Sunday, September 7, 2014

Kemensah & Putrajaya

31 Ogos haritu kan hari Ahad.. malam lepas makan kat Plan B haritu Nizam dah siapkan agenda kemana arah kiblat kami sekeluarga nak pergi. He was decided nak bawak budak2 mandi sungai kat Kemensah (sungai kat belakang Zoo). Ok deal. Bila tiba harinya haritu, aku rasa macam malas je nak pergi. Rasa macam nak relax dok rumah baring-baring berehat je. Last-last Nizam kata jom lah.. siap je.. bawak baju spare skali kot-kot nak kemana-mana ke nanti. Fine.. aku pun bungkus baju spare siap-siap then kitorang terus keluar rumah. Terus menuju ke rumah Along (kakak Nizam). Tanya dia & family tak kemana-mana ke.. dia kata tak ada plan pun nak keluar. Bila Nizam pelawa ajak pergi mandi sungai kat Kemensah, terus dia pun kata OK.. aku pun terus !@#$%^&*!@#^%*$ macam tak caya yer plan asal nak pergi mandi-manda yang kononnya tak menjadi tu bertukar jadi kenyataan.. tanjat Jijah *usapdada*

Sampai-sampai je sana tengok mendung je macam nak hujan. Rupa-rupanya kat area atas dah hujan. Masa lalu area kampung Kemensah belakang Zoo tak hujan pulak. Oklah.. selagi hujan tak turun kitorang pun redah je cari port. Port yang kitorang pernah lepak dulu pulak tengok air kemain berkeladak lagi.. yer lah baru lepas hujan kannn.. memang lah air sungai tu berkeladak. So cari port lain plak.. tu pun dekat2 situ je.

Port lepak berkubang

Masa sampai tu aku tengok air berkeladak tu betul-betul buat aku tak selera nak mandi. Sampai ke sudah aku lepak tepi je dengan Along.. Nizam mula2 kata nak mandi.. hujung-hujung dia tak mandi.. ngelat betul mamat tu. Yang mandi haritu pun Abang Long dengan anak2 dia, Khairine & Danish.

Sedap je diorang mandi air berkeladak tu.. hahaha. Siap pancing ikan lagi. Ikan pun bukan lah besar mana pun.. ikan sungai yang kecik-kecik tu je.

 Budak ni mandi kejap je. Lepas tu sibuk kata sejuk.

Lepas agak-agak dekat dua jam lepas tu kitorang pun terus bungkus-bungkus nak gerak. Kebetulan Angah (abang Nizam) whatsapp tanya kitorang kat mana.. sebab nak ajak pergi jalan lepas dia dengan family dia habis bershopping. Kitorang pun terus fikir mana nak pergi lepas tu. Hujung-hujung tak ada idea mana nak pergi. Terus balik rumah Along lepak-lepak sementara Angah datang. 

End up decide pergi Putrajaya. Dalam pukul 10 malam macam tu baru gerak dari rumah Along ke Putrajaya. Sampai je area masjid Putrajaya tengok jammed gilos. Ramai orang melepak kat dataran depan masjid tu. Mentang-mentang esok tu public holiday, kemain lagi ramai melepak malam tu.. termasuklah kitorang yang tolong meramaikan keadaan kat sana.. hahaha.

 Last2 lepak tepi jalan je sambil menikmati jammed kiri kanan jalan.. hehe. Nizam siap bakar mercun thunderclap lagi.. balance mercun masa raya haritu.. buat panas je mamat tu.. hahaha.

 Selfie.. Along & Kak Ngah

Budak2 tu pantang je orang nak bergambar mesti nak nyebok jugak.. 

Selfie laki bini satu.. hehehe.

Lepak nak dekat sejam kat situ diroang terus ajak pergi ngopi kat mapley area Putrajaya. Lepak makan minum kat mapley tu dekat sejam, masing-masing kata nak balik. Ok fine. Masa kat parking kereta, Along kata jom lah lepak rumah Angah pulak.. esok bukan kerja pun.. amboi tak puas lagi melepak rupanya makcik tu.. hahaha.. terus convoi tiga kereta menuju ke rumah Angah kat Kajang.

Cerita selanjutnya nanti aku cerita kat next entry.

11 comments:

  1. memang tak selera mandi kalau air camni..seronoknya lepaking dengan family time cuti cuti ni

    ReplyDelete
  2. hahha bio betoi air sungai tu... dah mcm nk mandi lumpo gayanya ;p

    ReplyDelete
  3. Dekat je nk p kemensah tu tp ai is redha laki xsuka bwk ank mndi sungai...derr

    ReplyDelete
  4. aku tak pernah lagi bwk anak-anak aku ke tempat mandi bersungai,,.,hahaha...anak bandar anak-anak aku ni!!

    ReplyDelete
  5. baru lepas hujan ke air sungai jadi macam tu..ke...memang dah macam tu...hehehe

    ReplyDelete
  6. Seronoknya berjalan...berkubang... bunda belum pernah sampai kesana...dah lama jugak tak g picnik ..mandi2 sungai/laut... dulu selalu g sungai congkak n PD..

    ReplyDelete
  7. lps ujan air sungai mmg keroh cmtu..nak mandi pun mmg xselera..air sejuk yg amat..dataran putra tu klu mlm minggu xsah la klu x jammed..memang jd tempat lepak kt ctu..tp best..happenning klu bwk budak2..

    ReplyDelete
  8. farah tak berapa suka mandi sungai..sebab takut lintah..huhuhu.. tapi betul la zaza nampak air sungai tue memang berkeladak.. huhuhu.. tapi tak kisah la yg penting anak2 happy kan.. asyik mandi kolam jer kan..sesekali tukar pulak la.. =D

    ReplyDelete
  9. Seronoklah kan adik beradik kamcing gitu....memasing sporting.
    Dengan laki laki memasing pun sporting.... syok betui!

    Pelik jap nape lah korang boleh nak gi mandi kat Belakang zoo tu....tengok kawasan pun mcm tak best jer... tempat real dia cantik ke zaza...

    ReplyDelete
  10. DAh lama tak mandi sungai.

    Jah, umah angah ko kat kajang belah mana? Mana tau dekat ngan umah aku.

    ReplyDelete
  11. Syok mandi air sungai...hehehhe kagum lah tgk ipar duai sis semua sporting...cm ni lah best...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah