Friday, August 30, 2013

Kisah Duit Raya, Kpop & Buku

Balik dari beraya rumah June, lepas kekenyangan makan beriani kambing, kamiorang 'mengembek' pulak ke Wangsa Walk... hahaha. Planning asal nak ke Alamanda, tapi bila keluar je dari kawasan Ampang tengok MRR2 jammed nak mati!! ini tak boleh jadi.. to avoid jammed, kita ke Wangsa Walk ajos.. 


Tujuan utama nak ke sini pun sebab nak beli bag sekolah Danish.. tahun ni je bag sekolah dia dah empat ke lima kali bertukar.. hahaha ganas ko nak.. Khairine pun sama jugak. Bawak buku sekolah kemain berat.. rasanya dekat2 tujuh kilo kot. Aku kadang tolong bawakkan bag diorang ni pun terasa bebanan bag tu mana tak cepat koyak.. hurmmm


Danish : Mummy mummy, beli lah bean bag ni best lah.. besar pulak tu. Tak koser mummy nak beli Nish, harga kemain mahal.. lebih baik mummy buat sendiri lagi puas hati.. Mummy amek kain perca, mummy jahit lepas tu sumbat kekabu.. jadi beanbag.. lagi kerlasss hahahhaha.


Bermula lah kisah duit raya, Kpop & buku.. mari kita mulakan dengan kisah duit raya & Kpop dulu yer Bedah.. =)

Hari tu masing2 bawak duit raya masing2. Aku cakap kat KhaNish, Please bring your own duit raya to buy anything you want ok.. Maka Khairine bawak seratus hengget, Danish bawak limaploh hengget. At least diorang dapat juga merasa berbelanja dengan duit raya diorang kann.. so balance duit raya tu nanti boleh simpan dalam Amanah Saham Didik uolls. Tengok.. bijak tak mak ko mengatur perbelanjaan?? hahaha


Ini dekat kiosk yang jual barang2 Kpop. Kononnya Danish kan budak Kpop.. haha. Bila dia nampak je kiosk ni, terus ajak menyinggah.. kebetulan ada pulak jual bag sandang.. hah!!! apa lagi terus dia meluru ke kisok ni. 


Nampak????? Kpop tak anak jantan ai?? hahaha. Budak ni obses betui dengak Kpop, adoiihai umur baru 8 tahun nyah... Seluar biru, cap G Dragon, bag galas ni beli untuk pakai bawak sekolah ok!! G Dragon juga.. mak pun tak tahu G Dragon tu apo.. skali cina yg jual ni beriya2 explain kat aku apa itu G Dragon.. rupa2nya G Dragon tu ketua kumpulan Big Bang.. ok, Big Bang pun mak tak kenal yer.. Bean Bag mak tahu!! hahahaha

Cap tigaplohlima hengget, bag tu patploh hengget.. bawak duit limaploh hengget.. balance doploh hengget Babah dia tambahkan.. hahaha suka hati ko lah nak, janji belajar pandai2.. jangan belanja pandai2 sudehhh.. hehehe

Jom tengok Khairine pulak apa dia buat dengan duit seratus dia tu.. =)


Rambut kemain kembang macam sarang tebuan.. kisah rambut kejap lagi ada cerita tersendiri.. karang kat bawah aku cerita eh.. 


Kalau dah nama pun perempuan, mesti nak cari benda2 yang comel.. nasib baik budak ni tak terjebak dengan Big Bang macam adik dia hehe


Pilih punya pilih, Khairine kata dia tak cukup singgit.. Mummy, tolong tambah kan lagi seringgit boleh? Khairine bawak duit seratus sembilan ringgit lah.. Hahaha dasar kanak2.. dia kira duit ala2 macam tak cukup je.. apa lah salahnya guna duit seratus tu nak oiii.. tak apa, Mummy tambah lah yer lagi seringgit tu =)

Pesanan aku juga pada haritu, dengan duit raya yang diorang bawak, aku suruh diorang beli buku aktiviti & buku cerita. Lebih baik beli buku daripada beli benda2 yang tak berfaedah yer dak??!!


Dengan bekalan duit seratus Khairine, kamiorang masuk ke MPH. Aku suruh diorang pilih apa buku yang diorang nak. So beli buku aktiviti & buku cerita. Haritu Khairine belanja Danish beli buku. Sebab duit Danish dah habis beli cap & bag Big Bang.. hahaha cute je kannn =)

Buku Aktiviti Khairine & Danish

Buku2 cerita Khairine & Danish.. ;)

Settled beli buku, nak massage pulakkkkk.. Ok layankan je lah ;P

Nak tahu cerita pasal rambut kembang Khairine tadi?? Aku memang nak bawak Khairine ke saloon pun.. nak adjust sket rambut dia yang kembang tu.. ingat nak potong style bob tapi entah bila lah nak ke saloon nya.. Alang2 ada saloon kat Wangsa Walk, aku terus taler kan kepala Khairine kat sana.. potong terus rambut kau yang kembang tu.. tak tahan aku tengok rambut kembang Khairine berleluasa.. hahaha


Kasi potong rambut kembang Khairine ye.. hehe


Readyyyyy??? cuba cari dimanakah saya??!! hahaha phuiii


Hasilan cemerlang!!! selamat tinggal rambut kembang.. hahahaha


Thank you to Strawberry Hair Studio.. =)

So itu je lah kisah Duit Raya, Kpop & Buku.. Puas hati KhaNish dapat berbelanja dengan penuh hemah suku dari duit raya diorang.. hehe. Hope adik2 diluar sana pun menggunakan sebahagian duit raya adik dengan baik yer.. elakkan pembaziran & jangan lupa menabung okeh.. Khidmat nasihat cemerlang ini dibawakan khas dari Makcik Zaza.. Makcik????? muahahaha
Read More

Open House Sekitar Ampang

Tergendala cerita aku lepas aku dapat call dari emak.. Terkejut dengar berita emak kata ayah Bob meninggal.. Al-fatihah. Korang ingat lagi tak bff aku yang aku gi tengok teater Chow Kit Road kat Istana Budaya hari tu?? haaa ayah dia lah meninggal semalam. Terus aku EL half day. Mari lah sama2 kita sedekah Al-Fatihah buat arwah.. 

Alhamdulillah... segala upacara pengkebumian berjalan lancar.. Takziah buat Bob & family.

Ok jom aku sambung cerita aku Ahad haritu. Dua undangan open house yang aku terima.. kedua2nya area Ampang je.. dekat dan tak payah nak fikir pasal jammed sana sini. 


Rumah pertama open house kat rumah kawan Nizam... rumah dia dekat giler ngan Bukit Belacan.. hey hey hey.. bukan bukit tu ada belacan hokeyy.. nama je Bukit Belacan.. buruk benor nama bukit belacan kann??? tapi sekarang nama buruk tu dah bertukar ke Taman Rimba Ampang tau.. kan helok nama tu.. =)


Kawan opis Nizam, orang CIMB jugak tapi aku tak kenal lah kann.. sebagai isteri yang terhormat, aku pun ikut lah sekali ke open house kawan suami aku tu.. pergghh terhormat sangat ayat kau nih. hahaha

Ini bukanlah makanan pertama aku.. ini menu kedua aku makan haritu haha.. laksa singapore. Dah lah lapar, ini pulak rumah pertama aku pun bedal je lah apa yang aku nak makan. Laksa Singapore ni sedap weh.. betul ke laksa ni bogel macam ni je?? ke dia ada ramuan2 lain on top macam laksa penang??  Eh tak tahu lah aku, sebab Danish yang tolong ambil kan laksa ni untuk aku. hahaha sikap pemalas mak ko tak pernah berubah!! haktuihhh 

Sila lah makan memakan.. aku dah surrender. Sebab dah terbayang nasi beriani gam Ruz Aladdin lepas tu. ;)

Rumah kedua pulak kat Ampang Jaya. Rumah June.. June ni classmate aku masa aku form 3 kat sekolah Ampang Girl dulu.. since dari sekolah lagi lemah lembut orangnya si June ni.. geram rasa nak picit2 je dia haha.

Perjanjian dengan Anne, Shida, Ina & Kay pukul 3+ nak sampai.. helok je pukul 3 aku dah terpacak depan rumah June.. haha nampak tak kau sebenarnya tak sabar nak makan nasi beriani dia??!! sekali aku masuk je rumah June tengok.. ek eleh si Anne dah sampai rupanya.. waduh waduh.. awalnya minah ni sampai.. ke kau tak sabar juga nak makan nasi beriani mek?? hehe

Beriani Gam Johor yang mabelessszassss. Actually si June ni anak taukeh Restoren Ruz Aladdin.. so makanan2 ni semua dia order je dari kedai parents dia hahaha.. senang banyak kau kan June!! ;P

Dan pasangannya.. si kambing yang sodapppss

Ayam masak merah Ruz Aladdin

Jelatah

Teh tarik & apa ke nama air ni aku tak ingat kaler oren.. tapi bukan air oren.. pffftttt

Siapa peminat tegar original beriani gam johor,  boleh lah makan kat kedainya sendiri ye.. kat area Ampang Point je, berdekatan dengan Flamingo Hotel. lain2 info sila google ajos.. 

Gambar kitorang haruslah ada.. mana boleh tunjuk gambar makanan ajo kennn.. June yang tudung pink tu.. tudung biru Anne, tudung oren Shida

 Aku & mak buyung comel yang bernama Shida a.k.a Dot.. bulan depan ko dah nak meletop Dot aku plak yang nebes lebey.. hahaha

The Joyah Anne & Shida

Time ni Ina baru sampai, so aku tolong pegang Rania anak Ina yang comel giler.. aku rasa macam nak pinjam bawak balik rumah 3-4 hari lepas tu pulangkan semula kat makpak dia hahaha...  maklumlah ai kan tak ada anak kecik.. hehe. Yang si Kay pulak otw tak abes2.. akhirnya sampai sudah aku tak jumpa ko Kay sebab aku gerak awal.. sobss =(

Btw, thx June for the invitation. Actually ni open house kecil2an je among us yang ex schoolmate... tak payah panggil ramai2 sangat karang susah nak menjoyah.. next time kita gather lagi kat rumah ko yer June.. ;)
Read More

Wednesday, August 28, 2013

Jamuan Hari Raya Sekolah

Murid2... sila bawa makanan seorang satu jenis ye. Pihak sekolah akan mengada satu Majlis Sambutan Hari Raya pada hari Sabtu ini.. hehehehe ada gaya macam cikgu manja tak bagi arahan kat anak murid?? Itu kalau aku yang jadi cikgu lah. Aku akan berdiri depan kelas berhadapan dengan murid2 dalam kelas dan bercakap dengan suara lantang.. hahaha verangan sangat kau Jah.. phuihhh!!

Aku syak cikgu Khairine pun guna dialog yang sama macam dialog kat atas tu.. Suara nyaring cikgu tu pun mesti sama macam apa yang aku bayangkan. LoL

Majlis ni minggu lepas. Hari Sabtu ada sekolah ganti kat Sekolah Agama Khairine. Suppose Khairine kena pergi sekolah kebangsaan juga (sessi pagi)... tapi dia malas nak pegi.. pemalas betui budak tu!! so Danish sorang je lah yang ke sekolah ganti pagi tu. 

Majlis kat sekolah agama Khairine start pukul 2.30pm, pagi sebelum majlis start aku boleh relax kejap sebelum berperang kat dapur untuk sediakan foodies untuk Khairine bawa ke sekolah dia tengahari tu. Ok ngam!!

Nak tau ke apa yang ai perangkan kat dapur??? nak tau ke apa dish yang ai sediakan?? hahahahaha malu lah dengan uolls *tutup muka* ... haktuihhh!! apo yang kau nak berperang sangat kat dapur ni Jah oiii???!! hahahahaha

Tadaaaaa!!! "Epok-Epok Ayam".. special tau ni siap pusing bagai.. ko mampoo buat epok2  pusing??? Lagi special epok2 ni aku beli kat pasar tani sajokkk hahaha special lah kenn?? ;P

Nahh kasi zoom in sket lagi.. malas aku nak buat sendiri Bedah!! bukannya aku reti pun nak buat.. koser aku nak pusing2kan tangan aku nak buat karipap pusing nih.. beli yang frozen punya lepas tu goreng je kat rumah.. haha dasar pemalas punya emak ;P 

Nak tau apa lagi satu menu yang aku sediakan??

Tadaaaaa "Fried Pasta Black Paper Tomyam with Prawn".. giler panjang nama menu kau.. phuiii.. itu nama yang aku reka sendiri je sebenarnya.. menu pun aku cipta sendiri.. hebak tak Kak Ton???? muahahahaha. Jangan sampai terberry2 sudah lepas orang makan pasta aku ni..  :D

Resipi tak payah lah aku share kat sini ye. Korang tengok nama menu tu pn korang dah tau apa isi kandungan menu tu sebenarnya.. hahaha sila buat sendiri!!

Pukul 2pm aku pun hantar Khairine ke sekolah dengan bawa sekali makanan hebat dari emak dia ni.. hehe. Aku bagi permission kat Khairine suruh dia bawa kamera ke sekolah.. so kat sekolah dia boleh lah bergambar retis dengan kawan2 dia.. ada juga lah memori daun pisang dia nanti tat kala dia dah besar.. haha ayat kau tu yang tak menahan.. :p


Kannn??? kan aku dah kata.. bergambar retis dengan kawan2 dia kat sekolah... hahaha 

Ini kawan baik dia.. Damia.. Dulu masa sekolah kebangsaan diorang ni satu sekolah.. Mid year hari tu si Damia ni pindah ke sekolah lain tapi masih di sekolah agama yang sama dengan Khairine.. so tak terpisah selamanya lah minah dua orang ni.. =)

Classmate Khairine.. kemain bergaya lagi budak2 ni dengan baju raya masing2 =)
Kemain sentap Khairine bila aku tanya yang mana satu bf dia dalam gambar ni.. hahaha

Ini yang pompuan2 pulak... classmate Khairine.. ehh kenapa anak aku rendah je dari budak2 lain?? emmm keturunan kot.. sebab aku pun tak berapa nak tinggi jugak.. haha

Bila dah besar sok korang tengok gambar ni mesti korang akan cakap sesama sendiri & gelakkan diri sendiri tengok muka masing2.. hahaha

Korang ni pun sama.. mesti korang gelak guling2 tengok muka sendiri bila korang dah besar sok.. haha. Tak apa lah nak, makcik akan semadikan gambar korang ni dalam blog makcik ye.. *makcik???????????* hahaha

Balik tu aku tanya Khairine..  habis ke karipap & pasta?? ada tak orang cakap pasta Mummy tu sedap?? dengan slamber Khairine jawab karipap ada lagi 2-3 bj je tak habis, pasta dekat2 nak habis.. tapi tak ada pulak orang kata pasta mummy tu sedap.. hahahaha kecewa mak kau!! 
Read More

Tuesday, August 27, 2013

Khairine, Danish Terjumpa Shiro

Malam lepas celebrate birthday emak kat rumah, kamiorang ada jemputan kahwin di Taman Ibu Kota, Setapak. Yang kawin tu kawan Nizam, so Nizam angkut lah bini & anak beranak dia kemajlis kawin kawan dia malam tu. 

Lepas makan, Nizam pun jumpa pengantin kejap, salam2, tunjuk muka, say hai then terus bye2.. Yang wedding tu aku tak payah story panjang lah kat sini ye. Sebab bukan kawan aku pun yang kawin.. muahahaha.

Settled jemputan kawin tu, alang2 dah dekat dengan Uptown Danau Kota, saja lah meronda kat sana. Aku ni bangsa kalau pegi mana2 wedding, memang akan bawa baju spare.. senang lepas tu terus bertukar. Abes, kalau berbaju tradisional takkan ko nak round seluruh Uptown Danau Kota dengan berbaju tradisional jugak kann??? haha lu pikir lah sendiri Bedah.

Dalam kereta jugak aku slamber tukar baju.. nasib baik malam, kalau siang?? tak ke orang nampak ko separuh bogel dalam kereta?? apo dibuek?? hahahaha. Malas aku nak ke petrol pump tukar dalam toilet dia.. dah lah toilet kat petrol pump kotor nak mamposss,  silap2 haribulan package ko terpandang seketul taik atau taik cirit dalam toilet bowl.. yarrkkk!! geli okeh. Aku sanggup tukar baju dalam kereta ajoss.. bajet badan kecik sangat ar tu nak tukar baju dalam kereta orang tak nampak.. hahahaha burok sangat perangai kau ni hoiiiii. Arrgghhh ada akak kesah?? ;P

Jumpa kumpulan Shiro kat Uptown. Diorang ada buat show sementara tunggu tetamu VVIP datang kat sana. Amek je lah gambar. Hello!! bukan ai yang beriya2 sangat nak bergambar dengan artis okeh.. ai cuma temankan anak2 ai je, sebab KhaNish peminat kumpulan Shiro. Hahaha nampak tak kau nak menunding jari kearah anak kau??!! phuiii :D

Masa tengah berjalan2 kat Uptown, as usual memang ada orang berkarok kat stage kecik sebelah shell tu. Tak bajet lah malam tu ada stage besau yang disediakan. Risik punya risik, rupanya malam tu ada tetamu VVIP yang akan datang. Siapakah?? Rupanya Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek yang nak datang. Diorang nak lancarkan kempen Kebarkan Jalur Gemilang. 

Suami ai?? ohh dia mungkin peminat Shiro jugak hahahaha..

Gambar tak berapa clear sebab snap pun dalam keadaan menggelabah sebab ramai yang menunggu turn nak bergambar ngan artis Maharaja Lawak Mega ni. 


Dengan si Shahrul ni kelakar sikit berbanding dengan si Ajak. Dia agak ramas mesra dari pasangan dia. Ini semua pengaruh dari cerita Raya Rabak kat Astro Warna haritu. Dalam Maharaja Lawak Mega memang dah kelakor, dalam cerita Raya Rabak pun memang kelakor-lakor sangat hahaha.. 

Khairine tak habis2 cakap dekat si Shahrul CHOYYYYY.. 1, 2, 3 CHOYYYY hehe.. itu je yang dia ulang ikut skrip dalam cerita Raya Rabak. Sebab Shahrul pegang watak lelaki lembut dalam cerita tu. Sapa2 yang tak tengok cerita tu, nanti kalau ada ulangan lagi kat Astro korang tengok lah ye ;)

Psstt nak tau tak??.. teringat zaman2 aku sekolah menengah dulu.. zaman tu aku & kawan2 aku fanatik dengan kumpulan KRU, Feminin.. maklumlah sakai artis katanyer.. hahaha

Balik sekolah je, naik bas mesti terus pergi ke Taman Melawati lepak kat studio KRU.. (lepak kat tangga je pun) dengan harapan nanti Norman, Edry, Yusry akan keluar dari pintu studio diorang, hampir setiap hari okeh bertandang kat sana.. hahaha. Satu sikap yang paling bodoh!!

Time tu office KRU kat Taman Melawati, dekat2 dengan Giant lama.. Padahal sekolah kat Jalan Ampang atau dikenali sebagai 'Ampang Road Girl School' atau lebih glamour lagi 'Ampang Girl'.. sanggup dari Jalan Ampang ke Taman Melawati.. dasar sakai artis betui!!

Yang kumpulan Feminin pulak, asal ada buat show kat mana2, mesti aku & kawan2 pergi.. hahaha. Ingat lagi kumpulan Feminin pernah buat show kat Ampang Park, aku dengan kawan aku sanggup naik bas mini pergi ampang park semata2 nak tengok kumpulan Feminin.. wakakakkakaka sakainessdotkom!!!!

Bila ingat2 balik time tu, rasa nak gelak guling2 sampai bawah meja okeh.. hahaha
Fanatic sangat dengan KRU & Feminin.. aku siap potong rambut ala2 Feminin weh.. siap ada nama gelaran lagi.. ko hado??? muahahaha ;D
Read More

Monday, August 26, 2013

Happy Birthday Emak

Bukan maknenek yer Bedah.. tapi Emak/ Nenek =)
HAPPY BIRTHDAY EMAK.. semoga panjang umur, murah rejeki & diberi kesihatan yang baik. Harap berbahagia bersama anak2, menantu & cucucs emak. Especially anak mak yang bongsu lagi comel ni.. haha *tercekik batang jagung lah orang yang baca statement ko ni Jah!!*

Actually Jumaat lepas birthday emak aku, 23 August 19xx.. cehhh nak berahsia pulekkkk.. macam lah emak ko tu artis namplohan!! hahaha. Tak ada maknanya rahsia, emak aku lahir pada tahun 1948. So umur emak aku dah 65 tahun untuk tahun ni. 


Sebelum aku merapu lebih jauh lagi, meh aku story sikit pasal emak aku..  Emak aku ni seorang yang garang berbanding dengan arwah ayah. Arwah ayah memang seorang yang baik hati. Kalau emak marah anak2, ayah mesti menjadi back up besar pada anak2 dia.. Haruslah kan, siapa lagi nak back up anak kalau tak parent sendiri. Setengah orang tu, kalau isteri tegas dengan anak2, suami pulak sebaliknya. Kalau suami tegas dengan anak2, isteri pulak sebaliknya. Itu zaman dulu2 lah, masa aku kecik2.

Kalau aku nak cerita pengalaman hidup aku dari zaman aku lahir sampai sekarang ni memang tidok ler Bedah!! aku start cerita ni dari tahun 2004 ye... kalau rasa nak tahu, baca lah. Kalau rasa meluat tak payah lah yer.

Pada tahun 2004, emak disahkan menghidap barah payudara (breast cancer). Aku ingat lagi time tu bulan puasa. Lepas je emak tahu dia ada breast cancer, dia menghadapi dugaan yang besar dari Maha Esa dengan penuh tabah, terpancar dimuka emak bahawa dugaan itu ada lah bahagian buat dia. Aku respect sangat. Kamiorang adik beradik bagi macam2 semangat & meyakinkan emak supaya dia tak susah hati, tak memikirkan dugaan Allah yang besar buat dia pada masa tu.

Hospital Pantai Ampang (formally known as Hospital Pantai Indahmenjadi saksi segala ujian yang emak hadapi masa tu. Jumpa doktor, x-ray, buat ujian, check tissue2 dari payudara emak, doktor mengesahkan breast cancer emak dah di tahap empat.. Ya Allah, apa yang kau rasa sebagai seorang perempuan?? Aku pun terus jadi takut, sedih, hiba & macam2 perasaan lagi timbul dalam diri ni.. apatah lagi perasaan emak aku yang menghadapi ujian hebat dari Allah pada ketika tu.. =(

Doktor suggest operation kena buat immediately. NO after raya, NO next month, NO NO NO!! Tak sampai seminggu lepas buat ujian tu, emak kena buat operation juga. Doktor kata sebelah dari payudara emak diharuskan buang.. sobsobsob..

Selesai je operation, aku tengok muka emak penuh tenang dalam menahan kesakitan selepas operation. Seminggu lebih juga kami sekeluarga berkampung di Hospital Pantai Ampang. Especially Arwah Ayah. 

Doktor jugak mengesahkan chances untuk emak hidup hanya 5 tahun selepas operation. Apa2 pun jodoh, ajal, maut Allah yang tentukan. Bukan dari Doktor/ manusia.


Alhamdulillah. Sampai harini Allah masih lagi memberi emak peluang untuk hidup selepas 9 tahun menghadapi Ujian&Dugaan dariNya & masih sempat menyambut harijadinya yang ke 65 tahun... thank you Allah =)


Sebelum potong cake, Khairine volunteer nak baca doa selamat. Alhamdulillah, gud girl =)
Nenek, Babah, Mummy, Danish tadah tangan mengAmin kan doa yang Khairine baca.


Sorry ye mak, adik cuma belikan emak cake dari bakers cottage je. 
Mak jangan lah amek hati ye kalau mak tengok anak menantu & cucus emak celebrate birthday kat tempat2 yang elok.. hehe. Aku ada juga beli KFC haritu, so simple celebration untuk emak kat rumah lah gamaknya.. 

Eh fyi, emak aku ni sebenarnya tak suka pegi makan kat tempat2 bagi dia mahal. Dia tak pernah request apa2 atau mana2 tempat makan yang mahal. Dia lebih rela makan kat kedai2 tomyam biasa je, itu pun dia memilih juga lah kedai2 tomyam yang dia rasa dia yakin & boleh diterima tekak. haha dasar tekak orang lama memang begitu ;P

Tapi aku dengan Nizam pedulik haperrrrr.. kamiorang hangkut je hahaha
Last year kan, masa celebrate birthday Nizam.. dia terkejut sebab kamiorang bawak dia makan kat Hard Rock.. hahaha tapi itu mula2 je.. lepas dah lepak dalam tu order makan bagai...


terus dapat kawan.. hahahaha.. Elok je akak waitress ni berborak santai dengan mak aku time tu, mak aku ni pulak bangsa memang suka berborak. Tak kira kat celah mana, dengan siapa pun dia boleh bantai borak.. Ok gud mak, teladan tu sekarang anak bongsu mu ini mewarisinya hehe.

Ok lah, itu je serba sikit kisah emak aku.. lagi sekali HAPPY BIRTHDAY EMAK NENEK!!!! xoxoxo ;D
Read More

Wednesday, August 21, 2013

KhaNish & Bowling

Weekend lepas attend cousin aku bertunang + open house kat Seri Serdang & beraya kat rumah abang Nizam. Selesai attend kedua2 majlis, Khairine & Danish ajak main bowling.

Alo!!! boring okeh bowling.. ajak lah mak ko ni berkaraoke ke, baru lah syiokkkk..
Masalahnya sedap sangat ke suara mak ko tu nak berkarok?? buelkkkkkkkk..

Gambar2 masa cousin aku bertunang & open house kat rumah Abang Nizam aku tak snap.
Kemalasan tahap pemalas tegar aku nak bergambar sebab kepenatan, kemengantukan.
Berjalan raya dari siang sampai malam. 

Ini cerita pasal bowling je pon. So gambar2 tu tak payah lah aku gambarkan disini ye Senah!! =)


Eh mak kau tu dah kenapa begitu?? hahaha

kejadian ni sebaik sahaja balik dari rumah Abang Nizam.. dah kekenyangan melantak kat sana haritu. Lepas tu baru lah ke Ampang Point main bowling.

Sampai Ampang Point pun dah pukul 10pm. Aku saja tipu KhaNish...
Aku kata bowling dah tutup dah pukul 10pm.. esok je lah kita pegi main bowling
Ek eleh sekali dorang tak percaya okehhhh!!

Dipaksanya Babah diorang pergi ke Ampang Point malam tu, nak tengok betul ke dah tutup.
Sekali tengok elok je bukak lagi hahahha. 

Ini budak kpop.. Seluar biru menjadi pojaan hati dia.
Ingat tak aku cerita pasal seluar kpop yang dia nak haritu kat OU?? 
Seluar rupa ini lah yang dia mahu.. hamboiiiii sangat. 

Nahhh main lah nak.. jangan sampai ko kencing malam sudehh... muahaha
Minah ni dah siap2 tukar baju.. elok2 dah pakai baju gaun tantik2 pegi tukar plak dia.. 
hurmmm rimas katanya. Yerlah tak kan main bowling nak pakai baju gaun pulakkkk!! haha


Gaya memang tak ada, apatah lagi menghayun bola tu..
sekali dia hayun.. pangggggggggggg!!! kuat giler okeh.. hahaha
macam nak roboh floor tu dibuatnya.. hahahahahaha malu mak ko diketika itu.

Perasan tak kat tepi lane tu ada macam pagar??
memang saja mintak yang ada pagar tu, sebab budak2 ni bukan reti main pun.
Hayun bola kemain kuat, perginya asek lah ke longkang. hahaha
Better request yang ada pagar ditepi =)


Danish ok lah.. dia tak ganas bila membaling bola macam Khairine.. 
Point pun lagi tinggi dari Khairine.

Eh lupa nak cerita, selain dari kpop style yang dia minat sangat tu, rambut pun bila potong suruh buat V shape style okeh.. ayoyoyo mak ko pun tak tahu menahu pasal rambut style V shape tu. Kemain pandai sangat nih!!

Time ni aku tengah membelek hp.
Tengah fening ada lagi masalah yang tak sudah2.

Masalah aku tak boleh nak upload instavideo pulek.. phuiii
Lepas aku dah ambik video, masalah problem aku selalu tak boleh nak upload.

Asal dah sampai hujung nak habis upload, mesti dia patah balik.. padiapa deyyyy!! yinna?? Ggrrr
apa masalah kau ni Bedah?? letih aku.. aku cuba gak uninstall Instagram, lepas tu install balik, pun sama jugakkkk... bencikkkkkkkkkk =(
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah