Wednesday, October 29, 2014

Birthday Treat di Penang Village

Ini birthday treat untuk Nizam yer.. aku punya belum buat entry lagi.. hehehe.

Tak ada surprise pun.. tiap-tiap tahun kalau birthday aku ke, Nizam ke, Khairine ke, Danish ke, Emak aku ke kitorang cuma celebrate makan-makan je. Kalau ada kek pun setakat satu slice je. Kitorang ni bukan pencinta kek sangat. Setakat nak habiskan satu slice kek boleh lah.. itu pun share je.

Hari yang Hari Jadi Nizam haritu balik kerja terus balik rumah ambik KhaNish & Emak aku then kitorang terus pergi ke Penang Village kat Great Eastern Mall. Dekat giler dengan rumah.. senang hidup tak payah nak bersesak-sesak jammed. 

My Family

Antara ahli jemaah yang hadir.. 


Birthday Man.. Encik Ahmad Nizam :))

Dah semestinya Puan tanah :))

Emak


Special guest.. Abang aku.

Actually birthday abang aku selang satu hari je dengan birthday Nizam.. Abang aku 15 Oct, Nizam 16 Oct.. so aku ajak skali abang aku join the dinner.. Tapi aku tak bagi dia bawak bini dia.. sebab??? cuba kau pergi baca entry "pengkhianat" yang aku published haritu.. then you will know.


Khairine


Danish

Memang saja je aku pilih tempat tu. Kat situ makanan dia ada malaysian cuisine & western. Senang nak order. Kalau ikut tekak Emak aku dia bukan reti makan western pun. Karang balik balik dia order fish & chips.. tu je yang dia tau makanan western.. hahaha. 

Last year masa celebrate birthday Nizam kat Hard Rock Cafe Emak aku order kue tiau goreng je kat sana.. hahaha.. very the kampung dot com kann. Kalau dah melayu tu melayu jugak lah kannn.

Nak tengok malaysian ke tak malaysian, jom tengok apa yang kitorang order.

Kue tiau goreng lagi yang Emak aku order. Khairine pun pilih menu yang sama macam nenek makan jugak.

Haritu aku cakap kat Mak aku.. "Mak, ingat tak masa kat Hard Rock haritu Mak order Kue tiau goreng jugak??" mak aku gelak je.. hahahahaha. Kan aku dah kata.. dia mana reti makan western western ni.. lebih baik aku bawak dia makan kat kedai yang ada makanan melayu.

Aku punya.. Nasi lemak rendang tok.

Abang aku sound "datang sini makan nasik lemak je.. baik tak payah" eh sukati ai lah.. tekak ai yang rasa nak makan nasi lemak okeh.. hahahaha

Fish & Chips.. Danish punya

 Abang aku punya.. apa benda tah ni.. rupa macam kue tiau kungfu pun yer jugak.

 Pilihan Nizam.. Chicken chop

Refreshment

 Sagu gula melaka.


ABC

Actually sebelum ni aku pernah makan kat sini.. that time food & presentation boleh tahan sedap lah.. haritu overall makan kat sini tak sedap pulak. Food presentation pun tak menarik.. kalau nak menaikkan napsu syahwat orang nak makan, patutnya food presentation kena cantik.. barulah orang bernafsu nak makan.

Sambil makan-makan tu ada pulak sesi suap menyuap.. hehe.

Lepas makan ada sesi penyampaian hadiah dari anak-anak kepada Babah diorang.

Penyampaian hadiah.. eh macam penyampaian hadiah sukan sekolah pulak.. hahahaha.

 Jeng jeng jenggggg


Tadaaaa.. Ini lah kasut yang Nizam tak kenan haritu.

Lepas dah selesai makan-makan kitorang terus ke kedai tu balik tukar kasut lain plus kasut ni dia tak muat.. kecik benau hahahaha.

Sebelum chow moh kita bergambar dulu.

 Me & Emak

 Us


 My Lil' Family

With my bro yang datang single haritu.. hehehe

With my Man.. Love you Bie..
Read More

Tuesday, October 28, 2014

Apa Ada Pada Angka

Cewahhh apa ada pada angka katanyer?? hahaha.. 


Selalunya terpacak pukul 12tengah malam akan ada kissing wish dari suami.. tapi malam tadi sebab masing-masing dah penat, no kiss kiss and no wish wish.. harap malam ni ada kiss kiss and muahhh muahh.. pfffttt *tutupmuka*.

Pagi tadi masa buat breakfast kat dapur tiba-tiba laki I datang dari belakang sambil peluk I kuat-kuat sambil kiss I.. dengan ucapan "Happy Birthday Sayang" arrgghhh kenapa sweet sangat ni Bie??? tanjat I tau.. kakakaka.

Bertambah sweet masa you wish & kiss I tadi kita sama-sama masih berailiyobasi lagi.. hahahahaha.. apa ada hal??!! dia tetap suami I okeh.. dia tetap sweet bagi I.. (sila muntoh sekarang!!) muahahaha .

Alhamdulillah.. genap dah umur 34 tahun harini.. rasa macam tak caya je umur dah pertengahan 30an.. tapi sampai sekarang rasa macam umur 20an lagi.. hahaha.. sebab jiwa aku tak pernah rasa tua.. padahal dah nak lanjut dah pun.. but issokay.. it is just a number je kannn.. hehehe.

Alhamdulillah.. dikurniakan keluarga yang bahagia.. semoga kebahagiaan ni milik aku & keluarga hingga akhir hayat aku.  Suami yang baik, sporting giler & giler2 hahaha, memahami, sayang-sayangi (eh ada ke sayang-sayangi?? hahaha), segala2nya lah dia.. sepasang anak yang comel, mendengar kata, banyak songeh, merajuk lebih, bodek lebih.. hahaha. 



InshaAllah.. dari hari ke hari kita semua masih dalam proses mendekatkan diri pada jalan yang diredhai.. bukannya dari hari ke hari menuju je jalan yang gelap.. betol tak?

Tak ada idea nak tulis untuk entry ni.. so aku repost je lah entry tahun lepas yer. 



Jom kita nyanyi sesama...


ALLAH SELAMATKAN KAMU... ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN TUAN HAJI BAKHIL,
ALLAH SELAMATKAN KAMU...

*clapclapclap*

So now apa lagi??? sila lah wish birthday aku beramai-ramai.. hahahahhahaa

Ehh..thanks jugak yang dari malam tadi sampai ke pagi ni yang tak putus-putus Wish birthday aku kat fb, whatsapp & semua laman sosial yang ada.. (wah bajet sangat ayat kau Jah!!) hahaha.

Love you all very strong!! mwahhhh 
Read More

Monday, October 27, 2014

Cari Hadiah

Dua hari sebelum birthday Nizam aku dah deal dengan Shida nak pergi KLCC.. mintak dia teman aku beli hadiah birthday Nizam. Sebelum tu aku dah discuss dengan Shida & husband dia.. aku tanya kat diorang kalau aku bagi boot bola ok tak.. diorang kata ok.. kalau tidak memang tak ada idea apa aku nak beli hadiah birthday dia tahun ni. 

Balik kerja hari tu Shida dah tunggu aku kat KLCC. Cari boot kat Butik Adidas macam tak banyak choice. Dah lah tak banyak choice, harga pulak stok RM500 keatas.. hoiii apa mahal bonar!! dah lah aku budget bawah RM300 je untuk boot tu. Aku cakap kat Shida, kita delete je lah hajat kita kat kedai Adidas tu.. harga semua cekik darah. Naik pulak tingkat atas tengok kat Stadium. Banyak sikit choice yang ada.. harga pun still under budget. Ok cun!


1st choice

Pilih punya pilih.. sambil tu aku whatsapp Ali (husband Shida) suruh dia pilih yang mana satu yang latest design & yang mana berkenan kat mata orang lelaki. Ko tau lah Bedah.. orang pompuan ni mana nak tau pesen apa yang orang lelaki berkenan.. kannn???

Kalau harap aku memang satu haram jadah pun aku tak tau pasal bola.. apatah lagi nak suruh aku pilih boot.. memang tidak lah. Lepas tu tak tau brand apa yang Nizam minat.. Adidas atau Nike. lagi bertambah buntu hotak aku nak pikir.


2nd choice. 

Kalau tengok dua dua kasut ni macam tak ada beza kan?? sebanarnya ada beberapa perbezaan. Yang atas tu f10 yang bawah tu f30.. apa beza f10 & f30 tu aku sendiri pun tak tau.. bila tanya budak  promoter dia kata dia pun tak tau.. damn!! akak rasa kau belum cukup ilmu lagi untuk kerja kat tempat2 macam ni dik.. baik pergi kursus dulu sebelum kau jadi promoter kat kedai kasut. Bila customer tanya satu haper pun kau tak tau.. derrrr.

Pilihan yang ada di Stadium

Bila dah kenan dengan first choice, size kasut pulak tak tau.. hahahaha. KeBANGANGan apakah?? yang si Shida dah memekak mekak kat aku.. "tu lah kau.. dari haritu lagi aku suruh kau snap gambar boot lama Nizam kat rumah.. kau tak buat apa yang aku suruh.. abes macam mana nak beli ni??.. bla bla bla" pffffttt Makcik Joyah dah membebel kat telinga kak Jah.. Kak Jah tak boleh terima okeh.. hahaha.

Lepas tu keep whatsapp dengan Ali lagi.. bila Ali lambat reply Shida call Ali.. bising-bising suruh Ali tengok whatsapp cepat2.. hahaha dah macam kartun kitorang haritu. Lepas tu cari idea macam mana nak tanya Nizam dia pakai boot size apa.. Lepas tu Ali buat2 whatsapp Nizam.. konon-konon Ali nak pinjam boot Nizam weekend ni (weekend lepas date birthday Nizam). 


Ali whatsapp Nizam nak pinjam kasut.

Sebelum tu aku dah cakap kat Shida.. aku rasa Nizam pakai size 7.. tapi dia tak nak percaya.. dia ngan laki dia sama je tak nak caya cakap aku.. Shida kata tak mungkin Nizam pakai size 7.. Laki kau tinggi takkan kaki kecik.. cacat ke laki kau tu.. hahaha.. chilaker punya Shida.. sedap je kau kutuk laki aku kannn!! kau dengan laki kau sama je.. hahahaha.

Dah discuss dengan Ali & Shida, aku pun macam tak confident nak beli.. takut salah size. Salah size tak apa.. boleh datang tukar balik.. masalahnya size yang nak ditukar nanti dah non hado.. adoiii cobaan sungguh. Shida kata jangan beli dulu.. dia suruh aku pergi survey kat tempat lain.. kot-kot ada yang lagi menarik. Aku pun turutkan lah apa kata si Joyah tu.. then kitorang turun ke food court lepak makan.



Boot tak dapat, makan yang aku dapat.


Selfie

Esoknya aku pergi cari lagi. Kali ni aku pergi Al-Ikhsan kat Ampang Point. Masuk je kedai.. budak promoter tu attend aku. Bagus budak tu.. sangat knowledgeable memang cukup kursus untuk bekerja dekat kedai sukan.. hahaha.


Nike

Adidas

Sepanjang aku kawin dengan Nizam, aku tak tau lah haritu macam mana instinct aku boleh kuat mengatakan yang Nizam minat Adidas. Bila ingat balik rasa macam Nizam pernah cakap kat aku yang dia suka Adidas.. sebab cutting boot Adidas memang sesuai dengan cutting kaki dia yang kurus & panjang. Aku pun confident suruh adik promoter tu advice boot Adidas mana yang paling latest & yang terbaik.

Adik promoter tu suggest yang ini. Ini bukan value buy yer.. sebab dia latest, so dia tak ada diskaun. Harga RM280. Masih dalam bajet aku.. sebab aku bajet beli boot untuk Nizam below RM300.

Kalau ikutkan bijik mata aku memang aku tak berkenan langsung design ni.. dah dia kata ini yang terbaik & latest, aku pun dengar lah cakap adik tu. Ini lah pilihannya. Beli, bayar lepas tu bla. Senang hati bila dah dapat beli hadiah untuk Nizam. Adik tu kata kalau tak muat boleh tukar size. Kalau tak berkenan pattern ni pun boleh tukar.. tapi harga kena setarap dengan harga boot ni juga.. Ok lah dik.. apa-apa pun biar akak bagi dulu kat Abang yer.. kalau dia tak berkenan nanti akak datang tukar. 

Tibalah masa hari besday haritu, kitorang pergi celebrate kat Great Eastern Mall (nanti aku buat entry lain). Bila dia bukak tengok dia happy..ofcoz aku pun happy kalau dia happy. Bila Sarung tengok.. boleh masuk suku je kat kaki dia.. hahahahahahahahaha.

Malam tu jugak lepas dinner birthday Nizam terus pergi kedai tu balik tukar size.

Bila sampai kedai dia sudah berkenan pattern yang lain pulak. Amboi mentang-mentang birthday.. you paw I cukup cukup yer Bie.. hehehe.. eh tak lah aku joking je.. anything for your husband.. its your birthday katanya.. *matakeatas*.

Mula-mula dia berkenan yang ini..


End up ini yang menjadi poojaan hati dia.. Amboi price tag terang2 kau tayang kat situ yer Jah!! Memang saja nak menunjuk pun.. hahahaha. Lahai bukan boot mahal sangat pun.. aku tau laki aku bukan pemain bola professional.. boot yang harga RM300 pun jadi lah kann.. janji dia suka :))

So balance kena tambah duit. Boot yang mula-mula aku beli tu harga RM280.. tambah lagi RM29 ambik yang ini.

Bangga Kak Jah bila suami suka hadiah pemberian isteri tau.. hehehe. Hope you tak hangat-hangat chicken shit lah main bola lepas ni yer Bie.. hehehe.
Read More

Saturday, October 25, 2014

Lepak Dewali

Tak ada siapa nak jemput Kak Jah datang beraya rumah korang sempena Deepavali kann??!! kecik ati tau.. hahahaha.. aku ada jugak kawan bangsa India.. tapi very limited.. itu pun colleague lama masa kerja kat SYABAS dulu. Tak jemput pun apalah.. janji raya diorang tetap meriah kennn.. hahaha.

Jemputan tetap ado.. kawan Nizam jemput datang birthday party anak dia.. jadi mari kita ke jemputan birthday di hari Deepavali. Rumah kawan Nizam tu kat Bandar Tasik Permaisuri je. Datang makan, borak2, lepak2 kejap lepas tu chow.


Actually birthday party tu dia buat kat club house bawah kondo rumah dia.. sambil2 tu budak2 boleh mandi kat swimming pool depan club tu. Aku ada lah bawak baju spare & swim suit Khairine & Danish.. bila tiba masa, Diorang kata tak nak mandi pulak.. haiii pelik aku.. selalu kalau nampak swimming pool tak payah suruh korang dah meronta ronta nak mandi.. ni tak nak pulak.. hurmmm.

Gerak je dari birthday party, ingat nak pergi tengok wayang.. sambil tu boleh makan tauhu bakar kat Viva Home Cheras.. skali tengok Gurney Food Court kat atas tu tutup untuk renovation.. hampa harapan laki aku nak makan tauhu bakar yang tersedap kat situ.

End up aku ajak lepak coffee coffee je kat Old Town.

KhaNish

Our order

Aku punya.. sorry no share2 yer. Ai nak layan kopi o pekat likat cicah roti bakar.. hehehe.

Celupan roti ke dalam kopi O.. fuhhh feeling macam hirup kopi kat serambi rumah pulak.

Start busy with the phone

Siap dengan earphone lagi

Babah dia pun sama jugak

Aku?? layan boring sengsorang.. hahaha.

Lepas tu layan selfie.. hehehe

Lepas tu layan wefie.. tapi yang sebelah tu tak layan aku.. choyyy!!
Read More

Friday, October 24, 2014

Bubur Nasi

Masa draft entry ni nak dekat sekotak habis tisu aku kerjakan. Selai aku sumbat kat lobang hidung. Habis basah lencun tisu yang sumbat kat lobang hidung ni. Lepas tu tukar tisu lain pulak. 

Jumaat haritu tak sedap badan macam nak demam + flu. Flu ni yang mengundang buat demam.. sakit kepala aku asek achom achom achom je sepanjang hari. Asal bersin je habis terbang-terbang kuman yang keluar dari mulut aku.. biar orang lain kena pulak virus aku. Sekarang dah berjangkit kat Nizam pulak.. tu lah siapa suruh comolot dengan I.. hahahaha.

Cerita pasal tajuk atas tu. Badan dah tak best.. lagi tak selera nak makan nasik. Kau sua kepala gajah masak kari depan aku pun aku tak selera. Tekak ni nak makan bubur nasi. Kebetulan lepas hantar Khairine kat sekolah sebelum dia bertolak pergi camping haritu aku balik je rumah terus membuta.. tak larat sangat dengan cuaca kat luar tu panas berdesing. Jadi tak masak lah aku haritu (alasan sangat kukuh.. hahahaha). So malam tu Nizam kata makan kat luar je lah. Ok boss.. hehehe.

Rasa macam nak makan bubur nasi kat restoran Day & Night Circle Shah Alam. Macam melampau sangat pulak permintaan sampai jauh ke sana. Dia tanya aku kat mana lagi ada.. aku kata no idea. Pecah kepala gak laki aku memikir kat mana nak cari bubur nasik.. hahaha. Kan I dah kata Bie.. bini you ni "kadang-kadang" kekwat tanpa batasan.. hahaha. 

Dia bawak aku ke Kampung Baru. Baru teringat bubur nasi yang sedap kat depan UniKL. Terus dan dan tu aku suruh Nizam ke sana.. padahal tadi kata no idea nak kemana.. nampak tak kekwat disitu?? hahaha.


Bubur nasi yang sedap. 

Bila makan tergigit halia muda yang dia potong slice tu.. bikin terpejam bijik mata Kak Jah bila kunyah.. hahaha..  over sangat!

Sayur apa ni.. dia goreng oyster. Sedap je bagi tekak aku yang tak berapa tak sedap ni.


Ini yang tersedap sekali wa cakap sama lu.. 

Sotong kecik2.. lepas tu aku campurkan sekali dengan ikan masin.. tak kisah lah janji dia masin masin bila makan dengan bubur.. slurpppp. Lepas tu perah limau atas dia.. Ya Allah.. rasa nak menjerit masa makan.. tersedap sangat. Hishhh sudah sudah lah propa Jah oiii.. orang lain makan sedap jugak.. kau tu sampai nak menjerit dah kenapa?? derrrr.


Akhirnya.. licin semangkuk.. perut pun gembira :))

Nizam makan nasi goreng USA.. sikit pun aku tak pelawa dia ajak makan bubur aku. Aku buat bodo je.. karang kalau pelawa tak cukup pulak nanti.. hahaha.

Kalau korang nak try makan bubur nasi pergi lah kat Kg. Baru.. depan UniKL. Tukang masak dia memang purely orang Thailand.. bangsa yang tak paham sangat cakap melayu. Dia punya tak paham bahasa melayu tu sampai order aku tak sampai. Selain lauk2 yang aku order tu, aku ada order ayam goreng kunyit untuk dimakan dengan bubur.. sampai ke sudah tak dapat. Nampak sangat dia tak paham bahasa aku. Lantak kau lah... janji aku makan habis sampai kenyang.
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah