Tuesday, April 30, 2013

Gasibu Sunday Shocking Market & Pasar Baru, Bandung

Jalan lagi.. Itinerary hari tu Gasibu Sunday Shocking Market, Pasar Baru, Rumah Mode, FOs, Stone Cafe, Bukit Dago.. Semua tempat ni membawa aku ngan Nizam berjalan tak henti-henti dari siang sampai ke malam.. manyak syiokk tapi agak kepenatan sikit.. Pak Budi layan kitorang memang first class.. yang penting kita enjoyyy =)


Selamat pagi ibu2 bapak2 semua yang ada disini... hahaha. Berangan dulu depan cermin sebelum turun pegi breakfast.

Lepas breakfast, terus tunggu Pak Budi kat depan hotel.

As usual, kitorang pilih Hotel Progo juga untuk tempat menginap.. Kali ni Pak Budi yang tolong booking kan.. Last year lepak Hotel Progo juga, tapi time tu kawan aku yang tinggal kat Bandung, Pak Bimo nama dia yang tolong bookingkan.. Makasih ya bapa-bapak sekalian =)

Suka lepak Progo ni, dekat dengan Jalan Riau. Jalan Riau yang selalu orang Malaysia menggila sangat shopping kat FOs kat sana.. Hotel Progo ni terletak di belakang je FO Heritage. Kalau korang datang Bandung nanti, sila lah book hotel ni. Jalan kaki je ko nak merayap kat sepanjang Jalan Riau. Lepas dah shopping sakan, balik hotel boleh terus pengsan..haha.

Banyak tempat menyinggah dari pagi sampai ke malam haritu.. banyak duduk dalam machet pun ye jugak.. haha fitam Kak Jeton dibuatnya. Untuk entry ni, aku cerita untuk dua tempat je dulu ok.. buat karangan panjang-panjang sangat nanti macam sakai entry pulak jadinya.. for sure orang malas nak baca kannnn.. *matakeatas*


Time ni baru sampai Gasibu Sunday Shocking Market.. Pasar ni setiap hari ahad je ada.. kalau ko datang hari Senin memang non hado.. dari pukul 8pagi - 2tenghari jangan datang lepas pukul 2pm okeh!!

Kat sini segala macam mak nenek ada jual... so faham-faham je lah yer.. apa yang ada dijual... ko cakap je apa ko nak beli semua ada.. semua murah2.

Makanan, pakaian, pendek kata dari hujung rambut hingga hujung kaki semua ada.. ada juga barangan yang dijual original uolls!!! jam tangan, sun glasses. Giler ar barang ori jual kat Sunday Market jew. hahahhaha. tah mana ar dia rembat agaknya tu.. Eh tapi murah-murah ko!! macam tak percaya je harga sunglasses LV dijual RM100+.. siap ngan casing sekali dia bagi.

Lagi kat situ ada lah dorang buat show juga.. bukan live band atau concert yer Bedah!!! ni fun show, ada sekor monyet yang dah dilatih jadi jinak & lepas tu dia buat performance untuk kutip Rp.. gitewww hahahha susah aku nak explain, jap lagi korang tengok je lah gambar ek.


Sunday Market besar gilos!!! kalau kat Kolumpor ni ko pergi uptown or downtown tu pun ko rasa dah cukup lelah nak berjalan keliling. Tapi ini aku rasa sebesar satu kampung!! haaa gitew sekali akak ibaratkan bagi engkau orang semua dapat gambarkan betapa besarnya pasar tu :D

Memang tak habis jalan pun aku time tu.. dengan panasnya cuaca rasa macam nak terbakar kulit Kak Jeton ni.. padahal bumi Bandung tu sebenarnya dingin je.. sebab Bandung kan terletak dikawasan bukit sebenarnya.. ecehhh terkeluar cerita sejarah Bandung.. haha

Tau apa yang aku leka tengok tu????? Tengah teruja tengok monyet yang sangat bijak.. hehehehe.. homeiii angattt 

Nahhhh ni lah monyet yang aku katakan tadi. Kemain manja nak mamp!! rasa nak sepakkk je.. comel giler. Tuan dia duduk kat tengah2 orang ramai, then orang ramai akan mengelilingi diorang dua ekor tu.. Lepas tu nanti si monyet ni akan ikut arahan tuan dia suruh beramas mesra dengan orang keliling dia.. at the same time dia akan dapat lah duit collection hahahah.. senang banyak hidup ko nak dapat duit dengan begitu punya mudah.. 


Ko nampak tak bekas yang warna biru kat tangan dia tu?? Itu lah dia tabung bergerak dia untuk collect Rp hehe.


Anjer angat nih.. tak kira siapa pun dia mesti akan bermanja-manjaan.. muahahaha

Relax je budak kecik tu dengan monyet.. dia tak gigit tau jinak sangat.. Kalau ko nak tahu, time dia baru datang kat ko beramas mesra, time tu juga lah ko boleh bagi dia duit Rp.. Ko boleh letak terus dalam bekas buruk dia yang warna biru tu, atau boleh bagi terus kat tangan dia.

Kemain manja natang sekor ni, lagi bertambah manja kalau dapat Rp dari ko.. Aku bagi dia 2ribu Rp haritu, siap boleh lentok kat peha aku.. hahahhaahahaha. Dasar mata duitan punya monyet.. yang untung tuan kau yang hanya dok kat tengah-tengah orang ramai tu. Tak kisah lah janji dia buat kerja halal, tak mencuri atau merompak.. dia dapat menghiburkan hati orang sekeliling pun dah ok lah tu =)


Masa dia dah datang dekat ngan aku, aku rasa gerun juga.. buatnya tiba2 dia sawan kat situ terus gigit aku.. menjawabbbbb hahahhaha. Tapi Nizam suruh aku relax je.. *cehhhh Nizam macam dah kenal lama pulak ngan monyet tu* LoL


Ada berani sikit.. 


Alololo nak anjer-anjer lettew.. Panggg satu kali tahu lah kau.. haha

Aku tabah kan hati memberanikan diri pegang monyet tu. Ni dia tengah perform merempit kononnya.. Naik moto kau!!! tuan dia campak satu motor mainan kat dia sekali dengan helmet, dia capai helmet terus kapai lepas tu vrooooooommm bawa moto laju-laju keliling tu.. hahahhahaha comel giler!


Dah tak larat nak jalan kat Sunday Market yang luasnya sekampung tu, Nizam ajak Pak Budi langsung ke Pasar Baru. At the same time pun kitorang nak budget time untuk ke tempat-tempat lain juga.. Tahu je lah, Bandung kan bandar macet.. tak nak buang masa, kami langsung ke Pasar Baru ajah dech.

Kat Pasar baru pun segala macam mak nenek benda ada.. apa ko nak??? handbag, kasut, baju, kain ela, telekung dan macam-macam lagi. Dari tingkat atas sampai lah kebawah, dari tingkat bawah sampai lah ke atas kitorang menyinggah.. memang tak larat ar nak layan semua kedai.

 Kat sini lah aku beli kain ela.. Sir Cinta ni kedai dia banyak kat dalam Pasar Baru.. boleh dikatakan most of floors kat Pasar Baru tu mesti ada kedai dia. Aku ni pulak bangsa tak reti membeli kain.. apa yang cantik dimata aku, itu lah yang aku pilih.



Mari pilih kain telekung.. lelong-lelonggggggg.. 

Menggila tengok kain kat sini.. ini baru kat Sir Cinta, kat kedai lain lagi banyak pilihan.. kain lace, kain tak lace, sulam, tak sulam, batu tak batu semua ada.. macam-macam jenis kain ada cantik2.. cuma kain dalam je tak ada.. hahahahha.

Aku beli sepasang je untuk aku.. aku jarang sekali membeli & teramat lah jarang sekali pakai baju kurung... Kalau raya pun lah sekali tu aku beli kain & tempah.. kalau tidak pun aku beli baju yang dah siap je, senang tak payah sakit kepala nak tempah.. 


Ini yang aku grab.. Cotton berbatu bata haha.. jadi lah ni.. Dah lah tak reti membeli kain yang ini je lah yang aku nampak paling cantik.

Haritu beli 4 pasang yang sama tapi warna je berlainan.. warna ni aku beli 2 pasang, satu untuk aku & satu untuk Khairine.. Kononnya nak tempah untuk pakai raya sepasang anak beranak, untuk Nizam & Danish pulak nanti pi beli je kain yang sama warna macam ni kat Kolumpor lepas tu tempah baju melayu.. terus jadi sedondon!! haha.

Warna pink jambu ni untuk Kak Ngah, Biras aku.. wife kepada abang Nizam. Ada satu lagi yang aku beli warna coklat ala-ala warna tanah untuk Kak Long (kakak Nizam) tapi lupa nak snap gambar, dengan terujanya aku dah bagi terus kat dia.. adik ipar yang baik sangat nih!!! Pfffttt.


Untuk emak & kakak aku, aku cuma belikan dorang sepasang selipar kulit.. original kulit katanyerr.. hurmm yor lah.  Bukan kejam tak belikan kain ela untuk diorang.. ada dua sebab utama kenapa aku tak belikan untuk dorang. Satu, sebab tahun lepas aku dah belikan telekung gred terbaik untuk emak & kakak aku dekat kedai yang sama kat Pasar Baru (Sir Cinta). Kedua, emak & kakak aku tu jenis tak menempah baju.. dorang stok suka membeli baju.. Ok??!! faham??? faham kalu bagus.. hehe. so jangan salah faham yer..

Ini lah selipar kulit yang aku katakan tu.. aku beli selipar untuk semua kaum kerabat aku yang perempuan-perempuan (emak, kakak aku, SIL & biras). Percaya tak harga sepasang ni RM5??? tak caya kan?? Ini original kulit okeh.. terus aku borong sampai nampasang.. hahaha geram aku.. rasa nak bawa balik je Pasar Baru tu letak kat Kolumpor.. hahaha hover kau!!


Agak-agak dekat dua jam dah melangut membeli kat Pasar Baru, kitorang move out dari sana.. nak ke Rumah Mode, FOs kat area Dago & dinner kat Bukit Dago pula.. Nanti kan next entry yer.. jari jemari ai ni dah lenguh menaip.. hehe.
Read More

Thursday, April 25, 2013

Roger's Salon & Spa, Dago

Lepas dah kematu montot duduk dalam kereta sebab jammed nak mamp, Pak Budi suggest aku pegi Spa untuk bermassage malam tu. Hahahah kelasss kan??!! dia tak tahu yang nak kena bayar tu nanti laki aku.. 

Bagus juga idea Pak Budi tu.. aku pun laju-laju je lah kata NAKkkkk... muahahaha. Lagi dia kata Spa yang dia suggest ni, Spa yang terbaekkk diantara spa-spa yang lain. Orait mari kita cuba. Menurut Pak Budi, Roger's Salon & Spa ni dimiliki oleh salah seorang penyanyi di Indonesia.. Mungkin dia tak famous kat Malaysia kot.. sebab aku tak kenal.. 

Eh chop!!!! lepas dah check-in Hotel, kitorang pegi makan dulu dekat Restoran Sederhana makanan nasi padang.. lepas tu baru pergi spa.. :p

Mintak hampun mintak mahap dipinta, aku guna gambar tahun lepas untuk menggambarkan yang aku makan kat tempat yang sama untuk tahun ni.. hehe. Lupa I nak amek gambar haritu sebab perut dah lapar tahap kebuloq Jah.. ngeee :p

Standard lauk nasi padang yang meriah penuh satu meja kalah lauk pengantin.. hahaha. Tapi idok ler abes semua tu kitorang makan, makan mana yang nak je & yang mana kita makan tu lah yang akan dikira.. yang tak makan dia tak kira.. 

Lepas kekenyangan baru lah akak di bawa oleh Pak Budi ke Roger's Salon & Spa ni.. Sampai pun dah malam, ambil gambar pun jadi golap.. so aku pinjam gambar ni dari pakcik Google. Ini lah Roger's Salon & Spa terletak di Dago.

Risau juga aku time tu nak bermassage, ngam-ngam lepas mentedarah terus pegi massage.. 
buatnya dia picit perut aku time tu terkeluar semua isi perut.. hahaha baru berakai!!!

Dah get ready nak kena picit sementara menunggu Neng tukang urut keluar kejap amek oil massage. Sempat syok sendiri sorang-sorang dalam bilik tu amek gambar.. hehehe.


Time ni dah pukul 8malam, Spa ni tutup pukul 9malam, so aku sempat bermassage satu jam je, kalau aku datang awal sikit, boleh berlulur, mani pedi.. hurmmm massage pun jadi lah noqs.. huhu

Sementara 1 jam aku bermassage, Nizam & Pak Budi pegi karok kat seberang jalan Roger's Salon & Spa tu je.. layan lah korang satu jam kat karok tu berdua-duaan.. hahahaha. Nizam kata karok kat sana boleh tahan juga.. lagu up todate.. Harga bilik ikut jam plus tax lebih kurang harga macam kat Malaysia juga.. dalam RM patploh lebih jugalah.

Time ni aku dah habis massage, aku paksa Neng yang mengurut tu tolong snapkan gambar aku.. hahahaha!! Oleh sebab tangan Neng tu yang snap, gambar aku jadi blur.. gggrrrr.. jadi lah tu dari tak hado langsung. Kejam Neng tu jadi tak chantek gambar ai dibuatnya sobs =(

Kau nampak itu pintu besar????? hahaha Ini pintu masuk Roger's Salon & Spa.. Pintu ni juga aku masuk & pintu ni juga aku rambos keluar lepas massage.. Total massage untuk satu jam dalam RM50.. harga lebih kurang kat Malaysia. Mungkin sebab tempat ni agak standard sikit kot.. kalau massage yang kat tempat biasa tu murah lah sikit. 


The End... next entry, hari ketiga aku di Bandung.. tunggu eh, tengah perah idea apa nak aku joyahkan dalam entry tu nanti.. 
kbaiiiii =)
Read More

Ciwidey & Situ Patengan, Bandung

Dah keluar dari Rumahtawa Guest House, Pak Budi terus bawa kitorang pegi Kawah Putih.
Perjalanan ambil masa dekat-dekat dua jam plus ikut jalan short cut & jammed... letih montot duduk dalam kereta  =( Memandangkan di mana-mana kat Bandung sentiasa macet, that time Pak Budi bawa ikut jalan short cut.

Tapi short cut pun macam tak short cut juga, still ambil masa lebih kurang sama kalau dia ikut main road yang jammed. Sebab jalan raya yang berlubang-lubang, berlopak sana sini dah macam goyang Inul aku dalam kereta.. teruk giler!!! juga boleh diibaratkan kalau ko tengok tayar kereta ko warna hitam, bila dah redah jalan macam tu, tayar kereta ko boleh bertukar jadi warna putih!! gitew.. hahahaha dasyat kan???!!! 

Standard ar kalau kawasan pendalaman di Indonesia memang gitu kot.. sedih ko!! kalau kat Malaysia, aku rasa dah lama orang panggil Karam Singh Walia buat complain & masuk TV3.. hahahaha.

 Jalan kecil, tapi kenderaan kiri kanan banyak.. mana tak jammed??!!

Tu Pak Polisi tak bertauliah.. kat Indon, asal jaga jalan je mesti dapat tips.. senang banyak! 

Tengok jalan raya & keadaan tepi2 jalan tu.. 
Jalan ni boleh di ibaratkan main road dorang.. w/pun short cut, tapi dorang tetap nak ikut jalan ni juga untuk elak jammed. perrgghh

Haaaaaaa ni lah yang aku katakan tadi, tayar kereta yang bewarna hitam boleh bertukar menjadi putih... hahahhaha terok!! dah tak rupa tayar dah aku tengok.. muahahahha. Maknanya ko paham2 je lah Jah.. berapa ratus kali dah tayar kenderaan ni termasuk dalam lopak yang berlumpur.. (contoh macam dalam gambar tu) wakakakkakaka.. 

Gambar ni aku tak sempat snap penuh lori tu.. sebenarnya apa yang nak tunjuk yang betapa lori sebesar lori sampah Alam Flora kat Malaysia ni pun boleh join ikut jalan lopak & kecil ni.. bayangkan!!!

Ok jom teruskan perjalanan. Sepanjang jalan nak ke Kawah Putih, Ciwidey & Situ Patengan, kiri kanan jalan aku dapat tengok pemandangan yang cantik, very the kampungdotcom. Sawah padi kiri kanan even dalam kawasan rumah pun dorang boleh tanam padi.. hahahaha macam pelik je kann.. *jakun kejap* kalau kat Malaysia ni, kawasan rumah ditanam dengan pokok bunga bagai.


 Keliling rumah sawah padi sokmo.. cantikkkkk

 Padi dah menguning.. 

Sepanjang jalan ni juga bergunung ganang.. 

Lepas je dari kawasan keliling sawah padi, akan jumpa simpang ke Kawah Putih, tapi Pak Budi kata dia nak bawa kitorang ke kebun teh dulu, nama tempat tu Ciwidey.. 

Yeaaayyy dah sampai Cameron.. hehehehe tipu je :p tempat ni namanya Ciwidey.. Selain dari dorang proses buat teh yang biasa yang ala2 teh lipton & etc tu, daun-daun teh kat sini juga digunakan untuk buat teh botol.. korang mesti tahu apa tu teh botol kannnnn???!! ;)

Sampai-sampai je dorang yang makcik2 tukang petik teh ni panggil aku join dorang makan sekali.. lunch time katanyerrr hahahha. Aku pun dengan sopan santunnya balas... Ga apa-apa buk, aku lagi kenyang.. makasih ya.. hehe. Kesian juga tengok kehidupan dorang ni.. 

hahahaha cobaan untuk jadi perempuan pemetik daun teh :p 



  Amacam?? ada gaya tak???





Kemain makcik ni, tiba2 datang kat aku terus nak bergambar.. Eeeuuuww terus rasa diri ni fofular sangat ;P





Dah habis memetik... hehehehe :p

Lepas dah jadi sakai jakun kat kebun teh, Pak Budi bawa pegi Situ Patengan kat situ ada tasik.. kat tasik tu Pak Budi kata ada Batu Cinta.. dia ala-ala pulau kat tengah tasik tu.. kalau tengok dari atas udara, Batu Cinta tu berbentuk Hati (Love).

Sebenarnya ni nak buat cobaan melompat di tengah jalan.. tapi Pak Budi lambat snap.. hahahaha dah macam nak terberak ditengah jalan pulekk. LoL :p


Ni lah tasik yang dimaksudkan.. tapi belum sampai lagi cuma kitorang amil gambar kat sini masa all the way ke pintu masuk Situ Patengan..*Mohon fokus ke arah tasik yer.. gambar budak 2 orang tu jangan kau kisah kan.. heeee*

Fresh strawberry ditanam di Bandung..

Ini namanya buah markisa.

Tugu & 'Patung' Situ Patengan... hahahahhaha.. keras je laki aku kat tepi batu tu.. dah lah tak nak senyum.


Berdayung yukkkk :p

Settle jalan-jalan dekat dua tempat ni, Pak Budi patah balik ke jalan yang sama untuk ke arah Kawah Putih. Sesampai je simpang Kawah Putih, dengan hampanya hujan besar (hujan lebat).. huwaaaaaa :'( So decide tak pergi... so teruskan perjalanan untuk ke FO je lah shopping..


Ko tau apa terjadi??? Jammed nak meninggal okeh!!! sebab hari tu ada perlawanan bola sepak & ada salah satu kawasan yang banjir.. so sana sini jammed.

Jammed ni makan masa dekat setengah hari.. Mohon percaya okeh! turun dari kawasan Kawah Putih lebih kurang pukul 12.30pm, sampai town Bandung lebih kurang pukul 6.00pm.. mampooo dok lama2 dalam kereta?? nanah montot!!!! aku rasa dekat patblas kali tido dalam kereta, bangun pastu tido balik pun masih jammed.. Ggrrrr


 Macet banget.


 Mereka mauk ke stadion untuk nonton sepak bola dong :p


Ayat Indon 

Stadion = Stadium
Sepak Bola = Bola Sepak 

Asal boleh je dorang ni.. janji sampai Stadion.. hahhahahha

Dah buang banyak masa kat dalam kereta je hari tu.. frust juga.. tapi nak buat macamana kann.. hadap je lah Jah oiii.. 

Sampai je town, cepat-cepat pegi check in Hotel yang dah di booking awal-awal oleh Pak Budi sebelum kitorang sampai Bandung haritu.

Next entry aku nak cerita pasal aku ke Spa.. tunggu eh ;)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah