Tuesday, December 31, 2013

Throwback - Trans Studio Bandung, Thamrin City Residence & Grand Indonesia Jakarta 2012

Tengok tajuk atas tu.. Throwback kann??? Ok jangan banyak complain eh.. ini entry imbas kembali. Aku akan masuk kan cerita2 throwback aku ni berdasarkan tahun. Since wujudnya blog ni tahun 2010, ada some of story aku tak masukkan cerita2 yang sepatutnya ada dalam blog ni. Ini sebab aku tak seaktif sekarang berblogging. So kalau korang nampak je tajuk entry aku THROWBACK, means that cerita2 tu dalam lingkungan tahun 2010 hingga 2012 punya cerita.

Faham????? tak faham kaluuuuuuu lantak kau lah Bedah.. mak tak paksa kau baca.

~Dalam entry ni tak banyak gambar dan cerita sangat sebab cerita dah lapok.. kalau nak tengok entry penuh sikit, boleh tengok kat sidebar blog aku ni tajuk Bandung 2013~

*********************************************************************
Hari terakhir di Bandung.. sebelum kitorang ambil Cipaganti untuk ke Jakarta haritu, Pak Budi ada bawa kitorang ke Trans Studio Bandung. Tapi tak masuk sebab rushing time tu. InshaAllah next year ke Bandung boleh lah bawa Khairine & Danish sekali masuk sini. Mesti diorang happy.. mesti koyak rabak poket Babah diorang.. hahahaha.


Bergambar dengan sign Trans Studio pun jadilah.. tanda aku dah jejak kat pintu depan Trans Studio Bandung =) kau abaikan je lah muka tanjat laki aku tu.. dia memang selalu buat muka tanjat2.. muahahaha.


Depan kaunter ticket.

Luas betul kawasan kat luar Trans Studio ni.. sebelah tu ada shopping mall.

Cukup time, Pak Budi bawa kitorang ke station Cipaganti. Salam2 say gud bye dengan Pak Budi kitorang pun bertolak dari Bandung terus ke Jakarta =)

Ini lah Cipaganti yang aku dok sebut2 tu.. transport ni setahu aku untuk ke Bandung - Jakarta & Jakarta - Bandung. Tempat2 lain i'm not sure.

Info : Tambang untuk seorang Rp100,000 bersamaan duit Malaysia RM34 tapi ini harga untuk tahun 2012 masa aku pergi dulu. Sekarang ni kalau tambang dah naik aku tak pasti lah.
Cipaganti ni ada station dia sendiri. Masa aku turun di Jakarta Airport haritu, aku ambil Cipaganti dari airport je. Boleh book awal2 sebelum naik means that ko siap2 lah beli tiket kat station dia sebelum nak teruskan perjalanan. Cipaganti ni not all the time ada, dia ada time2 tertentu untuk perjalanan.. Kalau kat Malaysia ni ibarat macam ko naik bas ekspress lah.. kena tunggu time bas tu gerak pukul berapa. Perjalanan mengambil masa dalam duasetengah jam Bandung - Jakarta.

Tadaaaa.. magic aku dah sampai Jakarta. 

Kat Jakarta last time aku tak sewa hotel. Aku tinggal di rumah kawan aku nama dia Leeza. Dia ni dok Jakarta sebab laki dia kerja kat Jakarta. So aku dah save bajet disitu tak payah keluar duit untuk sewa hotel.. hehehe. beruntung juga macam ni.. pergi Bandung ada member, pergi Jakarta pun ada member. 

Tapi tahun 2014 Leeza dah tak tinggal di Jakarta lagi.. Dia nak pindah ke Europe. Laki dia kerja kat Europe pulak. Itu pun dia dah pesan kat aku awal2 ajak aku ke sana. InshaAllah.. kena kumpul duit banyak2 dulu baru boleh pergi kot.. hehehe.

Masa aku sampai Jakarta, aku terus roger Leeza.. memang dia suruh sangat2 aku lepak rumah dia.. dia kata jangan bazir duit dok hotel, tinggal kat rumah dia je. So aku pun setuju je. Dari station Cipaganti Jakarta nak ke rumah Leeza dah dekat sangat2.. tapi disebabkan kitorang punya bag berkodi2 nak kena kendong, so kitorang ambil blue bird je untuk ke Thamrin City Residence.

Rumah Leeza betul2 depan swimming pool ni.. Kalau anak dia nak mandi bukak pintu je terus terjun.. hahaha. Nasib baik anak dia kecik2 lagi dah pandai berenang. So Leeza tak risau sangat kalau anak dia berkubang dalam pool ni.

Sampai je rumah Leeza, letak barang2 semua Leeza ajak makan kat Gedung Thamrin City.

Rumah si Leeza tu sebelah je dengan Gedung Thamrin City ni.... Kalau jalan depan sikit dari rumah dia, ada Grand Indonesia & Plaza Indonesia.. nak ke Hard Rock Jakarta pun jalan kaki je dari rumah dia. Kawasan rumah Leeza ni ibarat macam kat kawasan Bukit Bintang juga lah.. Rumah depan Pavilion je.. gittue. Kagum aku.

Jalan2 shopping2 baju sikit kat Gedung Thamrin City, Leeza ajak lepak Kopitiam pulak.

Macam biasa, aku akan order pisang goreng keju. Ini enak ya buk.. hehehe


Malamnya pulak kitorang dinner di Marche, Grand Indonesia. Jalan kaki je babe datang sini..dekat giler rumah si Leeza ni dengan segala macam tempat.. curlassss sangat =)

Bergambar dengan lembu pulak.. Badan Leeza ni lagi kecik dari aku.. tapi kecik2 pun tu ha anak dia.. Syakira nama dia.. Syakira!!! Auntie Zaza miss you darling =)


Sementara menanti hidangan tiba donggg.. ha kau!! sepiking Indon terus aku.. hahaha

Ini food aku.. 

Kat Jakarta aku tak jadi sakai gambar sangat.. sebab kepenatan yang amat. Kat Bandung je berjalan dari pagi sampai ke malam.. sampai Jakarta pulak berjalan jugak lagi. Time rest aku cuma malam je.. itu pun time tidur. huhu

Kiri tu Peter.. suami Leeza.. yang kanan tu Nizam.. suami aku ;P

Peter ni walaupun dia convert Islam, tapi dia pandai cakap indon okeh.. atee kata kerja kat Jakarta.. takkan nak cakap omputeh je sokmo kannn. Tapi dengan Leeza dan anak dia Syakira dia speaking london. Dengan kitoang pun speaking london juga. Terbelit lidah Kak Jah cakap omputeh.. muahahahaha.

Ini lah kawan aku yang berada di Jakarta.. Makasih semua atas layanan yang baik banget sama aku dan Nijam.. ada umur kita ketemu lagi ya =)

Habis je makan kitorang ronda2 jap kat dalam Grand Indonesia.. kat belakang kitorang tu nama dia dancing water. Kagum giler tengok air tu memancut2 dalam mall.. hahaha



Balik2 muka aku je kat sini kannn.. hahaha. Nizam tak nak bergambar sebab dia sibuk berborak dengan Peter. So aku suruh Leeza je yang snapkan gambar aku. Sesekali datang sini mesti lah nak bergambar puas2 =)

Keesokannya kitorang dah nak balik. Blue Bird ni teksi. Teksi ni kitorang ambil dari lobby rumah Leeza je. Call customer service Thamrin City Residence tu suruh dia book kan teksi, nanti kitorang dah ready turun je teksi dah memang tunggu.

Info : Kalau korang pergi Jakarta, better ambil teksi nama Blue Bird ni.. kalau ambil teksi lain dikuatiri kena tipu atau dia akan tekan harga nanti.. lagi2 dia tengok korang orang luar dan bukan warganegara Indon.



Otw to airport Jakarta. Gambar2 ni aku snap dari dalam Blue Bird je. semua pemandangan sekitar Bandar di Jakarta.

Phewww habis juga cerita throwback Jakarta Bandung 2012 aku ni. Next throwback nanti aku nak update cerita aku pergi Legoland 2012 pulak. Dah nak masuk dua tahun pun cerita Legoland tu tersadai tak buat entry.. hehehe.
Read More

Throwback - Kampung Daun, Bandung

Tengok tajuk atas tu.. Throwback kann??? Ok jangan banyak complain eh.. ini entry imbas kembali. Aku akan masuk kan cerita2 throwback aku ni berdasarkan tahun. Since wujudnya blog ni tahun 2010, ada some of story aku tak masukkan cerita2 yang sepatutnya ada dalam blog ni. Ini sebab aku tak seaktif sekarang berblogging. So kalau korang nampak je tajuk entry aku THROWBACK, means that cerita2 tu dalam lingkungan tahun 2010 hingga 2012 punya cerita.

Faham????? tak faham kaluuuuuuu lantak kau lah Bedah.. mak tak paksa kau baca.

~Dalam entry ni tak banyak gambar dan cerita sangat sebab cerita dah lapok.. kalau nak tengok entry penuh sikit, boleh tengok kat sidebar blog aku ni tajuk Bandung 2013~

*********************************************************************

Destinasi seterusnya kita lunch di Kampung Daun. Dekat sini tempat dia memang cool.. memang macam perkampungan berdaun pun sebab kawasan dia dipenuhi dengan pokok2 dan daun2. Kalau kat Malaysia ni ala2 macam kat Nailis kat Sentul je. Tapi bagi aku kat Kampung Daun ni lagi best kot.. sejukkkkk je pemandangan dengan pokok2.. tempat makan pun dalam pondok. pssstttt kat Kampung Daun ni tak ada nyamuk yer macam kat Nailis.. hahaha. Kalau kat Nailis tu siap pasang ubat nyamuk bawah meja siap berbintat-bintat kaki tangan dibuatnya.. silap2 haribulan boleh terbakar meja.. hahaha.


Sign to Kampung Daun


Selamat Datang ke Kampung Daun.. sebelah kitorang tu kawan office Nizam dengan wife dia.


Setiap sudut lepas pintu masuk Kampung Daun ni memang cantik2. so aku sentilkan je lah gambar2 pemandangan yang cantik2 kat sini ye.

Cantik2 ya pelayan disini.. diorang ni kalau datang Malaysia sah2 jadi maid atau cleaner je.. hehehe.


Makan duduk kat pondok.. cool giler sejukkkk je sekeliling pokok2 yang menghijau =)

 Kok mau tidur ya Pak Nijam?? ekekekek

Ok mari order makanan..


Uikks sampai tertutup mata Pak Budi terkena flash camera.. hehe

Jom tengok apa yang kitorang makan.. tapi aku dah tak ingat apa nama menu yang kitorang order.. 



Selesai makan, perut pun kenyang ambil gambar duatiga das kat area2 Kampung daun lepas tu chow ke Rumah Mode pulak.


Jalan nak ke Kampung Gajah ni sehaluan je dengan Kampung Daun tapi tak sempat singgah.. rushing nak ke Rumah Mode.. 

Kalau kat Bandung ni, satu hari suntuk berjalan pun tak sempat.. mostly kedai2 kat sana cepat nau tutup. Even Pasar Baru pun pukul 6pm dah nak tutup.. cisss!!

Masa otw tu Pak Budi ada tunjuk kat kitorang rumah2 orang kaya di Bandung.. kemain besau rumah2 diorang.. rumah2 artis pun ada juga Pak Budi tunjuk.



Ohhh sebelum ke Rumah Mode Pak Budi bawa kitorang ke Kartika Sari dulu.. nak beli kek siap2 sebab keesokan harinya kitorang dah nak bertolak ke Jakarta so takut tak sempat.



Wajib ambil gambar kat sini kalau ke Rumah Mode.. aku percaya.. orang2 Malaysia yang datang sini MESTI ambil gambar kat sini juga.. ya kannn?? ya kannnn????.. muahahahaha.


Tram Rumah Mode.

So itu lah serba sikit cerita hari kedua aku di Bandung tahun 2012.. Untuk tahun 2013 punya cerita ke Bandung korang tengok kat sidebar sebelah kanan blog aku ni under Holly Jolly Holiday yer.. 

Past part throwback aku nak cerita pengalaman aku di Jakarta pulak yer. Itu nanti aku ceritakan.
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah