Thursday, June 27, 2013

Happy Birthday Daughter!!

Having a daughter means...
Seeing a thousand rainbows every day
A thousand sweet dreams every night
A thousand occasions of sweet success 
And a thousand reasons to laugh and smile.


HAPPY BIRTHDAY KHAIRINE ADRINA!!!
MUMMY SAYANGGGGGGGG KHAIRINE HINGGA HUJUNG NYAWA MUMMY
SEMOGA JADI ANAK YANG BAIK DUNIA & AKHIRAT. MUMMY SENTIASA DOAKAN KHAIRINE MENJADI ANAK YANG SOLEHAH, TAAT PADA IBU BAPA.
Mak ko ni tengah excited, terharu & dejavoo sebenarnya bila flash back cerita 9 tahun yang lalu masa kat hospital time nak bersalin *tutup muka* :p


Hari ni jugak ada big surprise untuk Khairine. 
Aku & Nizam half day harini.
Karang tengahari chow dari opis amek Khairine kat sekolah nak bawa dia ke sesuatu tempat yang masih dirahsiakan dari Khairine hehehe

Nizam pulak akan keluar opis tengahari nanti buat2 ambik Danish kat sekolah.
Lepas tu nanti kitorang jumpa kat rumah, then terus pergi.
Tu nanti aku cerita kan kat entry lain eh =)
Tak sabar nak buat surprise kejap lagi untuk Khairine.. 


Masa ni umur Khairine 3 tahun kalau tak silap.
Nampak tak rambut dia highlight?? 
Kisahnya... dulu asal aku gi saloon nak colour + highlight rambut je, dia pun sibuk memekak mekak nak highlight rambut dia jugak.
Nak sangatttttttttttt.... hah!! tu hasil dia.. hahahaha 
Tapi sikit2 jelah janji berkaler.. hehe 
macam2 hal lah budak ni.. Mummy geram rasa nak cubit montot dia kuat2 hehehe

Even sampai sekarang ni pun kalau aku gi saloon cuci rambut je pun dia sibuk nak cuci rambut jugak. Very the sibuk ini budak.. haha
Apa mak ko buat semua dia nak ada.. *jeles lettew* ;P
Biasalah anak pompuan kannn..
Tapi aku suka melayan.. sebab rasa macam ada sorang gang yang satu kepala je bila aku berganding dengan Khairine.. w/pun ko baru berumur 9 tahun nak!! haha




Bila dah besar sikit, dah pandai nak bergaya, dah pandai mintak makan makanan yang sama tekak macam orang tua.. hahah

Tengahari semalam dia balik sekolah, terus call aku... 
'Mummy, balik nanti tolong belikan kek Secret Recipe' 
Hamboiiii!!! dizaman mak ko dulu nak call atok soh beli kek pun tak dapek yang sesedap kek Secret Recipe okeh!! hahaha
Tapi aku tak kisah, zaman kan dah berubah.. budak2 dah banyak pendedahan. Especially TV & internet. Zaman sekarang tak secanggih zaman kita dolu2 yer dak Cik Tom?? =)



Walaupun dah besar & dah pandai bergaya *kononnya* tapi bila tidur....TETAPPPP begini rupanya. hahahahaha
Adoii fail lah minah ni.. sampai sekarang masih hisap jari & handkerchief busuk dia. Susah nak dipisahkan lagi..  
Risau Mummy.. sekarang pun dah nampak sikit keJONGANGan dia *halimah jongang* hahaha
dah jadi habit, asal duduk tengok tv, dalam kereta, nak tido mesti nak kena hisap jari pastu selit handkerchief kat tangan.. 
Ugut lah apa pun, tapi dia tetap begitu... derrr ;P
Tapi Babah dia pulak kata its ok, nanti dah besar boleh pakai braces. pffffttt  
Read More

Wednesday, June 26, 2013

Cerita Buat Kawan

So far jerebu pun semakin pulih nampaknya. Semalam dengar hujan turun di certain tempat.. Syukur Alhamdulillah.

korang ada guna mask macam aku tak?? Sebenarnya aku tak pakai lah all the time. Lemas weh pakai natang ni, lagi sesak napas akak. hahaha

Ok lah jom baca artikel bawah ni.. Cerita Buat Kawan =) Sekadar renungan dan peringatan untuk diri sendiri.

KAWAN NI ADA MACAM2 JENIS
1- Kawan yang season friend (kawan bermusim) : kalau tengah season dengan yg dia, dgn  dia jer for few week or few month pastu season abis, dia akan hilang …TETAPI KWN JENIS BAGUS, BILA DIA HILANG, TAPI KALO TERINGAT PD KITA, DIA AKAN ALWAYS BERTANYA KHABAR KAWAN2 DIA OR BILA KITA SUSAH PUN DIA TETAP AKAN BERTANYA UNTUK APA2 YG BOLEH DIBANTU.

2 - Kawan time senang : ni dia akan berada dengan kita time senang jer, bila kita susah dia hilang.

3- Kwn yg bertepek dengan kawan yang 'ado2' or yg masyuk/kaya : ni jenis yg kategori teruk jugakla…dia nak bertepek dengan geng2 yg ada STYLE/KAYA so bila santai sekali dia pun Nampak mahal..nak dapat category orang kaya or ala2 stylo la konon! so kalo kite duduk flet or apartment & tak bawak kereta mahal or laki/bf ko  tak kaya dia tal nak kawan la… kene duduk service kondo pastu selalu pegi oversea n bawak handbag mahal & always shopping branded stuff baru boleh jadi kawan dia.

4- Kwn yg jenis Choosy kaya/cantek : Yang ni plak, dia nak berkawan dengan kita if kita kaya or cantek or keje bagus or bf/laki kita kaya, ni related ngan no.3 ..ada gak category ni tau… so nak jadi kawan dia, anda kene lah cantek or stylo baru bole jadi kawan dia.

5- Kwn masa susah : haaa kawan ni memang yang paling bagus sebab dia mmg jarang ada tapi bila kita susah, without failed dia akan call or message tanya 'ada apa2 yg aku bole tolong?' yang jenis ni if dia tak ada duit pun tapi tetap akan tolong dalam anything …wateva the most important things “The Thought that Counts”
6- Kawan masa susah & senang: Ni kawan yang paling BAGUS sekali… tak kisahlah time senang ke?or susah ke? Dia sentiasa tetap ada dengan kita…ni baru betul2 namanye KAWAN!!!

7- Kwn ada kepentingan : yang ni lagi busuk perangai dia! Nak kwn ada sebab or motif… nak mintak tolong dalam apa2 br buat baik..kalo tidak memang tak nampaklah batang hidung dia. i.e. mcm nak pinjam duit ke/nak pinjam barang ke/ nak mintak tolong dapatkan keje ke/ suruh beli barang2 ke mcm insurance/public mutual or apa2 la tp mmg sentiasa ada motif je baru muncul.
Source : C&P from FB
Read More

Monday, June 24, 2013

Jerebu Teruk Di Kuala Lumpur

Semua sedia maklum, harini sekolah2 di KL & Selangor ditutup..cuma belum di isytihar darurat je lagi.

Tengoklah pemandangan dari office aku harini.. Klcc pun nampak samar2 je. 
Uolls jangan lupa pakai face mask ok.. 
Elakkan dari aktiviti luar. 


Sent from Samsung Galaxy NoteII
Read More

Tuesday, June 18, 2013

Pengasuh India vs Anak Orang Melayu

Salam & Gud Morning Mommies..
Ada ke Pengasuh/ babysitter India jaga anak orang Melayu???? 
Masa otw nak pergi kerja tadi ternampak situasi tu. Aku rasa mcm awkward pulak.. Hurmmmm.

Ke aku je yang tak tahu selama ni tentang kewujudan Pengasuh India jaga anak orang Melayu???? 
Apa kata anda?
Read More

Monday, June 17, 2013

Blue Coral Aquarium, Menara Kuala Lumpur

Haritu aku ada buat review pasal pembelian tiket Blue Coral Aquarium KLIK SINI kalau nak baca..

Sabtu lepas sebelum Nizam berlepas ke Bandung kali ni aku kena tinggal kitorang ke Blue Coral Aquarium di Menara Kuala Lumpur.



Disebabkan aku dah siap2 beli ticket masuk, so haritu masuk tak payah bayar apa2 pun.. kecuali kalau nak beli apa2 souvenir kat sana.


Aku titip ini aja buat Pak Budi. Pass kat Nizam semalam suruh Nizam bagi kat Pak Budi..
Ole2 dari Malaysia buat orang Bandung =)

Masuk2 je gelap!! hanya diterangi cahaya lampu dari Aquarium je.
Jalan2 keliling dalam tu layan tengok ikan. 
Sebenarnya I tell you, tempat ni idok ler seBEST Aquaria KLCC.
Sekangkang kera je dalam tu.. tapi bolehhhhhh ada jugak ikan2 cantik yang boleh tengok.

Kecik benor tempat tu. Susah aku nak describe kalau korang ada masa nanti korang pergi lah sendiri yer.. 

Kena lah dengan harga masuk dia yang murah tu.
MyKad - RM15, MyKid - RM15..
Untuk tourist Adult & Children RM18.



Seingat aku, dalam setengah jam je kot dok kat dalam tu.. *betapa tak besarnya tempat tu*
lepas tu kitorang keluar.. 
Tak banyak benda dapat share ngan uolls unless gambar2 ikan kat dalam tu.. =)





















Read More

Friday, June 14, 2013

Bio Velocity Sleep Mate

Salam Jumaat uolls... 
Aku suka sangat bila tibanya hari Jumaat.
Selain dari Jumaat yang mulia, aku suka Jumaat sebab esok dah weekend.. Yiipppeeee =)

Kasi tepek muka gumbira satu kat sini boleh??? hahaha 

Gumbira kah wajah kau???? macam mysterious jew aku tengok.. muahahaha
Ini namanya gumbira dalam diam.. pffffffffttttt

Ok lah saja nak share pengalaman aku dengan uolls. 
Hari tu aku ada beli something yang boleh membuatkan bangun tidur aku jadi segar bugar.
Nak tahu apa?? 
TILAM uolls!!! ini bukan tilam biasa yang lori jual kat depan rumah ko tu.. 
yang dia jerit pakai speaker 'TILAM TILAM.. TILAM LAMA TUKAR BARU' hahahhahaha
Bukan sama sekali yeh!!

Nama tilam tu Bio Velocity Sleep Mate.
Harga dia RM1288 tapi memang berbaloi aku beli tilam tu.
Kehidupan lebih sihat, bangun pagi rasa cergas.. 

Susah nak describe panjang2.
Untuk tahu lebih lanjut berkenaan tilam ni boleh BACA DISINI

Aku bukan nak bermaksud yang aku percaya tilam tu macam tak percaya pada Illahi.
Niat aku nak sampaikan hanya untuk berkongsi pendapat & jugak dengan izinNya. 
So korang jangan salah paham okeh.. opkos kuasa Allah lagi hebat kalau nak dibandingkan dengan tilam tu.

Tapi disebabkan zaman sekarang ni makin canggih manggih & hitech macam2 lah kepandaian manusia mencipta itu & ini dimuka bumi ini. 
So apa salahnya kita mencuba something yang baru.. yer tidak Cik Tom?? 
Haaaa itu lah serba sedikit cerita pasal tilam yang dah nak masuk 3 minggu aku gunakan.
Alhamdulillah memang nampak kesan.

Ini contoh tilam Bio Velocity Sleep Mate. 
ada getah disetiap penjuru tilam tu, nanti ko selit je kat tilam spring kat rumah ko tu..
Tilam ni bersaiz Queen, lepas tu alas dengan bed sheet then tido lah anda dengan aman ;)

MANFAAT
Melegakan sakit kepala, sakit haid, sakit perut, menghilangkan kesakitan otot, melegakan kesakitan gastrik, melegakan sakit belakang, menolong ketegangan leher, melegakan rasa kebas.

KEISTIMEWAAN

1. Meningkatkan metabolism
2. Mengaktifkan fungsi-fungsi sel
3. Menggalakkan peredaran darah
4. Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun
5. Meningkatkan tahap medan tenaga
6. Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan
7. Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan
8. Bersemangat dan bertenaga
9. Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi
10. Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal
11. Melegakan kepenatan dan kesakitan
12. Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik
13. Menggalakkan fungsi jantung
14. Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti


Apa2 pertanyaan untuk dapatkan kesahihan, boleh call kakak aku.. 
Puan Latifah Abdul Latif - 019-2823 858
Anytime, Anywhere. Dia stay kat Presint Zapin, Bandar Bukit Raja, Klang
Kalau korang dok kat Utara, Selatan, Timur ke Barat ke anda pasti akan dilayan & dia akan travel untuk menemui anda. 

Ecececeh promote lebih kannnn.. frankly speaking eh, aku memang tak dapat apa2 komisyen ok.
Just saja nak promote & kongsi pendapat pengalaman aku je setelah 3 minggu aku dah pakai.. 
Kata Sharing is Loving.. kennnnn ;)
Read More

Thursday, June 13, 2013

Meatball Omnomnomnom

Cerita pasal makan ni sebenarnya dah lama.. tapi hari ni tetiba rajin nak publish.. tak ada bahan menarik lettew hihihi

Hari2 makan nasi dah naik muak. 
Jadi aku nak tukar selera, aku ajak Nizam makan meat ball Burger Bakar Abang Burn kat Dagang Avenue.
Belakang rumah je dik non!! jalan kaki pun boleh sampai.. hamboiii kemain berlagak ko! hehe 
Eh betul lah dekat je dengan rumah aku, sekentut je dah sampai.. ngeh ngeh ngeh 
Malam tu tunggu Nizam balik kerja, baru ke sana. 

Meh nak cerita sikit pengalaman pertama aku makan Burger Bakar Abang Burn ni yer.. 
Ingat lagi masa mula2 burger bakar ni nak top, satu2 nya gerai dia kat Seksyen 2 Wangsa Maju.
Aku pun tak ketinggalan nak terai jugak okeh.. 

Google punya google, sekali Pak Cik Google kata kat Wangsa Maju, aku agak familia jugak kat kawasan tu.
So puas imagine tengok map yang pakcik google tunjuk tu, Ok seranggggggggggggggggggggg
Time tu juga ada berjanji dengan Shida & Ryta nak terai Burger Bakar top tu.
So kamiorang pun lepas kerja terus shoot ke Wangsa Maju. 
Masing2 dengan laki masing2, anak2 tinggal *kasi makpak ko terai dulu yer anak2* hehe
Ingat kan kat dalam kedai.. rupanya kat tepi jalan ajos. sama macam gerai2 burger jalanan yang lain kat tepi2 jalan tu. *hamek kau nak kelas sangat dalam kedai, nahhhh sekali kat tepi jalan* hihi
Yer lah Cik Jah, kalau dah nama pun meletop2, harus lah aku ingat dia kat dalam kedai.. yer dak?? 

Sesampai je sana, alangkah kejut beruknya kitorang.. betapa panjang gilos Q kat situ.. dengan hujannya time tu.. perrgghh memang idok ler akak nak beratur panjang berjela tu.. so bye2 je lah.
Terus kitorang ke Mustafa Jones Burger kat Melawati.. janji dapat makan burger jugak kat situ.. =)

Kalau nak tahu kat mana & apa menu dia, pegi tengok fb dia kat sini

Pengalaman kedua aku pulak ke Burger Bakar Abang Burn, tanpa putus asa kali kedua tu aku gi repeat dengan Nizam. hahaha 
Masa tu gagah jugak beratur amek nombor sebab tak nak repeat kali ketiga tanpa apa2 hasil.. kahkahkah.. 

Nombor yang aku dapat time tu ialah #82.. time tu pulak nombor giliran baru #25..
berkicap akak nak kena tunggu dik.. 
Mau bawak bantal tilam kat situ menunggu. Tapi idok ler seteruk itu Cik Jah, mak masih waras lagi ok.. hehe ;P

So sempat lah aku dengan Nizam lepak mapley jap pekena teh tarik sementara nak menunggu burger kitorang siap.. 
Tapi itu dulu lah, masa Burger Bakar Abang Burn baru nak top.
Sampai menanah montot menunggu, akhirnya siap jugak.. 
Time tu aku terasa hebat lah sebab aku orang yang terawal jugak yang dah dapat makan Burger Bakar hehe
Sekarang dah berlambak2 burger bako orang dah jual kot... 

Oh panjang rupanya mukadimah aku pasal burger bakor ni yer?????!!! hahaha
Ok ok meh aku sambung balik cerita awal aku tu yer...

Lepas Nizam balik kerja tu, kamiorang pun makan memakan di Burger Bakar Abang Burn di Dagang Avenue.. 

Nahhh persembahkan makanan yang kamiorang makan haritu.
Tak mo dah bercerita panjang, korang tengok je gambar kat bawah ni eh =)




3 gambar tapi benda yang sama.. hahahha
Saja nak menunjuk kasi korang meleleh ayakliyoq.. =)
Meatball ni aku share je dengan Khairine, kalau order sorang satu pinggan, sure tak abes.


Burger ni Nizam share dengan Danish. 
Lepas makan dah kenyang terus rambossss pulang ke rumah dengan hati yang gumbira.. nyummm nyummmm =)
Read More

Monday, June 10, 2013

Sagu Gula Melaka bersama Fresh Milk

Hari ni nak share recipe simple.
Simple, mudah, senang, cepat dimasak senang nak buat, sedap dimakan.. gitewww :D

Bagi aku senang & simple lah nak buat recipe ni.
Bahan2 yang digunakan pun murah & senang nak dapat dimana2 hypermarket.

Biasanya kalau sagu gula melaka sinonim makan dengan santan kan?????!!!
Tapi kali ni akak saja je tukar guna fresh milk.. 
Tak ada beza sangat lah pun kalau santan & fresh milk, 
konon nak buat kelainan lah kalau aku tukar pada fresh milk.. *perangai nak creative tak bertempat... ni lah jadinya* hahaha

Aku rasa semua orang pun reti buat sagu gula melaka ni.
Entry kali ni aku nak jugak share ngan korang ;)
Mana lah tahu, lepas aku publish entry ni kot2 petang karang korang boleh buat sendiri kat rumah.. kannn??? bila dah buat tu nanti sure teringat2 kat I.. ngih ngih ngih ;P

Bahan utama haruslah sagu.
Tak kisah lah Cik Bedah, ko nak buat sagu colour apa pun. 
Merah boleh, biru boleh, kuning boleh, hitam boleh.. ikut suka ko lah tak ada orang nak marah pun. =)

Apa2 pun sebelum masak sagu ni, basuh & selawat lah dulu yer.



Lepas basuh, masukkan dalam air yang agak2 dah nak mendidih.
Kacau sampai pekat likat.
Tapi air tu jangan letak penuh2 satu periuk tu yer Bedah.. ko agak2 je.
Aku pun masak bukan ikut sukatan, tapi ikut suka hati je.. hahaha

Agak2 sagu tu dah pekat likat, buat pulak air gula
Aku guna fresh gula melaka mai dari Melaka okeh.
Dari dua ketul gula melaka ni, aku gunakan setengah je. 
Lepas tu kalau rasa nak manis sikit, boleh tambah gula pasir & garam sikit untuk perasa.

Ni hasil dia. 
Eh jangan lupa tapis tau lepas masak ni.. buang segala hampas2 yang ada kat gula tu.

Tak payah nak perah santan, tak payah guna santan instant.
Aku guna fresh milk ajos... dapppppp!!


Kalau korang nak kan kelainan lagi, boleh gantikan gula melaka tu dengan coklat syrup ni.
Letak santan + coklat ni.. boleh tahan sodap jugak. tak caya cer try ;)

Tadaaaa ni hasilnya..
Rupa paras idok ler menggiurkan pun.. tapi kalau makan sejuk2 keluar dari fridge, memang sodap uolls
Traditional dessert katanyerrr.. heeee =)


Ini wajah sagu yang aku dah godak susu & gula.. 
Kaler tak pekat sangat hanya secukup rasa.. ;)

Lagi satu,

Content entry anda taip di sini
Read More

Friday, June 7, 2013

Bukit Gambang Water Park

Stay Cool, Get Wet katanyerrr... Jumaat lepas sebelum check-out, pegi breakfast di Arabian Coffee House. Habis breakfast naik bilik kejap berkemas apa yang patut untuk check-out dari Arabian Resort City. 

Tapi sebelum ke Water Park, harus lah bergambar dulu di sekeliling Resort uolls ;) Bila dah ke sesuatu tempat tu, ko mesti lah nak abadikan jejak ko dengan gambar2 kenangan kat sana.. dok gittue Cik Bedah??? ;P

Ini puding roti yang manyak sidap yummylicious.. boleh fitam siapa yang makan *pssttt aku lah tu* mana ada fitam, tipu je hehehe 

Siyes cakap peanut & stoberi tart tu tak sodap.. lemau.. bila dah amek tu sila lah makan yer.. jangan nak bazir sangat.. kan rejeki Allah tu. 

Kalau tengok gambar ni ko tak payah nak mendongak sangat. Biar aku je yang mendongak time snap gambar.. Ini ceiling kat Arabian Coffee House. Gambar makanan lain aku tak amek, lebih baik fokus makan dari amek gambar.. laporrrrrr ;D


Time ni baru lepas breakfast kat Coffee House.. Arabian Coffee House ni terletak betul2 sebelah kandang unta ni. (tengok belakang unta tu). Siang malam unta tu kejung kat tempat yang sama.. hahahahaha


Ni kat depan pintu masuk.. Slamber je pijak rumput dia.. siap panjat2 tembok bagai nak sampai kat sign tu. Lantak kau lah janji akak dapat amek gambar kat sign tu.. muahahaha  :D





Last kopek bergambar kat Arabian Bay sebelum check-out.. Ada rejeki lain kali boleh mai lagi ;)

Ok jom ke Water Park pulak.. 

On the way nak ke Water Park tu,  berenti tepi jalan kejap amek gambar kat sign ni. Ini sebelah Arabian Bay Resort je pun.. alang2 ko dah sampai sini, diharuskan semua sudut ko kena bergambar.. Bukti yang ko dah jejak kan kaki ko kat sesuatu tempat tu.. kannnn??!!

Eh korang nak tahu tak?? ada lah sorang perempuan tu.. tak tahu lah niat nak menunjuk ke atau ada niat lain.. dia check in kat fb dia kononnya dia berada kat Bandung, aleh2 bila tengok map check-in kat fb tu, terang2 map tu kat Ampang.. kau rasa???? Jangan nak tipu sangat lah oiii.. kan dah kantoi!! miahahaha. Ko nak check-in kat bulan sekali pun boleh nyah, tapi Map kat fb tu tak boleh tipu okeh!! itu satellite mana bleh ubah2.. kan dah malu seumur hidup!! wakakakka

Sebelum aku merepek lebih lanjut lebih baik aku sambung balik cerita aku..

Aku just nak share je kot2 ada yang belum pernah pegi lagi ke sini. So boleh lah korang tengok berapa harga masuk ke Water Park ni. Pada yang dah pernah pergi tu harus lah korang tahu kannn ;)

Haritu Nizam beli package hotel sekali dengan Water Park, harga Family Suite check kat link tu.. 

Kat sana kalau nak makan, sewa boya/pelampung tak guna cash. ko kena buat Cashless E-value tu & boleh top-up kalau tak cukup.


Tak sabar2 lettew ;P Mummy saja je lambat2 amek gambar sebelum sampai kat area Water Park.. hahahhaha

Eh EmakNenek!! Nampak tak view belakang nenek tu?? tantik macam kat tepi pantai ;)


Cakkkkkk hehehe.. kan dah nampak cerah tu.. Nenek duduk kat Cabana Coco Beach je, ajak mandi tak mo.. ke nenek tak bawak swimming suit?? hihihi.. 


Eh sewa cabana ni murah tau, tigaplohlima hengget je deposit seploh hengget.. 

Masa kat Wet World Resort Air Panas Pedas haritu sewa cabana dia lapanploh hengget. choyyy mahal!!! padahal besar cabana dia lebih kurang sama je.


Cabana yang kamiorang sewa tu betul2 depan Coco Beach, dan berdepan juga dengan volleyball court.



Time ni aku dok berangan2 kat cabana sambil2 camwhore hahaha . Tu yang terbalik tulisan 'Telah Disewa Hired'  ngeeeee :p Nizam & KhaNish dah selamat berkubang dalam air.. aku relax jap.. kejap lagi mak ko ni sampai yerr... tunggguuuuuu ;D

Jom aku bawak korang tengok gambar dikeliling Water Park tu.. tapi idok ler semua gambar. Kalau semua gambar aku tepek kat sini, sure bernanah bijik mata korang nak tengok banyak2 gambar kannnn??? So balance gambar2 tu aku humban semua masuk fb ajos.. *pisyor*

Nampak??? diorang dah berbasah-basahan...derrrrr


Tiga beranak berkaki hayam.. muahahaha

Survey keliling tempat & amek gambar dulu sebelum mak ko join berkubang sama lepas tu.

Sebelum beraksi.. 

Siyes naik bendalah ni best.. pusing2 macam gasing.. max naik pelampung tu at least 4-6 orang


Time ni aku tak naik lagi.. Nizam & KhaNish je naik.. lepas tu repeat kitorang naik berempat.. manyak syiokkk 


Lepas dah sampai bawah, pelampung ni naik lift ke atas balik untuk repeat bagi orang lain yang tengah menunggu kat atas yang tunggu giliran.


Bawah tu Coco Beach Wave Pool.. Ombak kemain kuat, benci ai. Masa aku naik pelampung main ombak tu, siap berlanggar2 dengan orang lain.. nasib baik tak patah tengkok akak.. tak suka tak suka tak suka!!

Kenapa bapak korang jadi gitu KhaNish??? muahahahaha

Ni kat depan Aqua Play untuk kanak2. Ko jangan nak memandai2 plak main slide kat situ silap2 kena halau nanti dengan life guard..

Kiddie Slide ni best.. comel gilos.. aku rasa macam nak join je naik slide tu.. hehe
Memandangkan aku ni dah tua bangka, tak payah lah ada hati nak join okeh ;P

Cececehhh ushar je.. dalam hati nak main slide lettew.. hahaha

Journey of Ice atau Glacier River sini pun bestttt.. kalau nak masuk kat longkang ni ko kena ada pelampung baru syiokk. Sebab setiap berapa minit entah dia akan pasang ombak.. so nanti ko menyusur je lah dok dalam boya tu ikut arus ;)

Mostly ini je lah gambar yang aku dapat bagi korang tatap sebab lepas tu aku pun join berkubang sama.. so tak ada sapa nak tolong snap kan gambar untuk kamiorang.. Nenek?? tunggu je kamiorang berkubang dari pukul 10.30am - 4.30pm lepas tu terus balik Kolumpor petang tu jugak.
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah