Monday, September 30, 2013

Cerita Haritu

Bila cerita dah lama mulalah ingatan aku ni terus hilang... dah macam nenek-nenek umur 90 tahun pulak tahap ingatan aku ni.. hurmmmm.. Ok aku cuba lah ingatkan sikit2 ye. Tak silap aku ni hari Sabtu malam minggu.. minggu lepas2. Lepas balik dari makan, saja bawak KhaNish jalan2 Kolumpor.. nak tengok lampu lip lap katanyer hehe.. dah macam orang village turun bandor pulek.. LoL!!

Tak plan pun nak singgah Dataran Merdeka, tau je lah malam minggu kan jalan depan Dataran ditutup. Bila dah sampai Dataran, Nizam ajak lepak kat Dataran.. rasa macam zaman dulu2 pulak stok malam minggu lepak Dataran.. hahahaha. Yelah jom lah lepak Dataran. Nasib baik KhaNish ada sekali.. kalau datang berdua-duan lepak Dataran harus feeling ala2 zaman remaja pulak kennn.. hehehe

Cari parking kemain berjam2.. end up parking tepi jalan sajo janji boleh selit.

Dataran Merdeka ada lah tigapat kali pergi.. tapi first time jejak kaki kat sini.. apa ke nama tempat ni yang sebelum dataran tu.. kat depan traffic light tu yang ada replika monkey cup kat situ.

membuatkan dua budak ni teruja lebih.. hehe

Rupa-rupanya ada Hari ATM ke 80 haritu.. marilah kita mulakan sessi belajar sambil bergambar hehe.. first time KhaNish tengok dari dekat kereta kebal & kereta2 yang sewaktu dengannya.

Aku tak tau nak tulis apa dekat gambar2 ni.. korang tengok je lah ye. hehe









 Tiba2 anak aku jadi lima orang.. hehehe 

 Ini lawak.. bagi aku gelak dulu sebelum aku cerita.. muahahahahahhahahahahah
Lepas dah ambik gambar dengan kereta2 kebal tu, aku suruh KhaNish ambil gambar dengan abang askar ni.. lepas dah bergambar, tanpa segan silu Danish pegi tanya kat abang tu..

Danish : bang, ni senapang betul2 ke? *sambil pegang2 senapang*
Abang askar : yer ni betul2 ni
Danish : Cuba try tembak sekali
Abang askar : !&#6@$^$)@(&$_^%*#

hahahahahaha aku dengan Nizam kat tepi tu dah pecah perut tergelak..


 Masa berdiri atas ni ngam2 jam tu berbunyi.. tepat pukul 12 tengah malam.

 Selamat Hari ATM ke 80

Macam biasa, kalau dah lepak kat Dataran, mesti kena keluar duit jugak.. kat situ kan ada jual mainan lampu2 yang terbang tu.. tahu??? kalau tak tahu sila ke dataran merdeka yer Bedah hehe. Dah tu je cerita haritu.. cerita dah kepam ;D
Read More

Friday, September 27, 2013

Sports Day & Hari Usahawan

Untuk tak keliru, biar aku bagitahu awal2. Sebenarnya Khairine & Danish masing2 disekolah yang berlainan yer.. tak jauh pun jarak sekolah diorang ni. Kenapa sekolah asing2?? bukan sebab diorang ni orang asing yer Bedah.. ko jangan nak memandai2 kata anak2 aku orang asing plak eh.. haha.. adalah cerita disebalik sekolah asing2 ni.. itu nanti aku ceritakan kemudian.. kalau tak cerita pun korang tak kisah kennn???? sebab tahun depan aku dah nak sumbatkan diorang berdua disekolah yang sama.. so tak payah susah payah nak berasing lagi. Kdah.. meh sambung cerita pulak..

Minggu lepas, sikittttttttttttttttttttttttt je lagi aku nak jadi supermak tahu tak.. dalam satu hari ada tiga benda yang aku kena hadap.. so aku tak boleh nak rushing sangat, tak boleh nak berlengah sangat.. kena bertabah je.

Pagi2 aku kena pergi ke sekolah Khairine dulu. Dia ada hari sukan sekolah. Aku pergi bawa Khairine & Danish je. Nizam tak ikut sebab CIMB ada buat tournament volleyball kat Bangi.. itu dia pergi sendiri lah.. takkan aku jugak yang kena hantar.. lebih ar tu.. hehe

Sukan sekolah biasa lah start pagi. Sampai sekolah pukul 8am. Khairine dah ambil tempat duduk kat barisan rumah sukan dia, aku dengan Danish cangok lepak tepi sambil peratikan acara pembukaan.

Khairine masuk acara 8 x 50m untuk tahun tiga. Hebak anak mak masuk lari2.. mak dulu tak masuk acara lari2 sebab takut terjejas kecomelan bila mak berlari.. haha poyo! 

Yeaahhh Danish bagi semangat kat kakak sebelum lari.. ehhh korang nak tahu tak, aku ni dah naik berbuih menjawab soklan dari orang ramai (bajet artis nih) orang banyak kata Danish tu abang Khairine tu adik. Sebab tahap ketinggian kakak lagi rendah dari adik.. Ok fine! aku akan bagi jawapan common je.. 'Tu kakak yang tu adik'.. so orang tahu yang lelaki tu adik yang perempuan tu kakak.. matikan ayat terus..

 Nahhhh lambak kan sikit gambar kejayaan budak ni.. 
 Dapat seketul medal.. Maintain je aku tengok muka Khairine.. Kalau aku yang berlari agaknya mau berlengas-lengas terus fitam disitu.. haha

Ini je gambar yang ada dalam hp aku. Gambar2 lain ada dalam camera. Dari hari ke sehari nak transfer, tak transfer2 jugak.. ini je lah yang aku dapek masukkan dalam entry ni. terima je lah seadanya.

Kemain laju sebenarnya dia lari.. tanjat aku. Tak pernah tengok dia lari laju selama ni. Semangat!!!!

Tu lah aku cakap kita ni sebagai parents kena rajin ambil tahu perkembangan anak2 samada disekolah atau pun diluar sekolah.. kena ada rasa sifat tanggungjawab tu melebihi aspek.. barulah anak2 tak rasa takut atau awkward dengan ibubapa sendiri.. tak begitu Bedah?? hehe pepandai je aku ni.. LOL!! apa2 pun aku bangga jadi seorang Emak =)

Boleh pulak aku terlepas nak record masa Khairine tengah lari!! adoiiihaiii terlepas moment dia sobs. tapi tak apa janji dia menang dapat nombor 1.. Johan acara pass baton kategori perempuan 8 x 50 meter tahun 3.. gud girl..

Gambar atas ni dari instagram dia. Gembira sangat dapat medhal ni hahaha.. 'medhal pun medhal lah nak.. (medal instead of medhal) hehe.

Lepas je habis sukan haritu hari2 dok cakap kat aku.. Mummy laju kan Khairine lari.. derrrr menanah telinga mak kau hari2 dia dok cakap benda yang sama.. hahahahaha. Yer lah Nak, mak tahu kau lari memang laju.. 

Penyampaian hadiah ni Khairine yang kedua dari rumah biru.. sorry bad kualiti sikit video ni.. arrgghh janji ado.

Lebih kurang pukul 12pm, jom lah kita beransur ke sekolah Danish pulak. Ada Hari Usahawan kat sekolah dia. Nampak??? dalam satu hari aku kena ke dua sekolah.. dah macam cikgu pulek.. hehe.

Sampai je sekolah Danish tengok ada sampan.. kagum aku..dulu sekolah aku tak ada mainan macam ni punya rupa..hehe

Ada belon2 mainan ni.. macam kat Tesco Ampang jew..hehehe

Sampai2 je terus nak naik flying fox. Ok jom mummy teman. Setiap mainan kena ada kupon rupanya.. ini ala2 macam hari kantin sekolah lah masa zaman2 kita dulu kot.. sekarang punya time dah upgrade.. macam2 mainan ada kat sekolah.

View dari atas

Pakai chawat keselamatan dulu ;P

Dah siap

ready to flyyyyyyy.. berani sangat anak mak ni.. kagum!!

Lepas tu Khairine pun nak jugakkkkkk.. Ok Mummy tunggu dari bawah pulak.

Turun pun tak laju.. aku syak tali tu susah nak gerak sebab Khairine ringan sangat.. hahaha

Dah melayan KhaNish kat situ, lebih kurang pukul 2pm ingat nak gerak ke Bangi.. nak tengok pulak sukan bapaknya kat sana. Sekali Nizam call kata tak payah datang sebab dia tak dapat masuk final.. Alhamdulillahhhhh  bersyukur sangat aku dia tak dapat masuk final.. hahaha. 

Tau kenapa? Sebab kalau dia dapat masuk final & kalau team dia menang, diorang dapat ticket flight samada pergi Australia atau satu lagi negara aku tah aku tak ingat haritu dia cakap. Me is jealous nanti kena tinggal. haha. Last two years dia champion lari tak silap aku.. dapat pergi Bali.. nyampah aku!! last year dia tak join apa2 tournament so memang tak dapat ticket lah. This year aku bersyukur sebab dia tak menang.. hahaha

Team Volleyball CIMB

Tahun ni dia cuma bawa balik ini je sebagai kenangan..hahaha no champion trip this year. kehkehkeh ;P 

Dah tu je cerita Sabtu lepas. Fenat aku haritu.. dari pagi sampai nak ke petang aktiviti melayan kerenah kekeluargaan. Aku je yang tak ada apa2 aktiviti sukan.. tu pasal badan aku sekarang makin membuak-buak gemoks.. tak ada aktiviti sukan. 

Ada lah weh.. tapi itu dulu kaler hehe.. dulu aku aktif sukan jugak.. salah satunya volleyball. Itu nanti senang2 aku up entry lain eh.. see you =)
Read More

Catwalk Macam Kayu Katanyer

Hahahahahhahaha memang kayu.. kalau dah bukan datang dari keturunan super model, ajar lah macam mana pun memang dah macam sebatang kayu berjalan diatas pentas... miahahaha. Hari tu Khairine ada bagitahu aku yang dia dapat masuk pertandingan pakaian beragam kat sekolah dia. Monday next week competition tu.

Tadi received whatsapp dari Cikgu Lela, Cikgu Lela send gambar sekali kau!!

hahaha gittew.. dia tengah rehearsal time ni kat sekolah.

Masa bersiap2 nak pergi sekolah pagi tadi dia dah pesan kat aku awal2, Mummy nanti Monday Mummy tolong make-up kan Khairine tau.. hamboiiii over sangat nih.. hahaha. Ada hari tu, siap suruh aku belikan earring.. nak pakai masa hari pakaian beragam katanyer.. haha kemain lagi tak nak mengalah. 

Ok, itu cerita pasal competition baju beragam. Sebelum ni aku dah tak ingat bila, dia masuk menari.. halamakkk kalau dah catwalk pun macam kayu apatah lagi menari.. hihihi. Tapi tak apa lah, dah itu yang dia nak, biar lah dia aktif kat sekolah.. tak salah pun.. kennnn.

Gambar2 ni pun dari Cikgu Lela jugak yang whatsapp aku.. Thank you Kak Lela.. ai tau you selalu baca blog ai kannn.. silent reader ai kann.. hehehehe

 Baju gaun dari koleksi peribadi.. hahaha ayat artis sangat kau Jah ;P Ini masa Majlis Perpisahan salah seorang cikgu dari sekolah SKTHO. Diorang ada lah buat persembahan sikit untuk Cikgu yang nak bersara tu.

 Sempat lagi peace dekat Cikgu Lela :) tiga orang anak dara ni kawan baik Khairine.. Aida & Myra.. ada sorang lagi kawan baik dia.. Julia. Cikgu Lela pernah complain kat aku masa aku pergi ambil report card haritu, Khairine & Myra ni kuat bercakap macam Joyah.. Ayoyoyoyo kan dah tumpahnya kuah ke nasi.. hahaha

Sampai terbang2 rambut.. asyik sangat kot ;D

Hari2 Khairine memang akan update aku apa aktiviti dia kat sekolah.. so apa yang dia buat kat sekolah aku mesti tahu, tak kira lah apa2 cerita pun.. aku suka berborak dengan dia pasal aktiviti dia kat sekolah. Apa dia makan waktu rehat pun aku suka bertanya. Lepas tu aku dapatlah imagine yang sebenarnya anak aku ni dah besar rupanya.. dah pandai berbelanja.. wpun kat kantin sekolah hehehe.. Mak bangga dengan kamu Nak!!!! *jeritkuatkuat* hahaha saiko punya emak.

Lagi2 dia kan perempuan, so dia mesti nak ada tempat untuk dia berborak & bercerita. Kena pulak aku memang suka melayan dengan kerenah dia.. bila bercakap sampai terjongket-jongket bibir dia.. rasa macam nak lempang je.. hahahaha. Danish more tu Babah dia kalau berborak.. sebab jiwa diorang sama.. sama2 suka bola, sama2 suka main game.. orang lelaki lah katakann... ehhhh sesekali joyah jugak mamat tu *matakeratas* suka nau bizibodi.. hahaha.

Elok jugak macam tu supaya nanti bila diorang dah besar at least diorang tak malu nak bercerita tentang hal2 sulit.. sok2 mana lah tau bila dah akil baligh tidok ler diorang malu nak bercerita dengan makpak diorang.. kennnnn.. ini siyess yer Bedah, lebih baik diorang tak malu bercerita dengan parents, daripada tak malu bercerita dengan kawan2 diorang.. betul tak??? 

Danish juga aku peratikan dia kureng sikit dengan aktiviti kat sekolah. Mungkin dia darjah dua kot.. so aktiviti yang melibatkan murid2 darjah dua terhad. Tunggu lah tahun depan.. sebab tahun depan dah start aktiviti koko, so dia akan jadi busy sikit macam Khairine tahun ni.

Aku selalu pesan dekat KhaNish, kalau ada apa2 aktiviti kat sekolah samada rasmi ke tak rasmi korang masuk je.. jangan malu2 jangan takut2.. sebab aktiviti2 kat sekolah tu lah kenangan yang korang akan bawa bila dah besar nanti. Tidok lah jadi murid yang tak aktif & anti social macam emak ko zaman sekolah dulu.. muahahaha. 

Later aku cerita pasal sukan sekolah & hari usahawan sekolah KhaNish ek.. kdaaaaaaaaa
Read More

Wednesday, September 25, 2013

Wednesday

Floating Car
Read More

Tuesday, September 24, 2013

KARMA

KARMA ada dua tanggapan.. first yang aku google boleh baca sini & satu lagi yang aku baca kat sini. Harini ni aku tak nak cerita pasal MAKSUD PERKATAAN KARMA, tapi hari ni aku nak cerita pasal APA ITU KARMA. 

Karma dalam pemanduan.. iaitu tindakan seseorang yang mempengaruhi penjelmaan semula. Ok jom kita mulakan cerita pasal karma.. aku percaya orang sekarang ni tak kira lelaki atau perempuan memang handal bawa kereta, malah lagi hebat dari pemandu F1.. kalau pandai bawa kereta tu mestilah korang ada driving license kan??? ehemmm lesen aku dah lebih seplohtahun yer Bedah.. hehe. Pada yang tak ada & tak pandai memandu tu korang imagine je lah ye cerita aku ni.. atau buat2 tahu je lah ye.

Benda ni selalu akan terjadi pada waktu2 tertentu. terutama sekali peak hour, jammed disesetengah tempat, kadang2 kalau tak jammed pun boleh jadi juga.. tak kira pagi, petang, siang atau malam. Aku selalu peratikan dalam pemanduan kita selalunya tak suka bertolak ansur dengan pemandu lain.. terutama sekali pemandu lelaki.. korang ni 'besar kepala' bila tengok pemandu2 perempuan kat jalan raya kann??? 

Apa yang aku practice kan selalu kena beri peluang selebar-lebarnya kepada pemandu lelaki. Sebab pemandu lelaki ni ada yang gelojoh, ada yang poyo, ada yang nak tunjuk bagus.. lagi2 kalau lelaki2 yang bawak kereta ala2 bunyi ekzos tu dah macam pakai ekjos buloh.. tahap kepoyoaan dia bikin aku menyampah bila tengok muka diorang yang macam gud2 tu.. bencik!!!

Perasan tak selalunya kalau nak keluar/ masuk simpang, kita yang perempuan2 ni ala2 macam dipandang hina je.. kongajor betul!! kadang2 aku terkena juga penghinaan tu.. sesekali aku teringin jugak nak mengganas.. mana bleh tahan asek nak kasi chance je kenn??? 

KARMA yang terjadi bila kita selalu kasi chance kat pemandu lain, maksud aku.. kita boleh tolerate each other lah.. kita buat baik dengan orang, dengan automatiknya orang akan buat baik dengan kita. Benda ni happened bila ko sendiri akan kata eh tadi aku kasi chance kereta tu jalan dulu, sekarang orang lain pulak kasi aku chance jalan dulu pulak.. nampak tak KARMA disitu??? kau tak sakit hati, dia pun tak sakit hati.. itu lah yang aku nak tekan kan dalam cerita ni. 

Benda ni  boleh terjadi juga kalau kita tak suka nak tolerate dengan orang lain.. contohnya kita dah nampak ada kereta nak keluar simpang, dengan angkuhnya seboleh2 kita  nak block orang tu supaya dia tak dapat nak caras depan kita.. 

Kejadian macam ni lah yang selalu buat aku tekanan.. langsung tak nak ada nak give & take.. lepas tu kau tunggu pulak nasib kau didepan sana.. tadi kau buat orang, lepas tu berkemungkinan besar jugak nasib kau sama macam apa yang kau dah buat kat orang.. kadang tu siap berdoa orang tu terkena balik haha.. bila aku nampak benda macam tu terkena balik kat dia, aku akan gelak... rasa puas hati bila dia terkena balik walaupun bukan dengan aku.. miahahahaha tadi kau berlagak sangat dengan aku, sekarang kau rasakan padahnya.. buelkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

Kalau ikutkan hati aku yang tak sabar ni.. memang ringan je mulut ni nak maki hamun orang poyo macam tu.. tapi sabar yer Bedah.. nanti mendatangkan dosa pulek, banyak buruknya dari kebaikan nanti.. so kita berdoalah supaya orang macam tu insap diri.. paling tidak pun, bila  dia terkena dengan orang lain, baru dia berakai.. 

Kadang2 tu terlepas jugak makian, cacian carutan aku kat diorang hahaha.. cuma setakat dalam kereta je lah.. bukan diorang dengar pun.. janji aku puas hati dapat carotkan orang macam tu.. LoL!!

Sama juga dengan pemandu perempuan.. kadang yang membuatkan aku tekanan sebab diorang ni ada yang takut2 naw nak keluar/ masuk simpang. Bila dah kasi chance ko masuk/ keluar simpang, dia buat perangai terhegeh2 bajet cute sangat kat kepala simpang tu.. hadoiiiii nak aku jelingkan, dia tak nampak.. nak tunjuk penumbok karang berdosa.. lama2 lantok kau lah Joyah!!! duduk lah kau kat kepala simpang tu doplohpatjam.. hahahaha

Lagi best kat simpang tu kita dok kat belakang dia.. hoiiii kau nak tunggu jalan raya clear macamana lagi baru boleh kau nak keluar simpang???? ke kau tak reti nak bajet berapa meter jarak baru boleh keluar???!! kereta belakang dah panjang menunggu ni, dia boleh macam buat2 tertido plak kat situ.. hahahaha.. hangennn betul.

Sebenarnya ada lagi benda yang aku nak Joyahkan dalam bab ni.. bila tak ada depan lappy macam2 perkataan mencurah2 dalam paler otak ni.. bila dah depan lappy terus hilang semua. Apa2 pun kalau korang ada pendapat tertentu, sila lah luahkan ye.. bubaiiiii daaaaaaa dadaaaaaaaaaa =)
Read More

Monday, September 23, 2013

Marco's Pizza

Pernah makan dekat Marco's Pizza?? aku first time makan kat sini.. trima kaceh husband sebab bawa I & anak2 makan kat Marco's Pizza.. hahaha nampak tak cara cakap tu ala2 kampung style?? miahaha.. Laki aku ni memang rajin kalau bab2 bawa family dia pergi jalan2 or makan2.. tau2 je dia dah booking.. aku??? mestilah sukaaaaaaaaaaaa *clapclapclap* =)

Aku try jugak review pasal Marco's Pizza ni, tapi tak banyak pulak.. so aku buat je review dengan cara aku yang tersendiri ye. 

Last week lepas balik kerja, kitorang dinner di Marcos Pizza.. location betul2 opposite LRT station Kelana Jaya.. 

 Marco's Signature Pizza 

BBQ Chicken

bagi aku, pizza dia not bad, lagi sedap dari pizza yang sediaada. Sorry I hurt you Hut & Dominos.. coz I love Marco's more than you.. hehe. Harga pun tak mahal sangat.. just nice dalam RM8++ hingga RM30++ je.. 

Ini permukaan bawah Pizza.. sangat crunchy walaupun pizza ni dah sejuk.. Kalau ko makan pizza hut, harus akan liat bila dah sejok kan?? gigit pun kena berhati2 takut tercabut gigi.. hahaha

Sempat skodeng open kitchen dia.. tempat bakor Pizza.. 

 Selain Pizza, weolls order jugak Spaghetti Meatball - Chicken yang sangat Yummissss.. portion sangatlah banyak.. order satu bleh share empat beranak.

 Fish & Chips juga.. tak ada apa2 yang special. Pegi mana2 taste Fish & Chips ni tetap sama je pun.

Classic Tiramisu dari Marco's Pizza.. Sedap!!

Thanks so much Bie.. kenyang perut bini you.. bila I dah kenyang, senang hati lepas tu I gemoks.. hehe. Aku bengang giler kalau dia panggil aku 'Gemoks' ataupun 'Alamok'.. kongajor betul.. nak nanges aku.. hahaha

Anak2 pulak panggil aku 'Singa' haha.. sama je perangai bapak ngan anak2 selalu complot anak beranak nak kenakan aku. tekanan aku!! phuiihh
Read More

Friday, September 20, 2013

Fiery Hot Deals Burger King

Semalam aku terlepas dari tugasan memasak.. Burger King kan ada buat Hot Deals for 3 days.. Aku ni bukan lah penggemar Burger King.. better lagi aku makan McD atau KFC.. padahal Burger King ketegori fast food juga kot.. haha apa punya turrrr.. ahh lantak ar ;P

Semalam last.. sapa2 yang berminat nak makan burger singgitlapanplohlapan sen ni, sila jangan pergi lagi ke Burger King.. sebab promotion dah abes.. muahahahaha

Boleh add on coke, french fries, wedges atau hershey's pie.. semalam aku nak lah add on hershey's pie tu.. dan2 dah abes.. bengang giler!!!


Gambar yang kat atas tu grab dari fb.. ini gambar yang sebenar2 dari burger king yang aku snap.. kot2 lah korang tak cayer plak aku dapat beli burger singgitlapamplohlapansen ni.. haha statement bangang ;P

Limit sorang boleh beli tiga ketul burger je.. tak bleh lebih.. ciss kedekut.. promotion nak murah2 skali nak beli limited plak.. Aku pergi berdua je dengan Nizam. So aku beli tiga, Nizam beli tiga.. nah amek kau enam ketul sekali beli. hahaha


Bill asing2.. mula2 beli tiga ketul dengan harga limahengget lebih.. 


lepas tu beli lagi tiga ketul.. aku add on cheese stick mozzarella yang tiga ketul jadi total RM lebih sikit dari first bill. Skali dapat2 je hangit!! giler makan macam kunyah getah skrab.. phuii.

Tapau bawa balik rumah makan macam kenduri burger. Ok dah tu je nak cerita kat kau.. kalau kau nak, pergi beli sendiri di Burger King yang berhampiran dengan rumah.. bubaiiii =)
Read More

New Born Baby Boy

Yippieee!!! Yippiieeee!!! Alhamdulillah sambut anak lelaki kali ni.. pfffttt. Elehhh berangan je lah kau Jah.. hehe.. jangan ar marah.. aku nak berangan sikit je pun tak boleh.. hukhukhuk. Aku ni sebenarnya tumpang gumbira atas kelahiran baby boy kawan baik aku, Shida. Me is jealous okeh.. hehehe

Cepat betul masa berlalu.. aku rasa macam baru je si mak buyung tu masuk sepital hari tu. Kemarin selamat bersalin dah minah tu secara normal kat Pusat Rawatan Al-Islam (formally known as Kampung Baru Medical Centre).

Semalam baru lah aku berkesempatan melawat Shida kat Al-Islam.. plan lepas kerja nak pegi.. bila fikir2 balik macam tak syiokk pulak kalau aku datang sorang2.. adalah lebih afdol aku bawa Nizam sekali.. sebab Nizam pun kawan Shida juga.. sama2 kawan kata ko!! 

Memperkenalkannnnnnn.. hero malaya Puan Shida.. alolololo omeynya diaaaaaa.. pangggg satu kali baru tau!! ek elehh suka2 nak pang anak orang.. hahahaha. Semalam aku ada tanya sapa nama anak dia.. skali aku lupa daaa.. it's ok nanti aku tanya balik kat Shida.. 

Berkerutnya muka... aku dengan Shida ni kalau berjumpa memang petir!! laki2 kitorang dah paham sangat dah dengan kepetiran kitorang ni.. letak lah kat mana2 pun memang suara kitorang je yang paling kuat.. hahaha. Agaknya anak dia bengang kot time ni sebab kitorang bising.. relax ar braderrrr hehehe.

Shida cakap.. anak aku pun pening agaknya tengok kawan mak dia serupa sakai.. bising tak bertempat.. hahaha... itu belum kumpul beramai2 lagi.. lagi petir ribut taufan jadinya.. hahaha

Dalam ramai2 kawan aku.. Anne, Shida, Kay, Ina, Leeza, Ewin semua anak2 diorang perempuan.. Ryta belum ada baby lagi.. kecuali aku yang ada seketul je hero si Danish tu lah sapa lagi hehe.. this time pulak Shida dapat baby boy.. hah jangan ko jadi Joyah macam geng2 mak ko sudah lah yer nak.. LoL!!

Semoga jadi anak yang Soleh yer sayang.. nanti dah besar Kak Zaza bawak pegi jalan2.. mak kau tinggal.. (Shida, ko baca ni!! KAU TINGGAL!!) miahahahaha. Kenapa Kakak?? ok jap lagi aku cerita.. tunggu jap baca kasi abes dulu ek =)

Ini ukuran si budak kecik tu.. ukuran ke?? aarrghh boleh lah ukuran pun ukuran lah ;P

Amacam???? ada gaya macam bibik tak???? hahahaha.. 

Aku yang lebih2 bergambar.. padahal budak tu tak tahu apa pun.. hahaha. Tak apa lah janji dapat bergambar dengan baby.. emmmm sedapnya bau baby.. nyamm nyammmm =)

Congrats Shida & Ali..  im happy for you guys.. dapat jugak korang hero buat peneman si Ali tengok bola Man United vs Kedah.. hahahahaha

Sibuk menyorok belakang aku.. takut naw badan dia nampak besar dalam gambar.. abes kalau ko nyorok belakang aku, aku je lah yang nampak gemoks dari depan??!! phuiii.. hahaha

Ok.. meh aku cerita kenapa anak2 Shida panggil aku kakak ek..

Anak2 Shida tiga orang perempuan yang comel macam Kak Zaza *mata keatas* yang dalam gambar ni dua darinya.. Ara & Dhia.. yang sebelah kiri tu Khairine.. ko jangan tak kenal plak yer Bedah hehe.. budak dua orang ni kemain becok kalau bercakap.. tak padan dengan badan kecik!! hahaha. Kalau jumpa aku sikit2 panggil Kak Zaza Kak Zaza Kak Zaza.. mohon jeles pelissssss.. dushh sepak diri sendiri hahaha.

Anak sulung Shida dah anak dara tau.. Nabila nama dia.. dia pun panggil aku kakak Zaza.. aku tak sure lah kenapa diorang panggil aku kakak.. mungkin diorang tengok muka aku ni jauh lebih muda dari mak diorang kot??!! ke caner?? korang rasa??? setahu aku budak2 tak pandai menipu tau.. hahahhaha bodo lah nak puji diri sendiri tak bertempat.. haktuihh.

Dah lah karang lagi panjang cerita aku kat sini lagi banyak pulak aku UP diri aku sendiri.. hahahaha. Karang korang tak sempat habis baca cerita aku ni, korang pengsan pulak.. hahaha.. kbaiiii dadaaaaaaaaa *lelambai tangan* =)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah