Cuba kau tengok muka dia... biasa je kannn?? senyum jer doplohpatjam... Kau tahu tak tiga hari aku susah hati sebab dia??!! sikit je lagi aku boleh bertukar jadi singa.
Cerita dia macam ni... hari Jumaat lepas, macam biasa petang aku balik kerja aku akan jemput Khairine kat Sekolah Agama dia. Fine.. after fetching her, we go back home.. cehhhh cakap orang putih pulak nih ;P lex ar jangan stress dengan cerita aku ni eh.. kita chill chill je ;)
Dah siap parking kereta.. sebelum sampai muka pintu rumah.. aku terlupa nak angkut sekali laptop aku yang yang aku letak dalam bonet kereta.. On that day aku bawak laptop pergi kerja.. biasa lah orang tamak.. kat opis buat kerja pakai laptop company pun masih lagi tamak haloba nak bawak lappy sendiri pergi kerja.. phuiiii.
Ok sambung cerita.. sebenarnya point cerita ni aku nak bagi tahu yang Nyet aku hilang.. sobssss (nyet yang dimaksudkan dalam gambar tu). Nyet tu keychain untuk kunci kereta aku.. Maknanya kunci kereta aku hilang Jumaat lepas.. huwaaaaa =(
Macam mana boleh hilang??? masa aku teringat bag lappy aku dalam bonet kereta.. aku suruh Khairine tolong ambik kan dari bonet kereta.. sambil menghulurkan kunci kereta kat dia.. dia pun lenggang2 menuju ke kereta ambil bag lappy aku.. k habis cerita ambik lappy dalam kereta.. full stop.
Malamnya pulak aku nak keluar dengan member aku.. tapi dia datang kutip aku kat rumah.. so aku tak drive lah. Nak dijadikan cerita, aku nak ambik kasut dalam kereta aku, of coz lah aku perlukan kunci kereta.. yer tak??!! maka bermulalah titik2 cerita yang kunci kereta aku hilang!! Gggrrrr..
Bila aku tanya Khairine dia kata Khairine dah sangkut kat tempat biasa yang Mummy selalu sangkut tu.. nampak tak??? kalau dah sangkut means kunci tu mesti ada kat situ je.. Aku mula syak yang kunci tu cicir kat mana2.
Tiga hari tiga malam aku menangis dalam hati mengenangkan mana lah kunci kereta aku menghilang.. bukannya ada kaki pun nak merayap.. *lap.hingus*
End up kau tahu macam mana boleh jumpa balik??? jiran sebelah rumah jumpa okeh!!! Ya ampunnnnnn cuba lah ko bayangkannn.. buatnya orang lain yang jumpa.. dengan kereta kereta aku sekali orang angkut..
Rupanya2 Khairine kata dia takut nak cakap dengan aku yang kunci tu tercicir.. nak selamatkan bontot dia.. dia cakap kat aku yang kunci tu memang dia dah sangkut kat tempat biasa.
Ini nak di kategorikan sebagai BERBOHONG ke atau JAWAPAN NAK SELAMATKAN BONTOT????
Apa2 pun bersyukurlah dah jumpa semula si nyet aku tu.. Alhamdullah =)
Cakkkkkk ;D
bohong sunat..heheheh..
ReplyDeletehi nyet. taw tak awk penting dlm hidup mommy awk. jgn hilang lg okay? haha
ReplyDeletekalau tak mau kena cari pulak kunci spare...
ReplyDeletemujur nyet tak bawak lari kunci tu coz dia rasa tercebar tengok nyet purple tu lagi cute miut dari dia :)
ReplyDeletehahahahaaa.. tragis nya cerita.. macam mana pulak boleh tercicir tu ? nasib baik jiran kak zaza tu orang-orang baik .. buat nya penyamun penyangak tak pasal2 kan kena curi keta... btw nyett tu comel sesangat..
ReplyDeleteuish, lepas nie kena berhati hati lor.. kereta antara eset berharga dalam kehidupan..
ReplyDeleteHehehe..mesti mummy dia garang sangat sebab tue la khairine takut nk bagi tahu..hehehe
ReplyDeletenasib baik jiran u tue prihatin kan..=D
Nasib baik jumpa. Bahayanya sebab cicir dekat pulak dgn kawasan kereta. Kalau org jumpa dan terus nak drive kereta memang dah boleh... rezeki halal zaza dapat balik.
ReplyDeleteNyet.. nyet... memang engkau terus jadi milik puan zazalah:)
Nyet hilang? hehe siannya ..... Nasib ada spare key yeh..... kalau idak sure tuan Nizam jadi mangsa kena jadi supir hehe
ReplyDeleteSyukur ....... dapat balik! Masih ada rezeki kita tu Zaza...
Biasalah budak budak..... takut kena makan dengan singa kot hehe
hihihi...atleast dia bagitau cerita sebenar...okaylah...
ReplyDeletealahai... comeinya nyet ni.... hihi
ReplyDeleteHahaha..lepas ni u gantikan lah Nyet tu....guna keychain Gajah pulak...sure tak hilang! ;)
ReplyDeleteBudak2 skrg dh pandai...nak cover montot sendiri dia dh star berbohong...mcm dania la...tp senang nk detect...kena la dgn mama dia ni...syukur dh jumpa...nasib baik jiran yg jumpa..if org lain?
ReplyDeleteHaha..ayat selamatkan bontot tu kelakar!!
ReplyDeleteBiasa ar za..budak2..mmg biasa ar terlupa then tak ngaku
haha klako betulla...selamat khairine...
ReplyDeletenasib baik jumpakan...
kalo tak memang maminyer bertuko jadik singa habisla....