Tuesday, September 24, 2013

KARMA

KARMA ada dua tanggapan.. first yang aku google boleh baca sini & satu lagi yang aku baca kat sini. Harini ni aku tak nak cerita pasal MAKSUD PERKATAAN KARMA, tapi hari ni aku nak cerita pasal APA ITU KARMA. 

Karma dalam pemanduan.. iaitu tindakan seseorang yang mempengaruhi penjelmaan semula. Ok jom kita mulakan cerita pasal karma.. aku percaya orang sekarang ni tak kira lelaki atau perempuan memang handal bawa kereta, malah lagi hebat dari pemandu F1.. kalau pandai bawa kereta tu mestilah korang ada driving license kan??? ehemmm lesen aku dah lebih seplohtahun yer Bedah.. hehe. Pada yang tak ada & tak pandai memandu tu korang imagine je lah ye cerita aku ni.. atau buat2 tahu je lah ye.

Benda ni selalu akan terjadi pada waktu2 tertentu. terutama sekali peak hour, jammed disesetengah tempat, kadang2 kalau tak jammed pun boleh jadi juga.. tak kira pagi, petang, siang atau malam. Aku selalu peratikan dalam pemanduan kita selalunya tak suka bertolak ansur dengan pemandu lain.. terutama sekali pemandu lelaki.. korang ni 'besar kepala' bila tengok pemandu2 perempuan kat jalan raya kann??? 

Apa yang aku practice kan selalu kena beri peluang selebar-lebarnya kepada pemandu lelaki. Sebab pemandu lelaki ni ada yang gelojoh, ada yang poyo, ada yang nak tunjuk bagus.. lagi2 kalau lelaki2 yang bawak kereta ala2 bunyi ekzos tu dah macam pakai ekjos buloh.. tahap kepoyoaan dia bikin aku menyampah bila tengok muka diorang yang macam gud2 tu.. bencik!!!

Perasan tak selalunya kalau nak keluar/ masuk simpang, kita yang perempuan2 ni ala2 macam dipandang hina je.. kongajor betul!! kadang2 aku terkena juga penghinaan tu.. sesekali aku teringin jugak nak mengganas.. mana bleh tahan asek nak kasi chance je kenn??? 

KARMA yang terjadi bila kita selalu kasi chance kat pemandu lain, maksud aku.. kita boleh tolerate each other lah.. kita buat baik dengan orang, dengan automatiknya orang akan buat baik dengan kita. Benda ni happened bila ko sendiri akan kata eh tadi aku kasi chance kereta tu jalan dulu, sekarang orang lain pulak kasi aku chance jalan dulu pulak.. nampak tak KARMA disitu??? kau tak sakit hati, dia pun tak sakit hati.. itu lah yang aku nak tekan kan dalam cerita ni. 

Benda ni  boleh terjadi juga kalau kita tak suka nak tolerate dengan orang lain.. contohnya kita dah nampak ada kereta nak keluar simpang, dengan angkuhnya seboleh2 kita  nak block orang tu supaya dia tak dapat nak caras depan kita.. 

Kejadian macam ni lah yang selalu buat aku tekanan.. langsung tak nak ada nak give & take.. lepas tu kau tunggu pulak nasib kau didepan sana.. tadi kau buat orang, lepas tu berkemungkinan besar jugak nasib kau sama macam apa yang kau dah buat kat orang.. kadang tu siap berdoa orang tu terkena balik haha.. bila aku nampak benda macam tu terkena balik kat dia, aku akan gelak... rasa puas hati bila dia terkena balik walaupun bukan dengan aku.. miahahahaha tadi kau berlagak sangat dengan aku, sekarang kau rasakan padahnya.. buelkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

Kalau ikutkan hati aku yang tak sabar ni.. memang ringan je mulut ni nak maki hamun orang poyo macam tu.. tapi sabar yer Bedah.. nanti mendatangkan dosa pulek, banyak buruknya dari kebaikan nanti.. so kita berdoalah supaya orang macam tu insap diri.. paling tidak pun, bila  dia terkena dengan orang lain, baru dia berakai.. 

Kadang2 tu terlepas jugak makian, cacian carutan aku kat diorang hahaha.. cuma setakat dalam kereta je lah.. bukan diorang dengar pun.. janji aku puas hati dapat carotkan orang macam tu.. LoL!!

Sama juga dengan pemandu perempuan.. kadang yang membuatkan aku tekanan sebab diorang ni ada yang takut2 naw nak keluar/ masuk simpang. Bila dah kasi chance ko masuk/ keluar simpang, dia buat perangai terhegeh2 bajet cute sangat kat kepala simpang tu.. hadoiiiii nak aku jelingkan, dia tak nampak.. nak tunjuk penumbok karang berdosa.. lama2 lantok kau lah Joyah!!! duduk lah kau kat kepala simpang tu doplohpatjam.. hahahaha

Lagi best kat simpang tu kita dok kat belakang dia.. hoiiii kau nak tunggu jalan raya clear macamana lagi baru boleh kau nak keluar simpang???? ke kau tak reti nak bajet berapa meter jarak baru boleh keluar???!! kereta belakang dah panjang menunggu ni, dia boleh macam buat2 tertido plak kat situ.. hahahaha.. hangennn betul.

Sebenarnya ada lagi benda yang aku nak Joyahkan dalam bab ni.. bila tak ada depan lappy macam2 perkataan mencurah2 dalam paler otak ni.. bila dah depan lappy terus hilang semua. Apa2 pun kalau korang ada pendapat tertentu, sila lah luahkan ye.. bubaiiiii daaaaaaa dadaaaaaaaaaa =)

24 comments:

  1. Mama zaza.....tgk korang yg bawak kete tuh jgn laa buat mama zaza jadi singa pepagi nih...fenat tau dia fenat...Umi Qi pun sama...bawak kete tecik je Umi Qi nih zaza...kancil je pun hikhikhik mmg betui lah apa mama zaza ckp...karma tuh jika baik, baiklah kita dpt pulangannya...kalu jahat kita dpt....mmg byk jahat Umi qi nk kasi balik hahhaha oppsss dosa tuh dosa...ermmm mcm nih mommy zaza, kalu jumpa orang jantan yg dok bunyi ekzos besor2 tuh pastu guna highligt ke hape buat donno jek...tau apa umi qi buat? Umi Qi bawak kancil umi yg kiut miut tuh slow nak mampus...padan muka ko hahahha sape tuh jolok bumper kt kancil Umi Qi...dah tau kancil tuh leh lari bape lah sgt roundabout plak tuh ahhahhaha...tgk Umi qi buat entry plak hai...sabor mommy zaza saborr....kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha Umi pn genster jalanan jg ke.. amboii tak padan ngan kecik.. hehehe

      Delete
  2. karma itu apa yang kita buat dekat orang then kita dapat balik...heee

    ReplyDelete
  3. Tak payah kata karmalah zaza. Kita kata saja sebagai balasan. Apapun yg dilakukan kalau tak ada balasan di dunia yg pasti di akhirat akan ada balasannya... Walau sebesar zarah kebaikan atau keburukan pasti ada balasan...

    ReplyDelete
  4. Betul apa yg ko kata Cik Jah...memang pernah berlaku kat cik Bedah hehe...ada kalanya suka jugak OKje mendengki ni, tak bagi kereta masuk, last2 kat depan kena balas...orang pulak buat kat kita hehe.... Biasalah tu....agaknya kat Mekah lagilah ek!...seremmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha amboi geng bas skolah pun pandai cilok2 yer.. hati2 yer cikbedah hehehe

      Delete
  5. hehehehe hukum karma~ xdpt kat dunia.tunggu disana~ jeng jeng jeng.eh tetiba cm seram lak.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rara, mcm tajuk lagu kumpulan Wings plak kann hehehe
      hahahaha tak payah nak seram sangat.. pffffttt ;P

      Delete
  6. Hehe..tergelak jap eh saya kadang tu ader gak time lembs mengalamun tetibe ader org hon kat belakang muahaha...acaner...kalo dah jamm kan...yg lelaki kalut menyilok sana sini geram oi...rasa nak langgar jer vontot kereta dia nampak pompuan cucuk2 lakkan...tapi skang duk perak tenang ilek2 jer bwk keter...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha mengaku pun.. kadang kita tak buat orang, orang buat kita.. hehhee terima je lah Lizz ;P

      Delete
  7. SA selalu jadi mengsa la..bila nak buat kat org mcm eh..berdosa la..biar la...pi lantak la..hihihihi

    ReplyDelete
  8. Karma yang fiza pernah dapat bile salah sendiri tak bagi signal nak ke kanan padahal kete sebelah kanan tu nak dekat dah..pastu dia potong dan balas balik buat macam fiza buat..memang salah sendiri tapi kalau dah nampak ladies driver tu xyah lah nak balas kan..sebab dah angkat tangan say sorry tapi dia buat camtu lak..aiyakk...memang pemandu lelaki sangat memandang rendah pada driver wanita..*fact =__='

    *moral of the story..jangan ulang kesilapan yg sama..uhuh

    ReplyDelete
  9. setuju dengan entry ni za..pompuan ke lelaki ke ada je masalahnya bila drivingkan..memetik kata mantan PM kita..tun mahathir..orang malaysia ni nak tgok dia kurang adab..tgok masa dia drive..hahaha..betul jugak kata tun tuh-

    ReplyDelete
  10. biasanya kalau perbuatan yang salah tu cepat jer kita nampak balasannya didunia ni lagi...kalau yang baik tu jarang nak nampak nak sedar... sebab kebaikan yang kita buat Tuhan akan balas juga samade kita sedar atau tidak...yang salah tu dibayar cash...

    ReplyDelete
  11. entahlah za, mama rasa ada juga betulnya cakap zaza tu... lagi2 kaum cha ya nun alif, ... bawa kereta besar, macam atok dia punya jalan... asik nak hon je.. nyampah mama..

    ReplyDelete
  12. Sejak tinggal di kawasan hulu ni, kurang stress dengan pemanduan dan trafik. Terasa aman dan tenang jer bila memandu. Tapi sesekali ke bandar...tahap tension giler, mulalah hilang kesabaran melihat sikap pemandu yg pentingkan diri sendiri.

    Lain kali ke bandar spt KL naik komuter dan LRT ajelah...lagi aman.

    ReplyDelete
  13. time drive mulut memang salu ja maki hamun. ramai sangat pemandu tak berhemah dan tak tau nak hormt org kat jalan raya

    ReplyDelete
  14. paling tak suka bila ikut suka hati pemandu ni bawa kereta di laluan kecemasan..bila dah sangkut dengan jem...suka-suka hati nak potong macam tu..mmg tak akan bagilah...akak berkeras lah sampai orang tu berada kat belakang.....hehehe..mentanglah dia pakai kereta bmw..peduli apa...

    ReplyDelete
  15. sesiapa yang memandu memang akan rasa..hehe..

    ReplyDelete
  16. Setuju dgn zaza.. tp apa boleh buat time hangin mmg tak igt apa dah.. bygkn la time kita dok terkejar2 nk g kerja tp kereta kt depan bwk mcm bercinta pulak..adoi tak ke hangin satu badan kalau kena situasi cm tue..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah