Saturday, May 31, 2014

Kes Bunoh Membabitkan Kanak-Kanak.

Giler babi lah manusia sekarang.. bunuh orang macam bunuh binatang je.. tergamak jadi pembunuh.. tak takut dosa ke?? bagi yang bukan islam haruslah tak tau apa itu dosa pahala.. tapi sekurang2nya kau takut lah sikit dengan undang2 dunia.. 

Tak tau lah apa penyakit diorang ni.. apa perasaan diorang agaknya bila membunuh yer?? baru2 ni kes budak 2 tahun mati kena bunuh.. aku baca pun ngeri seumur hidup.. terus perasaan teringat kat anak2.. Nauzubilah.. mintak dijauhkan dari anak2 aku. 

Scary aku nak letak gambar penjenayah ni.. terpaksa jugak lah letak sebab gambar dia pun dah tersebar luas kat media.

Pada 29.5.2014 jam 9.00 malam, pihak polis telah menerima satu panggilan telefon dari orang awam, memberitahu telah ternampak seorang lelaki, sedang cuba untuk melemaskan seorang kanak2 di tepi Sg. Klang berhampiran dengan Station KTM Jalan Tun Sambathan, Kuala Lumpur.
Bertindak dari maklumat tersebut sepasukan polis yg tiba di tempat kejadian telah menemui seorang kanak2 berusia lebih kurang 2 tahun 6 bulan, di dalam keadaan tertiarap lengkap berpakaian, mengalami cedera parah dibahagian belakang kepala pecah akibat hentakkan dan kepalanya terputus dari badan. Turut ditemui ditempat kejadian pecahan ceramic bersama kesan2 darah dan sepasang selipar disyaki milik suspek.
Siasatan polis telah berjaya mengesan ibu mangsa berusia 32 tahun, tidak mempunyai pekerjaan hidup secara gelandangan di Bandaraya Kuala Lumpur. Keterangan ibu mangsa menyatakan semasa melepak bersama rakannya di tkt 4 Kotaraya pada jam 3 petang, ibu mangsa telah pergi ke tandas, sambil meminta kawannya yg sama2 melepak untuk mengawasi anaknya. Lebihkurang 5 minit, semasa keluar dari tandas ibu mangsa dapati anaknya telah tiada dan kemudiannya tlah pergi ke tandas dan minta kawan2nya jagakan anaknya sebentar. Sebaik keluar dari tandas, ibu mangsa mendapati anaknya telah tiada bersama-sama rakanya yg sedang melepak. Ibu mangsa bersama-sama rakan cuba mencari anaknya di sekitar bangunan kota raya tetapi gagal menemui anak mangsa.
Hasil dari maklumat awam, seorang saksi ternampak seorang lelaki dipercayai berbangsa India, sedang mendukong seorang kanak-kanak menyusuri Sg. Klang. Orang awam berkenaan turut melihat lelaki berkenaan merebahkan kanak-kanak berkenaan, sambil menghempaskan sesuatu ke kepala kanak-kanak berkenaan dan melakukan sesuatu dileher kanak-kanak tersebut.
Melihat kejadian itu orang awam bersama beberapa orang awam bergegas untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan sebaliknya lelaki tersebut terus memukul kepala kanak2 berkenaan. Sewaktu saksi berkenaan menghampiri tempat kejadian lelaki berkenaan melarikan melarikan diri dan terjun ke dalam Sg. Kelang. Orang awam yg cuba menangkap lelaki berkenaan menyusuri Sg. Klang bagi mengekori lelaki yang berada di dalam Sungai Klang, dan nampak lelaki tersebut tengelam timbul, terus hilang dibawa arus dan mempercayai lelaki berkenaan lemas dibawa arus Sg. Kelang.
Pihak polis yg dimaklumkan mengenai maklumat ini telah menjalankan gerakan pencarian ke atas lelaki yang dimaksudkan. Gerakan pencarian dihentikan disebabkan keadaan cuaca semakin gelap.
Siasatan ditempat kejadian, pihak polis berjaya mengesan pergerakan mangsa ( kanak-kanak ) sedang diekori oleh seorang lelaki berkulit gelap yg disyaki suspek yg bertanggung jawab melarikan kanak-kanak tersebut.
Kes ini dikelasifikasikan sebagai kes bunoh yang disiasat di bawah sek. 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital HKL utk dibedah siasat.
Motif mengenai kejadian masih disiasat. Gambar suspek yang sedang dikesan disertakan. Mohon hubungi Balai Polis berdekatan jika ternampak atau mengetahui dimana lokasi suspek.

Source : https://www.facebook.com/theairtimes
Read More

Monday, May 26, 2014

Rainbow Cookies

Haritu kawan aku post gambar cookies ni kat IG.. aku tanya mana nak beli.. dia kata kakak dia jual.. Ohh chantek sangat lah tu.. laju2 aku order sebekas. Memang dah lama aku mencari cookies ni.. Malas aku nak beli online.. karang bila post pecah pulak cookies ni. Rugi duit aku nanti.



Warna warni kehidupan sangat kaler cookies ni.. I loikee =)

Korang mesti pernah tengok rainbow cookies ni kan???? nama saintifik cookies ni sebenarnya orang panggil " biskut lidah kucing" kalau tak silap aku. Tak tau lah mana datangnya perkataan lidah kucing dan apa kena mengenanya lidah kucing dengan cookies ni. Adakah lidah kucing berwarna pelangi begini??? pffftttt.

Rasa cookies ni?? kalau tanya tekak aku semua aku kata sedap. Cookies ni rasa butter sokmo.. tak ada mix dengan perasa apa2 pun.. cuma yang buat menarik perhatian bijik mata aku ni sebab kaler cookies ni sangat rainbowish (ada ke perkataan rainbowish?? hahaha).
Read More

Friday, May 23, 2014

Aku Terima Hantaran Mu

Teringat kata2 Habib Ali Zaenal Abidin masa aku attend class ta'lim haritu dia kata "Jangan suka meminta2" :)

So bila orang dah bagi tu terima je lah dengan hati terbuka.. jangan merungut.. jangan ngutok2 dalam hati.. bersyukur je apa orang nak bagi.. karang kalau kekwat sangat langsung orang tak nak bagi baru padan muka.. betul tak Kiah???

Nah terimalah gambar barangan hantaran dari ku ini.. semoga bakal2 pengantin kat luar sana dapat inspirasi dari gambar2 hantaran ni yer. Tak payah pening2 pikir apa nak bagi kat pihak lelaki/ perempuan.. muahahahaha.





Simple & budget sangat kann?? Gambar ni kawan aku yang whatsapp malam tadi.. pagi tadi bangun2 tengok hp.. mak aihhh biar betik zaman sekarang orang bagi hantaran macam ni punya rupa.. hahahahaha. 

Yup! I know this is joke.. aku syak masa diorang nak siap2kan buat gubahan hantaran ni, diorang saja buat lawak bodo letak benda2 yang tak sepatutnya macam dalam gambar2 kat atas tu. Bagi aku lawak giler kot kalau betul2 lah ada lagi zaman sekarang orang bagi hantaran benda2 macam tu.. hahaha. Kalau tak ada bajet sekali pun nak bagi hantaran, jangan lah bagi selipar berok, petai, helmet bagai tu.. hahahaha. Aku percaya orang yang dok ceruk kampung pun tak hingin bagi barang2 hantaran yang gini rupa.. hahahaha.

Saja buat entry yang tak berapa nak lawak dihari Jumaat.. Selamat terhiburrrrrr ;p
Read More

Wednesday, May 21, 2014

APAM



Betul punya tak ada idea apa nak diperahkan untuk entry harini.. nah tengok je lah gambar apam beras yang aku beli pagi tadi.. hahahaha. 

Tadi aku post gambar apam ni kat fb.. ada yang kata "dah lama tak jumpa original apam beras" "susah nak cari apam beras sekarang ni". Ada ke antara korang yang tak kenal rupa paras kuih apam beras ni?

Read More

Tuesday, May 20, 2014

PD Ostrich Show Farm - Part II

Bukan main entry nak berpart-part.. padahal pergi haritu bukannya 12hari 12malam pon.. Ok lepas ni Kak Jah janji tak nak buat part2 lagi.. senang nanti korang baca dan tengok gambar sekali harong je dalam satu entry. Tengok lah korang sambil menangis teresak2 ok =)

Entry terdahuluPD Ostrich Farm

Next jom kita ke Extreme Park Dinosaurs in the Juncle.. kat situ ada sound effect Dinosaurs dan ada lah tigapat ketul Dinosaurs yang dipacakkan kat dalam hutan tu.. sepanjang kita naik ATV nanti kita boleh nampak lah dinosaurs kat tengah2 hutan tu.

Masa sepanjang naik ATV tak dapat ambik gambar.. sebab bizi mengride.. dah lah jalan kat hutan.. tak kan nak sibuk2 bawak camera skali.. hujung2 karang camera jatuh pecah haper pun tak dapek nanti. Maksudnya sepanjang naik ATV dalam hutan tu kita tak digalakkan bawak camera atau handphone.

Welcome to Dinosaurs in the Jungle.. eh apasal Kak Jah nampak kembung je dalam gambar ni?? tu yang nyampah pakai baju ni.. sebab baju ni jenis kembang mambang yang boleh buatkan aku nampak gems.. tak apa lah janji Kak Jah tak gemok macam Dinosaurs.. kannnn?? =)

Nah refer kat sini..

Satu pusingan ATV ride bersamaan 1.5km.. Hari tu aku rasa dah macam 10.5km je gamaknya.. sebab ride dalam hutan yang penuh liku.. naik bukit turun bukit rasa macam nak terbalik je.. hahaha. Masa aku ride haritu aku carry Khairine, Nizam carry Danish.. aku jalan depan.. skali sampai part naik bukit bagai nak giler tekan minyak tak naik.. dalam hati "isshhh berat sangat ke aku ni sampai perah minyak ATV pun tak boleh naik" hahaha. Rupanya kena change gear.. nasib baik pekerja ladang ATV kat situ membantu.. dapat naik bukit dengan jayanya ;)

Kat sini tak lah adventure macam kat Kemensah.. so korang kalau pergi sini jangan nak feeling2 professional sangat yer.. ride kat sini yang light2 je.. ala2 geli2 gittue sambil boleh gelak2.


Sebelum berlepas masuk hutan kat belakang tu, dia kasi kita test ride dulu.. karang tak pasal2 semua benda kat hutan kau sondol.



Ni je gambar ATV yang kitorang ride haritu.. Untuk kat Extreme park ni budak kecik tak boleh bawak ATV sebab ATV ni ada gear macam motor.. so diorang kena duduk sekali dengan kitorang. Begini lah rupanya.

Lepas dari kat sini, kitorang nak lepak kat cafe dia pulak.. cafe dia macam canteen kat dalam estate je.. bukan macam kopitiam.

Dah habis ATV kita mesti melalui depan kandang "pakcik kamel" ni.. hehe.. tengok tu kemain relax dia berteduh bawah pokok.. boring lettew tak ada kawan ;P

 Lepas tu boleh tunggang Keldai.. Keldai ni jinak uncle yang dalam gambar tu kata..


Si gembala keldai yang kacak.. hehehe

Lepas dah bermesra dengan keldai, mari kita singgah ke cafe pulak. Kat sana ada beberapa menu yang melibatkan daging Ostrich.. mari kita cuba.

 Tengok tu.. ada satay Ostrich yer..

 Khairine & Danish order chicken burger sorang satu.. masing2 tak nak try burger Ostrich.


Satay Ostrich.. 6 batang RM10.. Nizam yang bedal semua.. aku langsung tak sentuh.. tekak penoreh getah macam aku tak boleh nak telan benda pelik2.. mesti mau nasik jugak.


Kat cafe ni ada disediakan telur Ostrich untuk kita try pijak. Besar & keras.



Telur Ostrich


Danish & Khairine

Lepas tu turn Khairine & Danish pulak ride ATV.. masing2 sangat teruja sebab dapat ride ATV.. haritu masa kat Bandung diorang naik ATV jugak.. tapi kali ni diorang rasa adventure sikit.. Kat Bandung haritu track limited untuk diorang ride.






Habis main ATV, Khairine & Danish nak naik kuda pulak.. ok mari tengok gambar.

Price list untuk tunggang kuda & burung unta.. sempoi je tulis kat white board.. hahaha. Baru perasan dalam gambar ni ada sabit.. tanjat Kak Jah sabit main letak rata2 je.. bahaya betul!



Uncle Rajen ni sangat2 helpful.. kitorang haritu rasa dihargai sangat bila dia entertain macam pelancong asing.. hahaha. Kalau korang ada hati nak ke PD Ostrich Show Farm ni, korang cari Uncle Rajen.. pasti korang akan dilayan macam anak dia.. hahahahaha.

Ni kandang rabbit.. berdepan dengan kandang rabbit ni ada kandang anjing.. memang khas anjing sokmo kat dalam tu.. kitorang memang tak masuk ar kat situ.. apa kejadahnya nak tengok anjing.. baik tengok ikan.

 Iguana ni ilex je dok dalam kandang.. macam2 orang datang bergambar pun dia membatu je kat situ.

Nizam, Khairine & Danish mula2 takut nak bergambar.. aku paksa diorang bergambar jugak.. penyudahnya aku tak bergambar dengan binatang ni.. kalau diorang takut, aku lagi takut.. hahaha.

Akhir sekali masuk kat tempat ikan.. tak banyak jenis ikan yang ada pun.. dah alang2 nak ke pintu keluar, kitorang singgah je tangok kejap.

Kat entry 1st haritu aku lupa nak masukkan video Ostrich, Ostrich ride & ATV, so aku longgokkan kat sini je.






Habis jelajah kat sini lebih kurang 3 jam. Next destination.. lepak tepi pantai..


Biasalah kalau dah nampak air depan mata.. muka diorang memang akan jadi senget benget selagi tak tukar swim suit.

 Lagi2 dah nampak barang jualan kat belakang tu.. kalau tak pow makbapak diorang memang tak sah.. haritu Danish beli cap.. khairine beli swimming board.

Tadaaaa kan aku dah kata.. mesti dapat punya.. muka pun senyum lebau. Besar bapak swimming board ni.. cari yang kecik tak ada pulak yang dia berkenan..dia kata "janji ada gambar Monster High" Gggrrrr.

Dapat mandi dalam satu setengah jam pun jadi.
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah