Wednesday, July 31, 2013

Aku Bersyukur Kepada Mu


Source : C&P from FB Kisah yang telah aku dengar daripada seorang Pegawai YAPEIM pada tahun 2007. Begitu menyentuh hati kerana masih ada anak orang muslim yang begitu daif. Kisah itu juga membuka kesedaran dalam diri untuk menyumbang sedikit rezeki melalui potongan gaji kepada YAPEIM. Alhamdulillah, aku harap sedikit sebanyak akan membantu golongan ini terutamanya kanak2.

Alhamdulillah & bersyukur sangat dengan kurniaan Allah. Tengok video ni terus terfikir anak2 aku. Hidup kita masih beruntung. Bersyukurlah kita kalau dibandingkan dengan kisah dalam video ini..
Read More

Tuesday, July 30, 2013

Nak Gigi Emas Macam M.Daud Kilau Boleh???

Hahahaha mampoo????? 
Actually malam semalam aku ada appointment dengan dentist. 

Nard kata nak jumpa aku.
So deal dalam whatsapp, aku kata aku ada appointment pukul 8.30malam. 
Nard kata Ok kita berbuka sama2 lah yang dekat2 dengan dentist.. 
Ok baiklah.. maka terjadi lah kejadian berbuka bersama2 semalam dengan Nard.

Bulan puasa ni time aku keluar office memang pukul 4pm. 
Keluar je dari opis, terus menuju ke arah Sentul. Dentist tu dekat Sentul Boulevard.
Hoh pukul 4.45pm aku dah terpacak kat sana.
Aku bajet memang nak gerak awal.. 
ko tau je lah Timah, Jalan Sultan Ismail tu jammed nak arwah kalau peak hour. Bohsan!!

Tunggu lah si Nard bagai nak giler sorang2 dok dalam Pizza tu.
Kata nak datang lepas asar, so aku syak dia akan sampai awal lah..
sebab rumah dia pun kat Sentul juga. Grrrr sekali dia sampai dekat2 pukul 6pm.. 
Tahi kuda kering punya budak!!! berjanggut aku tunggu tahu??!! puiiii 

Sesampai je Nard kat pizza semalam, borak2 je lah yang kami mampu sementara menunggu time berbuka puasa. 

Ini lah Nadia Aziz a.k.a NardAziz
budak kesayangan aku yang notti =)

Dia lah yang datang lambat semalam.. padahal rumah dia dengan Sentul Boulevard tu dekat nak mati okeh, tu pun boleh lambatssss.. haktuihhh!!

Selain berborak, bergambar ajo lah.. hehe

Aku order meal 1.. tekak tak rasa nak makan pizza, so aku tukar pizza to pasta

Meal ni aku choose meatball bolognese spaghetti + soup of the day + pepsi & add on garlic bread
Ini lah saki baki spaghetti aku semalam.
Mak aku pesan Jangan makan banyak2 karang nak jumpa doctor takut termuntah plak nanti hahaha

Dah nak dekat2 8.30pm tu naik je ke dentist atas pizza tu.
Tunggu pun tak lama, lepas register terus dah boleh masuk jumpa doktor.
Nard teman aku masuk sekali.. saje je nak anjer anjer ngan Nard. hahaha pooddah cittt

Ready nak service gigi ;P

In progress

Aku cakap kat doctor nak buat gigi emas macam M.Daud Kilau boleh tak, tapi doctor tak kasi.. hahahahhaa 

Hasilnyaaaaa... Putih tak gigi Kak Ton??? 
Pasti meriah Raya tahun ni disebabkan kilauan putih bersih gigi Kak Ton.. muahahahhahaha

Btw thanks Nard coz teman iolls jumpa doktor gigi semalam.
For the iftar plak, u should thx to me coz iolls sudi mendengar luahan perasaan uolls tu...pfffftttt 
Read More

Monday, July 29, 2013

Misi Mencari Baju Raya 2013

Korang mesti dah siap beli baju raya kan??  lagi2 yang ada anak2 kecik tu, kemain semangat menyopping yer.. Rindunya aku nak ada anak kecik.. eh tiba2 ;P
Sabtu lepas aku baru hegeh2 nak mencari baju raya, tapi masih belum terlambat lagi kannn.. masih ada masa lagi untuk bershopping =)

Tiga tempat juga lah aku lompat haritu.. 
Jumaat malam tu discuss dengan sang suami nak gerak awal. 
Dia suggest 'esok kita gerak pukul 9am yer Yang' amboiii awal bebenor hahahaha
Aleh2 Sabtu tu bangun tidur pukul 10am, dengan tak bersahurnya kitorang semua!! hahahaha.. adoiii doii doii doiiii

Sebenarnya nak mencari baju kurung & baju melayu je pun. Dah lah sebelum raya haritu tak sempat nak gi tailor, so beli ajos.
Baju2 jalan KhaNish dah siap2 beli haritu masa ke Bandung bulan April lepas. So itu tak perlu nak runsing lagi. 

Weolls dalam cermin tu.. =)

Dari rumah terus ke Kenanga Wholesale City. 
Ramai orang kata situ macam2 ado, so kami anak beranak pun terus menuju ke sana. 
Merayap dari satu tingkat ke satu tingkat. Saja survey tengok2 apa yang best kat situ.



Hurmm ternyata kat situ diorang jual style borong. 
kalau beli tiga pasang baju or more then tiga pasang baru dapat harga murah.. choyyy
Boleh je beli sepasang, tapi harga tak dapat murah lah. huhu
Kalau aku beli 4 pasang baju kurung, dah boleh pakai anak beranak.. giteww ke?? hahaha
Habis semua boria, cuba ko bayangkan Nizam & Danish pakai baju kurung yang sama mcm aku ngan Khairine cuma warna je lain2.. muahahahaha 

Agak2 dua jam dah merayap ke KWC tanpa hasil, next location... 
One Utama pulak.
Kat OU aku nak cari kasut je sebenarnya & kasut Khairine juga.
Sampai OU lebih kurang pukul 3pm, pusing2 dapat lah dua pasang kasut untuk aku.



Depan Candylicious, nasib baik diorang tak suruh petik kan gula2 yang tergantung tu.. kalau tidak???? hahahaha


 Jelly Bunny sale..


 Design2 yang simple, senang nak berjalan. 

 Last pair. Purple plak tu.. hurmmm

Biasalah kalau mana2 sale, nak cari size kita yang kecik ni sure habis cepat. 
Semua tinggal yang godang2.. nyampah!

Jangan lah boring tunggu Mummy yer.. hehe

Khairine & Bunny besor


Ok Mummy beli 2 pasang je kasut. lepas tu kita cari kasut Khairine pulak okeh ;)


Lepas dah dapat kasut, ronda2 ke tingkat atas pulak. 

Helok je tengah berjalan2, sekali cina tu tarik tangan aku.. disuruhnya try lipstik dia. 
Tah apa ke nama brand make up ni aku tak pernah dengar, tapi dia kata product Korea.
hurmm apa2 je lah Joyah.. ko tenyeh je lah 'sepitik' tu kat bibir aku tu janji merelip.. hehehe

Merelip tak bibir Kak Ton???? ;P 
Puii harga setaraf MAC je.. lebih baik aku beli lipstik MAC.. 
bibir dah tantik, lepas tu say bye2 je kat cina tu.. memang tidok ler aku nak beli.. hahahaha



Kau tengok lah budak ni.. 
sekarang dah besar, dah pandai memilih. Tiba2 dia dok bisik kat bapak dia, dia nak seluar kpop..
Omaigudness!! nak seluar kaler hijau, oren, biru tu.. hahahhaha 
Gelak besar mak ko dibuatnya. 


Masuk sini, makpak ko tahan nafsu.. haritu dah banyak beli kat Bandung... 
Dah dua tahun berturut2 beli kat Bandung baju raya untuk KhaNish, bila compare harga Bandung & KL.. terus rasa.. 'ehh jauh lagi murah kat Bandung'. 

Ha ko giler???!!! kalau nak dibandingkan harga Bandung & KL memang jauh lagi murah ler Bandung Joyah oiiii.. 

Masuk TANGS. 
Tengok anak beranak tu.. ada ler tu yang dia nak tu.. laju je kedepan.. 
Aku syak dia dok mencari seluar kpop dengan Babah dia hahahhaha

Masuk pulak Off The Hook, si minah ni dah boring. mula lah berangan depan cermin.. hahaha

Lebih kurang pukul 5.30pm, gerak plak ke Carefour Wangsa Maju. 
Plan nak berbuka kat area Wangsa Maju. Tapi kalau dah sampai sana pun pukul  6 lebih, memang fully book lah wehh.. 

End up buka puasa kat Mr. Teppanyaki ajos.. 
Itu pun fully book, so tunggu orang semua habis makan dulu then baru lah kitorang dapat seat. 

Excited makan depan dapur katanyerr.. hahahaha
sekali termeletop, terkejut Khairine terus melompat kat aku hahaha..

Heee sementara menunggu makanan sampeiiii 
Teringat zaman2 bercinta dulu, makan berdua2an macam ni.. phuiii hahaha

Nizam & Danish makan menu yang sama.

Aku makan Beef teppanyaki

Khairine tekak melayu.. nasi & daging paprik.. eh betul ke ejaan tu?? haha lantak lah..

Setakat ni, misi cari baju raya hampir2 berjaya.. =)
Read More

Friday, July 26, 2013

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan

Perggghhh tak payah nak gempak sangat lah tajuk ko tu, macam beso no pengalaman tu kennn... hahahaha
Eh memang betul tau, tak kira lah pengalaman apa sekali pun samada besar ke kecik pengalaman tu ia mengajar erti kehidupan ko. Tahu???!!! 
haaaa jangan main2 yer Cik Gayah, mohon alert dengan setiap perbuatan ko hari2.

Memandangkan aku dah screenshot kan cerita ni, tak payah lah aku nak kena membuat satu karangan yang panjang untuk nak explain apa ke hey nya masalah yang menimpa aku Rabu lepas.. hehe

Ini luahan hati kat fb.. ngehhhh

 Ini pulak luahan hati kat twitter ;P

Btw, thanks to all bestie yang advise aku haritu. korang sangat concern.. love love love *kekembang montot sambil buat muka cute*

So korang, sila lah berhati2 semasa memandu yer.
Zaman sekarang ni ayat 'Don't texting (whatsapp, BBM, Sms, etc) & drive' dah boleh digunapakai selain 'Don't Drink & Drive' muahahaha. 
Yang paling penting sekali..
Memandu lah berhati2,  Ingat orang tersayang.. hurmmmmm =)
Read More

Tuesday, July 23, 2013

Ramadan Yang Hilang

Sepajang bulan ramadan ni, TV3 ada tayangkan episod baru Samarinda, Ramadan Yang Hilang setiap hari Isnin hingga Rabu setiap jam 10malam.. 


Pada mulanya aku tak tahu pun kewujudan cerita tu kat tv apatah lagi siapa pelakon2 yang ada hahaha.. 
bila tengok kawan2 up status kat fb, bercerita pasal Ramadan Yang Hilang, baru lah aku noticed, ohhh rupanya ada cerita tu kat tv.. nampak sangat aku ni tak tengok tv kannn.. 

Nak tengok dari episode awal dah tertinggal pulak... 
hurmm aku pun tengok kat tonton je lah.. hehe

Oleh sebab aku ni cepat mengantuk bila tiba dimalam hari, lagi2 di bulan puasa ni... memang tidok ler aku nak menunggu pukul 10pm kat depan tv.
Kalau malam tadi episode 11 dah keluar, so pagi2 sampai opis curi masa kejap tengok through online ajos ;P
Read More

Monday, July 22, 2013

Aroma Ikan Bakar Jeram

Sabtu lepas baru lah berpeluang berbuka puasa dengan family Nizam.. semua adik beradik, anak buah, cucu cicit ada berlonggok rumah atok diorang petang tu. 

Kemain meriah dengan makanan.. lauk je dah dekat penuh serumah.. haha
Biasanya Along (kakak Nizam) akan masak macam2 bila dalam keadaan macam tu. 
Segala macam mak nenek lauk pauk, kuih muih, air semua ada.. 
Yang bestnya homemade ok, bukan beli2 kat param punya. 
Kakak Nizam tu kalau nak makan kuih sebijik je pun dia sanggup buat sendiri daripada beli tak tentu arah kat luar sana. Best kan orang yang pandai memasak tu.. cakap je nak makan apa, semua boleh buat sendiri je huhu.
pendek kata, apa dia masak semua sodap hingga menjilat kuali.. hahahahaa tipu sangat..

Kak Ngah (biras iolls) bawak lauk ketam cili, kuih, entah apa lah lagi aku pun dah tak ingat.
Bila tang aku!!!!! hahahahha ko ingat aku tak bawak apa2 ke???
sorry eh.. jangan pandang aku sebelah mata tau!! *cegir mata sambil cekak pinggang*
haritu aku bawak lauk pajeri nenas.. panas2 lagi baru masak okeh, caya tak??? tak caya???
hahahhahaa puiii.. Ok mohon jangan percaya, sebenarnya lauk itu bukan aku yang masak, itu mak aku yang masak!! hahaha cerita nak gempak je.. lempang tujuhkali tahu lah kau!! :D

Lepas tu sebelum sampai pulak, Nizam singgah param kejap, pi beli kuih sikit.. 
memang betul2 sikit je pun Nizam beli.. nak tahu apa? Kuih samosa empat ketui sahaja.. hahaha 
hebat kan kamiorang?? tak payah susah2 kan diri memasak.. beli & mintak tolong emak aku masak kan ajos.. giler pemalas hihihi 
Bukan apa, takut banyak2 karang tak habis, memang dah tahu sangat kalau makan2 yang melibatkan Along, memang makanan penuh serumah punya. So jangan nak bazir sangat hehe

Malam tu lepas berbuka puasa, kami yang pompuan2 gi merayap ke Jalan TAR.
Hamboiiiii hamboiiii hamboiiii ramainya manusia malam tu. 
Lagi2 malam minggu kannn memang lah ramai orang. Sesak napas aku dok berhimpit2.. lemassssss. Kalau korang nak rasa pengalaman berhimpit2 macam nasi himpit kat sana, dipersilakan pergi.. hehe

Ok dah, ini dah lari tajuk.. meh aku cerita pasal semalam. 
Semalam gi berbuka di Aroma Ikan Bakar, Jeram kat Kuala Selangor sana. 
Kawan Nizam dah siap2 booking tempat.. nak belanja katanya.. 
bertuah badan rejeki dibulan ramadhan orang nak belanja berbuka puasa.. Alhamdulillah hehe
Pukul 6pm dah siap2 terpacak kat sana. Lepak tepi laut jap tengok sunset sebelum azan maghrib.


View petang semalam sebelum berbuka. 
Melayan perut yang dah memanggil2 tak sabar nak makan seafood hehe


Sunset.. tantikk angat..


Ok moh lah kita ke dalam standby dok kat meja.


Chopppp!!! korang mesti rasa aku akan buat tayangan gambar makanan apa yang kamiorang makan semalam kan?? hahahhahaa 

Mahap mahap. Aku tak mo buat tayangan disini harini.. lagi2 bulan puasa gini. 
Takut karang bukan korang yang terliyor, silap2 aku yang menjejeh-jejeh ayerliyor dibuatnya makruh plak puasa terus jadi batal hahaha. Korang gi lah tengok kat blog orang lain eh gambar2 makanan tu.. hehe 

klah itu je nak cerita. Bulan2 puasa ni family kami tak banyak outing macam selalu.. dok rumah je. Kalau hari2 biasa ada je tempat nak merayap.. hehe.. kbai =)
Read More

Thursday, July 18, 2013

Bantuan Untuk Pesakit Barah & Lukimia

Salam Ramadhan uolls.... puasa ke korang?? apa?? puasa?? Alhamdulillah.. hehe. Dah beberapa hari Kak Yah tak keudara kannnn.. Kini Kak Yah keudara lagi..*nyanyi lagu Francisca Peter sket* muahahhahaha 

Sejak bulan puasa ni aktiviti kamiorang agak terbatas.. tu yang tak ada cerita menarik nak di keudarakan.. Kalau keluar pun bukan boleh gi makan2. Nak shopping pun tidak, masa aku ke Bandung bulan April yang lepas aku & Nizam dah siap2 beli baju raya buat Khairine & Danish.. save disitu. Kalau ada pun tinggal sikit2 je lah persiapan yang perlu kami beli nanti. Time weekend je pun tak berjalan sangat. Kalau tidak selalunya on weekend je mesti ada outdoor aktiviti yang di plan oleh sang suami..

Cewahhhhh sana sini review dok cerita pasal menu bersahur & buka puasa tengokkkkkkkk *jenjeling mata* aku?? hurmmm macam korang jugak.. kadang2 masak, kadang2 beli.. menu pun lebih kurang korang juga sama. Kadang2 adalah aku cilok idea menu korang tu.. ngehngehngeh. 

So far kamiorang masih bertahan sahur & berbuka dirumah ajos.. Planning untuk berbuka diluar tu nanti aku kena tanya dengan Tuan Nizam dulu.. Kamiorang ni bukan bangsa pemakan punya orang begitu juga Khairine & Danish.. makan pun kadang2 tak habis.. nak pergi buffet pun kena pikir seratuslimaplohjutakali.. karang membazir dosa plak kennn.. 

Bila renung2, orang lain yang susah nak dapat makan tu sampai kebuluran dibuatnya. Kita ni yang mewah dengan makanan sampai membazir-bazir aku tengok. Tak payah fikir orang luar lah, korang tengok homeless yang kat tepi-tepi jalan tu pun korang mesti rasa insap diri. Begitu jugak aku.. rasa nak nangeh je bila tengok pembaziran berlaku. Kita nak mencari duit bukannya senang Senah oiii.. sekali dapat duit, ko membazir.. tak sayang ke?? =(

Mungkin itu lumrah kot.. dalam pada lumrah tu, sila lah beringat2, jangan membazir yer.. lagi2 dibulan Ramadhan yang Mulia gini.. lebih baik bersedekah dari membazior!! ada paham???!! hurmmm sekian sahaja Ceramah Semanis Tamar dari Ostajah Zaza hahahaha :D

OKlah nanti kalau ada cerita menarik disepanjang bulan ramadhan ni, aku buat review yer.. sekarang aku nak cerita pasal kemusyikilan email2 yang aku terima lately ni. So far dah tiga email yang aku terima dari orang yang aku tak kenal. 

Kalau korang ngeri tengok email tu panjang berjela & pemalas nak baca, korang baca Email 1 je pun dah cukup. Sebab cerita dari Email 2 & Email 3 tu lebih korang sama je Cik Senah!! usah lah ko runsing sangat.



Email 1 :
Tajuk email : Asssalamualaikum
Kepada yang dihormati,

Saya adalah seorang insan yang mulia yang tidak dikenali tetapi saya  
hendak mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk mengendalikan  
sebidang hartanah saya untuk didermakan kepada persatuan Barah Malaysia.

Saya baru diberitahu yang saya menghidap penyakit barah tahap terakhir  
yang tidak ada harapan untuk hidup di dunia ini.Saya menyesal kerana  
tidak membuat perubatan bila mula mengetahui tentang penyakit barah  
saya.Saya harap Allah akan memaafkan saya kerana tidak meminta  
pertolongan sebelum ini.

Saya tidak ada rezeki untuk menimang cahaya mata kerana saya terlalu  
menumpukan perhatian saya kepada kerjaya saya.Oleh itu,saya mempunyai  
sebidang hartanah yang saya hendak menderma kepada Persatuan Barah  
Malaysia untuk kebajikan dan menolong orang-orang yang menghidap  
penyakit seperti saya dan menguruskan program dan perubatan untuk  
pesakit barah.

Masa untuk saya hidup sangat singkat dan saya tidak mempunyai masa  
untuk mambuat kajian tentang penyakit saya dan saya memerlukan  
seseorng yang boleh menguruskan hasrat saya yang terakhir sebelum saya  
menghembuskan nafas yang terakhir.Saya meletakkan harapan dan  
kepercayaan kepada anda untuk menguruskan kewangan saya untuk  
didermakan kepada persatuan yang lain yang memerlukan bantuan juga.Ini  
juga adalah permintaan arwah suami saya sebelum dia meninggal dunia  
dan saya tidak ada hasrat untuk meninggalkan harta-harta saya kepada  
kerajaan kerana duit tersebut akan dipergunakan oleh orang orang  
politik dan ini tidak menghasilkan apa-apa kebaikan dan saya tidak  
diberikan pahala di dunia akhirat.

Saya sangat mengharapkan duit yang didermakan sebanyak Dua juta  
sterling pound digunakan dengan tujuan baik daripada saya.

Bila anda menerima email ini,sila hubungi dan memberi informasi anda  
kepada peguam saya untuk arahan selanjutnya.

Saya mengucapkan terima kasih terlebih dahulu kerana saya hanya  
mempunyai masa yang singkat dan tidak dapat mengenali anda terlebih  
dahulu.

Yang Benar

Pn. Nor Syahridah Binti Noh
bintinoh@hotmail.com
From: Malaysia


***************************************************************************************************************
Email 2 :
Tajuk email : Asssalamualaikum
Kepada yang dihormati,

Saya adalah seorang insan yang mulia yang tidak dikenali tetapi saya hendak mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk mengendalikan sebidang hartanah saya untuk didermakan kepada persatuan Barah Malaysia.

Saya baru diberitahu yang saya menghidap penyakit barah tahap terakhir yang tidak ada harapan untuk hidup di dunia ini.Saya menyesal kerana tidak membuat perubatan bila mula mengetahui tentang penyakit barah saya.Saya harap Allah akan memaafkan saya kerana tidak meminta pertolongan sebelum ini.

Saya tidak ada rezeki untuk menimang cahaya mata kerana saya terlalu menumpukan perhatian saya kepada kerjaya saya.Oleh itu,saya mempunyai sebidang hartanah yang saya hendak menderma kepada Persatuan Barah Malaysia untuk kebajikan dan menolong orang-orang yang menghidap penyakit seperti saya dan menguruskan program dan perubatan untuk pesakit barah.

Masa untuk saya hidup sangat singkat dan saya tidak mempunyai masa untuk mambuat kajian tentang penyakit saya dan saya memerlukan seseorng yang boleh menguruskan hasrat saya yang terakhir sebelum saya menghembuskan nafas yang terakhir.Saya meletakkan harapan dan kepercayaan kepada anda untuk menguruskan kewangan saya untuk didermakan kepada persatuan yang lain yang memerlukan bantuan juga.Ini juga adalah permintaan arwah suami saya sebelum dia meninggal dunia dan saya tidak ada hasrat untuk meninggalkan harta-harta saya kepada kerajaan kerana duit tersebut akan dipergunakan oleh orang orang politik dan ini tidak menghasilkan apa-apa kebaikan dan saya tidak diberikan pahala di dunia akhirat.

Saya sangat mengharapkan duit yang didermakan sebanyak Dua juta sterling pound digunakan dengan tujuan baik daripada saya.

Bila anda menerima email ini,sila hubungi dan memberi informasi anda kepada peguam saya untuk arahan selanjutnya.

Saya mengucapkan terima kasih terlebih dahulu kerana saya hanya mempunyai masa yang singkat dan tidak dapat mengenali anda terlebih dahulu.

Yang Benar

Pn. Norhazwani Aqilah Bt Zulkiflie
norhazwaniaqilah@hotmail.com
From: Malaysia


***************************************************************************************************************
Email 3 :
Tajuk email : Selamat Menyambut Ramadhan
Salam hormat.

Dengan izin dan limpah dan kurnia  Yang Maha Kuasa saya masih lagi berpeluang meneruskan hidup ini. Walau saya tahu entah esok atau luasa masa akan datang dan saya akan dipanggil untuk menemui yang Kuasa. Saya tahu hari demi hari kondisi tubuh saya semakin lemah dan penyakit lukimia yang saya tanggung semakin parah .Saya pasrah pada ajal dan maut tapi sebagai manusia ada hajat yang tidak kesampaian. Bagaikan tak terasa begitu cepat masa berlalu tannpa saya dapat mengejarnya Sebagai insan biasa di bumi ALLAH saya tahu saya tak dapat lari dari melakukan kesilapan .Hari demi hari berlalu dan saya tetap seperti dan doktor juga memberitahu yang saat itu semakin dekat.Seperti yang saya katakan saya reda Tiada apa yang tinggal hanya lah sedikit harta yang akan saya sumbangkan  untuk bantuan kemanusiaan kepada yang memerlukan dari saya dan juga allahyarham suami mandangkan kami tidak mempunyai pewaris.

Saya tidak mengharapkan apa-apa sebagai balasan cuma dengan izin ALLAH sedikit sumbangan yang akan saya salurkan ke jalan yang benar akan menjadi amal jariah untuk saya dan Almarhum suami insyallah. Dana simpanan kami sebanyak  £2,000,000.00 (Dua Juta Great Britain Pounds) telah saya berikan amanah dan kuasa kepada peguam saya untuk menguruskan hal selebihnya sehingga ianya dapat dipindahkan kepada pewaris saya yang amanah dan bertanggungjawab demi menunaikan niat saya dan arwah suami saya untuk membantu projek amal kepada yang memerlukan.Harapan saya ianya dapat dilakukan sebelum saya menutup mata.Semoga ALLAH  SWT  memberi petunjuk dan membantu kita bersama-sama melakukan amal jariah.Amin.
Sekian,

Puan Abida Binti Abdul Razak.
From: Malaysia.
Email: rabidabinti@yahoo.com
Read More

Wednesday, July 10, 2013

Cheezy Mania

Semalam saja je test market..
Aku nak tahu ada ke orang nak bertanya berapa harga sebalang Sweet & Crunchy Nutty yang aku up semalam tu hehehe
Gempak tak?? hah gempak lah sangat!!! phuii.. pangggg karang baru tahu.
Alahai gurau2 je Cik Piah... jangan lah amek ati sangat iyer.. hehe

Semalam lepas aku up entry tu, ada juga yang bertanya berapa harga sebalang SCN & kat mana boleh dapat... 
Ok disini akak saja nak try test market sekali lagi. 
Kalau nak try rasa & order SCN & Cheezy Mania, korang boleh whatsapp je kat nombor:

Shida : 012-644 8438
*Pick up area sekitar kawasan Ukay Perdana & Keramat sahaja*

Anne : 012-657 3861
*Pick up area Ampang sahaja*


Zaza : 012-244 6532
*Pick up area : Pandan, Cheras*
Untuk kawasan2 lain tu boleh dibawa berbincang lah nanti yer hehe =)
Kalau korang willing to come that area pun ok je. 

Kalau order seketui je tapi kena hantar sampai ke Sabak Bernam sana... memang tidak lah kannn. hehe 
Putrajaya kalu... ok, aku boleh consider. Tengok juga pada kuantiti.
Yang Shida & Anne memang fixed dah pickup area dorang. Sapa2 yang ada area Shida & Anne, boleh whatsapp dorang yer ;)

Order diambil sekitar Klang Valley ajos.
Memandangkan SCN & Cheezy Mania ni tak boleh di post sebab takut pecah atau rosak, so kita jangan nak rela hati sangat amek risiko itu..

Ohh ha ini lah Cheezy Mania..
Dok gebang2 cerita kat atas sana lupa plak nak tunjuk rupa paras si cantik manis Cheezy Mania ni hehehe 


Ini namanya Cheezy Mania.. 
Rasa dia?? sedap & tip top okeh!!.. 

100% cheese inside.. Ini kalau makan sekali rasa nak makan 200 kali.. 


**Cheesecake Mouth Watering Specialist.The best mini cheese cake in town... 
good taste with good price...100% guaranteed!!**

Kalau nak order boleh whatsapps ajo ;)
Read More

Tuesday, July 9, 2013

Sweet & Crunch Nutty

Kalau orang melayu dulu2 panggil makanan ni sebagai bepang kacang.
Tapi di zaman hitech ni makanan ni dah dikomersialkan yang diberi nama Sweet & Cruch Nutty..
Hah!!! omputeh sangat kann hehe

Kalau uolls pernah makan kuaci ni yang selalunya ada jual kat petronas. 
Rasa Sweet & Crunch Nutty ni sebijik sebijon sama macam kuaci Tong Garden.. 

Siyess cakap.. sedap, tak manis, tak keras macam kuih bepang zaman dulu2.. 
Crunchy & melting dalam mulut honey dia.. so bila dah melting dalam mulut tu, nutty yang ada tu ko bleh gigit2 segumpal dalam mulut.. dappp wa cakap luuuu =)

Lor tak tahu apa itu kuih bepang??? 
Millenium sungguh lah korang ni ;P

Ini lah rupa bentuknya bepang kacang.. 
Orang dulu2 suka makan ni sampai tercabut gigi.. kemain keras haha
*sumber gambar dari Pakcik Google*

Memperkenalkan Sweet & Crunchy Nutty.. 
Dok dalam balang gini.. ada 30++pcs

Full with nutty. 

Salutan madu yang membuatkan Sweet & Crunch Nutty ni menjadi Shine Bright Like a Diamond.. hehe

Nipis & crunchy.. 
Sekali rasa nak 100 kali.. =)
Read More

Resipi Puding Roti

Resipi ni pun aku google je.. so aku olah kan je dengan cara aku.
Dulu aku tak makan pun bread pudding ni sebab aku tengok makanan tu macam pelik & aneh sangat.. 
Kenapa lah aku boleh berpendapatan sampai macam tu sekali kannn..
Bak kata orang putih Don't Judge the Book by Its cover' gitewww!!! hahaha

Bila first time aku makan kat Gambang haritu.. baru lah ku tahu makanan tu sedap rupanya.. 
tu lah berlagak poyo lah lagi hehe *sambil tenyeh sireh*

Hari tu aku gigih try buat kononnya.. 
Caya??? tak caya?? hahahaha 
Aku sendiri pun macam tak caya, first attempt katanyer haruslah macam tak confident je kennn.. 

Nak share recipe pun takut kena kutuk je ni. hahahha 
Ok aku bagi je lah recipe ni eh, kalau rasa tak confident jangan tiru gaya aku yang tak bertauliah ni.. takut karang terbakor pulok oven korang hahahaha

Antara bahan2 yang diperlukan.. 
Kemain tersusun.. entah jadi entah tidak ler nanti. pffffffffttt 

Ok Ok anda jangan risau, jangan takut.. nampak huduh kan?? hahaha
Sebenarnya masa aku buat campuran gula, butter, tepung gandung & tepung jagung ke dalam adunan ni.. aku lupa nak snap gambar. 
Bila dah godak jadi rupa ini baru teringat nak amek gambar.. hahaha  Sowwiiiieee ;P

Punyalah malas nak godak pakai mixer, aku godak dengan garpu ajo Kiah!!
Dasar memang tak boleh jadi cikgu lah aku ni.. semua malas, semua tak tahu.. apa pun tabley

Alahai ini pun sebab nak makan sendiri je.. so aku buat cincai boncai pun tak ada sapa pun nak complain banyak.. kecuali Nizam & anak2 aku je.. hehe
Itu pun kalau tak sedap aku paksa dorang cakap SEDAPPPP ... titiba nak jadi kejam ;D


Ini lah rupanya bila semua bahan yang dah dicampur aduk kan dalam loyang pembakar.. ready nak bakor.. kita bakor dia hehe

Ini pulak topping puding roti ni.. susu cair campur dengan tepung custard yang di panaskan atas api yang perlahan sampai jadi pekat likat gini.. 

Tadaaaaaa dah siap dibakar..
Rupa paras memang lah tak seberapa & memang tak berapa nak helok. 
Rasa????? memang tak sedappppp hahahhahahaha

So eksperimen aku yang pertama ni GAGAL!! 
Resipi??? ko gi tanya kat Pakcik Google sana.. aku dah amek keputusan tak mahu share resipi ni dengan korang.. muahahahahahahhaha
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah