Wednesday, March 13, 2013

Park at Your Own Risk

Petang semalam kat KL memang hujan lebat giler.. tapi aku tak lah terasa sangat, mungkin sebab aku dok dalam bangunan kot.. Tak ada pulak dengar cerita kata ribut taufan melanda ke, banjir sana sini ke or pokok tumbang.

So relax jer dok dalam opis. Dalam hati ni dah resah, sebab payung lupa nak bawa naik opis.. Cisss boleh tak terbawa sekali naik payung dari dalam kereta.. Fikir2 balik ermm tak ada pun tak apa lah, kalau dah lebat sangat hujan, aku malas lah nak balik dulu, tentu2 nya drive tak nampak jalan, kena pulak stuck kat jammed... lagi hanginn dibuatnya nanti!!

Cukup time je tengok luar. OK clear!! hujan renyai2 je dah tak selebat tadi.. so aku pun dengan cool nya keluar opis, turun bawah, redah hujan renyai2. Sampai je kereta, warm up engine jap trus blah sebab nak elak jammed, tau je lah Bedah!! Jalan Sultan Ismail ni kalau lepas 5.30pm memang ko akan dok dalam kereta sampai ke malam... jammed nak meninggal okeh!.. 

Helok je aku sampai depan sekolah Khairine petang semalam, Kak Nisa whatsapp aku.. dia tanya aku ko OK ke tak.. aiikkk macam pelik kan?? dalam hati ni ko dah kenapa kak? tanya aku OK ke tak.. hurmmm aku pun reply aku OK kak, kenapa??  

Alangkah terkezutnya Mokcik bila Kak Nisa kata ada pokok tumbang kat parking lot tempat yang memang port selalu aku parking tu.. perrghhhh

Cer lah ko bayangkan, kalau semalam aku parking kat tempat tu???!! Aku cuma boleh kata ALHAMDULILLAH nasib baik lah aku tak parking kat situ semalam.. 
To be fair, selalu aku rotate kereta, minggu ni aku drive kereta Nizam, then minggu depan aku akan drive kereta aku pulak.. Semalam pula turn aku drive kereta Nizam, kalau kena kereta Nizam semalam???!! ko hagak2 menangis tak berlagu tak laki den tu??? kahkahkah

Nak dijadikan cerita, dah dua hari sebenarnya aku tak parking kat port tu, aku parking kat belakang Shangri-La Hotel je sebab ada parking kosong, tapi yang selalunya memang susah lah ko nak dapat parking tu, tersangat laris parking ditepi jalan tu.. puiii!! maka, setiap 3 jam aku akan turun untuk reload duit (parking DBKL), memandangkan parking tu pakai mesin yang macam mesin kuda kat kedai game tu.. Hok aloh!! mencikkk =(

Sekali lagi dapat whatsapp dari member opis. Zee Kim, si Apek ni memang selalu parking kat tempat yang sama gak ngan aku, tapi port dia ke atas sket dari port aku parking selalu, dia pula dah stuck kat kat situ, disebabkan pokok tumbang tu, terus dia send gambar kejadian tu kat aku.. 

OMG!! teruk kann???!!.. ngam2 memang port aku selalu parking kereta aku kat situ..

Tak dapat aku bayangkan, kalau kena kat kereta aku or kereta Nizam time nih. phewww

Tak sanggup nak tengok kalau kena kat kereta sendiri weh!! 
nangis guling2 aku agaknya.. dah lah tak boleh claim insurance 
sebab kejadian bencana alam =(

tak tahu siapa owner kereta ni.. kesian wehh.. 

Sebelum aku parking kt tempat pokok tumbang ni, aku selalu park kat open space parking kat area Menara KL, sekali masuk RM8.50, kononnya nak jimat cermat punya pasal, aku bertukar ke area belakang Shangri-La hotel ni, sebab sekali masuk 5hengget je.. Hari ni dengan girangnya, aku parking kat tempat lama tu balik, bayar RM8.50 per entry.

Tahu je lah Bedah!!! kat KL ni mana ada parking murah lagi dah!! lagi2 kat kawasan Golden Triangle Area ni.. jangan verangan lah bleh dapat parking yang hebak! kecuali dalam bangunan, dalam bangunan pulak kemain mahal nak mati!! deposit ko kena bayar 2 plus 1 (dah macam nak masuk rumah sewa plak), monthly pulak RM255.. mahal kannnn??? kat parking je dah kena tabur sampai RM200+, tak mo aku!! rela lah parking kat luar2 sana.. huh!!!

Tapi bila park kat luar pulak, risiko nya macam ni lah.. pokok tumbang lah, tanah runtuh lah, tenggelam dek banjir lah.. hurmmm rasa macam nak gi kerja jalan kaki je.. =(

20 comments:

  1. Replies
    1. Kan sis... mmg tak sanggup.. nanges ooo =(

      Delete
  2. syukur akak selamat ..n x de apa2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Phat,
      nasib baik kebetulan tak parking kat situu semalam huhuhu

      Delete
  3. Bersyukurnya Zaza keta zaza ke keta nizam ke tak jadi mangsa...kalau tak memang nangis tak berlagulah jawabnya....Hadoi...insurance tak coverkan... due to act of god!

    ReplyDelete
    Replies
    1. OKje, mmg bersyukur sangat..
      kalau tidak mmg nangis 100 hari tak berenti huhuhu
      Alhamdulillah..

      Delete
  4. Sykurlah...Kalau tak, nangis xberlagu le

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur Bin,
      mmg akan nangis lah kalau kena semalam huhuhu =(

      Delete
  5. Alhamdulillah...nyawa dan kereta selamat.

    ZAza, karipap lori tu ada buka stall kat depan tutti frutti cyberjaya. Kat tempat lain tak tau kat mana jual. Klo nak rasa cuba call nombor tu ☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Fiza.. :)
      Ok nnt kita pi cari kat cyberjaya or juxt call je nombor tu.. terima kasih =)

      Delete
  6. Baru lagi kereta tu...siannya..mujur tak berlaku kemalangan nyawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ema, tu lah.. terkejut dibuatnya huhuhu

      Delete
  7. nasib baik kete akak tak kena apa2...pernah skali kete parking situ..kena tenggelam air!! mencikkk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn Bitt.. bahaya sangat.. baik pokok tumbang or banjir.. apa2 pun nasib baik tak ada apa2.. Thank God :)

      Delete
  8. sib baik la cik bedah x parking kt situ...klu tak..mau cik bedah lompat2 atas pokok tu...huhu...pd hari yg sama...mmg la ujan teramat yg lebat...pokok jambu kt luar umah ni...dh mcm menari rap kaedahnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha adoii lawak lah Cik Kiah saya ni.. tak kan lah cik bedah nak lompat2 atas pokok tu kikiki
      mmg lebat Noe, takut cik kiah dibuatnya.. huhuhu

      Delete
  9. alhamdulillah...nasib baik sis tak apa apa...... itulah,.....malang tak berbau.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah