Thursday, August 28, 2014

Khairine Belajar Silat

Amboi kau hantar anak kau kelas silat Jah?? Yer Cik Bedah.. aku hantar anak aku belajar silat. Actually abang aku yang suggest suruh hantar anak2 aku belajar silat sebab dia pun belajar silat kat tempat ni jugak.. tapi dia dah lama start. Jangan takut yer tuan-tuan dan puan-puan.. Khairine cuma belajar yang basic2 je plus more to untuk buat persembahan je kot2 ada jemputan orang kawin ke atau mana2.. Silat untuk pertahankan diri pun dia ada belajar juga.. tapi tu bukan yang level2 orang tua punya ar.

 Pengurusan Seni Silat Setiabakti Malaysia

 Pasang kuda-kuda

 Tak nampak Danish dalam gambar ni kan?? dia memang tak ada.. sebab dia tak minat nak bersilat. Ok fine. Budak2 ni tak boleh paksa nanti dia belajar sekerat jalan je lepas tu aku yang stress sebab dah keluar duit. Sebenarnya Mummy pun tak minat jugak.. Mummy cuma minat bersilat atas katil je dengan Babah.. muahahaha.

Masa abang aku suggest suruh budak2 ni belajar silat, Khairine kata dia minat.. minat kalu mak kau confident nak hantar untuk belajar silat.. kalau dia kata tak minat mahap dipinta. 

Jangan jadi macam tahun lepas sudah.. dia sibuk nak belajar swimming.. bila hantar ke swimming class dia belajar satu sessi je.. lepas tu tak nak sambung lagi dah.. gggrrr. Alasan dia sebab sejuk.. lagi pun malas nak bangun pagi-pagi. Mana taknya.. class start pagi pukul 8 pagi setiap Sabtu dan Ahad. Mesti korang tertanya2 kenapa tak pergi sesi petang.. tau kenapa? sebab petang banyak program aku boleh buat. kalau pergi kelas pagi habis pukul 10 je.. lepas tu tengahari dah boleh meronggeng.. maklumlah weekend kannn.. tu je masa yang boleh merayap.

Minggu lepas 17 Ogos.. kelas pertama Khairine attend belajar silat. Kelas dia setiap hari Ahad pukul 11pagi sampai 12.30tengahari je. Baju belum beli lagi.. so pakai je lah tshirt dok rumah dengan seluar track sekolah tu.. hahaha. 

Masa nak pergi haritu aku cakap kat Khairine suruh dia pakai kasut sebab aku tengok dia pakai selipar je. Pastu kena sound.. "Mummy, belajar silat mana ada pakai kasut.. pakai kaki ayam je lah".. pfffttt termalu mak kau sekejap.. hahaha.


 Tumbuk

 Tumbuk

Lepas tu balik rumah dok mengadu kat aku tangan dia sakit sebab pergi tumbuk punching bag tu.. hahaha. Silat kata ko.. kena lah tabah nak oiii :D

 Dua orang sebelah Khairine tu anak-anak abang aku. Elok lah korang belajar silat bersama sepupu. Jangan dah pro sok bertumbok sesama sendiri udah ler.. hahaha. Yang paling aku risau mana tau sok-sok aku bergaduh dengan Khairine, dia wachaaa kan aku pulak nanti.. hahaha.
Read More

Tuesday, August 26, 2014

Randomness

Dah macam Blog LieyaLatif plak ada random2 entry kannn.. hehe.. Dik Leha oiii.. Kak Jah pinjam sikit yer tajuk entry awak.. hehehe.

Semeja sengsorang

Minggu bila ke haritu aku lunch sorang je kat The Chicken Rice Shop.. Ingat nak singgah Alamanda haritu.. boleh lah cuci2 mata dan poket  sikit.. bila pikir-pikir balik karang aku leka sengsorang kat sana terus lupa nak balik opis. Lebih baik aku keluar dari kawasan Putrajaya then pergi makan kat mana2 all the way masa nak balik opis. Ko tau kan Bedah.. kalau ambik set untuk sorang kat TCRS ni sekali dia datang penuh semeja macam makan 100 orang.. haha ok itu tipu ;P

 Khairine and the Loom Band

Kalau hari Sabtu bekerja Khairine mesti ikut aku pergi opis. Sambil2 tu dia layan ikat-ikat getah ni.

Ni yang kau nampak ni sikit je.. kat rumah ada melambak lagi getah ni dia beli.. kadang aku tengok bersepah2 je aku ambik buang je.. malas nak terjerit-jerit panggil dia kutip. Danish pun sama.. hobi budak2 sekarang ni asek dok mengait bendalah ni je. Siap buat jual lagi kat kengkawan sekolah.. derrrr.

Aku ada terbaca review mengatakan yang loom band ni tak elok sebab ada bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser.. kalau nak tau boleh baca kat SINI 


 Pandora Kak Jah yang ada beberapa bijik je charm.. lepas ni nak gosok Abang Nizam suruh dia tambahkan charm Pandora Kak Jah ni.. ko rasa dapat tak?? InshaAllah tak dapat.. hahaha.

Disebabkan tak ada orang nak snap kan untuk ootd aku haritu, maka mari kita selfie versi cantum2.

Hari tu hari Jumaat.. aku pakai baju kurung kedah dengan kain batik.. auuww ai is feeling so village girl that day tau.. pfffttt.. yang penting bibir tetap meroh okeh!! *pitam* hahaha.

 Selfie bibir meroh lagi. Bibir meroh tapi rambut serabai.. hahaha. Tak ada masa lagi nak pergi buat treatment.. later lah.

Water tank with iron rack

Aku rasa kat rumah orang lain dah lama ada bekas air ni.. aku baru je beli. Hahaha kesian kau Jah!. Selama ni bukan tak nak beli.. tapi disebabkan aku ni suka survey2 dulu sebelum beli, lambat pun lambat lah.. janji dah dapek. Kalau boleh tak nak beli yang online sebab tak tau macam mana kualiti dan size dia.

Beli ni pun sebab haritu family In Law aku nak datang beraya kat rumah. Alang2 tu beli je terus. Nasib baik dapat beli dengan harga berbaloi, nasib baik ada lagi stok ini pun yang last, selalunya benda yang dah tinggal hujung2 ni mesti kualiti tak bagus.. nasib baik set yang last ni elok lagi. Puas hati aku. Masa beli haritu letak dalam kereta otw nak balik rumah asek pandang2 je kotak ni.. hahaha sakai betul!!

Ok lah yer.. actually ni entry autopublish dah siap buat karangan ni semalam.. harini aku tak masuk opis sebab nak pergi meeting kat luar. Lepas meeting ada hal ke sana sini kejap nak prepare untuk Rabu ni ada Seminar sampai Jumaat.

Sorry no BW for today .. Bye2 :)
Read More

Monday, August 25, 2014

Kegilaan Laksa Sarawak

Ada hari tu minggu lepas kot.. teringat yang gelang tangan aku dah lama tersadai bawah bantal (sorok bawah bantal yer.. kau mampu??)  rantai kat cangkuk gelang tu dah putus. Lepas balik kerja aku ambik Khairine dulu kat rumah ajak teman aku ke Tesco Ampang. Dalam Tesco Ampang ada kedai emas Poh Kong.. bila masuk dah cerita2 kat cina tu suruh dia ganti. Lepas tu cina tu kata suruh tunggu dalam 45minit ke satu jam. Mampossss.. takkann nak balik dulu. alang2 dah ada kat Tesco tu walaupun dekat nak balik dulu tapi aku dah malas nak keluar balik kalau dah sampai rumah.

Sementara tu Khairine ajak pergi Popular sebab dia nak beli buku cerita dan buku latihan.. layan kejap dalam 15 minit then settled.

Aku cakap kat Khairine.. "jom lah kita lepak minum dulu kat Kluang Station tu Khairine.. mummy haus lah".. Bila dah duduk selak menu tengok macam dah terpikat plak dengan Laksa Sarawak dia.. nyummm mari lah kita try. Order semangkuk je aku share dengan Khairine..

Laksa Sarawak Kluang Station

Actually atas tu ada taugeh tapi aku request tak nak taugeh. Nampak biasa2 je kannn??? tapi sedap nak mati sampai menjilat ibu jari kaki!! hahaha.

 Apa ke teruk benau budak ni.. Mak kau tak masak ke kat rumah??? ishhh ;P

Licin dikerjakannya.

Dalam pada dia dok hirup2 kuah laksa tu dia tanya aku "mummy, mummy nak lagi ke tak? kalau tak Khairine habiskan ni.. sedap sangatttttt rasa macam nak order lagi satu je" (sambil buat muka comel). Yer lah nak.. habiskan lah kalau dah kata sedap sangat. Dalam hati ni rasa macam nak cari batu belah batu betangkup je time tu.. hahaha. Fikir anak punya pasal, kau makan lah.. mak kempunan pun tak mengapa wahai anak =)

Lepas tu esoknya aku repeat. Kali ni bawak emak aku dengan Danish sekali. Nizam tak ikut sebab dia balik kerja lambat.

 Repeat Laksa Sarawak lagi..

 Nenek & Danish.. 
 Danish pakai baju tidur je haritu.. baju tidur gambar Frozen okeh!! kau mampu bagi anak jantan kau pakai baju tidur Frozen pergi Tesco?? muahahaha.

Kitorang semua order Laksa Sarawak sorang semangkuk.. jakun betul.. mentang2 bulan depan nak pergi Sarawak.. *Oppsss terpecah lubang plak*.. hehe. 


Roti jala 

Roti jala yang ada dalam menu kat kedai ni buat aku tertarik sekejap.. tertarik dengan harga dia yang tak masuk akal tu. 

Aku whatsapp gambar ni kat SIL aku.. dia kata "kalau harga macam tu along boleh buat 3 kilo tepung Za.. kau jangan order".. terus aku tergelak.. hahaha. 

Yer lah 5 keping je kot roti jala tu.. lepas tu dia alas dengan daun pisang yang sebesar bijik je tu.. then secebis kuah dia.. can choose rendang daging or kari ayam.. haha. Memang tak teringin lah Kak Jah nak order Dik Kiah oii.. baik Kak Jah buat sendiri.. Kak Jah kan dah pandai buat ROTI JALA :)
Read More

Thursday, August 21, 2014

Beraya di Rumah Ryta Bersama Besties

Minggu lepas hari Sabtu aku ada 2 undangan open house.. first tu aku ke Puncak Alam.. nunnn jauh dah nak sampai ke Kuala Selangor sana.. bapak jauh!! 

Kawan lama punya pasal, aku attend jugak lah. Actually dia ni ex boss aku masa aku kerja kat SYABAS dulu.. disebabkan dia call aku paksa suruh datang, aku pun kena lah datang.. tak cukup dengan call siap whatsapp lagi.. serba salah pulak kalau rupa itu orang dah jemput tapi tak datang. Terharu sangat bila orang mengangkat diri ini macam RATU.. auuwww ratu sangat Jah!! hahaha. Kat sana tak bergambar sebab sibuk mentedarah.. lapau kata ko.. hehehe.

Selesai je open house kat Puncak Alam, terus shoot ke Ampang.. open house kat rumah Ryta pulak. Actually open house ni Ryta buat among kitorang je.. dia kata esoknya tu baru dia panggil kengkawan lain pulak.. tak boleh campur katanya nanti runtuh rumah.. amboi kau Ryta.. macam dok rumah kampung jer kannnn.. hahaha.

Tak tau lah nak cakap.. ni sessi bergambar ke atau sesi makan2 sempena open house. Sebab yang banyaknya sessi bergambar dari sesi gambar makanan dan makan2.. hahaha. Well kitorang ni walaupun dah berpangkat mak-mak orang, perangai masing2 lebih dari anak masing2. Kalau tengok kat gambar tak lah nampak sakainess dot com sangat.. tapi kalau siapa yang kenal kitorang-kitorang ni tau lah tahap kepala otak "sot" kitorang macam mana.. hahaha.

Kitorang ni kawan sejak dari sekolah dulu.. sama2 sekolah kat Ampang Girl School (ARGS) dari form 1 sampai form 5. Sekarang masing2 dah jadi mak orang.

Me, Ryta, Shida & Kak Syida

Bak kata shida "kami lah empat geng bantut" hahaha kongajau sangat. Actually Kak Syida tu kakak kepada Ryta.. senior kitorang masa sekolah Ampang Girl dulu.. disebabkan kepala "sot" dia pun macam kitorang jugak, memang boleh jadi geng "sot" ar kitorang semua.. hahaha.

Lama tak jumpa diorang ni.. selalu borak dalam group whatsapp je. Kalau tidak ada jugak lepak coffee sambil menjoyah macam kat Flora Cafe haritu.

Aku rasa gambar ni satu je yang paling senonoh sikit time makan.. gambar2 lain puas aku belek tak ada yang elok.. hahaha.

Dah jom tengok gambar selanjutnya.

 Baju biru kiri sekali tu anak sulong Shida.. ko tengok lah badan dia dah sama besar dengan mak dia dah (baju pink) dia lah selalu menjadi mangsa mak dia dan kawan2 mak dia yang giler bergambar ni untuk dijadikan jurugambar tak professional.. hahahaha.. Hi Nabila.. Kak Zaza love you.. kikiki. Kenyataannya Nabila memang panggil aku KAK ZAZA okeh.. hahaha ;P


 Me & Kak Syida. 

Orang tua ni anak dua orang dah besar2 plak tu.. tapi tetap vogey (vogue) the vass.. tapi satu je penyakit dia ni.. suka sangat buat memek muka bila bergambar.. ada je rupa tak senonoh yang dia buat nanti.. tengok lah tu.. hahahhahaha.

 Me, Shida & Kak Syida

 Me & Kak Syida

 Us

 Ada dua orang lagi geng yang tak dapat datang malam tu.. tapi apa kan daya.. acara makan memakan tetap diteruskan.. hahaha.

 Shida, Kak Syida, Me, Syarlina, and Ewin

Masa bergambar pun tetap kendong anak.. dulu masa sekolah2 aku tengok korang kendong buku je.. hahaha. Macam tak caya je masing2 dah beranak pinak. Rasa macam baru je lagi buat jahat kat sekolah dulu.. hahaha

 Kau tengok perangai Kak Syida.. orang tengah syok2 nak bergambar dia datang terus tekup muka aku dengan Shida.. kau kan kakkk!!!.. hahahaha

 Kiddos

Asek gambar emak2 je.. mari kita panggil anak2 pulak. Gambar suami2 tak ada.. sebab diorang bukannya kisah pun nak bergambar.. diorang tu lebih rela tengok gambar dari melayan bini2 diorang bergambar.. hahaha.

Sekarang turn emak-emak pulak bergambar kat tangga.







Ya ampun tak senonohnya kau Jah!!.. nampak sangat busy body.. hahahaha.

Malu nak tampal kat sini gambar muka yang teruk2.. kalau siapa yang follow aku kat IG, aku ada post gambar2 tu kat IG. so rejeki korang lah dapat tengok gambar2 buruk tu kat IG aku.. hehehe

Bye :)
Read More

Wednesday, August 20, 2014

Paratha Wrap with Cheese & Chicken Ham

Assalamualaikum...

Ada yang merindui Kak Jah?? dah beberapa hari Kak Jah tak keudara kann??!! apatah lagi nak BW kat blog korang.. busy tu memang busy kat opis ni.. seminggu dua ni boss tak outstation.. so bila dia ada kat opis agak terbatas sikit aku nak BW.. ni pun ambik masa tigapat hari nak resize & watermark gambar untuk satu entry.. tu nanti aku cerita yer. Bila kat rumah pulak tak sempat tangan ni nak on laptop.. at least boleh jugak aku draft entry ke apa yang patut.. hurmmm kat rumah pun memang susah nak curi masa. 

Quick update.. hari ni aku update entry simple2 dulu yer.. ada beberapa entry yang tertangguh yang aku nak up.. tunggu masa itu menjadi emas dulu baru aku boleh update :)


Paratha wrap with cheese and chicken ham

Gittue lah nama diberi.. hahaha. Ni pagi tadi punya bekalan untuk Khairine & Danish.. untuk bapak diorang aku tak buat paratha wrap ni.. unfortunately roti paratha ni habis pulak.. adoiii.. rupanya tinggal dua keping je dalam peti ais.. But issokay.. pagi semalam pun aku buat menu yang sama juga cuma aku guna roti gardinea je tangkup dua keping. Sorry bang Nizam.. ngeeee :D


Tak payah nak mintak menu sangat yer Cik Gayah.. korang tengok gambar ni pun korang tau macam mana nak buat.


Tadaaa... di wrap skali dengan paper kitchen.. senang budak2 nak makan kat sekolah waktu rehat nanti.. lepas tu aku bungkus dengan plastik.. tak payah nak tupperware bagai.

Itu je kisah untuk pagi tadi.. nanti Kak Jah keudara lagi yer.. nak sambung buat karangan untuk entry lain pulak.

Bye I miss You ;P
Read More

Friday, August 15, 2014

True Friend More Than 20 Years

Gittue.. tajuk omputeh sangat kannn.. hehehe. Last week benda ni jadi pun tak plan.. Saja nak jumpa dengan member lama.. jumpa pun kat Gombak tempat tak proper.. asal boleh je. 

Aku ada kawan yang kami dah berkawan lebih 20 tahun kot. Walaupun tak kerap jumpa, tapi ikatan kasih sayang (wah macam orang bercinta ni) kitorang memang terlalu rapat. Kawan nangis sama2, kawan gelak sama2, kawan menggila sama2.. pendek kata kawan yang boleh bawak tidur sesama lah.. hahaha.. Eh bukan bawak tidur macam bersetubuh tu ar.. korang ni kannn!!! Gggrrrr.. hahaha.. ni kawan yang boleh kawan ketengah ketepi punya ar... kawan yang ala2 rahsia kau rahsia ku jua.

Tak cukup quorum ni.. Kiri baju merah tu Laily, tengah tu jangan buat2 tak kenal plak.. hehehe.. yang kanan aku tu tudung hitam tu Farah.

Ada lagi 3 orang yang tak ada dalam gambar ni. Lynda tinggal kat Bukit Beruntung.. so tak dapat join, Shima dalam pantang.. so tak bleh keluar.. Sally kat Shah Alam.. pun jauh juga.

Ni yang cukup quorum.. dari kiri.. Sally, Lynda, Farah, Laily & Me.. Ya Allah gemoknya kau Jah oii.. lengan macam kayu balak besaunya.. hahaha.

Aku kenal diorang ni dari zaman kitorang berhuha-huha lagi.. zaman diorang ni giat berteater kat Matic dulu.. (sekarang dah jadi Saloma Bistro), zaman diorang belum beranak pinak, zaman hingus leleh, zaman belum bertudung sampai dah bertudung sekarang.. Alhamdulillah.. Ingat lagi masa aku ada masalah besar dulu.. diorang ni lah teman menangis aku.. kitorang nagis sama2.. Kalau happy pun happy sama2, bagi semangat, tak pernah nak khianat sesama sendiri.. korang sangat2 baik babe.. aku sayang korang semua.. terus rasa terharu sebak nak nages =(

Tak apa.. mari kita sambung cerita balik. Tapi gambar tak berapa clear sebab lepak tepi jalan bertemankan lampu jalan je untuk lighting kitorang bergambar.. hahaha.

 Yang tengah2 tu anak sulung Farah.. dah besar kau Siti.. masa auntie kenal kau dulu baru umur 5 tahun.. sekarang umur dah 20 tahun.. dah anak dara sangat.. muka tetap muda remaja macam muka auntie.. pffftttt.. hahahahahaha.

 Us.. 

Apasal muka aku macam kemek je ni??!! hahaha Yang tengah2 tu Adha.. dia buka gerai laksa kat tempat kitorang lepak ni.. so lepak kat gerai dia je lah haritu. 

Actually Laily tu kakak ipar si Adha ni.. walaupun Laily tu kawan aku, at the same time Adha pun sebenarnya kawan aku.. tapi pangat adik2 lah.. helok lah tu kakak ipar ngan adik ipar kepalaotak sama giler.. haha.

 Me & Adha.. 

Ada ke dia sound aku haritu.. "kak kau jangan asek2 nak betulkan rambut je ambik gambar.. aku tumbok ko nanti" muahahaha kongajau!! kau saja nak jeles ngan kakak ko ni kannn.. kitorang memang bergurau cara kasar punya.. kadang2 tu lebih dari itu.. carut2 lah.. aku tak amek ati pun.. sebab tau tahap kepala otak "sot" dia macam mana.. muahahaha.

 Laily & Siti

Khairine & Farah

Me & Siti.. 

Budak ni asek lah ajak selfie.. kejap2 karang "auntie.. auntie jom ambik gambar"... "auntie lagi sekali"... "auntie kat sana pulak"... "auntie kita ambik gambar berdiri pulak".. nasib baik lah auntie kau ni retis dan bukan artis.. masa tu pun auntie dah feeling-feeling RATU tau.. hahaha.

 Me, Siti & Laily

 Laily, Siti & Me

 Me, Siti & Adha..

Nampak tak asek muka si Siti je yang banyak bergambar dengan kitorang.. dia dera mak dia suruh snapkan gambar.. hehehe.. 

Masa ni poyo giler.. konon2 nak buat free style.. skali tiba2 si Farah lompat.. hahaha kau beragak sikit nak melompat kat tepi jalan Farah oiii.. pas tu yang si Laily dah tergelak2 sampai menangis kat tepi.. gelak sampai terkeluar air mata.. hahaha.

Ok tu je lah cerita serba sikit pasal kawan baik aku dunia akhirat.. Kitorang dah discuss kat dalam group whatsapp nak gathering besar2an nanti.. tunggu dan lihat jelah.. susah nak plan sebab masing2 dah berfamily dan ada komitmen.. lagi2 ada yang tinggal jauh dari KL.. Kalau dulu2 zaman belum kawin boleh ar.. lautan api pun ku sanggup redah.. hahaha.
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah