Friday, February 28, 2014

Bual Kosong

Dalam hati ni menjerit2 nak update cerita kat blog.. tapi tak ada ilham apa yang nak  dijoyahkan.. gambar selfie pun tak ada nak ditayangkan.. gambar gedik santai pun non hado.. semua tak ada.. tu yang terbengkalai dua hari blog ni tanpa khabar berita.. tapi aku still BW.. nak membizibodi lah katakan... hujung2 nanti hakak dapat lah hadiah top komentar.. hahahaha.

Semalam aku ambik halfday kerja.. ada hal melibatkan wang wang wangggg.. *cerita asek nak gempakkkk je Kak Jah kau ni.. haktuihh* sebelum blah dari opis semalam, Nizam datang area opis aku.. kitorang lunch sama.. rasa macam dah lama sangat tak luncheon sesama laki bini.. itu pun nasib je dia sempat datang lunch dengan aku sebab dia ada meeting kat CIMB sebelah Sogo.. kalau tidak memang haram lah dia nak datang saja2 nak lunch sesama dengan bini dia ni. Tapi tak apa.. kat rumah masih boleh tatap wajah dia jugak kannn.. buelkkkk ;P


Petang pulak member aku ajak lepak coffee2..  so lepak kat Coffee Bean Ampang Point je yang paling nearest dari rumah.


Dah tu je cerita semalam.

Apa nak dibualkan lagi ek dengan korang.. masalahnya aku tak ada cerita best pun nak ditayangkan kat sini. Esok dah weekend.. planning tu ada.. tapi tak decide betul2 lagi.

Rabu haritu Nizam buat aku tanjat secara tiba2.. dia kata weekend nak bawak anak2 bini dia pergi mandi. Aku tanya ke mana.. dan2 nak ajak pergi Lumut.. lepak kat Marina Cove Resort hoiiiii giler ke apa??? ajak pergi Lumut macam ajak balik hari.. tak nak aku.. jap lagi penat dalam kereta je lebih dari enjoy kat sana nanti.. karang cair make-up hakak duduk dalam kereta berjam-jam.. dah tak jadi perempuan jelita lagi.. hahaha *mampos lah kena kecam dengan orang ramai jap lagi ni*.

Kalau ajak pergi PD aku boleh tahan jugak lagi.. setakat perjalanan sejam lebih je.. Lumut kaluuuuuuu jauh yer! Elok pun tak jadi ke Lumut.. by the time dia nak book hotel haritu dah fully booked.. hahahaha. Tu lah.. siapa suruh buat plan tanjat2.. kan dah kempunan.

Tengok lah esok ke mana arah kiblat kitorang nak merayap.. kalau ada cerita best nanti aku share cerita dengan korang next week ok =)
Read More

Tuesday, February 25, 2014

Cara Mendidik Anak Dengan Betul

Picture & article C&P from FB 
https://www.facebook.com/diarihati

22 Cara Mendidik Anak Dengan Betul


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya
Anugerah Allah yang Terindah.
Read More

Monday, February 24, 2014

Throwback Part 3 - Legoland Malaysia Oktober 2012

Tengah kekontangan cerita ni baiklah aku habiskan cerita throwback.. tersadai lama dah dalam draft.. asal bukak draft je menung.. menung tengok entry draft tah bila nak dipublishkan.. so harini marilah kita keluarkan sebelum entry ni diabaikan untuk selama2nya dalam draft tu.

Aku tak tau nak tulis apa.. dah tak ingat dah apa yang terjadi kat sana time tu.. dah masuk dua tahun kot pergi.. mana nak ingat sebijik2.. tengok je lah gambar yang ada.. korang buat lah karangan sendiri berdasarkan gambar yer.. janji entry throwback ni ada dalam list kat blog aku.

Royal Joust.. 

Sementara menunggu Khairine & Danish naik kuda lego, bagi mak kau posing kat sini kejap ambik angin.


Nak mak nyanyi lagu Sharifah Aini tak?? lagu kuda... hahahhaha


Lari lahhhhhhhhhhhhhh. kuda ku lari gagah berani.. ayuh lariii.. hahaha! betul2 punya tak ada idea apa nak aku carotkan kat entry ni.. phuii.

Ehh malas lah nak sambung cerita ni.. gambar semua dah campak dalam fb.. aku publish je lah dulu entry ni.. sok sok kalau rajin aku edit & sambung lagi entry ni sampai siap eh.. hahahaha..

Habis sudah entry Throwback Legoland 2012.. Nanti nak kena korek lagi gambau yang ada kat dalam folder lappy apa lagi bahan yang boleh aku buat entry throwback lagi. Boleh bagi korang menyampah tengok gambar & baca cerita2 kepam aku.. kannnn??? kannnn???? kannn???? muahahaha.
Read More

Sunday, February 23, 2014

Menang Katanya


Macam real je kannn... boleh percaya ke ni??? Aku rasa kalau korang pun mesti was2 nak percaya kannn?? 

Kalau betul lah ni.. makcik kayo nak oiiii!!! hahahhaa.
Read More

Friday, February 21, 2014

Senda Gurau Laki Bini

Meluat tak baca tajuk entry aku harini?? hahahaha

Aku baru je install apps Blogger kat handphone.. so senang nak BW at the same time boleh update blog laju2.. untuk entry yg simple2 ok lah pakai apps ni dari hp.. lagi pulak apps ni sebijik sebijik rupa dia macam original apps kat lappy.. nak ejas margin ke, nak buat link ke, nak letak gambar ke, semua2 tu ada kat apps ni.. cuma agak kecik sikit lah screen hp kalau nak dibandingkan dengan screen lappy.. kira ok lah ni untuk simple2 entry. 

Sebenarnya aku nak cerita benda lain... alang2 dah menjoyah tu.. aku sentilkan cerita lain sikit dulu sebelum masuk cerita kisah sebenar.. hahaha.

Semalam aku gelak kan si Izwa.. dia ada up status kat fb pasal dia ajak laki dia pergi Pantai.. konon nak fifiling lepak tepi Pantai ar tu.. aleh2 laki dia reply message kata ajak pergi Pantai Dalam ajoss.. hahaha padan muka kau Wa ;P

Dalam pada gelakkan orang, hujung2 diri sendiri yang terkena dengan laki sendiri.. caner tu???  
Conversation aku & Nizam dalam whatsapp semalam.

Aku suruh bayar dia kata baiya (bangla).. hahahaha kongajar kan laki aku!! phuiiiii. Dah lah letak entry free2 je kat blog aku.. suruh bayar tak nak plak.. hahahhaha

Aku tanya siapa yang komen kat blog aku ni..  Nizam kata dia tak sure sebab yang komen tu anonymous.. dia syak mesti lah kawan2 dia yang pergi sesema ke Jogja haritu.. aku pun rasa gitu jugak. Saja je gatal2 nak tanya sebenarnya hehehe *gelaktutupmulut*

Balik kerja semalam Nizam bagitau aku.. rupanya memang yer kawan dia yang sama2 ke Jogja haritu yang komen kat blog aku.. Auuwww hakak bajet diva fofuler sangat bila kawan2 laki hakak sudi datang baca blog merapu kerapu hakak ni tau!!! thanks uolls.. next time kalau korang pergi trip lagi and nak masukkan cerita dalam blog hakak, sila bayar yer!! hahahaha. *jelingmautkatdiorang*

Ehhh choppp!!! aku nak tunjuk kat korang sesuatu.. nak tengok??? 

gambar KLCC je.. 

Weekend lepas pergi breakfast lontong yang sedap nak arwah kat Kampung Baru, balik dari breakfast memang kena lalu depan KLCC kalau nak balik rumah.. dalam pada berenti tengah traffic lite meroh, hakak Jah saja2 lah snap gambar kat atas ni.. bila tengok balik gambar ni kat handphone terus cakap dalam hati.. ehhh macam cantik pulak angle yang aku snap ni... dengan cahaya matahari terpancarnya time tu.. awan membiru.. pandai jugak aku ambik gambar rupanya..  padahal snap guna handphone je pon.

Boleh puji diri sendiri??? kau mampu???? hahahaha.
Read More

Thursday, February 20, 2014

Khairine & iPon Por Es

Waduh waduh waduh.. bz banget dari pagi.. sampai tak sempat nak jenguk korang. Ni pun baru ada chance panjangkan leher nak mengupdate blog.. mahap ku pinta yer =)

Mesti korang pelik kan kenapa tajuk entry aku macam bangang giler.. bukan lagi macam.. memang bangang punnn.. hahahahaha. Sebenarnya iPhone 4s. Ini kes "kehendak yang terlampau" anak aku lah ni.. saja ubah spelling tajuk entry ni.

Apa dia "kehendak yang terlampau?" meh baca cerita ni.. cewahhh macam gud2 je kau Jah.. ilex ar nyah.. tetengahari buta ni chill lah sikit sebelum keluar lunch ok.. ke korang awal2 lagi dah mencekik???

Sabtu lepas2 tak ingat minggu bila tah.. first time aku bagi kelepasan kat Khairine pergi ke rumah kawan dia. Tapi still under control ar.. nak buat homework katanya dengan classmate dia. Pukul 12tengahari aku hantar Khairine ke rumah kawan dia..  Dah kasi dia makan kenyang2 dari rumah baru aku hantar dengan berbekalkan handphone dia ke sana.. senang nanti aku nak call or dia call aku kalau dia dah puas menggelinjang kat rumah kawan dia tu. Dekat je dari rumah pun. 

Sebenarnya aku tak suka anak2 aku pergi bertandang kat rumah orang. Kadang kita tak tahu hati orang.. buatnya makbapak budak tu tak suka ke anak kita pergi rumah diorang.. kita tak tahu kannnnnn. Lepas dah deal dengan parents kawan Khairine, baru lah senang hati aku nak lepaskan dia ke rumah kawan dia tu.

Kat rumah kawan dia tu aku tak tahu lah dia belajar lebih ke atau main je lebih.. Khairine tu sebenarnya joyah jugak kalau korang nak tahu. Mulut asek potpetpotpet je bercakap. Sampai Cikgu class dia pun pernah complain kat aku yang Khairine ni suka bercakap dalam class. Yang peliknya anak aku tercalon pulak tu jadi Pengawas Sekolah.. aku syak berkat kebecokan dia kat sekolah lah kot cikgu pilih dia jadi pengawas... hahahhaha ada kena mengena ke?? ;P

Nampak?? cerita dah kelaut..

Petang dalam pukul 6.30 aku pergi kutip dia dari rumah kawan dia. Masuk je kereta mula lah aku buat soal siasat.. macam2 soklan aku bagi kat dia.. hangennnn je aku tengok muka dia bila aku tanya macam2.. malas nak jawab lettew ;P Yer lah kita ni sebagai parents especially Emak2 ni kena ambik tahu apa aktiviti anak2 kita dibelakang kita. 

Yang penting anak2 kita tak menipu. Bukan nak cerita gud2 ar kann.. aku memang ajar dia dari kecik kalau apa2 benda hal sekali pun kau jangan menipu mak kau ni.. hujung2 mak kau akan dapat tahu jugak. Bukannya mak kau tak tau ayat2 & body language menipu ni.. sebab mak kau ni dulu pun PENIPU BESAU.. muahahahahaha. So tak nak kan keturunan kita jadi si penipu besau, kita lah sebagai parents orang penting yang kena tunjuk ajar/ mengajar anak2 kita untuk jadi manusia yang jujur supaya dah besar sok tak dibenci orang. Setuju ke tidok Bedah????? 

Malam tu Khairine tidur awal sebab kepenatan berjam2 dia kat rumah kawan dia. Masa dia tidur Abang aku call handphone dia. Aku pun jawab. Khairine call ke tadi? tanya abang aku.. aku pun terpinga2 ehhh yer kot tapi dia dah tidur ni.

Ohh sebelum tu kalau korang nak tau, Khairine ada tanya aku.. Mummy iPhone 4s harga dia RM40 eh.. Kau rasa???? hahahahaha.. Gelak besau mak kau ni.. kalau kat kedai orang jual patploh hengget dah lama mak kau beli selori.. siap boleh sedekah kat orang2 kampung lagi.. hahaha. Ko ingat iPhone kat luar sana jual longgok2 je ke Khairine oiii!! muahahahaha.

Esoknya berdering lagi handphone Khairine abang aku call. Tah apa dia cakap dengan abang aku, last2 dia pass hp dia kat aku.. Mummy, pakcik nak cakap *sambil pass hp kat aku* Ko nak beli iPhone 4s ke adik? kalau ko nak beli sekarang kat Malaysia dah tak keluar lagi, ko pergi website Apple  bla bla bla bla abang aku menjoyah dalam talipon.

Aku jadi pelik. Kenapa abang aku tanya aku pasal nak beli iPhone 4s... Rupanya2 ko nak tau Bedah??????? masa Khairine kat rumah kawan dia haritu dia sudah nampak kawan dia pakai iPhone 4s rupanya!!!! tanjat aku bila Khairine kata sebenarnya dia lah orangnya yang nak beli iPhone 4s tu.. hahahahaha adoiii kuat betul pengaruh budak2 sekarang.. Mak kau ni pun pakai handphone chap Samsung je nak!!!

Sekarang ni Khairine pakai handphone lama aku chap Samsung.. tapi yang 1st model touch screen sebelum Samsung Note, Blackberry dan seangkatan dengannya keluar kat market lagi. Danish pun sama.. pakai hp blackberry lama saki baki dari bapak dia punya dulu. Budak2 sekarang ko jangan ajar dia belikan hp mahal2.. karang dia melawan tokeh pulak.. dah lah topup dengan kita jugak dia pow.. hahahaha.

Aku selit cerita lain sikit kat sini.. 

Korang dah bawak anak beranak korang tengok cerita The Lego Movie?? aku dah haritu.. kemain suka dua beradik tu tengok cerita Lego.. teringat Lego2 masa kitorang pergi Legoland dua tahun lepas.. comeiiiii jew..

Macam biasa lah.. aku bukan kira tempat pun nak snap gambar.. ini hasil gambar yang aku snap dari dalam cinema time gelap2 haritu.. hahahaha.. 

Ok lah.. membosanlah korang baca entry panjang aku yang tah apa2 ni.. 

Bye nanti kita sambung menjoyah lagi yer =)
Read More

Wednesday, February 19, 2014

Candi Borobudur 8th Wonders in the World

Cerita dah sebulan baru nak update.. ni sambungan dari part Yogyakarta haritu.. kalau nak tau tengok kat LINK ni.. Mostly entry ni Nizam sendiri yang tulis.. ada lah sikit2 cara penulisan dia ala2 macam aku pulak yang update.. nanti korang baca je lah yerr.. tengok sama tak cara bahasa yang Nizam guna macam ayat2 aku gunakan selamani.. hehe. Aku edit sikit2 je.. cewahhh macam blog editor pulakk.. selama ni asek aku je yang merapu meraban kat blog sendiri.

Hari kedua merupakan hari terakhir di Jogja sebelum mamat2 ni semua bertolak ke Bandung. Perjalanan dari Jogja ke Bandung dalam 10 jam ikut jalan raya. Cuba ko bayangkan betapa nanahnya bontot2 diorang duduk dalam mobil Pak Budi.. hahaha padan muka sapa suruh tak bawak aku sekali!!

Ini lah jejaka2 Indon dari Jogja ;P

Entrance ticket 220.000 Rp = RM59.40 mahal tapi berbaloi sebab tempat dia besar untuk ko pusing plus kalau nak guna tour guide untuk dia bagi penerangan sejarah pasal batu2 kat situ pun boleh. Itu kena bayar lain. 70.000 Rp = RM37.80

Dah beli ticket & ready nak tawaf Candi Borobudur

Gambar kiri MAP kawasan Candi Borobudur.. sebelah kanan Model Candi.. :p

Berlatarbelakangkan Candi Borobudur Temple. FYI, dari main entrance nak ke temple ni kena jalan lebih kurang 400 meter. Dats y bila korang tengok gambar2 atas ni temple tu nampak dari jauh je. So we have to walk.

Hari tu ambik tour guide untuk ke Temple. Tour guide (Neng yang pakai tudung & baju coklat) tu akan terang kan secara terperinci apa, mengapa, bagaimana temple ni terjadi. Yang kesian nya penjaja2 (Tudung & baju purple) kat kawasan ni ar. Diorang sanggup ikut kita selagi tak beli barang dari diorang. Keadaan ni sama macam kat Bandung jugak. Tak beli karang kesian, Kalau beli menyesal pulak.. nak tak nak beli jugak lah satu dua barang.. tokono pokcik (terkena pakcik) nak oiiii.


Start dari sini sampai hujung belakang tu kena jalan kaki untuk sampai ke temple.

 Alolololo comelnya budak ni posing macam kanak2 ribena... hahaha. Kat sini macam kat Bali jugak.. masa aku kat Bali haritu pun kena pakai kain sarung mcam ni jugak.. siapa masuk sini diharuskan pakai kain sarung ikat kat pinggang tanda hormat.




View seluruh Temple.



Main entrance Tample.


Gambar dari jarak dekat.






Gambar2 atas ni adalah dari jarak paling dekat. Sebenarnya setiap batu itu diukir ada cerita dan sejarah yang tersendiri. Pada zaman dulu, batu2 ni diambil dari Gunung Berapi Merapi yang masih aktif.. kalau nak tau sangat sejarah Temple ni, baca kat http://www.borobudurpark.com/

Jarak dari Candi Borobudur ke Gunung Berapi Merapi lebih kurang 25km. Kalau nak percaya pun agak sukar sebab terlalu banyak ukiran dan cerita zaman dewa2 Indonesia. Ini juga adalah sejarah kepercayaan Penganut Agama Budha. Respect giler dengan diorang yang berjaya membuat ukiran ni daripada satu batu block Gunung Berapi Merapi boleh jadi ukiran yg bersambung sambung terus jadi cerita sepanjang tiga tingkat bangunan ni. Setiap sisi ada ukiran.. sebab tu lah ianya menjadi antara 8th Wonders in the world.



Ini lah akak neng yg menjadi tour guide untuk group Nizam. Setiap sudut batu tu semua yang diceritakan ada kisah sejarah ukiran batu tu. Tapi entah betul ke tidak. Wallahualam. Kalau nak tahu kena pergi sendiri & kaji lah apa cerita silam kisah batu tu..  




Akak neng itu juga merangkap Camerawomen.. :)


Antara gambar yang agak terbaekkk dan menarik. Kalau nak buat photo wedding pon cantik gak kat tempat ni. Ok yang gambar atas ni semua adalah di tingkat 1 & 2.. Jom tgk gambor tingkat 3 dan paling atas. 





Bentuk Loceng pada setiap batu yang ada kat atas tingakt tiga. Cantik dan amazing giler bila tengok ukiran2 tu semua.


View dari tingkat 3 dan seluruh kawasan atas Temple.

 Propa!! 


Antara view dari atas. Kat atas ni pon tak lama cuma 10 minit je sbb tempat open dan matahari terpacak atas kepala. Sebelum kulit terbakar baik turun. 


Cowok2 gantang bergambar sebelum gerak dari sini. Semoga sampai disini lagi pada masa akan datang.. boleh bawak anak bini aku sekali.. mesti diorang suka ;)


Lastly kena la return kain sarong tu kat sini sebelum blah. Kat depan tu ada la beli barang2 souvenir sket buat kenangan yg agak unik kt sini.

Plan lepas ke sini ingat nak bertolak terus ke Gunung Merapi, tapi disebabkan cuaca yang tak mengijinkan, Neng tour guide tu kata memang tak boleh masuk kalau hujan. So cancel plan ke sana. Plan seterusnya decide terus nak ke Bandung. Otw tu singgah ke Prambanan untuk melawat kawasan yang pernah dilanda Tsunami pada tahun 2007. Itu nanti di entry lain. 

Tunggguuuuuu nanti bini aku sambung cerita aku kat sana ok ;P
Read More

Tuesday, February 18, 2014

CNY di Kampung Cheng, Melaka

Orang dah habis cirit makan limau aku baru sibuk nak update cerita CNY.. mula2 rasa macam tak nak up cerita pasal balik kampung masa CNY haritu.. sebab macam common sangat cerita pasal balik kampung.. tapi bila tengok ada tigaempat keping gambar yang boleh dimerapukan kat blog, aku decide untuk update jugaklah.. boleh jugak dijadikan cerita daripada terbengkalai gitu je blog ni. 

Berbalik kepada cerita bercuti di kampung, kitorang bertolak ke Melaka hari Jumaat pagi.. tidak lah pagi sesuboh sepi'e.. dalam pukul lapan macam tu dah ada atas hiway dah. Sampai Melaka dalam pukul sebelas pagi. Itu pun dua kali berenti.. singgah breakfast kejap kat R&R Serdang.. lepas tu berenti R&R seremban singgah kencing berak.

Ini rumah arwah atok Nizam.. best woiii dok kampung angin kuat sambil melepak depan rumah. Time tengahari memang tak berani nak duduk dalam rumah ni.. boleh jadi roti bakar kau nanti. Panas nak arwah.. tapi kalau malam sejok.. 

Macam biasa ar kalau dok kat kampung apa je yang boleh buat pun selain duduk bawah pokok rambutan. Ni aku tengah duduk bawah pokok rambutan depan rumah lah ni.. tapi rambutan tu bukan dari pokok depan rumah tu, rambutan tu ada orang kasi.. so propa sikit dengan rambutan kononnya hehehe.

Kalau agak2 bosan aku lepak kat pangkin belakang rumah pulak sambil borak2 dengan SIL.. Tau2 je lah kalau duduk kat belakang, dah lah dekat dengan dapur, ada je makanan SIL aku masak. Tak hadam makanan pagi, dia dah hidangkan pulak makanan tengahari.. itu belum masuk kuih2 lagi.. kuih semua dia buat sendiri.. aku memang kagum dengan SIL aku tu.. buat kerja pantas macam lipas kudung. Kalau dia ambik masa tak sampai satu jam masak nasi ayam kat dapur, aku pulak kau boleh kali kan dengan sifir sembilan. Sila lah kira berapa lama.. hahahaha.

Malam FIL belanja makan.. yeayyyy!!! mari lah beramai2 kita mencekik tepi laut. Aku suka tempat ni.. first time datang makan kat sini. FIL aku yang suggest.

Bagi aku tempat ni macam unik sikit sebab kedai dia atas pasir.. Masa sampai kedai ni aku macam pelik je.. betul ke kena berlambak makan atas pasir macam ni.. macam berkelah pulak kannn hehehe.


 Kat sini ada tauhu bakau, sate, otak2.. order je nanti diorang hantar.

Kalau korang nak try makan kat sini, korang pergi je Pantai Puteri, nama kedai ni Nelayan Ikan Bakar.. tepi jalan je dah boleh jumpa.

Sabtu tak keluar kemana.. lepak kampung je melayan anak2 & anak2 buah main game.. yang rarenya aku tengok diorang main tikam.. korang pernah main tikam?? alaaa tikam yang seposen doposen tu.. tak tau?? hurmm tak tau sudah lah.. 

Ahad pulak konon nak jalan2 kat town Melaka sekali SIL aku ajak pergi rumah MIL dia kat Kampung Pulai... Ok jom lah kita datang bertandang.. 

Sampai2 je Kampung Pulai tengok pokok mangga depan rumah dia kemain malayut-layut.. geraammmm je aku tengok.. walaupun aku tak suka makan mangga masam, tapi bila tengok banyak2 bergayut macam tu boleh buntang bijik mata.


Ini part of pokok mangga depan rumah.. lupa pulak aku nak snap gambar pokok ni yang penuh dengan buah mangga.. macam ni pun kira ok lah yer hehe.


Bawah pokok ni siap ada pondok tomeiiiiii.. boleh lepak makan mangga.. =)


Merasa jugak duduk kat pondok ni.. dah lah tak ada pintu tak boleh nak romen2.. hahaha Open sangat pondok ni.. ;P

 Aku dapat snap mangga kecik ni sebijik.. itu pun yang rendah.. yang lain semua tinggi2 tak sampai aku nak snap dari dekat.. maklumlah Kak Jah kan "TINGGI" hehehe.

Tu dia.. terliur tak???? ini hasil dia.. petik sendiri depan rumah, kupas kulit, terus boleh makan.. Alo Bedah!!! jangan nak meleleh sangat airliur tu.. lap sikit airliur dah menjejeh2 dah tu.. Muahahahaha ;P

Rumah MIL SIL aku ni dekat je dengan jetty nak ke Pulau Besar.. singgah jap tengok sampan, tongkang dan kapal kat tepi pantai.

 Dah petang air pun surut.. Nun kat belakang tu Pulau Besar.

Tonggeng sikit2 je Khairine.. jangan lebih2.. hahahaha

Ok Habis cerita hari Ahad.. Esoknya hari senin kitorang dah nak balik Kolumpor. Bertolak awal sikit takut jammed kat hiway.. so pukul 8pagi dah gerak.

Otw tu aku suruh Nizam berenti kat tepi jalan yang ada signboard ni.. semata2 nak ambik gambar dengan signboard je.. hahahahaha. Sukati lah nak ambik gambar dengan signboard.. kau ada???
Habis cerita merapu aku untuk harini.. nanti Kak Jah keudara lagi dengan cerita2 lain yer.. 

Bai Bai =)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah