Thursday, October 31, 2013

Kutu Laki Bini

Aku sendiri yang tulis tajuk tu pun aku boleh gelak. Kau mesti tertanya-tanya kannn apa itu kutu laki bini.. hahahaha. Ini bukan kutu beras atau kutu rambut atau kutu babi yer Bedah.. Ini kutu duit atau dipanggil duit kutu. hahahahhaa adoiii susah aku nak cari tajuk untuk entry ni.. phuiii.

Kauorang semua mesti tahu apa itu main kutu kan?? pada yang tak pernah main kutu pun mesti tau apa itu main kutu... ke tak tau jugak?? kalau tak tau lantak kau lah eh.. haha. 

Ingat tak mak2 kita dulu selalu main kutu. Emak Nenek pun pernah main kutu.. seingat aku masa aku kecik2 dulu aku pernah tengok Emak Nenek main kutu dengan geng2 dia.. tapi tak tahu lah berapa amount dia. 

Even aku sendiri pun pernah main kutu masa zaman sekolah rendah dulu.. alaaaaaa main bodo-bodo je dengan kengkawan. Main minggu2 cepat sket dapat duit.. satu hari seposen .. sangat2 bingai time tu hahahaha.. 

Sekarang ni aku pasti ramai lagi yang masih mengamalkan permainan kutu ni kannn.. even now aku pun masih main lagi hehe.. nak tau main dengan siapa???? 

psstttt psstttt *cakap.bisik.bisik* dengan Nizam je muahahahahhaha.

Kitorang berdua main kutu kau!!! haaa kau jangan nak gelak kan aku pulak eh.. aku rotan nanti!! Actually main kutu laki bini ni senang.. tak siapa pun boleh mengelat.. kalau laki aku tak bayar untuk bulan ni, aku boleh jerit je kat dia suruh bayar. Kalau aku buat2 lupa bayar, dia pulak akan jerit kat muka aku.. Jerit anjer-anjer lah.. bukan jerit kuat2 ponn.. hahahaha poyo!

Actually kutu ni adalah tabung percutian keluarga kami.. Hasil duit tu boleh lah digunakan untuk pergi bercuti kemana2. Aku kasi contoh terdekat lah ek. Untuk tahun ni aku ngan Nizam main kutu untuk percutian keluarga yang dah dirancang dari awal tahun lagi untuk ke Sabah bulan December nanti.

Flight tiket tak masuk dalam duit kutu ni sebab Nizam beli pakai duit dia. So part of duit kutu tu nanti ambil sikit untuk bayar duit hotel. Balance dari duit kutu boleh buat tambah2 berbelanja bila kat sana nanti.. atau boleh gunakan untuk bayar makan, bayar sewa kereta and etc. Untuk beli bekalan lain kesana nanti boleh beli ansur2 setiap bulan sebelum hari percutian tiba.. bijak tak??!! hehe

Kalau nak keluarkan duit selepuk memang tidak lah.. Dah nama pun percutian keluarga yang dah dirancang.. mesti lah kita kena bijak mengatur perbelanjaan.. yer tidok?? Dan tak kan semata-mata nak pergi bercuti sanggup nak keluarkan duit dari ASB.. ohh itu memang lagi lah tidak. Duit simpanan dalam bank jangan dikacau.. biar dia dok dalam tu diam2.

Ini kutu ala2 saving juga lah.. macam main pondok2 laki bini pun yer jugak..  haha. Senang macam tu.. tak lah percutian yang dah dirancang tu nanti kau baru teraba-raba nak cari duit. At least dengan main kutu lakibini, aku dah save disitu. Tak payah gaduh pasal duit tak cukup ke apa.. hidup lagi bertambah bahagia bersama keluarga terchenta... muahhhhhh kasi cium sikit sama ai punya husband.. hohoho
Read More

Wednesday, October 30, 2013

WW in October #3

The Pinky Taxi
Read More

Tuesday, October 29, 2013

Celebrate Birthday Bersendirian

Sabar sabar sabar.. bawa bertenang... ini mesti nak kata suami dan anak2 aku tak celebrate birthday aku semalam kan??? bukan Bedah.. semalam punya birthday celebration ada.. tapi aku tak sempat nak update lagi sebab most of the picture ada kat Nizam.. 

Sekarang aku nak cerita yang aku celebrate birthday diri sendiri berdua-duaan je dengan Kak Nisa. Kebetulan pulak birthday kitorang selang sehari je.. Kak Nisa 26 October, aku 28 October.. so kitorang pun gedix2 celebrate diri sendiri lah tadi.. sweet kennn ;P

So lunch tadi kitorang pun pergi lah together gether... 

Eh anyway, aku nak say big thanks kat korang yang wish birthday aku semalam tau.. aku appreciate sangat2.. wishes semua yang sangat2 baik.. wishes ayat2 yang kelakar-lakar pun ada jugak.. hehe. sayang korang =)

Nama kedai ni Proud Janny Restaurant & Cafe.. Lower Ground Floor, The Weld.

Dua tahun lepas kitorang celebrate birthday sendiri kat TGI Friday kat depan opis aku ni.. Dah weekdays je kitorang dapat bersama kann.. kalau weekend masing2 bz dengan family masing2.. last year tak celebrate sebab apa tah dah lupa.. hehe.

Tadi kitorang pergi The Weld.. dah lama plan nak gi makan kat situ aleh2 harini baru menjadi.. alang2 dah menjadi, kamiorang pun buat lah birthday celebration untuk diri sendiri haha.. tak ada lah sampai nak ada belon2, tiup2 lilin bagai.. just makan2 syok sendiri je untuk meraikan diri sendiri heee.. macam saiko je kann ;D

Nak tengok apa yang kitorang makan??? jommmm

 Aku minum english breakfast tea.. 

Kak Nisa order air apatah tak ingat nama dia..

 Kuning kann?? 

Kuningkan??????

Ini bukan sebab terlimpahnya air kunyit atas makanan yer.. ini semua salah lighting.. muahahaha *padahal.aku.yang.salah*

Aku yang snap gambar ni tadi.. tak reti cari angle tu yang jadi kuning semuanya.. Lepas semua makanan dah masuk perut, baru realise yang aku salah angle masa snap gambar makanan ni.. gambar lain ok je.. phuiii.

Gambar atas tu Kak Nisa punya.. dia makan Carborara Fettucini with Smoked Chicken Breast. Gambar bawah tu aku punya.. Pulled Beef Brioche Sandwich.. sedap dowh!!

Dessert a.k.a birthday cake kitorang.. hahaha. Alamakkkk tak ingat apa ke nama kek ni.. Ok gak lah sedap.. ada rasa caramel, almond & chocolate.. 

Last sekali mesti lah ada wajah Kak Jah.. ni kan blog Kak Jah =)


Tamak sampai dua skali letak gambar sendiri.. arrghh biar arr ;P

Gambar kak Nisa satu je cukup.. hehehe 

Thank you Kak Nisa.. tahun depan panjang umur, murah rezeki kita celebrate birthday untuk diri sendiri lagi yer.. InshaAllah  =)

Dah tu je cerita sambutan birthday kitorang.. see ya!!
Read More

Nyet Hilang Tiga Hari



Cuba kau tengok muka dia... biasa je kannn?? senyum jer doplohpatjam... Kau tahu tak tiga hari aku susah hati sebab dia??!! sikit je lagi aku boleh bertukar jadi singa.

Cerita dia macam ni... hari Jumaat lepas, macam biasa petang aku balik kerja aku akan jemput Khairine kat Sekolah Agama dia. Fine.. after fetching her, we go back home.. cehhhh cakap orang putih pulak nih ;P lex ar jangan stress dengan cerita aku ni eh.. kita chill chill je ;)

Dah siap parking kereta.. sebelum sampai muka pintu rumah.. aku terlupa nak angkut sekali laptop aku yang yang aku letak dalam bonet kereta.. On that day aku bawak laptop pergi kerja.. biasa lah orang tamak.. kat opis buat kerja pakai laptop company pun masih lagi tamak haloba nak bawak lappy sendiri pergi kerja.. phuiiii.

Ok sambung cerita.. sebenarnya point cerita ni aku nak bagi tahu yang Nyet aku hilang.. sobssss (nyet yang dimaksudkan dalam gambar tu). Nyet tu keychain untuk kunci kereta aku.. Maknanya kunci kereta aku hilang Jumaat lepas.. huwaaaaa =(

Macam mana boleh hilang??? masa aku teringat bag lappy aku dalam bonet kereta.. aku suruh Khairine tolong ambik kan dari bonet kereta.. sambil menghulurkan kunci kereta kat dia.. dia pun lenggang2 menuju ke kereta ambil bag lappy aku.. k habis cerita ambik lappy dalam kereta.. full stop. 

Malamnya pulak aku nak keluar dengan member aku.. tapi dia datang kutip aku kat rumah.. so aku tak drive lah. Nak dijadikan cerita, aku nak ambik kasut dalam kereta aku, of coz lah aku perlukan kunci kereta.. yer tak??!! maka bermulalah titik2 cerita yang kunci kereta aku hilang!! Gggrrrr.. 

Bila aku tanya Khairine dia kata Khairine dah sangkut kat tempat biasa yang Mummy  selalu sangkut tu.. nampak tak??? kalau dah sangkut means kunci tu mesti ada kat situ je.. Aku mula syak yang kunci tu cicir kat mana2.

Tiga hari tiga malam aku menangis dalam hati mengenangkan mana lah kunci kereta aku menghilang.. bukannya ada kaki pun nak merayap.. *lap.hingus*

End up kau tahu macam mana boleh jumpa balik??? jiran sebelah rumah jumpa okeh!!! Ya ampunnnnnn cuba lah ko bayangkannn.. buatnya orang lain yang jumpa.. dengan kereta kereta aku sekali orang angkut..

Rupanya2 Khairine kata dia takut nak cakap dengan aku yang kunci tu tercicir.. nak selamatkan bontot dia.. dia cakap kat aku yang kunci tu memang dia dah sangkut kat tempat biasa. 

Ini nak di kategorikan sebagai BERBOHONG ke atau JAWAPAN NAK SELAMATKAN BONTOT????

Apa2 pun bersyukurlah dah jumpa semula si nyet aku tu.. Alhamdullah =)

Cakkkkkk ;D
Read More

Monday, October 28, 2013

Allah Selamatkan Kamu

Pernah tengok tak cerita P.Ramlee tajuk Nasib Lalu Labi?? korang mesti tahu part yang cikgu2 nyanyikan lagu Selamat untuk Haji Bakhil kan??? 

Dialog dia macam ni

Cikgu Besar : Sebelum kita makan, saya mintak pada cikgu2 sekalian.. marilah kita nyanyi lagu Selamat untuk Tuan Haji Bakhil... bangun cikgu *sambil cikgu tu buat muka cute giler* ;P


1 2 3

ALLAH SELAMATKAN KAMU... ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN TUAN HAJI BAKHIL,
ALLAH SELAMATKAN KAMU...

*clapclapclap*

Cer tegok video ni.. sama tak dengan dialog aku kat atas =)

Ko tahu apa motip aku suruh korang refresh balik cerita ni???



sebab..................................







Aku nak 







korang pulak 







tolong nyanyikan







lagu Selamat untuk








AKU







kerana hari ni merupakan

















































































HAPPY BIRTHDAY TO ME =)

Ecececehhhh malu lah pulak.. kekeke

Cepat ar wehh aku dah siap pegang kek dah kot..

Nyanyikan lah cepatttttt.. aku tunggu dengan penuh harapan ni.. haha giler punya paksaan keras..LoL!

klah.. apa2 pun aku nak ucapkan Selamat Hari Tua buat diri sendiri.. InshaAllah aku akan jadi isteri, mummy yang terbaik untuk family aku.. korang doakan juga yer =)

Dan yang paling penting!!! aku berazam nak kurus balik macam dulu2 kala..

Start tahun 2012 sampai sekarang kemain mendadak badan aku naik.. tapi korang sokmo kata aku tak gemoks kannnn.. sajer je nak tipu aku... nyampah!!

(2011)


(2010)


(2009)


(2002)

Tapi tak nak lah kurus kedengking macam ni.. gonjeng dowh hahahaha. Ni zaman baru2 je kawin.. auuww baru kawin you!! ;P 

Nak gelakkan aku lah tu kennnn????? gelak sikit2 je dah.. jangan gelak over2.. aku hentak korang nanti!! kakaka *tiba.tiba.nak.jadi.pailang.* 


Cepat cepat cepat sambung nyanyi lagu HAPPY BIRTHDAY kat aku.. lalalalala
Read More

Friday, October 25, 2013

BBM for Android

Yeayyy terubat jugak rindu aku nak berBBM.. Tadi aku dah berjaya install BBM via Android. Dulu masa zaman pakai Blackberry [LINK] kejap2 battery kong.. atee kejap2 BBM kejap2 BBM mau nya tak abes battery.. sampai kembung lah battery BB aku dibuatnya.. hahaha sakai betul lah..


Now dah boleh BBM via Android.. sukanyewwww *clapclapclap*

Mostly kawan2 aku ramai lagi yang pakai BB.. sekarang bila android dah boleh BBM boleh lah aku berBBM balik.. Actually aku tak suka Whatsapp.. sebab tak friendly langsung.. common sangat. Tapi bila dah ada tu guna jugak ar.. hahaha

Aku tak suka juga pakai Line lah, Wechat lah, dan ada lah lagi apps yang sewaktu dengannya.. semak dowh.. serabut paler otak aku kejap nak kena layan Line, kejap nak layan Wechat.. Whatsapp ajo sudehh.. sekarang bila dah ada BBM via Android ni layan dua tu je udah.

Dulu masa zaman pakai BB mula2 suka je *sakailah.katakan.* bila dah lama2 boring plak sebab gedix nak pakai android. Android best sebab apps dia macam2 ado. Kalau BB apps dia sikit.. pastu tak best giler. Sebenarnya aku ni tak lah pandai sangat guna smartphone2 ni.. nak up todate punya pasal, mintak jugak kat laki suruh belikan hp cecanggeh heeee.

Pujuk2 sket.. merengek lebih2 sket kat Tuan Nizam.. dapat lah aku pakai Android pulak.. Tukar Android pun sebab aku nak berInstagram je sebenarnya.. kalau setakat nak chatting, fb, twitter boleh je pakai BB sebenarnya ;P weeehooo maceh Bie sebab menggumbirakan isteri you.. xoxoxo *bodek*
Read More

Pengawas Sekolah Sesi 2014



Awal tahun haritu Khairine dapat tawaran perlantikan sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah (Pengawas PSS) sessi 2013.. cerita tu kat [LINK] ni.

Baru2 ni dapat satu lagi tawaran dari sekolah. Amboiiiii macam dapat tawaran belakon pulak minah ni.. hahaha. Tawaran kali untuk perlantikan sebagai Pengawas Sekolah sesi 2014 pulak. hurmmm aku bangga anak aku dihargai. Alhamdulillah =) 

Lepas dah discuss dengan bapaknya. Nizam pun kata ok, kalau dah bapaknya ok, maknya pun ok ajosss.. Nizam fill up form tu, dah sign surat tawaran.. esoknya Khairine terus submit dekat cikgu yang berkenaan. Hope Khairine dapat carry tanggungjawab ni dengan penuh yakin & baik.. pergghhh ayat mak kau!! hahaha.

Esoknya dapat whatsapp dari Cikgu Lela....

Thx for the recommendation kak Lela =)

Back to school masa darjah dua.. sebelum dapat tawaran jadi Pengawas PSS 2013.. 

Transform.. back to school 2013 lepas dapat tawaran Pengawas PSS.

Tahun depan pakai uniform macam ni juga cuma kemeja je tukar kaler biru sebab Pengawas Sekolah pakai kemeja biru tudung biru.. kasut maintain warna hitam. Vest dengan tie beli dari sekolah je sebab sekolah nak standardise kan pakaian seragam Pengawas Sekolah & Pengawas PSS.

Start last week dia dah kena datang awal ke sekolah. Dah start duty sebagai Pengawas Sekolah.. pagi2 dia kena jaga budak2 darjah satu beratur sebelum masuk kelas.

Selalu kalau aku hantar timing sampai sekolah mesti lagi beberapa minit  je loceng  nak bunyi. Sekarang akak kena struggle bangun lebih awal lagi dari sebelum ni..

Beza sangat gambar dua tu.. masa umur lapan tahun muka childish je.. dah masuk umur sembilan tahun dengan uniform kemas macam tu dah nampak macam anak dara sangat.

Tak lama lagi period, lepas tu remaja, dewasa, kawin, ada laki, ada anak.. aku pulak dah ada menantu, dah tua ganyut, jadi nenek last skali goal.. hahaha lumrah hidup.

Apa2 pun aku memang mengharapkan KhaNish belajar sampai ke menara gading, nak diorang hidup senang bila dah besar nanti tak menyusahkan orang lain, hidup berguna untuk bangsa & agama. Itu lah sikit sebanyak doa & harapan aku sebagai emak.. InshaAllah =)

Aku tak nak nanti anak2 aku dah besar sok 'tak jadi orang' tahu je lah zaman sekarang ni kan zaman hitech, lagi canggih teknologi, makin macam2 kepandaian manusia. Nak2 pulak lately ni cerita asek membunuh orang je.. ngeri aku.
Read More

Thursday, October 24, 2013

Nasihat Keknis Kepada Blogger Semua

Lain yang aku cari, lain yang aku jumpa.. skali aku terjumpa lah info ni dari belog Keknis.. terus macam.. eh bagus juga info ni

Memang ko nampak panjang giler karangan kat bawah tu.. tapi bila kau hayati satu persatu, ko rasa seronok je nak baca lagi lagi lagi dan lagi.

Lagi2 aku ni baru dalam dunia blogging. Motivasi untuk diri sendiri jugak. Tiba2 tersampuk pulak nak baca dari satu tajuk kecik ke satu tajuk kecik sampai lah habis semua tajuk aku baca.. Lepas tu terus rasa nak share info ni untuk tatapan sendiri. 

Kalau rajin baca lah sampai habis.. kalau pemalas ko tekan je button X kat hujung sebelah kanan screen ko tu.

TIPS NAK JADI BLOGGER YANG BERJAYA


1. Perihal alamat surat-menyurat. 

Alamat blog haruslah sesuatu yang amat senang diingat dan difahami tetapi unik/catchy. Dan anda juga harus senang sebut untuk promote blog anda. Kalau boleh guna word typical yang orang tak perlu tanya "Eh macam mana nak eja?". Tak kiralah kalau itu adalah nama panggilan masa kecil atau nama anda di chatroom, tetapi kalau ianya menyusahkan untuk dieja dan diingat, IA SANGAT TIDAK SESUAI UNTUK DIJADIKAN ALAMAT BLOG. Contoh:


www.zejendulhotstuffxz.blogspot.com


OKAY CUBA HAFAL SEKARANG. OKAY DAH FAIL. NEXT.



2. Tajuk blog hebat. 
Tajuk blog haruslah sesuatu yang menarik perhatian orang, bagi menyinarkan blog anda ketika berada selari dengan blog-blog lain di dalam senarai blog seseorang. Seperti tajuk blog saya ialah 'Hanis Zalikha'. Adalah sangat annoying kepada orang-orang yang tidak mengenali saya untuk melihat link saya berada di mana-mana. SIAPA HANIS ZALIKHA NI DOH ASAL SEMUA ORANG NAK LINK DIA *click blog Hanis Zalikha untuk mengetahui lebih lanjut*. Ha macam itulah contohnya, ngerti? Cuba kalau saya letak The Diary Of My Life atau My Lifez Dairy (tenusu) atau My Little Footsteps atau Hanis's Own World/Mind, ada mahu click? JUJUR LAH WEH. 

3. Tajuk entri 
Tajuk entri mengancam ni seperti tidak perlu diberitahu lagi (common sense), tapi takpelah, beritahu juga. Tajuk entri sangat, malah paling penting, lagi-lagi kini, blog list disertakan sekali dengan option mempamerkan tajuk entri, maka di sinilah peluang anda untuk menonjolkan kehebatan entri anda, dimulai dengan tajuk yang hebat. Tahukah anda, hanya dengan tajuk entri "Nabil Raja Lawak Tidak Berbaju", trafik saya naik kepada 15%? 



4. Isi entri setimpal. 
ISI ENTRI BIAR SETIMPAL DENGAN TAJUK. JANGAN GEDIK BAGI TAJUK 14 TIPS MENJADI BLOGGER BERJAYA YANG ANDA MUNGKIN TERLEPAS PANDANG LEPAS TUH RUPANYA CERITA PASAL HARI INI NAK PERGI BELI J.CO DONUT. Atau tajuk Model Juga Tidak Memerlukan Ijazah rupanya cerita pasal peluh petani.


5. Perkara yang harus dielakkan. 
Elakkan mengeja perkataan dengan ejaan pasar seperti MACHAM DAN PUNYE DAN CAKAB DAN DAN, OKAY DAH. Elak juga mengeja dengan short form seperti saya dieja sebagai sy, aku dieja sebagai ak, engkau dieja sebagai kau, eh itu takpe. Kenapa harus elak? Kerana tiada siapa cari bahan di Search Engine dengan menggunakan short form. Ingat, isi-isi dalam blog anda mungkin akan timbul di carian jika perkataan yang dicari terdapat dalam entri anda. Contohnya, I nak search lirik lagu Aku Cinta Padamu, takkan lah nak taip "Lirik Ak Cinta Pdmu".



6.Lirik lagu. 
Peluang untuk blog anda timbul dalam carian cerah adalah bila anda meletak lirik lagu terbaru. Ingat lagi dulu, di blog lamaku (HANIS DULU ADA BLOG?! Ya. Waktu muda-muda dulu), lirik lagu My Heart telah dipamerkan selesainya menonton cerita Heart. Berjayalah tambah pembaca, dalam 2 orang (mari gelak). Selain lirik lagu, alternatif lain adalah resepi kek cawan dan guitar chords lagu-lagu rock kapak.



7. Kosa kata yang luas. 
Rasanya ini boleh fikir sendiri kenapa ianya penting. Ingat: Search Engine.



8. Perihal gambar. 
Adalah sangat malang sekiranya gambar yang blur juga anda mahu letak. Ini adalah major turn off. Jangan risau, saya sendiri pernah melalui fasa ini ketika Digital Camera rosak, dan Cellphone ku hanyalah 1.3 megapixel, sumpah pathetic kejap blog ini.



9. Perihal gambar 2. 
Lumrah manusia sukakan benda cantik. Jadi carilah background yang cantik-cantik untuk anda bergambar. Rasanya, adalah tidak perlu untuk memaparkan betapa tidak putihnya cadar katil anda yang putih. Cari lighting yang cantik dan have the effort to look good on camera, tak kira kau cantik goddess mana, mungkin tidak patut jika gambar muka baru bangun tidur, bertahi mata dipampangkan. Anda nampak malas dan apakah motif gambar tersebut sebenarnya, again? (Unless nak tunjuk gambar sebelum selepas mekap/pembedahan/slimming, ini dikecualikan, tapi kalau nak kata good morning world atau nak tunjuk teddy bear boyfriend baru bagi siap letak sebelah muka, harap hindari). Tapi ke tahap mengphotoshop kulit, hidung, bulu mata, adalah agak over dan tidak jujur ya.



10. Tema.
Tema blog adalah berbeza mengikut citarasa, tapi apa yang penting (BUKAN KERJASAMA, TAK HABIS-HABIS BENDA NIH MUAK KAU PAHAM TAK), jangan menyakitkan mata pembaca dengan font berwarna neon dengan background YANG NEON JUGA. Ini juga common sense, tetapi selalu terlepas pandang. Simple but nice, cliche but true.


11. Pendapatan(wang,duit,ringgit) dari blog.
Untuk menjana pendapatan dari blog, sila daftarkan diri dengan Nuffnang di www.nuffnang.com.my, dan jikalau trafik anda memberangsangkan, anda sudah boleh mula diberi advertorial iaitu membuat product reviews dan dijemput ke produk launch etc!



12. Carutan dan kutukan.
Semua orang ada pendapat masing-masing, tapi cara anda menyampaikan mesej kepada pembaca itulah yang penting. Sebagai pengiklan, mahukah anda mengiklankan produk anda di sebuah blog yang penuh dengan benda-benda negatif, kutukan, dan carutan? Jangan buang masa dengan bahan sebegini lagi wahai pembacaku, buka minda anda dan tingkatkan pendapatan dengan blog anda sekarang! Pengiklan juga jarang memberi perhatian kepada anonymous blogger, no matter how famous you your blog is, please take note.



13. Psikologi minda.
Sebelum terlupa, adalah sangat penting anda menganalisa minda pembaca/pengguna internet. Contohnya, yang mana anda lebih cenderung untuk klik, www.hansisaac.com atau www.hansisaac.blogspot.com ? Perkataan ".blogspot", sedar atau tidak, adalah satu perkataan yang sangat berpengaruh dalam dunia IT. Kenapa? Lagi sekali, lumrah manusia, suka sangat tahu perihal hidup orang lain. Kalau '.com' biasanya website rasmi di mana hanya akan muncul profil lengkap atau online portfolio Hans Isaac, tetapi apabila wujud perkataan blogspot, sah-sah ditulis sendiri (first hand) pengalaman hidup/diari seharian etc. Bila anda nampak perkataan '.blogspot.com', sure anda mahu cekidaud. Betul? Eh macam tak sesuai je guna Hans Isaac sebagai contoh, sebab rasanya, ada blogspot ke takde, pasti klik juga :B Okay tak kisahlah, saja nak bincangkan pengaruh perkataan tersebut. Unless anda sudah ada steady traffic, bolehlah beralih kepada '.com'. TERIMAKASIH KEPADA PENCIPTA www.haniszalikha.com, JASA ANDA AMAT DIHARGAI :)



14. Variasi topik.
JANGAN MEMBORINGKAN ORANG RAMAI EVEN KAWAN-KAWAN SENDIRI DENGAN PERKARA YANG SAMA SAHAJA. INGAT VARIASI! VARIASI! VARIASI! Contoh topik/tajuk: Perkara menarik di website kegemaran saya, kemudian lusa pula: Jejaka idaman saya yang nescaya saya takkan dapat dalam kehidupan sebenar (kemudian senaraikan berserta gambar), dua hari selepas lusa: Surah-surah yang boleh diamalkan untuk mendapat anak sehensem Nabi Yusuf, insyallah. Tajuk-tajuk menarik sebegini bolehlah diselangi dengan catatan aktiviti seharian anda :) 

Source C&P from Blog Keknis
Read More

Wednesday, October 23, 2013

KhaNish

Hi Cik Tom.. aku peratikan ada diantara Cik Tom di alam maya ni keliru dengan nama KhaNish.. Sorry yer.. untuk perbetulkan keadaan, aku kena buat press conference kat sini.. pergghhh kau ingat kau artis kew??? kakakaka ;P

Tak lah... bukan press conference, aku cuma nak declare dan bagi korang clear je nama KhaNish yang selalu aku dok sebut2 dalam blog aku ni. 

Jom aku perkenalkan siapakah KhaNish yer =)


 Ini Khairine Adrina.. anak perempuan den yang berusia sembilan tahun. So singkatan dari KhaNish ialah 'Kha'


Zoom sikit muka budak ni..


Ini Danish Izdiyad.. anak lelaki den yang berusia lapan tahun. So singkatan dari KhaNish ialah 'Nish'

Zoom sikit muka budak ni.

So nama 'KhaNish' tu datang dari.............

Khairine & Danish = KhaNish

Diulangi sekali lagi.........

Khairine & Danish = KhaNish


KhaNish

So clear yer harap anda tak keliru lagi  ;)

Ohh ada satu lagi yang buat kawan2 ku di alam maya ni keliru dengan gelaran 'Emak Nenek'. Panggilan Emak Nenek tu ada lah untuk emak aku.. nenek kepada KhaNish..

Kalau korang ada baca review aku kat [LINK] ni, korang akan tahu kenapa dan dari mana datangnya panggilan Emak nenek tu.


Ini Emak Nenek.. Emak aku!!! 

Itu je yang aku nak sampaikan dalam entry ni yer.. Haram maklum =)
Read More

Dari Dapur Meletop Kak Jah

Meletop ke tidok??? Hahaha. Actually aku nak buat entry cerita pasal masak memasak aku di hari Ahad. Kalau aku letak tajuk entry ‘mari belajar memasak bersama Kak Jah’ sure orang tak hingin nak belajar masak dengan aku.. kejam korang kenn!! Mentang2 akak tak pandai masak.. sentap dengan korang.. hihihi

Merepek lah.. meh nak cerita pasal main masak-masak dihujung minggu. Cik Bedah semua tak payah bersusah payah nak salin recipe yer.. ini masakan yang paling senang didalam dunia masakan. Semua orang pun tahu buat. Kalau nak juga recipe nanti kat bawah tu akak bagi lah.. cewahhh macam lah pandai sangat.. LoL!

Hamboiii tak sabar2 ;P

Asam pedas ikan pari je pun hehe.

Ini recipe asam pedas cara Kak Jah ye ;)
Bahan A
*Cili mesin/ cili boh 3 sudu besar
*Kunyit hidup dan bawang yang ditumbuk

Aku tak blend yer.. konon nak masak cara orang dolu2 lah.. mana ada mesin2 ni.. main tumbok je semua benda pun haha. Kecuali cili.. ko giler??!! tak kan aku nak tumbuk atau giling pulak cili tu.. lenguh lah tangan Kak Jah nanti *mulutmuncung*

Tumis dulu bahan A sampai pecah minyak. Aku tumiskan sekali serai bagi naik bau.


Bahan B
*Bunga kantan, daun kesum, daun limau purut
*Bendi, tomato, sedikit ketumbar & jintan yang ditumbuk.


Agak2 dah pecah minyak, tambah kan air sikit dan air asam jawa. Kalau tak cukup masam, Cik Bedah boleh letak sekeping atau lebih asam keping. Terpulang pada tekak masing2.
Agak2 dah mendidih, masukkan ikan pari. Biar lama sikit ikan pari tu berenang kat dalam asam pedas yang sedang mendidih.. bagi isi dia lembut. Kalau sekejap je nanti isi ikan pari tu akan keras dan tak masak.

Tambahkan dengan serbuk perasa, garam atau apa yang patut.. then boleh rasa sama ada cukup rasa atau tidak. Kalau kurang masam, korang tambah je lah air asam jawa/ asam keping.. kalau tak cukup garam, letak lah selori.. hahaha.

Last sekali lebur kan bendi, tomato, daun kesum dan bunga kantan.. agak2 dah mendidih tutup api dan hidangkan lah dalam pinggan mangkuk jenama mahal korang yer ;) 


  Kalau nak lagi kik, ko buat sambal belacan.. baru lah meletop-letop =)

Semangat nak memasak dihari minggu.. ini lah jadinya. Suami Kak Jah pulak kojer.. bila suami ada kat rumah, menggeletis ajak makan kat luar pulak. suka nau membazir duit makan kat luar *sekehkepalasendiri* sesekali makan kat rumah kan elok.

Dah boleh harap dah mak inang ni.. dia yang volunteer nak potong sayur.. Yer lah nak.. belajar lah masak dari mummy ni.. sok-sok dah besar senang kasi laki makan.. haha.

Khairine pun dah boleh harap suruh masak nasi.. Kalau suruh masak nasi kemain ayat dia tanya aku nak masak berapa pot mummy.. amboii pandai sangat nih ;)

Sayur aku tak goreng lagi, tunggu Nizam balik baru aku goreng. Aku suka kalau benda goreng2 makan time panas2. Lepas goreng je terus makan. Especially ayam, ikan, telur atau sayur. Lauk yang berkuah2 tu ok lah sebab boleh reheat sebelum hidang.

Sambil Kak Jah bersilat masak asam pedas didapur, si mak inang kak Jah sorang tu sibuk nak buat cookies pulak.. nak bawa pergi school katanyer.

Layan kan yor lah.

Ko jangan nak mintak2 recipe plak eh.. nak senang pi supermarket yang terdekat dengan rumah korang, korang beli je tepung cookies instant Nona tu.. lepas tu beli chocolate m&m, pacak je atas cookies tu lepas tu bakor. 

beli yang instant je sudehh.. koser aku nak bancuh2 sukat2 bagai. Beli yang instant ni cuma tambah butter seketul dan telur sebiji je.

 Kerja aku cuma leburkan butter, telur dan tepung instant je.. lepas tu aku suruh Khairine uli sendiri. Gasak lah dia nak uli macam mana pun.. asalkan ko jangan uli pakai kaki sudeh.. muahahahaha.

haloh haloh haloh dah macam mokcik-mokcik dah dia ni.. haha.

 Ini lah ropernya cookies mak inang aku tu.. before & after bake.. Ko tengok lah colour chocolate m&m tu.. dia susun ikut warna okeh.. kreatif anak mak ;)

Dah siap tapau nak bawa pegi sekolah pun.. ini mesti nak kasi kawan2 dia.. lepas tu bangga ar bercerita kat kawan2 yang dia buat cookies ni.. macam lah mummy tak tau ;P

Senang dah mudah je zaman sekarang ni kannn. Nak apa2 semua dah ada yang instant.. sambal belacan pun dah ada yang instant. Nak recipe pun dah boleh cari dalam internet.

 kdah.. itu je cerita masak-masak. See ya!! =) 
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah