Thursday, February 28, 2013

Baby Shahir Hari Ini

OK nak share lagi gambar terbaru Baby Shahir.. Gambar ni aku copy dari fb cousin Arwah Sis Karina.. 

Baby Shahir dah discharge dari Gleneagle Hospital, Kuala Lumpur.. Sekarang Baby Shahir dalam jagaan neneknya.. which is mak kepada arwah Sis Karina. 

Nanti kalau ada lagi latest, akan dishare lagi kat entry lain yer =)

Baby Shahir hari ni.. Semakin sihat, Alhamdulillah :)


Read More

Hilang Mood kerana Sungai

W/pun lately ni musim hujan dipetang hari, tapi kami pegi juga mandi2 kat sungai. Idea Nizam lah ni.. Mulanya Sabtu aritu Nizam ajak gi mandi kat Hutan Lipur Ampang (formally named as Bukit Belacan). 

Last aku jejak tempat sana tahun 2010, time tu masih kerja dengan SYABAS. Kebetulan Kelab SYABAS ada buat Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2010 anjuran SYABAS. Anak2 staff SYABAS ramai yang join. 

Time tu SYABAS ada sediakan bas untuk anak2 staff ke sana. So aku nak bagi Khairine independent, aku suruh dia naik bas. Supaya dia dapat bergaul dengan budak2 lain & explore macam mana bila dia berada didunia luar. 

Time tu aku drive, follow dari belakang bas. Sampai je sana bas dah helok2 parking & dorang diangkut naik van shuttle ke dalam kawasan rekriasi. (kenderaan tak boleh masuk sampai ke dalam).

Kanak2 semua kena kutip sampah dari dalam sungai.. *kata 'Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia' kannn.. so kena lah bersihkan kawasan sungai* 

 Ni nak tunjuk sket gambaran yang kata last skali jejak kat Bukit belacan tahun 2010
(nak jugak flash back kennn!!) puiii


Selepas tahun 2010 aku kesana, aku ada dengar dorang dah diberi pelepasan untuk kenderaan masuk sampai dalam kawasan rekriasi. 

Chopp!! ni nak cerita pasal gi mandi2 minggu lepas eh! yang aku melalut sampai ke tahun 2010 tu apa ke hey nyer?? hehehe saja je nak mengimbau kembali nostalgia sebenarnya =) sebab cerita minggu lepas ni ada kena mengena ngan cerita tahun 2010 tu. 

OK berbalik pada cerita gi mandi2 aritu, planning dah chantekkk dah, nak gi mandi kat Hutan Lipur Ampang, tu pun dah tengahari kot.. redah je lah.. 

Sesampai je kat pintu masuk, guard tu kata tak boleh masuk dengan kereta, maksudnya ko kena parking kat luar then kena jalan kaki masuk kedalam untuk mandi. Tarikh berkuat kuasa untuk larangan masuk kereta, pada 20 Februari aritu. Giler????!!! jauh weh nak masuk kedalam tu. hurmmm hampa!!

Tak citer banyak, aku terus ajak Nizam gi Kemensah je.. senang! tak payah nak banyak songeh.. 


kitorang lepak mandi kat sini aritu.. best gak.. dah macam kat Desa Water park plak ;p

harga pondok untuk disewa, so sapa decide nak stay kat sini, ni rate dia..

dua beradik hantu air.. pantang nampak air.. 


Mula2 tu rasa nak gak mandi, last2 malas.. sebab mood dah terbang.. ni semua salah Hutan Lipur Ampang punya pasal.. puiii.. sebenarnya masuk gak dalam air, tu pun cuma celup2 montot je, sebab kena paksa ngan Khairine & Danish huhuhu.. Lewat petang baru bergerak pulang.. 

Read More

Wednesday, February 27, 2013

Growing Up Baby Shahir

Pada yang dah terbaca entry ni haritu, ini latest update baby Shahir, anak kepada Arwah Sis Karina. 

Alhamdulillah, dari hari ke hari baby Shahir dah semakin sihat membesar. Dah nampak perubahan pada fizikal dia, semakin sihat & tembam =)

Ni baby Shahir baru lahir, tapi tak cukup bulan.. lahir dalam usia 8bulan
masih bergantung sepenuhnya dengan tiub untuk bernafas & menyusu. 

Kalau tak silap ni masa baby Shahir dah nak masuk 2 minggu, dah boleh buka mata
ada nampak perubahan pada pembesaran baby Shahir.. Alhamdulillah :)

comelnya baby Shahir bobok :)

Ni latest picture Baby Shahir.. Alhamdulillah... semakin comel dia..

Mari lah kita sama2 mendoakan yang terbaik buat Baby Shahir, juga untuk Arwah ibunya.. 

Sedih sangat.. masa taip cerita ni rasa nak nangis. Al-Fatihah buat arwah Sis Karina. Miss you so much sista :'(
Read More

Tuesday, February 26, 2013

Terpikat dengan Lampu Dot Dot

Weekend aritu balik dari gi wedding kawan Nizam punya anak dekat Jalan Klang Lama, terus nyinggah MBO Ampang bawak Khairine & Danish tengok wayang.. dorang sibuk nak tengok cerita Hantu Mak Limah 2 Husin, Mon & Jin Pakai Toncit (eeaauuww panjang giler tajuk film ko Bang Mamat oiii!) susah akak nak nyebut, apatah lagi nak menaip kemain panjang berjela, masa nak hapdet ni pun aku siap google mencari apa nama tajuk cerita *jenjuling mata keatas* :p

Sampai sana 3.15pm, showtime start pukul 4.30pm.. hurraarrgghhh mengantukkkkkkkkkkkk lah!! dah ler tak cukup tido =( tak apa lah pasal anak2, mummy gagah jer lah bijik mata ni layan kan sajok.. huhu..

Sementara menunggu wayang start, Khairine & Danish sibuk ajak masuk game centre.. hurrmm ok layan lagi kerenah dorang.. 

 Jangan dah besar nanti jadi Mat Rempit yer nak.. kikiki

Wei wei wei minah!! nak gi mana tu?? kemain laju merempit.. :D

Dua beradik ni tengah merempit.. Ini motor Khairine, time ni Danish bleh plak nak ajak tukar rider.. perrgghh hebak anak2 mummy! kikiki


Jommm!!! tak bleh dok lama2 dalam game centre ni.. kang koyak rabak poket Babah.. main kat sini tau je lah kennn.. tak cukup 10hengget tukar token.. kurang2 pun mau 30 ke 50hengget skali tukar. Selagi ada game kat situ, selagi tu lah korang tak abes2 nak cuba try test.. huhuhu mau tak jahanam poket???!!!


Masuk je pintu depan cinema tu aku ternampak lampu bulat2 polkadot warna biru & pink.. shantekkk weh.. Saja nak poyo, aku pun berdiri bawah lampu tu terus snap snap snap.. 


Lobang hidung tak kaber weh!!
Chantikkkkk kann??? I loikee sangat.. rasa nak petik bawak balik lekat kat bilik air :p

 OK dah kaber sket lobang hidung tu hihihi
Underneath lampu polkadot biru & pink.. Chantik chantik chantik sangat (nampak tak kejakunan aku disitu???)

 hurmm nak jugakkkkk.. OK mummy snap kan gambar underneath lampu polkadot untuk Khairine :)

Lebih kurang 4.30pm terus masuk cinema.. Aku ni dah lah mengantuk, time tu kalau disorongkan bantal, aku rasa memang bleh hanyut terus. huarrrgghhhh *nguap besar2 macam badak air* 

Jalan cerita memang aku tak paham langsung, sebab masa cerita Zombie Kampung Pisang pun aku tak berminat nak tengok. So setengah jam pertama aku layan kan jer, lepas tu terus ZZzzzzZZzZZzzZzzZ  kahkahkah.. sorry husband & anak2, mummy tertido disitu :p

Lepas tu terjaga, buat2 kaber line mintak pop corn kat Danish hihihi (ok Mummy tau Mummy tengah kaber line ni).. 

Dengan suara yang kuat, Danish terus sound aku Mummy tido eh??? 
Pantas aku menjawab a'ah Mummy tertido, penat sangat  *padan muka aku* :p

Tobat lepas tu tak tido lagi.. terus layan cerita tu sampai abes.. w/pun tak berapa nak paham ngan jalan cerita bertajuk panjang ni.. hehehe :)
Read More

Monday, February 25, 2013

CNY Dinner, Prince & Residence Hotel Kuala Lumpur

Simple Dinner CNY celebration, tahun ni tak best mcm tahun lepas..tahun lepas akak siap menang best dressed uolls hehehe.. pakai Cheongsam ala2 Ah Soh made in Pasar Pudu, rambut disiput ala2 Mok Limoh made in Jinjang.. sonok gilos siap dengan lucky draw bagai.. tapi tak masuk entry sebab tahun lepas memang aku saja sawangkan blog ni.. tahun ni je baru ada kesedaran sivik sket untuk nak hapdet regularly cerita2 mengarut aku... ngeh3 :D

Nah! nak tunjuk sket gambar siput sedut Mok Limoh akak tahun lepas
Siap kilat2 uolls.. 

Annual Dinner + CNY Celebration 2012 kat Oriental Pearl Restaurant, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort

Ni nak eksyen sket.. menang Best Dressed & Lucky Draw ko!! 
Ni lah boss kesayangan aku.. Matthew Rummer yang sangat baik & sporting nak mamp.. luv you Matt =)

Jumaat lepas dinner tu opis aku buat kat Prince Hotel & Residence Kuala Lumpur. Memandangkan opis aku pun tak berapa nak jauh dari hotel, 6.15pm aku dah terpacak kat depan restaurant tu.. Lepak jap kat lounge sebelum masuk. Ngam2 6.30pm pintu restaurant tu terbuka, dengan rakusnya aku tak sabau nak masuk hihihi (nampak tak perangai gelojoh aku???!!.. puiiii). 

Welcome to Tai Zee Hin Restaurant 

 Tai Zi Heen, Prince Hotel & Residence Hotel Kuala Lumpur

 Bergambar itu penting :)

Posing sebelum makan yer!! 

Ok mari masuk ke Private Room 3, time ni ada yang belum sampai lagi sebab jalan jammed, tau je lah Senah oii, ari Jumaat kan sokmo nak jammed kat KL ni.. huh!

Yee Sang dah ready... let's count!! One, Two....

Three!! yiihhaaa *dengan harapan lepas makan dapat Ang Pow maa* haram tak hado lepas tu kahkahkah >_<

Spring and Happiness Set, nama menu yang hado malam tu.. semua makanan tu sodap nak mamp!! 

 Colourful of fruit Drinks.. sedapppp 

Makanan yang hebak!! sangat yummeh :)

 Makanan yang hebak tadi kini dah licin di bedal oleh kami =)

OK kenyang!! tunggu Ang Pow pun tak hado, ok lah boss.. time to say gud bye lah.. malas nak say thank you kat you lah boss sebabkan tak dapat ang pow, aku cepat2 angkat kaki chow chin chow.. balik rumah. 

Sampai je rumah, Nizam dah siap nak gi Futsal kat Sport Planet Ampang.. eh tunggu Bie!!! I nak ikut..... (suka nyebok kalau Nizam gi futsal hehhehe).
Read More

Friday, February 22, 2013

Menunggu

Selalu pukul 5pm je vroommmm cepat2 blah dari opis.. Tapi hari ni tidak! Sebab nak gi dinner CNY.

5.45pm baru gerak dari opis terus menuju ke Prince Hotel.. 

6.15pm dah terpacak kt sini sementara menunggu pukul 6.30pm & menunggu jemaah yang lain sampai.




Sent from Samsung Galaxy Note
Read More

Thursday, February 21, 2013

Menang Wang Besar???



Semalam terima SMS dari nombor yang tak dikenali..  Ni PROMOTION ke atau DAPAT HADIAH PERCUMABila aku cuba call nombor yang diberi (SHELL SDN BHD kononnya) 0142846244 tak pulak berjawab!!! tak pulak kau return call aku.

Aku syak ni mesti SMS Spam... saja jer lah aku try call kot2 betul aku menang HADIAH PERCUMA RM19k dari Shell yang tertera kat SMS tu.. tak berharap pun.. tapi hagak2 lah kalau nak menipu pun oiiii!! Gggrrr (dalam hati menyumpah2).

Setakat hari ni aku tak pernah menang apa2 peraduan, tak tau lah kalau ini caranya sesebuah organisasi tu nak bagitahu yang kita menang dengan cara berSMS.. 

Bila pikir2 balik, memang tak logical langsung.. Giler ke apa???!!! dah lah hantar SMS pakai nombor lain, disuruhnya pulak aku call ke nombor yang lain untuk redemption!! Ini semua menipu & penipu besau!!!!!!! dalam hati ni tertanya2 juga, apa motip ko hantar SMS kononnya aku menang RM19k tu.. ke ko saja je nak bazir bill hp atau buang credit??? huhhh malas nak layan SMS bodo macam ni.. 
Read More

Wednesday, February 20, 2013

Birthday Card untuk Mummy

Terjemahan : 
Maafkan Khairine, nenene
Maafkan Khairine,
Maafkan Khairine 
The End
** Lirik diadaptasi dari cerita P. Ramlee, Pendekar Bujang Lapok, lagu Maafkan Kami **

Terjemahan :
Lukis gambar orang.. Maksudnya aku & dia lah dlm gambar tu :D


Sebenarnya Khairine nak bagi kad birthday dekat Mummy.. Nah! ni untuk mummy *sambil hulur sekeping kertas kat aku* 

Aku????? @#%&*/-+ blur kejap.. Sambil jawab.. Kan besday mummy dah lepas, kenapa bagi sekarang? 

Dengan slamber Khairine menjawab : ermmm tak apa lah mummy ambik je.. 

Bukak je tengok besday wish pun x ada.. Motip???? Aku jadi blur lagi.. 



Sent from Samsung Galaxy Note II
Read More

Pengaruh Anak-anak terhadap Ibu Bapa



MAKAN Subway Surfers, MINUM Subway Surfers, TIDO Subway Surfers, PEJAM MATA Subway Surfers, BERJAGA Subway Surfers, BERJALAN Subway Surfers, BARING Subway Surfers.. boleh dikatakan twenty four seven SUBWAY SURFERS.... APAKAH???????????

Ini semua pengaruh dari Khairine & Danish.. errrgghh dorang lah pembawa wabak game ni, sampai kan Mummy & Babah pun terjebak sama :D

Menggila ko main game ni.. apa idoknya?! asek teringat jer kat game ni.. kalau kat rumah masing2 senyappppppp je, sebab apa?? sebab masing2 ngadap game ni lah!! hahahaha.. aku dengan Nizam melayan guna hp, Danish & Khairine pulak masing2 dengan tab masing2.. leka weh main game ni, lepas  game over je mesti nak kena main lagi lagi lagi lagi dan lagi.. perrghhh memang tak jadi kerja lah kalau dok hadap game ni.. 

lagi2 kalau dapat bonus.. kahkahkah

Bila dah kojol, kena lah start balik.. puiii!! kuat betul pengaruh game ni

kalau tak caya coba lah donlod.. ngeeeeee :p
kbai, nak sambung main jap.. 



Read More

Monday, February 18, 2013

Malam Minggu di Hot Spring Selayang

Bie, jom gi hot spring kat Selayang.. kisahnya mulut ni saja je mengeluarkan ayat gitu.. memandangkan tak ada apa2 aktiviti untuk minggu lepas. Aleh2 Nizam pun kata on, ok lah tu ;)

Pukul 10pm baru keluar dari rumah... saja keluar lambat2 tak rushing pun sebab tempat tu makin malam, makin ramai orang datang.. mungkin dorang nak sejok kan badan kot tengah2 malam lepak situ berendam air panas.

Kali ni anak2 aku tak teruja sangat untuk mandi kolam hahhaha... kenapa??? AIR PANAS UOLLS!! cuba ko suruh dia gi terjun kat swimming pool/ sungai/ laut... harussssssssss tanpa kau suruh, tetiba ko dah nampak dia tengah berkubang dalam air.. hurmmm fening akak..

Malam tu agak ramai juga orang yang datang.. mungkin sebab malam minggu.  Mula2 dah berniat nak berbasah2an lah kat situ, siap bawa baju spare, towel, baldi bagai hahaha *mcm nk gi berkelah kt tepi pantai pulek* eh! ada je orang datang bawa tikar aku tengok.. cuma bantal ngan tilam je dorang tak bawak.. (lupa agaknya) :D

Akhirnya  main celup2 kaki je.. malas nak berbasah2an sebab ramai sangat orang time tu.. geli pulak aku nak mandi.. Mak aku main celup2 kaki juga, tapi celup2 dari dalam baldi yang kitorang bawak dari rumah sambil duduk kat tembok. 

Bila dah abes celup2 kaki, aku duduk je sambil perhatikan orang ramai yang ada kat situ, macam2 gelagat orang.. ada yang datang macam nak gi lepak kat town, ada yang macam nak gi merempit, ada yang macam nak gi disko, ada yang pakai baju kurung (mungkin baru balik dari kenduri kot, terus singgah situ), hishh mcm2 lah.. budak2 kecik pun steady je berkubang kat air panas tu.. caya lah dik! :)

Baju Khairine dah basah.. susah plak nak snap gambar air panas kat kolam tu, sebab ramai sangat orang yang melepek kat tepi2 kolam tu lagi pun gelap.. kemain berasap2 air dalam kolam tu.. aku rasa kalau aku dok dalam kolam tu, kompom masak daging aku ni, pecah segala lemak2 tepu yang hado dalam badan ni :D

Kemain laki den menggosok daki di kaki kahkahkah
 Bie.. I nak tuju lagu untuk you ni... terima lah.. lagu dari kumpulan Spider.. GOSOK
3,4!! .. Gosok, jangan tak gosok, gosok sampai tertanggal semua karattttt
hahhahahahhaha.. sekian terima kasih, diharap you terhibur :p

Kat situ ada kedai2 makan kalau lapar lepas berkubang kat air panas tu bleh lah gi singgah makan & toilet awam pun ada, senang untuk nak tukar pakaian lepas dah berbasah2an
** PERHATIAN!!! memandangkan kawasan tu agak gelap, maka berhati2 lah yer kerana terdapat spender2 bertaburan dijalan raya... hahahaha.. haritu ada beberapa helai spender yang aku spot tercicir kat jln..kahkahkah.. so berhati2 lah apabila berjalan disana yer.. kot2 anda terpijak spender basah.. :D


Ok dah abes celup2 kaki, terasa lapar pulak, lepak makan & minum kat kedai yang ada kat situ.. Nizam makan nasi lemak sotong, mak makan nasi lemak biasa, Khairine makan nasi putih + tomyam, aku cuma teh tarik sajo.. tak mo makan heavy (dalam pada tu aku sodok sikit makanan dari Nizam & Khairine punya makanan hehehe). nasi lemak kukus & tomyam dia bley tahan gak sedap.. Sampai je rumah dah pukul 1am. ZZZzzzzZZZ

Hari Ahad lepak rumah je, malam plak Khairine & Danish sibuk nak makan tutti frutti.. Ok jom lah kita pegi. Korang pun dah sedap cuti seminggu balik kampung & dok rumah, sebelum masuk skolah layan je lah apa tekak dorang nak makan.. 

Layannnnn zassssss... 






Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah