Monday, October 27, 2014

Cari Hadiah

Dua hari sebelum birthday Nizam aku dah deal dengan Shida nak pergi KLCC.. mintak dia teman aku beli hadiah birthday Nizam. Sebelum tu aku dah discuss dengan Shida & husband dia.. aku tanya kat diorang kalau aku bagi boot bola ok tak.. diorang kata ok.. kalau tidak memang tak ada idea apa aku nak beli hadiah birthday dia tahun ni. 

Balik kerja hari tu Shida dah tunggu aku kat KLCC. Cari boot kat Butik Adidas macam tak banyak choice. Dah lah tak banyak choice, harga pulak stok RM500 keatas.. hoiii apa mahal bonar!! dah lah aku budget bawah RM300 je untuk boot tu. Aku cakap kat Shida, kita delete je lah hajat kita kat kedai Adidas tu.. harga semua cekik darah. Naik pulak tingkat atas tengok kat Stadium. Banyak sikit choice yang ada.. harga pun still under budget. Ok cun!


1st choice

Pilih punya pilih.. sambil tu aku whatsapp Ali (husband Shida) suruh dia pilih yang mana satu yang latest design & yang mana berkenan kat mata orang lelaki. Ko tau lah Bedah.. orang pompuan ni mana nak tau pesen apa yang orang lelaki berkenan.. kannn???

Kalau harap aku memang satu haram jadah pun aku tak tau pasal bola.. apatah lagi nak suruh aku pilih boot.. memang tidak lah. Lepas tu tak tau brand apa yang Nizam minat.. Adidas atau Nike. lagi bertambah buntu hotak aku nak pikir.


2nd choice. 

Kalau tengok dua dua kasut ni macam tak ada beza kan?? sebanarnya ada beberapa perbezaan. Yang atas tu f10 yang bawah tu f30.. apa beza f10 & f30 tu aku sendiri pun tak tau.. bila tanya budak  promoter dia kata dia pun tak tau.. damn!! akak rasa kau belum cukup ilmu lagi untuk kerja kat tempat2 macam ni dik.. baik pergi kursus dulu sebelum kau jadi promoter kat kedai kasut. Bila customer tanya satu haper pun kau tak tau.. derrrr.

Pilihan yang ada di Stadium

Bila dah kenan dengan first choice, size kasut pulak tak tau.. hahahaha. KeBANGANGan apakah?? yang si Shida dah memekak mekak kat aku.. "tu lah kau.. dari haritu lagi aku suruh kau snap gambar boot lama Nizam kat rumah.. kau tak buat apa yang aku suruh.. abes macam mana nak beli ni??.. bla bla bla" pffffttt Makcik Joyah dah membebel kat telinga kak Jah.. Kak Jah tak boleh terima okeh.. hahaha.

Lepas tu keep whatsapp dengan Ali lagi.. bila Ali lambat reply Shida call Ali.. bising-bising suruh Ali tengok whatsapp cepat2.. hahaha dah macam kartun kitorang haritu. Lepas tu cari idea macam mana nak tanya Nizam dia pakai boot size apa.. Lepas tu Ali buat2 whatsapp Nizam.. konon-konon Ali nak pinjam boot Nizam weekend ni (weekend lepas date birthday Nizam). 


Ali whatsapp Nizam nak pinjam kasut.

Sebelum tu aku dah cakap kat Shida.. aku rasa Nizam pakai size 7.. tapi dia tak nak percaya.. dia ngan laki dia sama je tak nak caya cakap aku.. Shida kata tak mungkin Nizam pakai size 7.. Laki kau tinggi takkan kaki kecik.. cacat ke laki kau tu.. hahaha.. chilaker punya Shida.. sedap je kau kutuk laki aku kannn!! kau dengan laki kau sama je.. hahahaha.

Dah discuss dengan Ali & Shida, aku pun macam tak confident nak beli.. takut salah size. Salah size tak apa.. boleh datang tukar balik.. masalahnya size yang nak ditukar nanti dah non hado.. adoiii cobaan sungguh. Shida kata jangan beli dulu.. dia suruh aku pergi survey kat tempat lain.. kot-kot ada yang lagi menarik. Aku pun turutkan lah apa kata si Joyah tu.. then kitorang turun ke food court lepak makan.



Boot tak dapat, makan yang aku dapat.


Selfie

Esoknya aku pergi cari lagi. Kali ni aku pergi Al-Ikhsan kat Ampang Point. Masuk je kedai.. budak promoter tu attend aku. Bagus budak tu.. sangat knowledgeable memang cukup kursus untuk bekerja dekat kedai sukan.. hahaha.


Nike

Adidas

Sepanjang aku kawin dengan Nizam, aku tak tau lah haritu macam mana instinct aku boleh kuat mengatakan yang Nizam minat Adidas. Bila ingat balik rasa macam Nizam pernah cakap kat aku yang dia suka Adidas.. sebab cutting boot Adidas memang sesuai dengan cutting kaki dia yang kurus & panjang. Aku pun confident suruh adik promoter tu advice boot Adidas mana yang paling latest & yang terbaik.

Adik promoter tu suggest yang ini. Ini bukan value buy yer.. sebab dia latest, so dia tak ada diskaun. Harga RM280. Masih dalam bajet aku.. sebab aku bajet beli boot untuk Nizam below RM300.

Kalau ikutkan bijik mata aku memang aku tak berkenan langsung design ni.. dah dia kata ini yang terbaik & latest, aku pun dengar lah cakap adik tu. Ini lah pilihannya. Beli, bayar lepas tu bla. Senang hati bila dah dapat beli hadiah untuk Nizam. Adik tu kata kalau tak muat boleh tukar size. Kalau tak berkenan pattern ni pun boleh tukar.. tapi harga kena setarap dengan harga boot ni juga.. Ok lah dik.. apa-apa pun biar akak bagi dulu kat Abang yer.. kalau dia tak berkenan nanti akak datang tukar. 

Tibalah masa hari besday haritu, kitorang pergi celebrate kat Great Eastern Mall (nanti aku buat entry lain). Bila dia bukak tengok dia happy..ofcoz aku pun happy kalau dia happy. Bila Sarung tengok.. boleh masuk suku je kat kaki dia.. hahahahahahahahaha.

Malam tu jugak lepas dinner birthday Nizam terus pergi kedai tu balik tukar size.

Bila sampai kedai dia sudah berkenan pattern yang lain pulak. Amboi mentang-mentang birthday.. you paw I cukup cukup yer Bie.. hehehe.. eh tak lah aku joking je.. anything for your husband.. its your birthday katanya.. *matakeatas*.

Mula-mula dia berkenan yang ini..


End up ini yang menjadi poojaan hati dia.. Amboi price tag terang2 kau tayang kat situ yer Jah!! Memang saja nak menunjuk pun.. hahahaha. Lahai bukan boot mahal sangat pun.. aku tau laki aku bukan pemain bola professional.. boot yang harga RM300 pun jadi lah kann.. janji dia suka :))

So balance kena tambah duit. Boot yang mula-mula aku beli tu harga RM280.. tambah lagi RM29 ambik yang ini.

Bangga Kak Jah bila suami suka hadiah pemberian isteri tau.. hehehe. Hope you tak hangat-hangat chicken shit lah main bola lepas ni yer Bie.. hehehe.

26 comments:

  1. wah...bestnya...semua kasut tu nampak cantik

    ReplyDelete
  2. bila lagi nak pow duit bininya..time besday dialah....apapun happy birthday to nizam yer.

    ReplyDelete
  3. Untung lah bday boy. Cantik boot tu jah.

    ReplyDelete
  4. memang cantik bootnya...berbaloi belikan untuk hadiah...

    ReplyDelete
  5. next time pegi al ehsan je senang. dorang boleh terangkan. shida tu budak args ker?

    ReplyDelete
  6. nak suprise punya pasal sampai ada banyak drama ye kak..hehe..lepas ni nak membeli hadiah yang berkaitan kena tahu the exact size or whatever..hihi..Alhamdulillah..jadi seronok bila husband suka dengan hadiah tu kan :)

    ReplyDelete
  7. untung suami kan... dpt hadiah kasut!! apapun heppy belated besday :)

    ReplyDelete
  8. hahahahaa...tak boleh blah bila boleh masuk suku je !hahahaha....nasib baik nizam pandai siap paw extra skit lagik! :D

    ReplyDelete
  9. hepi birthday untuk nizam.pasni makin semangat la nak score..hehehe

    ReplyDelete
  10. wahh..baekk punya planning..siap suh member tny lg siza ape..untungla besday boy..lps ni bersemangat la lg nk main bola..

    ReplyDelete
  11. bekenan yang oren tu..tapi nak beli pun suami tak main bola..dia main badminton je..hehehe
    Untung la encik suami..isteri hadiah kan boot..pada saya mahal dah tu..kalau saya jadi suami tu mesti melompat tersengih2 la..heheh

    ReplyDelete
  12. Betul bukan nilai kasut itu tapi kasih yg terpetri indah itulah yg lebih memberi erti
    Tapi cantiklah pilihan en nizam tu - sweet warnanya.

    ReplyDelete
  13. Kalau kasut sukan i pun suka brand adidas..lg better la zaza

    ReplyDelete
  14. suka idea nak tanya size kasut tu..hihi

    ReplyDelete
  15. amboii kemain nizam nak yg mahal yer..hehehe..tp tak dinafikan memang cantik pun kasut pilihan dia.. hehehe.. Btw Happy Birthday buat nizam yer...=D

    ReplyDelete
  16. Hebat usaha akak ngan kak shida tu pi cari hadiah encik suami hahahhaha kelakar tau baca siap kak zaza tak ingat size kasut suami hehehhehehhehe...takpe janji hasilnya memuaskan hati dpt tukar balik yg baru...takpe dh tanjatkan birthday present utk hubby tu cukup memuaskan hati...untung suami sis...yeyyyy lepas ni leh main bola puas2

    ReplyDelete
  17. Bab kasut mmg susah kalau lelaki...eh bukan kasut je la...semua serba serbi...payah....

    ReplyDelete
  18. Slalu kata wife yg memilih sgt...klu ikut huby shoping lg pening..tu tak bekenan ni tak sesuai..yang tu tak cantik...:p

    Anyway suka baca blog mrs zaza ni..sempoi n menarik. :D

    ReplyDelete
  19. Slalu kata wife yg memilih sgt...klu ikut huby shoping lg pening..tu tak bekenan ni tak sesuai..yang tu tak cantik...:p

    Anyway suka baca blog mrs zaza ni..sempoi n menarik. :D

    ReplyDelete
  20. Beruntung suami akk.. Xpela kak.. Bkn selalu.. Hihi

    ReplyDelete
  21. sy baru lepas beli kasut PUMA for ladies. harga memang cekik darah betul. tapi sebab org blanja, kite senyum je :)

    ReplyDelete
  22. Laki Cik Bedah lagilah tak pernah ada boot haha..... Tak pe ar bang Jebat pandai main bola.....elok sangatlah dapat boot. Eh bezday korang ni dekat dekat eh.....patut pun memasing berlawan hadiah haha....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah