Tuesday, May 28, 2013

Wet World Resort Air Panas Pedas

Wow dah lah panas, pedas plak tu.. Pedas itu nama tempat uolls.. Kat Negeri Sembilan. Kat Pedas tu ada kolam Air Panas, terletak di Pedas.. haaaa kan dah terkeluar semua mata pelajaran sejarah.. hahahaha

Ni kejadian ahad lepas. Balik dari Melaka haritu, kalau nak masuk LEKAS Hiway, kena lalu jalan ni.. alang2 dah lalu tempat ni, menyinggah lah weolls ke Wet World Resort Air Panas Pedas ni.

Apa lagi?? berkubang lah.. anak2 aku kan hantu air :D pantang kata nak pegi wet world, terus menggelupur tak sabar nak berkubang.. pffffffftttt. Macam tak boleh mandi kat rumah pulak kann.. eh kat rumah mana ada swimming pool uolls, apatah lagi nak ada tempat macam Wet World tu..hehe

Sebelum aku mulakan gambar2 kat Wet World, mari aku tunjukkan lagi something yang bagi aku agak RARE. Lagi cerita keanehan yang aku jumpa sepanjang hari cuti dari Wesak day hingga Ahad lepas. Nogori Sembilan adalah negeri yang membuatkan aku jadi seorang manusia jakun.. muahahhaha :D

Sebenarnya dari nak hala pergi Melaka dah perasan Zul Tolo ni.. Giler!! sapa tak nak beli kalau sebijik seposen.. kann??? 

Aku cakap kat Nizam, nanti balik kita singgah yer Bie, boleh beli tolo, muroh plak tu. Tapi gambar ni aku snap time nak menghala balik ke kolumpor

Ini tolo gred B harga doposen sebijik. Aku beli yang gred B ni 30bijik.. baru nam hengget.. Muroh nak arwah.. 

Ini tolo double, tolo ni aku tak tahu mcmana dia buat sampai bleh jadi double. Harga sebijik tigaplohlima sen 

Ini gred A doplohlima sen sebijik.. Bila aku tanya mana satu yang seposen tu, dia kata dah abes.. phuii cepat na abesnya mentang2 seposen!!

Banyak giler stock tolo kat sini.. aku syak, si Zul ni meniaga tolo je bleh kaya aku rasa. hahaha *statement bangang*


OK abes cerita pasal Zul Tolo Seposen Sebijik. Moh aku nak bercerita mandi manda pulak. Lepas dah memborong tolo (tigaploh bijik je pon) Kamiorang teruskan perjalanan dalam tak sampai 1km terus ke Wet World Resort Air Panas Pedas.

Time to berkubang yer anak2.. kubang lah korang tengah2 paneh tu.. helok sangat tengah matahari terpacak tengah2 kepala kamiorang pun sampai untuk mandi.. hehehe.


Selamat datang ke Wet World Resort Air Panas Pedas.. Cehhh dah macam penyambut tetamu pulak buat show depan pintu masuk siap berposing ala2 gaya bebas gitew hahahaha.


Nah tengok sini berapa harga masuk.. sangat murah & berbaloi.. 




Ini dua budak sudah tak sabar nak berkubang.. pfffttt


Tengah2 panas pun slamberrrrr

Mummy panggil amek gambar pun buat tak reti je.. derrrrr

Korang tunggu.. jap lagi Babah & Mummy pulak nak terjun hihihi



Anak2 punya pasal, Babah sanggup jinjing selipar & bag anak2 hehehe.. Gud father =)

Mak ko pun geram jugak tengok air kolam tu hehehe

Dari pukul 10.30am kitorang sampai, berkubang sampai pukul 3pm.. Puas!! lepas tu terus gerak balik Kolumpor.
Read More

Klebang Original Coconut Shake

W/pun kampung Nizam kat Melaka, tapi ini lah 1st time baru aku dapat merasa minum coconut shake kat Melaka hahaha 
Abes, asal nak pergi je ada je hal, tak sempat. 

Lepas dah buat lawatan sambil belajar bersama Ibu Bapa kat museum haritu, Nizam terus bawak kitorang ke Klebang.

Perrgghhh dari tepi jalan je dah jammed Jah!! 
mula2 ingat apahal lah jammed menggila ni, ingatkan ada orang kawin ke, accident ke apa!!
rupa2nya nahhhhhhhh tu dia penangan Coconut Shake kat Klebang tu. 

Kat tepi jalan tu je aku dah nampak orang begitu punya ramai beratur nak membeli coconut shake.
Bila Nizam masuk je ke lorong sebelah coconut shake tu, aku pun turun lah beratur sorang2 sementara Nizam nak pusing kereta kononnya nak cari parking.

Aleh2 time aku beratur, Nizam call aku suruh aku ke belah belakang.
Tanjat kita rupa2nya ada kedai dia kat belakang tu.. hahahaha *sangat jakun* ;P

Aku pun cepat2 lah jalan kaki sikit ke lorong belakang tu.
Masuk2 je kedai dia.. perrrgggghhhh ramai giler orang okeh!!!
Aku kalau ramai sangat, aku memang tak suka. Lagi2 nak kena berdiri tunggu seat... derrrrrr

Helok je aku berdiri sebelah meja makcik tu, dia pulak bangun..
perrrgghhh memang rejeki aku anak beranak lah dapat seat cepat.

Kat situ ko kena aggressive sket, kalau ko lemau je tak mintak order atau tak reti nak membeliak kan bijik mata mencari seat, alamatnya sampai ke malam lah ko cangok kat situ Jah.. hahahaha

Amek kuih & nasi lemak, ngap kat situ.
Order 4 gelas Coconut Shake, makan & minum sepantas kilat, dah kenyang boleh terus rambossss
Kesian kat orang2 yang menunggu nak duduk tu.. 

Ni lah keadaan kat kedai tu..yang menunggu siap berdiri2 
Tak tengok kat belah belakang kedai ni lagi.. kemain ramai manusia!! 
Aku pun tak lepak lama kat sini, janji aku dah dapat apa yang aku idamkan dah cukup =)

Ni keadaan kat luar, yang take away punya.. 
dalam gambar ni nampak x panjang Q, sebenarnya lagi panjang sampai ke belakang okeh!! 
Mohon percaya sekarang!! 


Ni Khairine punya, minum tak abes, maka tapau bawak balik.. 

Lain2 gambar aku tak dapat nak tunjuk..
sebab NIZAM DAH TERDELETE GAMBAR2 TU!!!!
huwaaaaaaaaaaaa sakit hati kita!!!!! 
You tahu tak Bie, I sangat kecewa tahu tak???!!!!
Adoiii nak marah pun yer juga, nak gelak pun yer jugak.. hahahahahahha (gelak marah)
Hadoiii bikin panas betul lah laki aku tu... Ggggrrrrr

Ada lah dua gambar yang aku sempat post kat IG 
Cer try klik kat sini kalau nak tengok & kat sini 

Dah lah lupakan je cerita pasal coconut shake tu.
Meh aku tunjuk plak kat korang gambar2 KhaNish naik kuda kat Dataran 1 Malaysia =)



Ni kat Pantai Klebang, sebelah menyebelah dengan Dataran 1 Malaysia.


 RM10 seorang untuk 1 round.. tak jauh tak dekat.. berbaloi lah seploh hengget sorang.

Aku kira2 dalam 10 minit je kot 1 round tu..
Kalau round satu pantai Klebang tu, aku rasa mau budak yang tolong bawak kan tu pengsan!! hahaha


Menghabiskan Coconut Shake anaknya yang tak habis hehehe 

Korang nampak tak deretan kedai kat belakang tu??
kat situ macam2 mainan ada. Salah satunya layang2 lah yang KhaNish mintak nak beli..
nak main kat tepi pantai katanyerr.. 
memang tak dapat layanan lah dari bapak korang KhaNish.. hahaha

Sekali nampak kuda, terus tak sebut lagi dah pasal layang2..

Nizam bayar doploh hengget, nah naik lah ko kuda disana dua beradik.. haha ;p
Read More

Monday, May 27, 2013

Museum Samudera & Museum TLDM, Melaka

Kitorang kalau pergi Melaka tak payah nak pening2 kepala cari Hotel, sebab kat Melaka kitorang dah memang ada tempat untuk stay. Kampung Nizam kan kat Melaka. So kitorang stay kat rumah kampung Nizam je lah.. dah save kat situ tak payah nak cari hotel ;)
untung kawin dengan orang Melaka ni ;P

W/pun selalu balik Melaka, tapi masih ada lagi tempat2 yang nak kena bawak Khairine & Danish ke tempat bersejarah di Melaka. Kalau nak bawa, dari dulu memang boleh bawak dah tapi memandangkan dulu2 kan diorang masih kecik lagi, mana lah nak paham apa pun kannn.. 

So Sabtu lepas bawak Khairine & Danish (KhaNish) jalan2 kat Bandar Melaka. Bawak masuk ke Museum Samudera, tak tau ke?? alahaii yang kapal besau tu.. dalam tu lah museum nya Jah oiii.. hehe

Memandangkan KhaNish pun dah besar, dah bersekolah, dah pandai membaca & dah paham, sekarang baru lah Babah & Mummy boleh bawa KhaNish ke tempat2 gini ;)


Untuk more info Klik Sini

Aksi mak diorang & anak2, idea si bapak yang suruh kitorang sandar kat dinding tu hehe 

Bergambar sikit2 je dalam ni, yang penting KhaNish dapat baca & faham semua sejarah yang ada dalam museum ni.. Eceh macam belajar Sejarah pulak kannn.. Ini namanya lawatan sambil belajar bersama Ibubapa.. hahahaha


Ini kat tingkat atas, Captain Cabin. 



 Mak kau yang terlebih bergambar.. sibuk nak tarik tali tu buat haperrrrr.. derrrrr :p

Angin kuat kat atas ni.. best tapi panassss 

Ada je yang nak nyebok bila mummy nak amek gambar =(





Jom ke Museum sebelah pulak.. 







Lepas dah kepenatan & kepanasan, kitorang pun gerak dari sini. Nak ke Klebang pulak pekena Coconut Shake. 

Itu Next entry eh ;)
Read More

Cendol Leman Dawi Yang Sangat Rare

Mungkin ada yang dah tahu siapa Leman Dawi.
Mungkin juga diantara uolls tak kenal siapa itu Leman Dawi.

Kalau tanya aku pun memang aku tak kenal sapa Leman Dawi ni.
Anak siapa? asal usul dari mana? bila lahirnya si Leman ni? hahaha

Actually Wesak hari tu kitorang balik Melaka.
Time pergi tu ikut hiway LEKAS dari Kajang exit Senawang & terus ke Melaka.

OTW tu Nizam ajak makan cendol. 
Nizam kata cendol ni top pernah keluar JJCM katanyerr.
Ok mari kita try rasa, sodap ko tidak Cendol Leman Dawi ni.. 


Ni lah kedai dia.. sempoi je tapi ramai orang datang lepak makan cendol dia.
Time aku nak gerak dari sini tiba2 ramai pula orang yang datang singgah. 
Nasib baik aku dah nak gerak dari situ.

Kalau korang perasan kat banner kedai ni, semua percuma. 
Opppsss bukan makan free jer okeh!! tapi kalau korang nak refill cendol, gula, ais & santan, semua tu percuma. 
Means dat korang bayar harga yang korang mula2 order je, yang lain semua free.  

Rare kan kedai dia???!!! hahaha 
Aku syak si Pakcik Leman ni berniaga sambil bersedekah. 
Helok sangat kan orang macam ni, muroh rejeki ko pakcik Leman :D

Aku pun tak sure exactly tempat tu.
Tapi yang nyatanya kek Sungai Gadut, Nogori Sembilan lah lotak eh Cendol Leman Dawi ni.. mungkin sompadan Rombau lah ni kot
Hahaha tiba2 cakap nogori plak kannnn ;P

Nak tengok apa lagi yang rare kat kedai Leman ni?? 


Nahhhh tengok ni.. hahahhaha
Time ni pulak lah si Danish nak kerkucil.
Aku pun teman lah bawa ke toilet. 
Aleh2 aku nampak sign ni.
Takut Danish nak masuk.. dia kata 'Mummy ini toilet perempuan lah Anish lelaki'
tak apa lah dik, adik masuk je, mummy tunggu kat luar.. hahahahhahaha 

Lepas Danish keluar dari toilet tu, Pakcik Leman tu pun kata *sila baca dengan dialek negeri sembilan* 
'toilet lelaki rosak, sobab ditimpo pokok duo batang, abeh tingga lah satu yo' hahahahha
Nasib baik den paham lah apo yang pakcik tu kobar kan kek den niha.. kikiki :D


Ni satu lagi, 
Nasi Sop.
Aneh kan ejaan SOP instead of Sup :D


Order dulu cendol, nanti dia akan hantar kat meja.
Nak tengok macam mana rupa cendol & Nasi Sop Leman Dawi?? 


Ini cendol Kacang merah.
Warna santan dia agak putih. 

 Berbanding dengan Cendol Jagung yang santan dia agak coklat sikit.

Ini lah nasi sop. 
Nasi yang dibanjiri sup dalam mangkuk. 
dah macam makan nasi bubur pulek.. haha




Walau pun harga cendol Leman Dawi ni semurah RM1.50 - RM2 & boleh refill, nasi sup juga murah RM3
overall aku boleh kata kan, cendol dia kureng sedap. 
Ditekak aku rasa memang kureng lah, tapi tak tahu lah kalau kena dengan tekak orang lain.. 
Nasi sop aku tak boleh nak komen sebab aku tak rasa. Danish yang makan, dia semua kata sedap hahaha 
Tekak budak2.. :p

Sebelum tu meh sini aku kasi korang tengok dulu rupa Pakcik tu.. 


Pakcik ni dengan 'iPad' dia.. hehehe 
tengok dekat KEEK nanti, kenapa aku kata dulang dia tu 'ipad' ;)

Tapi mesti korang heran kan, kenapa tak sedap tapi orang ramai datang?? 
haaaaa sebenarnya, kat kedai ni ada 'penarik' tau!!
bukan 'penarik' yang guna bomoh2 tu.. 
Kalau nak tahu, jom layan KEEK ;)











Keanehan Pakcik ni, dia sangat knowledgeable, dia boleh hafal semua fakta2 sejarah di Malaysia. 
Tapi aku musykil juga, fakta2 tu betul ke?? hahahaha



Tapi bab2 mengira memang dia tip top! kalau tengok KEEK atas ni, pakcik ni mmg pandai mengira. 
Nizam siap kira pakai calculator nak dapat kan jawapan, sekali tengok memang tepat jawapan kiraan dia tu.. perrgghhh 

Banyak Keek yang aku terlepas masa dia bercakap sebab dia bercakap kemain laju macam komuter KL - Seremban.. hahahhaa

Itu lah yang aku katakan 'penarik' kat kedai Cendol Leman Dawi ni.
Pakcik ni yang sangat knowledgeable, bercakap sambil menghiburkan customer2 yang datang.. hehe 

Kalau tak caya korang try lah datang Cendol Leman Dawi ni ok ;)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah