Bin Abd Ghani

Nak kasi tahu sket, semalam parents yg datang amek duit RM100 tu, kena bawa surat beranak/ birth cert anak & acknowledge lah kat kertas yg dah disediakan oleh cikgu2 kt kaunter tu. Dapat je duit terus blah. Aku ke kaunter 3, lepas dah sign acknowledge, aku lepak tggu sampai pkl 11am++, kisahnya kelas Khairine terpilih utk terima duit tu agak special sket cara penerimaannya. 

Sebelum cerita panjang, semalam aku cuti.. mcm biasa lah kalau hari bekerja pn keluar time2 tu jg dlm pkl 7am. Aku keluar rumah hantar Khairine gi skul, lps tu dah tak tau nak gi mana, sbb nak kena tggu time nak collect duit, kaunter bukak pukul 8.30am sampai pkl 1.30pm. hurrmmm melepek lah aku kat kantin skolah, tersangap2 aku sorang2.

Ni pemandangan kelas Khairine, 3 Amanah (kelas yg bwh skali berdepan ngan pondok. Masa Khairine darjah 1 Amanah dulu pn kelas dia kat situ jg) aku snap dari kantin skolah,time aku tersangap2... *huaaagghhh menguap* 

Lepas dah pkl 8.30am tu aku tgk dah berduyun parents serbu kaunter mcm nak collect RM1000 je kan!.. aku pun terus ke kaunter buat2 tanya kat Cikgu, 

Aku : Cikgu, nak tanya sket, boleh ke kalau pakai MyKid je? tak payah guna Surat Beranak? 
Cikgu : oh, tak boleh, nak kena tunjuk Surat Beranak jg, anak Puan darjah 3 Amanah kan?         kalau mcm tu Puan sign kt sini lepas tu duit tak dapat lagi tau, kena tunggu pkl 11am naik pentas & Datuk akan serahkan sendiri duit tu nnt pada Puan. 
Aku : (ckp dlm hati : eh apa guna ada MyKid).. ye ke Cikgu, kalau mcm tu saya kena balik rumah kejap amek Surat beranak anak sy.
Cikgu : ok, tp jgn lupa dtg balik tau, nnt tak dapat duit plak. 

Lepas 1 jam aku dtg balik ke skolah, ngam2 time tu Khairine nak keluar rehat, aku pn terus ke kantin beli kan makanan utk Khairine siap2 so tak payah lah dia nak beratur nnt. Kringgggggg loceng bunyi, abes dah waktu rehat Khairine, bermula lah babak2 sangap aku lg dok kat kantin sementara nak menunggu pkl 11am.. arrgghh malas nak dok kantin aku terus ke kaunter 3, jumpa cikgu & acknowledge terus tanda bakal terima duit RM100 tu.




Pukul 11.15am Datuk Johari pun sampai. Tak cerita banyak, majlis pn dimulakan dengan Pembahagian duit RM100. Apa yg aku katakan tadi agak special sket cara penerimaan duit tu?! sebenarnya kelas Khairine terpilih untuk terima bantuan tu. Parents dari kelas 3 Amanah je yg dapat naik pentas & bersalam dengan Datuk Johari. Parent2 lain yg anak2 dorang dari kelas lain tu sign je dapat duit lepas tu terus blah. 

 Time ni Datuk Johari baru sampai, kiri kanan Datuk tu Cikgu2 kt SKTHO, aku pn tak hingat nama dorang :p

Gambar naik pentas blur pulek! :(

Dapat lah naik pentas semalam. Sebelum naik pentas tu, rupa2nya ada wartawan dari RTM datang nak buat press conference, Cikgu dah pilih Khairine & 3 lagi classmate dia nak di interview, dia nak tanya apa Khairine akan buat ngan duit RM100 tu kalau dpt nnt, aleh2 dia panggilnya aku skali nak interview.. heyyyy!!! mana buleh!!! akak ni tak kejar fofulariti hokayy.. akak tak nak!! hurrmmm dah dipaksa jg terpaksa lah terima.. masuk lah muka akak ni dlm tb time berita kat RTM1 semalam.. ngehhh =)

Get ready dah nak interview masuk tb :p

Tengah interbiyu nak masuk tb mlm nnt :p 

 Tengah interbiyu nak masuk tb mlm nnt *muka sangat propa kan??!!* :D 

Datuk Johari Abd Ghani, Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat Titiwangsa
 Berita Nasional RTM1 -15 Januari 2013, 8mlm

Selebet giler muka time nih!!  
Berita Nasional RTM1 -15 Januari 2013, 8mlm

  Berita Nasional RTM1 -15 Januari 2013, 8mlm


 Ni lah Cikgu kelas Khairine, Puan Zailelawati, Cikgu ni pun dah jadi kawan ngan aku sbb sll borak dlm fb. Sporting jg cikgu ni =)

 Ni plak Puan Hanita, Cikgu ni selalu jadi emcee kalau apa2 majlis kat SKTHO. Peramah giler Cikgu ni :)

Ah! dah dapat pun duit RM100 ni.. terima kasih daun keladi, kalau sudi bagi lah banyak lagi hahahaha

Zaman skrg kalau ikutkan bawak belanja kat kedai RM100 mcm RM10 je dah nilainya. Tapi tak apa lah, bersyukur lah berapa yg dapat. Majlis pun habis dlm pkl 12pm, alang2 nak tunggu Khairine blk pkl 12.50pm, aku kena buat acara sangap lagi skali kt skolah. 

Kringgggg lagi skali bunyi loceng pkl 12.50pm, berjurai2 budak2 keluar kelas.. Khairine keluar je skolah, terus masuk kereta vrooommm balik rumah. 

5 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah