Tuesday, October 14, 2014

Family Outing

Sabtu haritu Nizam ajak pergi makan Pizza.. ingatkan Pizza Hut or Dominos.. dah terbayang kesedapan Dominos haritu.. skali dia kata Papa John's.. hurmm boleh lah.. janji dia belanja.. hahahaha.

Apa2 hal pun.. kita tebarkan gambar tuan blog dulu kat sini.. baru lah korang bersemangat nak baca blog aku.. haha


Menanti Pizza datang bertandang ke meja untuk di santap.

Masing2 dok renung menu.. bapak diorang suruh pilih sorang satu Pizza..  bukan main tekun. 

 Pizza 1.. tak tau apa ke nama Pizza ni.. bukan tak tau.. tapi tak ingat.. hahaha.


Pizza 2..  Seafood apa tah.. nampak udang je terus kata seafood.. hahaha boleh lah tu.. mana nak ingat pun.

Ni macam roti.. dalam dia ada tuna.. makan panas2 sedap oiii.. 

Chicken Wing. 

Mula2 budak waitress tu cakap chicken wing ni ada 12 ketul.. tanjat Kak Jah.. dok bayangkan 12 ketul tu mesti penuh sepinggan.. sapa nak abeskan.. Pizza dah 2 pan, tuna tu lagi.. nak sumbat air lagi.. sekali tengok.. ek elehhh besar bijik je chicken wing dia.. kecik nau!

4 orang 4 air..

Lepas setengah jam clean semua makanan dalam pinggan.

Lepas habis makan jalan2 kejap dalam Alpha Angle lepas tu chow pergi rumah kakak Nizam. Tengah lepak2 kat rumah SIL terus terpikir nak ajak dia pergi pasar malam Jalan TAR. Dia pun ON aku pun ON.. Nasib baik Nizam ada main bola petang tu.. so aku pergi berlima je SIL dgn anak dia, aku & KhaNish.

Lepas ke Jalan TAR kitorang terus ke Dataran Merdeka. Lepak2 kejap kat sana tengok ramai jugak orang malam tu.. malam minggu katanyer.. haruslah ramai orang melepak kat dataran tu. 

Si Dolmat main bailon :D

Budak2 ni bukan boleh nampak benda mainan.. ada je nak membeli. Main belon ni pun jadi jugak.. nasib baik dua hengget je semangkok.. kau main lah situ.. aku lepak tepi je sengan SIL sambil basuh2 mata tengok orang keliling.

25 comments:

  1. yummy yummy..
    baru planning minggu ni nak makan pizza pulak dengan anak2 ^_^*

    ReplyDelete
  2. bestnya tengok pizza tu..akak dah lama jugak tak menjamah pizza nie...heheh

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak pekena pizza. Sedap tak pizza papa john's? Tak pernah makan.

    ReplyDelete
  4. yg mcm roti mcm sedap la...
    amboiii main buih dlm besen je ek hahha sib baik 2hengget jek

    ReplyDelete
  5. amboiiii seksi sgt pizza ko ni jah!!!

    ReplyDelete
  6. yg roti ikan tuna tu nampak menarik. nak kena cuba kalo gi situ nanti

    ReplyDelete
  7. bestnya anak2 dh besar..mak ayah muda lagi hehe

    ReplyDelete
  8. hahahaha..dia guna wing ayam serama tu Zaza ! Tu pasal saiz mini!

    ReplyDelete
  9. kalau dataran tu malam minggu memang havoc :)

    ReplyDelete
  10. Lama btl tak makan pizza.. tergugat tgk..huhuhu.. =D

    ReplyDelete
  11. sesekali family outing memang habiskan masa dengan macam² aktiviti..baru seronok.

    ReplyDelete
  12. kat penang tak de papa John .. Papadom banyak le..ekekke

    ReplyDelete
  13. amboi kak jah kita...sedapnyer nyum2...tak pnh lg makan ppapjohn nih..roti tuna tu tangkap leleh tu....

    ReplyDelete
  14. Series lama betul x hadap pizza ni...entahlah dimana hilang mood nak makan pizza hahhahahha sedap yer chicken wing tu...cm terpengaruh je hahahha...ok nak kumpul duit OT kerja nak belanja Qi mkn pizza nanti la...weeeeeeeeee

    ReplyDelete
  15. Amboiiii nak makn pizza bukan main lagi bercelak satu bulatan mata haha....
    Tapi ko mmg cantiklah Kak Jah...mcm Ashwara Rai gitu....
    Nampak mcm mengghairahkan jer Roti dalam tuna tu yek.... Pernah makan sekali jer Papa John ni lama dah tak pekena...

    Eh belon tu dah tak yah tiup dah yek....

    ReplyDelete
  16. dah lama juga x berdominos... klu pizza hna prefer dominos. tp cita rasa org kan lain2

    ReplyDelete
  17. Sebab itulah anak-anak cute comel sebab lepas makan mereka exercise Zaza.
    Kita ni dah makan lepak dok tengok mereka manalah lemak tu nak pergi jauh:)

    ps: cantiklah warna lipstik hihi...

    ReplyDelete
  18. Lama tak singgah sini Zaza oiii... Dataran merdeka tu tempat lepak2 malam minggu zaman bercinta oiii...ahahahaa...

    ReplyDelete
  19. macam best je papa john ye pizza..
    akak nampak muda,ingt tak kahwin lagi..hehe

    salam perkenalan
    jemput ke blog nana

    ReplyDelete
  20. lepas tgk org,mengata lettew.hahahaha.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah