Friday, August 8, 2014

#RayaZaza2014 - Raya Kedua dan Ketiga

Cerita hari raya kedua kalau nak ditebarkan kat blog ni memang panjang.. nasib baik tak ada gambar yang boleh nak di show off kan... hahaha. Raya kedua kitorang semua tak boleh keluar. 

Planning dah cantek dah nak keluar beraya rumah sedara-mara.. belum sempat kitorang nak melangkah keluar rumah ada je yang ASSALAMUALAIKUM.. ASSALAMUALAIKUM.. kitorang cuma mampu jawab salam je.. lepas tu aku, kakak Nizam, dengan Makcik Nizam berperang2 kat dapur menyiapkan makanan untuk tetamu.. hahaha. Nak tunjuk good-good punya pasal aku suruh SIL duduk depan je layan sedara mara.. biar aku dengan Mak Andak je handle kat dapur ni. Kau rasa hebat sangat tak perangai aku sampai suruh SIL jangan masuk campur hal2 kat dapur?? hahahaha. 

Sampai terangkat kain ko mengira duit yer.

Ini je lah satu2 nya gambar hari raya kedua yang aku ada.. ni pun BIL yang snap.. BIL ada snap gambar haritu tapi semua dalam simpanan dia.. tak share pun dengan aku.. kejam tau :(

The end cerita raya kedua.

Mari sambung cerita raya ketiga pulak.

Raya ketiga baru dapat kebebesan sikit nak melangkah keluar rumah. Haritu aku & family keluar dulu sebelum family Kakak Nizam keluar. So kitorang pergi Melaka Parade kejap sebab Khairine sibuk nak beli purse Monster High dekat Parkson. Tengok lah budak2 ni.. pantang dapat duit ada je benda yang dia nak beli.


Gumbiranya hati beta raya2 nak pergi shopping complex.. hahaha.. padahal kat Kolumpor pun ada shopping complex.. yang nak teruja lebih2 sangat dah kenapa?? ;P

Mari tengok gelagat dia.. Si Danish dengan Babah dia pergi ke side mainan budak2 lelaki. Aku melayan budak perempuan ni.


Tengah pikir.. apa lagi aku nak beli selain dari purse Monster High..


 Mummy.. nak pilih yang mana satu ni??




Barang yang dia pilih untuk dia sendiri aku yang kena bayar. Pastu dia kata nak beli untuk kawan dia skali.. barang yang dia nak belikan untuk kawan dia tu dia kata dia nak bayar sendiri.. Ewah-ewah murah sangat hati anak aku ni siap nak belikan untuk kawan. Sukati lah Khairine oiii.

Lepas tu baru sambung pergi beraya rumah Pakcik Nizam kat Klebang.. lepas tu balik.. Payah jugak eh beraya kat kampung.. sampaikan kita tak boleh nak keluar rumah disebabkan orang bertalu2 datang bertandang.. tapi bagus lah macam tu.. baru lah raya namanya.. tahun depan nak try beraya kat obersi pulak lah.. hahaha phuiiitt ;P


Baru dapat lepak santai2.. tu pun dah pukul berapa.. cer tengok kat gambar tu pukul berapa.. T___T 

Dah tu je cerita raya.. kedua ketiga aku.. raya keempat kitorang pergi splashing2.

Eh lupa nak selitkan gambar raya pertama kat entry raya pertama semalam.. 


Nah.. ngeeee :D

Nanti aku sambung cerita lagi yer =)

25 comments:

  1. assalamualaikum
    singgah pagi
    sory sangat2 bz x sempat nak singgah lama2
    anyway jemput datang open house anum ya

    ReplyDelete
  2. tahun depan baru turn melaka...memang best beraya kat sana,.,.

    ReplyDelete
  3. splashing splashing tu i tunggu...yang jadi teruja tu sebab dia punya shopping complex environment lain sikit...hik hik hik...

    ReplyDelete
  4. bukan anyam ketupat eh.hahaha.beb asal ko kurus sgt.share ah!

    ReplyDelete
  5. amboiiii mcm org kaya baru dok kire duit anak dara tuuu....pastu tgk plak pic die pening pilih ape nak soping...kemain lagi haahahahaha.... ko pun mcm aku gak, raya2 pi mall hahahaah...mcm aku ape aje laa mall ade kat kluang tu tapi tetap excited nak pergi.....kekdahnye ari raya berjalan di mall gituuu hahhahahahahaah

    ReplyDelete
  6. Kalau beraya di kampung memang macam tu. Bila lewat keluar rumah bermakna tak boleh keluar dah sebeb tetamu dah mula berkunjung tak henti..

    ReplyDelete
  7. bagus khairine ingat betul kawan2 dia
    budak2 zaman skang ni zaza..
    derang berkawan dasat2
    my daughter dpt duit raya dr kawan dia..
    haru betul!!
    macam dah kerja gaji beso bg duit raya kt kawan..hahahaha

    ReplyDelete
  8. hamboiiii gayaaaaa tu mcm tokey besar!!!

    ReplyDelete
  9. Dapat duit raya terus p shopping.. kemain budak sekarang kan.. eh rasanya sama macam kita kecik2 dulu jugak la.. memang pantang ada duit lebih kat tangan sikit.. mula la mengeletis nak beli macam2 kan..raya oh raya.. kalau hari2 hari raya best la.. boleh dapat banyak duit..hahaha =D

    ReplyDelete
  10. samolah, dengan anak dara ema...dapat duit raya dah berkira nak beli barang mainan dia.. tapi bila suruh belanja...kedekut bukan main lagi....tgh anyam ketupat hp ke?

    ReplyDelete
  11. Kerlas budak2 sekrang ni eh kak jah. Siap handbag tu pergi shopping. haha

    ReplyDelete
  12. Cik Jah.....gitulah kalau raya kat kg.....lebih lagi rumah org yg lebih tua....mmg tak dapek nak berayo. Tu yg kadangnya ngelat jer siapkan air sirap satu bekas pas tu kami pergi beraya hehe...
    Jah bukan main cantik lagi ko nak tido....mcm nak berjalan weyh.....

    ReplyDelete
  13. Lupa lak nak komen tang anak dara tu....
    Untung dpt anak pemurah gitu....
    Samalah mcm TLBD....duit Raya dia dah buat beli Barbie Doll remaja...huhu

    ReplyDelete
  14. kak jah mna gambo full kebaya nyonya tu cantik la kaler hijau i likeeee ;p

    ReplyDelete
  15. salam. amboiii..dapat duit raya..shopping terus hehhehe

    ReplyDelete
  16. Pemurahnya anak dara ko ni jah. Bagus. NI suka shopping ikut sapa ni ☺☺☺

    ReplyDelete
  17. Problem lagi ke feed blog i tu u.. Ingat dah selesai dah isu tu.. Add feed pakai link ni http://feeds.feedburner.com/hazminhamudin

    ReplyDelete
  18. Macam akak juga zaza.. kena cepat-cepat keluar kalau tidak tetamu dah datang.. bukan nak mengelak tetamu datang.. tapi kita pun nak pergi menziarahi kaum keluarga yg lain juga kan :)

    ReplyDelete
  19. selamat hari raya kakak. bestnye dorang dpt duit raya.. terinagt kenangan lama2 time kecik2.. uwaaaa syokknyeee

    ReplyDelete
  20. syok baca citer raya kak zaza... saya masih not in a best mood nak mengarang.. he he

    ReplyDelete
  21. Laaa napa gambar last zaza menyelit...nak tgk u posing sakan baju raya hehehhe....wahhh jam 2 pagi baru anyam hp...itu biasa...itu biasa...tp bagus lah zaza ni rajin menolong di dapur...sungguh suka bergaul mesra org yg rajin ke dapur...zaza update lg ye...sorry baru nak marathon baca blog you laju2...hehehhe winduuu kak jah

    ReplyDelete
  22. hahah. ketawa ros tengok pic anyam hp tu :)

    ReplyDelete
  23. Ramai jgk bertema hijau eh thn ni.. Sy bju wrna hjau xsiap.. Hehe..
    Amboi kak.. Raya sakan. Syok oo.. Sy ni klau bkn krna dah sarat, mau jauh merayap.. Hehe

    ReplyDelete
  24. kalau boleh raya nak beraya keluar je kan..taknak dok rumah..hihihi..hamboi kak berseri di hari raya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah