Wednesday, January 30, 2013

Cuti-cuti Penang - Hari ke Tiga from Island to Highland

Last day!! hari ketiga aku di Penang.. bangun pagi2 mcm biasa, Khairine & Danish nak ke bawah mandi swimming pool.. adoii lah anak2.. tapi harini dorang turun sendiri, aku & Nizam tak teman kan dorang.

Pukul 9am dah naik bilik.. bila tanya kenapa naik cepat? dorang kata seeejuuukkk lah mummy (sambil gigil2) hahahhaha aku cuma gelak je.. tau pun sejuk.. kalau hari2 berkubang kat pool tu mau tak kechot?? kahkahkah.. 

Sebelum check out, sessi bergambar dulu.. 

Pukul 10am dah siap2 packing get ready nak ramboss. Nizam dah siap check-out, start kereta terus menuju ke Penang Street, nak gi beli Jeruk uolls.. diulangi!! Jeruk hokay!! bukan Beruk!! :D

Sesampai je kat Penang Street, terus meluru masuk kedai jeruk.. tak borong pun.. beli mana  yang patut je.. sebab aku & Nizam sendiri pun tak makan jeruk.. aku tak suka sebab masam tah apa2 tah.. 


Lepas dah beli kat makcik Aishah jeruk ni, kitorang terus gerak pegi ke Bukit Jambul, jalan kat Penang dah start jammed sket sebab India nak sambut Thaipusam.. actually Bukit Jambul bukan ada apa yg best sangat, kecuali Restoran Kayu Nasi Kandar dia yang besaq sebelah Vistana Hotel & Burger besaq (tak ingat apa nama burger tu tp aritu ada masuk dalam tb) pernah lah aku gi makan kat sana dulu.. tu pun dah lama.. decide masuk shopping mall kat Bukit Jambul je.. semata-mata makan KFC (kat KL pun ada KFC kot??!!), ikut selera tekak Khairine & Danish.. kalau ikut kan ati aku ni nak je makan Nasi Kandaq.. 

Dah abes pusing Mall, kitorang terus gerak keluar dari Penang, Nizam ajak gi Taiping, nak bawak Khairine & Danish gi Zoo Taiping/ Night Safari..


Aku pun tak lah membantah, ok kan je.. aleh2 dah nak dekat sampai simpang ke Taiping, Nizam bertukar fikiran, dah di ajak nya gi Cameron Highland plak.. Nizam kata bleh lah cari hotel murah2 dalam RM80 - RM90 kat sana nnt, tido semalam & ahad bleh balik KL terus. Aku pn tak cerita banyak, menurutkan je lah apa kata dia, dah dia yang bawak kereta hehehe.. Nak tido kat sebelah pun, serba salah dibuatnya.. layan lah borak sambil senggut2 (huaarrgghhhh.. menguap besar).

Ikut jalan Simpang Pulai nak naik ke Cameron 

Sesampai je terus tuju ke Cameron Valley Tea Farm.. amek2 gambar tunjuk kan daun teh kat Khairine & Danish (ala2 mcm cikgu rombongan skolah plak kekeke) 

 Mak Khairine & Danish ni sll over.. amek gambar mesti ada gambar dia hehehe :p

 ada mcm film hindustan kah? cer cari dimanakah saya?? buelkk :p 

 Khairine & Danish si budak kebun teh =)

 Cantiknya.. kalau lah dapat pemandangan macam ni kat depan rumah, pergghhh bangun je pagi2 bukak tingkap terus nampak ladang teh menghijau.. hurmm =)
 Gagah bapak & anak2 berlumba naik ekekeke :D

 Buat2 Propa nak tunjuk apa tahhh... Ini semua PoYO :D


Ni lagi nampak sangat propa.. tangan tunjuk arah lain, pandangan mata ke arah lain.. ahahahaha LoL =)

Habis sessi bergambar propa kat sini, move on lagi, ke atas plak, nak singgah kat area Equatorial Hotel, fullaamaaakkkkkk jangan kata Equatorial, bayang Equatorial pun tak nampak seyyhh.. Apa dah jadi dengan Cameron Highland ni?? jammed nak meninggal dibueknyo.. adehhhaii.. 

Worse come to worse terpaksa lah potong Q.. oppss sowwi yer kenderaan2 lain kami terpaksa memotong anda & meninggalkan anda jauh kebelakang kerana suami saya dah tak tahan sabar lagi nak hadap jammed luar biasa tu.. arrgghhh bye2 *sambil lambai tangan*

Dekat 2 jam lebih jg lah hadap jammed, Ko tau sampai mana jammed tu Cik Bedah? hahh!! tu dia sampai ke Brinchang yg ada pasar malam kat balai polis tu.. choyyyy pasal pasar malam je seluruh Cameron Highland dilanda jammed koo.. lagi2 plak sebab public holiday time tu.. 

Abes kalau dah namanya jammed luar biasa, ko rasa ada ke lagi hotel yg kosong?? harus lah tak hado kann??!! jgn harap lah nak cari hotel murah2 lingkungan 80 ke 90hengget, yang 10hengget pun tak hado Bedah!.. 

Masa survey2 walk-in cari hotel, Nizam ada tanya kat Hotel Jasmine, situ pun actually fully booked, tapi orang hotel tu kata ada orang nak cancel, so kena tunggu lah nanti dia akan call. Sementara tu kitorang putar2 lg area Tanah Rata kot2 ada kosong lg ke Home Stay kat sana. Aleh2 orang hotel tu call kata ada bilik kosong tapi harga RM218.. 

Nizam terus kata OK, tapi aku kata KO.. buat apa bazir duit, dah lah check-in pukul 10pm, check-out time pkl 12pm, harus lah kita nak keluar berjalan2 sebelum pukul 12pm tu & akan check-out awal dari time dia, harga plak sengat.. saya bangkang Yang Arif!!!

Abes apa tunggu lagi?? nak turun balik, time tu dah pukul 10pm, gagah kan je lah turun  & balik KL malam2 buta tu.. nasib baik jg ada 3-4 buah kereta yang nak menuju ke arah yang sama.. so tak lah takut sangat, at least ada lah gang sama2 turun.. seram jg ikut jalan Tapah time malam, selalu jalan siang je, tu pun jalan sempit, tak sehelok jalan kat Simpang Pulai. 

Conclusion nya : SILA JANGAN KE CAMERON HIGHLAND TIME PUBLIC HOLIDAY WITHOUT ANY BOOKING. NANTI MERANA DIRI huahuahua.. :D

Ok habis sudah cerita pasal 3D2N kami ke Penang... kbai :)
Read More

Tuesday, January 29, 2013

Cuti-cuti Penang - Hari ke Dua

Hari Kedua aku & Family kat Penang, Danish & Khairine pagi2 lagi dah bangun.. sebab nak gi mandi lagi kat pool.. OK kita gi breakfast kat cafe dulu ek.. lepas tu mandi sekejap je sebab nanti kita nak gi jalan2 lagi... dorang pun promise akan mandi kejapppp je hurmm.. 

hahahhahahaha sebenarnya tak mandi punnn... sebab hujannnn kakahkah.. dah siap2 mandi, turun bawah kat cafe kitorang breakfast dulu sebelum keluar nak ke Bukit Bendera. 

Amek gambar dulu sebelum turun breakfast.. sorry yer kanak2, anda tak dapat mandi swimming pool sebab hujan kihkihkih :p

Lepas dah kenyang breakfast, terus menuju ke arah Bukit Bendera orang kata kalau nak naik Bukit Bendera kena pi awal2 sebab kalau lambat nanti orang akan berpusu2 beratoq nak beli ticket.. OK! sampai sana pukul 8am+ time nak beli ticket masih tak ramai orang, ada lah dalam tak sampai 10orang kot. Dah beli ticket, kena beratoq, tunggu train sampai. 



yeahhh kami dah dalam train nak menuju ke puncak Bukit Bendera =)


Lebih kurang dalam 10minit zupppp kami dah sampai puncak.. Time tu kemain sejuk sebab pagi tu kan hujan.. kabus tebal plak tu.. pemandangan dari atas cantik sangat.. kat atas tu bleh tengok macam2 keindahan alam semesta (fulamaakkk ayatttt.. hahaha) kat sana ada perkhidmatan buggy untuk orang ramai boleh jalan tengok sekitar Penang Hill tu.. 1 buggy tu bleh naik dalam 6 orang, harga untuk naik RM30, dia bawak gi jalan2 sekeliling tempat pemandangan & tempat bersejarah kat area situ. 


 Welcome to Penang Hill =)

 Bukit Halliburton




 View dari atas, nampak laut


 Semua tu pemandagan & tempat yang ada dekat Penang Hill.. cantik & menarik wooo

 1st check point driver buggy tu berenti kat sini, dari sini bleh tengok pemandangan seluruh bandar Penang dari atas Penang Hill.. chantekk sangat.. 

 Gambar ni si driver buggy yang snap kan.. dia warganegara Nepal, baru setahun tinggal kat Malaysia, tapi dah pandai berbahasa melayu.. Sambil dia dok bawa buggy tu, dia dok terangkan lah nama2 kawasan, rumah2 & jalan area situ.. (feeling dah macam pelancong dinegara sendiri plak.. hahahaha) 

 Ni plak tempat pos surat orang dulu2 zaman2 british.. giler lama kannn.. warna tetap merah, tapi tong surat sekarang agak petak, dulu2 bulat. 

Rupa2nya dia dah di train untuk bawa buggy & setiap kali dia bawa pelawat naik buggy, dia kena terangkan kat pelawat nama2 tempat yg bersejarah kat sana.. 

Lesgo to next check point!!! kita pi Monkeycup pulak.. kat situ semua spesis monkeycup hado.. dari nenek, tok, pakcik, makcik, jenis monkeycup ada lahh... mcm teruja plak tengok & kat situ jugak ada sorang presenter untuk terangkan semua jenis & spesis monkeycup yang ada kat taman tu.. 

Natural beauty . tempat ni memang dilindungi.. supaya semua spesis monkeycup yg ada tak dirosakkan.. 



 Ni spesis tak ingat dari negara mana tah.. 

ni yang spesis monkeycup kecik, kalau nak tengok kena pakai kanta hokayy!

Habis dah round satu taman dalam Monkeycup ni, si Mr.Buggy memang dah standby kat depan pintu masuk, dia pusing balik ke tempat yang mula2 kitorang naik. So abes lah part naik buggy. Kitorang pn berpatah balik ke arah train untuk turun semula ke bawah. Ngam2 pukul 12pm, sampai lah ke bawah, skali tengok orang kemain ramai lagi tengah baratur nak beli ticket.. phewww nasib baik lah kitorang sampai seawal pagi time tu.. 

Next! jom pi Taman Botani, kat sana banyak monyet. sekarang dah ada Tram untuk jalan2 & pusing2 keliling Taman Botani, actually Taman Botani tu tak lah besar sangat pun mcm kat Putrajaya.. tapi ok lah, tempat dia menarik.. 


 Murah je naik tram 


oiii mengantuk ke apa tu?? kekekeke

Pemandangan sekitar Taman Botani.. cantik sangat.. 

Dah tengahari, lapar sangat.. Nizam kata jom lah kita pi Padang Kota Lama pekena pasemboq.. wahhh teruja nya aku bab2 gi makan ni.. sebab makanan kat penang semua sedap2.. 

Nahhh tu dia pasemboq yang kami makan.. total semua sepinggan hentak tu RM25.. pergghh bleh tahan gak harga..

OK kenyang! jom balik hotel.. as promise, Khairine & Danish dah ready nak berkubang kat pool.. hurmm sampai je hotel, aku dah malas nak turun teman dorang mandi.. lepak kt bilik tengok tv je.. dah penat dari pagi sampai ke petang berjalan.. Nizam je yang teman dorang kat bawah.. tu pun sekejap je. Last2 dah puas mandi, kepenatan & lapar, dorang naik bilik sendiri kekeke.. 

Lepas dah salin masing2 terbongkang tido.. malam nya kitorang gi makan kat Gurney Drive plak... aku rasa kalau sebulan aku dok Penang, mau naik 100kg berat badan.. 3 hari kat Penang pun dah rasa macam 15kg dah naik berat badan.. makanan dah lah sedap2, pagi petang siang malam asek melantak je.. adoiii 

 Aku ngan Danish makan Char kuey tiaw yg kureng sedap.. Khairine makan nasi lemak cili bilis & Nizam makan pasemboq lagi.. 

Sini happening jg.. ramai orang datang makan & makanan memang variety :)

Dah makan, lesgo jalan2 tepi pantai depan Gurney Drive tu.. amek2 angin, buang2 angin.. kitorang pun gerak pegi ke pasar ala2 up town kat Batu Ferringhi, kiranya 2 malam berturut ke sana.. sebab?? kononnya nak gi beli t-shirt 'I love Penang' ingat nak pakai lah 4 beranak, bleh amek2 gambar (poyo kannn.. ko ingat ko pelancong dari Amareka??) hahahaha.. End up baju nya ada, tapi size untuk Khairine & Danish tak ada.. tak ada rejeki lah nak beli t-shirt 'I Love Penang' tu.. huhuhu Peninggggg :(

Dah tak ada tu, jom lah balik Hotel.. lepak2 tengok tv je sebab esoknya dah nak check-out.
Read More

Cuti-cuti Penang - Hari Pertama

Aritu sempat hapdet 1 entry masa aku bercuti kat Penang, harini baru nak hapdet cerita pasal pi Penang.. Planning asalnya memang nak gi bercuti, tapi tak sangka plak sampai ke Penang. 

Semua ni planning Nizam yg menyeprise kan aku & anak2. Punya lah poyo dia suruh aku pikir mana nak pegi cuti 5 hari aritu. Bila aku bagi idea tak nak plak terima, aleh2 aku received email yang Nizam dah siap booking hotel.. tadaaaaaaaaa Naza Talyya Hotel,  Penang (kejuk beruk ambo).. bukan terkejut sebab apa! macam tak sangka plak Nizam bleh terpikir nak bercuti sampai ke Penang, yang aku ni dok pikir nak gi jalan2 kat KL je.. ada gak ajak pegi Kidzania.. tapi Nizam tak nak.. dia kata apa guna cuti panjang sampai 5 hari tapi stakat dok kat KL je. Satu lagi, dia kata RM200++ entrance masuk Kidzania untuk 4 beranak & 4jam je dok dalam tu.. bazir duit, baik lah gi jalan jejauh sket.. Yer tak yer jugak ek, ada betul nya ckp laki den tu (gegaruk kepala) =)

Cuti kali ni memang best, PH Maulidul Rasul + Thaipusam, puas jg lah berjalan ke Penang aritu. w/pun cuti direct 5 hari, tapi kitorang stay 3D2N ajo kat sana.. Mai Penang hari Khamis (Maulidur Rasul) sampai lah Sabtu sebelum hari Thaipusam.


Kami nak pi Penang cekkk :)

Baru sampai Ipoh.. 

Bertolak dari KL pukul 8am, sampai je Penang lebih kurang dalam pukul 12pm tu pun ada berenti2 gak kat R&R. 

Yeayy dah sampai Penang.. Khairine & Danish mula lah excited.. 

Sesampai je Penang, jalan2 ke Batu Ferrighi dulu... Wallaweeiiii kawasan lama gilos dah tak pi Penang, semua dah bertukar weh!!! all the way nak naik Batu Ferringhi tu kemain cantik2 rumah dorang.. banyak betei duit orang Penang beli rumah besaq & mewah2.. dah mcm kat hollywood dah aku tengok.. Yang paling aku berkenan ada 1 kawasan kt situ nama dia Miami Bay, semua banglo2 yg hadap ke laut Bedah oii!! cantik gilos.. terpegun akak  tengok.. Sampai je atas sket dari Batu Ferringhi tu ada kedai2 so kitorang pun berenti makan tengahari jap, lapau ko! 

Op kos akak order Laksa Penang, Nizam makan nasi ayam, Khairine & Danish masing2 order meehun sup.. not bad, sedap jg lah.. dah kelaparan kann??!!

 teruk betul rambut Khairine, kembang mambang hahaha time ni baru bangun tido.. sampai je Batu Ferringhi terus kejutkan nampak laut & teruja nak gi main pasir.. hurmm

 aku plak feeling ala2 tourist ar, sebab tak nak turun kat pasir tepi pantai tu.. poyo je!! ngeh ngeh ngeh :p

Nizam plak melayan Khairine & Danish.. Dorang ni kalau dibiarkan tanpa pengawasan, harus dah terjun ke laut gamaknya.. tengok Danish tu.. celup2 kaki kat gigi air pun jadi jugak!.. adehhh hantu air betei anak2 aku ni.. :D

fuhh kenyang, mau idak nya. bukan setakat laksa, meehun sup & nasi ayam pun aku sodok jg.. lps tu terus tuju ke Hotel nak check-in, Khairine & Danish dah tak sabar2 nak mandi swimming pool sebenarnya.. Eh!! apa daaa?? orang mai Penang nak pi jalan2, tapi dua beradik ni sibuk nak berkubang plak.. hishhhh tension pulek mummy dibueknyo.. 

 Sampai sudehhh.. Naza Talyya Hotel, Penang

 View from our room 

View from our room

Dah hangkut barang semua, lepak2 luruskan pinggang dulu dalam bilik, sebelum turun berkubang kat pool.. Seperti biasa Khairine & Danish akan tanya berulang2 kali bila nak turun mandi swimming pool. hurmm moh lah kita turun.. 

tak sabar2 dah.. pantang nampak air/ pool/ laut.. kecuali air longkang.. kikiki

Dah kesejukan ler tu.. View swimming pool ni betul2 depan laut.. best sangat..

Dalam pada tengah mandi swimming pool tu, Khairine & Danish ajak gi mandi laut & main pasir plak.. eermmm layan kan je lah.. 

Nampak macam tengah terberak plak.. sebenarnya memang aku saja adok dlm kolong tu, sebab panasssss.. ada plak paparazzi yg ngambik gambar aku :)

Ok tak apa..mummy tak marah kalau Khairine & Danish nak berkubang main pasir pun, main lah ek..  ggrrrr 

 Wahhhh aksi apa ni?? dugong & duyung kah??? kikiki =)

 Aku memang tak mandi lah.. baik pool, baik laut.. sebab malas nak basah2 baju.. tak suka!

Lepas dah bergelumang dengan air laut & pasir pantai, sambung plak mandi pool lagi.. (nampak tak dorang ni sebenarnya hantu air??!!!) Mandi lah korang sampai kecut.. huh

OK times up!!! jom jom naik salin baju.. kita nak pi jalan plak.. kalau dilayan kan lagi dorang ni mandi, memang sampai malam pun buleh.. hishh.. 


Dalam pukul 5pm ++ kitorang keluar dari hotel, kami nak pi makan nasi kandaq plak cek.. pusing punya pusing (sebab jln kat Penang almost semua dah dibuat one way).

Jumpa jg lah Restoran Line Clear Nasi Kandar.. phewww apa lagi?? bedal lah makan.. tapi tak amek banyak lauk pn sebab takut nanti kena bedal balik hahaha (harga yg melampau) Khairine & Danish amek nasi + ayam goreng je, aku amek nasi + sotong, sayur goreng, Nizam plak nasi + telur goreng, sayur. Total Rm30++ je.. ok lah tu untuk 4 beranak makan.. 




Kenyangggggg..

Abes je makan, kitorang teruskan perjalanan.. jalan2 lah tepi laut kat Padang Kota Lama, tapi tak berenti pun.. lalu dok dalam kereta je. Nizam tanya nak kemana?? aku kata jom lah kita ke Hard Rock Hotel.. Bak kata Danish 'Rock Hen Roll Hotel'.. kahkahkah apa2 je lah adik janji adik paham.. hahahahaha

 Tak Check-in kat Hotel ni pun tak apa lah.. janji dapat amek gambar kat gitar besor tu kikiki

Hard Rock Hotel Penang (ayat Danish - Rock Hen Roll)

Dah puas bergambar, posing2.. kitorang pun gerak lah turun dari Batu Ferrighi.. Opppss tapi tak sampai hotel lagi!!! on the way nak turun tu ada satu tempat tu ala2 uptown ar.. mcm2 benda jual, handbag, baju, kasut segala mak nenek benda ada jual kat situ. 

Tak beli apa sangat pun.. jalan2 cuci mata je.. lepas tu Khairine & Danish sibuk nak naik beca.. ermmm rasanya dalam 500 meter je kot naik beca sampai ke parking kereta.. itu pun mamat tu charge sampai 20hengget kooo!!! biasalah.. dia memang tau bukan org Penang yg nak naik kann??!! bayar je lah.. Lepas tu vassssssss teruk balik hotel dah kepenatan & suruh Khairine & Danish tido awal sket sebab pagi2 esoknya dorang nak gi mandi pool lagi!! ahhh!! lagiii??? *rolling eye* hurmm mandi lah korang... 
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah