Thursday, November 27, 2014

Allergic

Seminggu lebih blog terbengkalai.. dah seminggu lebih tak jenguk blog.. dah seminggu lebih tak baca cerita kawan-kawan alam maya.. apa kabor lah agaknya mereka mereka tu agaknya.. 

Kalini aku tak nak tanya korang rindu kat aku ke tak.. nanti ada je yang kata tak rindu.. hukhukhuk.. sedih hati Kak Jah tau.. huwaaaaaa nak bahu!!! :'(

Ecehhh main-main je lah.. tak rindu ai issokay.. ai pun boleh kata ai tak rindu uolls.. hahahaha.. 

Dua hari lepas aku kena allergic.. bengkak seluruh muka.. Pukul 2 pagi tak tahan sangat.. start kereta terus gi klinik.. aku syak aku guna wet tissue haritu.. lepas tu terus naik bengkak-bengkak kat muka.

Harini dah feeling better.. Alhamdulillah..

Cerita tergantung ni.. aku rushing  sebab aku nak pergi Melaka jap lagi.. nanti kita sambung cerita lagi yer. Ada lah dua tiga cerita yang belum ditebarkan kat sini.... ada kerja nak kena settle kat sana.. nanti kita sambung cerita lagi k.. 

See ya! :)
Read More

Wednesday, November 19, 2014

Fullhouse

Lately ni kan aku busy.. kadang balik rumah dah penat.. nak masak pun dah tak mampu. Kalau sempat aku masak lah jugak balik kerja.. habis masak, makan anak beranak.. masa makan pun rasa macam nak terpejam dah bijik mata ni.. terpaksa ku gagahkan jugak telan makanan walaupun mata dah nak tertutup.

Semalam aku cakap kat Nizam.. malam ni kita makan kat luar lah yer.. lagi pun barang basah dah tinggal hujung-hujung je dalam freezer coz last week kitorang tak ke pasar untuk top-up barang.. so jadi lah satu alasan kukuh untuk mengelak dari masak kikiki.

Fullhouse menjadi tempat pilihan. Dengar kabor Fullhouse kat Jalan Yap Kwan Seng tu dah tutup yer?? aku dah lama tak lalu area situ so tak tau pulak yang Fullhouse kat situ dah tutup.. yang aku tau Fullhouse kat Wangsawalk tu memang sah-sah dah tutup. Ada haritu aku nak pergi makan kat TGI Friday Wangsawalk.. kan sebelah TGI tu ada Fullhouse.. sekali tengok tempat tu dah gelap. Tanjat Jijah!

Fullhouse

Info.. kan aku ada mention kat atas tu tadi yang Fullhouse kat Jalan Yap Kwan Seng & Wangsa Walk dah tutup kann.. yang aku pergi ni dekat Kajang/ Cheras batu 9.. dalam Giant kat tepi hiway Silk tu. Aku rasa itu lah satu-satunya Fullhouse yang wujud setakat harini. Branch kat tempat lain aku tak sure ada ke tak.

Aku & Nizam choose menu yang sama.. Tony's Teriyaki Chicken Burger

  Seared Atlantic Salmon Fillet for Khairine

Masala Breaded Chicket Cutlet for Danish


Fish & Wedges for Otai (emak) :D

Creme Brulee

 Latte

 Otai

Pak Nizam

Tuan rumah ;P


KhaNish

~The end~
Read More

Monday, November 17, 2014

Homemade Chocolate Puff

Bulan ni je tenggelam timbul aku kat blog. Kak Jah busy dik.. tak sempat nak update blog. Kat opis memang tak sempat lah.. semenjak tukar department ni Kak Jah banyak buat kerja luar. Kadang ke Melaka, Putrajaya.. merata kadang tu. Bila kat rumah pulak bila tengok laptop rasa macam tak bernafsu nak on.. hurmm. 

Minggu lepas hari Khamis seharian kat Melaka.. aleh-aleh hari Jumaat kena pergi lagi sekali ke Melaka atas arahan Datuk. Tu pun dah pukul 12 tengahari baru dia bagitau suruh pergi. Terkangkang-kangkang aku.. nasib baik dia suruh aku pergi dengan driver.. selamat aku tak payah drive.. driver bawak BMW X5 kau!! mau tak bersezuppp sampai Melaka??!! hehehe.

Ni nak cerita.. ingat tak haritu aku ada buat entry Homemade Sardin Puff baru-baru ni aku repeat buat lagi.. ni pun sebab Khairine nak bawak ke sekolah.. Ada jamuan akhir tahun kelas katanya. Mak pun bersengkang mata lah tepi oven membakor doploh bijik puff untuk dia bawak ke sekolah. Ceh bunyik macam professional sangat kann?? ekekekek.

Letak dalam paper cup lepas tu letak dalam box lagi okeh.. dah macam nak buat jual pulak nih.. hebatttttt mak kau Khairine!! hahaha.

Danish pulak bila aku tanya bila jamuan kelas?? dengan slamber je dia jawab "Jamuan kelas Anish dah lepas" pffffttt.. kau ghase?? pening aku dengan budak sorang ni.. aku rasa mana-mana budak lelaki memang diorang ni bangsa tak ambik kisah kot kann??.. sapa ada anak lelaki tau lah kot.. cikgu nak buat jamuan ke, persembahan ke apa ke dia ilex je.. bila aku tanya dia boleh pulak bagi jawapan sempoi macam tu.. hahahaha.. lantak kau lah dik.. janji kau belajar pandai-pandai.

Tapi rupa paras puff tu tak semenggah.. boleh lah tu kannn.. bukan nak buat jual pon ;D

 Ini lah rupa susunan chocolate puff ai haritu.. lupa pulak nak ambik gambar dalam puff ni.. so kau tak nampak lah filling chocolate kat dalam.. ko imagine je lah filling chocolate dalam puff tu yer Joyah.. hehehe.

 Zoom in sikit =)

Doploh biji puff tu boleh muat untuk dua tingkek dalam box.. so kita humban semua sekali dalam tu.. tapi susun elok2 lah.. karang terburai pulak puff tu.

Cara nak buat puff ni aku dah bagi haritu kat link lepas.. pandai-pandai lah buat sendiri yer :)
Read More

Wednesday, November 12, 2014

Pizza Hut

Isnin haritu tiba-tiba Nizam ajak pergi makan Pizza Hut..nak try pizza baru katanya.. aku tak pun kewujudan pizza baru tu sebenarnya.. nampak sangat lah kunonya aku ni.. kerja sokmo sampai tak tau perihal dunia luar.. hukhukhuk. 

Waktu tu dah petang aku kat office lagi.. Nizam whatsapp aku suruh tunggu kat rumah nanti dia balik kerja terus pergi. Ambik budak-budak kat rumah terus pergi Pizza Hut kat Wangsa Maju.

Korang dah try ke Pizza baru tu?? meh tengok gambar yang aku nak pamerkan ni.

Begini lah rupanya pizza baru tu.. tah apa nama dia tah.

Zoom sikit.. Yang kau nampak berbunga kat atas pizza tu sebenarnya chicken ham.. sedap oiiii.. masa gigit tu terus terasa kesedapannya.

 Lepas tu order extra food.. Fettuccine Carbonara kongsi tiga beranak.. yang si Nizam tak nak.. tak minat katanya.. tekak kampung sangat laki ai tu ;P

Ada order satu lagi personal pan Tuna spicy pizza.. lupa pulak nak ambik gambar.

Burrppp Alhamdulillah.. kenyang perut senang hati =)

Ni nak cerita.. pagi tadi aku pergi isi minyak kereta. Ingat nak isi malam tadi.. tapi tak sempat.. sebab balik kerja dah lambat.. malas aku nak singgah pump station. Sekarang bila dah dok kat MD Office busy sokmo.. nak kencing berak pun kadang tak sempat.. pfffftt.

Patutnya malam tadi aku nak isi.. tapi takut kena marah dengan Nizam sebab aku dah belasah minyak kereta dia sampai kering. Sebenarnya bukan apa.. dua hari lepas aku dah isi minyak kereta aku.. dah nak habis.. bila bawak kereta Nizam aku kena isi lagi.. habis lah duit ai hari-hari nak kena isi minyak untuk dua kereta pulak tu.. nak mintak laki isikan takut kena marah.. dah sedap-sedap lenjan lepas tu nak suruh dia isi pulak.. kannn??? banyak chantekkk!!

So pagi tadi masa dah sampai Petronas, aku nampak bangla pump attendant tu berdiri kat situ.. aku pun terus cakap kat dia "Tolong isikan boleh?? saya malas nak keluar kereta lah" 

Ko tau dia jawab apa???

Bukan malas.. kakak sekarang sudah lambat mau pergi kerja kan?? 

Hah!! memahami betul si bangla tu.. macam tau-tau je Kak Jah sangat busy dan dah lambat nak pergi kerja.. hehehe.

Ini gambar pagi tadi.. sempat lagi selfie tuh.. hahaha

Esok nak kena pergi Melaka.. ada kerja.. dah tentu-tentu esok blog tak berupdate. Tunggu lah Kak Jah ada masa nanti kita sambung cerita lagi yer.. 

Tata ;)
Read More

Tuesday, November 11, 2014

Busy

Hi.. Assamualaikum..

Saja nak enterprem diri niha.. dah beberapa hari tak menjelma kat blog.. karang orang ingat kita dah tak wujud pulak kat alam maya ni.. kannn??? hehehe. Ada yang merindui ke? tak rindu?? amboi kejam sangat.. phuii ;P

Lately ni akak super busy dik. Actually cerita sebenarnya macam ni..

Last week aku dah kena transfer ke Managing Director Office (MD Office). Kenapa?  sebab Boss aku dah nak resign.. most probably dia chow by end this year.. tiba-tiba dia mintak nak awalkan date resign by end of November. So bila Datuk tau yang Boss aku nak resign, cepat-cepat dia mintak aku di-transfer-kan ke MD Office.

Faham tak cerita ni?? 

Kalau tak faham korang fahamkan point cerita aku je lah yer.. Pointnya ialah Boss aku nak resign & aku dimintak untuk di-transfer ke MD Office immediately atas arahan Datuk.. Faham?? kalau tak faham jugak aku tak tau lah nak kata apa lagi dah.. hahaha.


Pada yang merindui diri ku.. nahhh tatap lah wajah kesayangan hamba.. gambar fresh ni selfie pagi tadi.. hahaha.

Nanti kita update cerita lagi ok.. kita nak buat kerja kejap. Kbai mishyou :) 

~~Amboi statement retis sangat.. buelkkk~~
Read More

Thursday, November 6, 2014

Jogging

Haritu aku ada buat entry White Ribbon Campaign Run & Walk 2014Bulan depan kan aku nak join Marathon.. so aku pun poyo-poyo lah kena workout habis-habisan untuk get ready. Poyo tak poyo lah.. walau apa pun aku kena jugak workout.. kalau tidak on that day mesti aku pancit habis.

Nizam dah warning aku.. kalau tak cukup stamina you jangan pergi.. dah cukup workout baru you boleh pergi. Amboi macam trainer pulak nak bagi arahan.. pfffftt.

Sabtu lepas awal pagi dah bagun. Semangat membara-bara nak jogging katanyer.. harus kena pergi jog jugak kalau tidak aku tak boleh pergi.

Nampak tak berapa banyak calories nak kena burned?? nampak nampak nampak??? *PITAM*

Target 5km.. Jadi marilah kita mengelilingi tasik untuk capai target.

Ready

Oh lupa nak bagitau.. aku pergi dengan Khairine je pagi tu.. dengan tak mandinya kami dua beranak.. bagun tidur gosok gigi, cuci muka, tukar baju terus gerak ke Taman Tasik Ampang Hilir.

Bertambah semangat dengan adanya kasut baru.. thank you Bie belikan kasut baru untuk I.

Muka tak mandi pagi. hahahaha

Cover muka.. Warm up sikit sebelum mula jog

Gaya Jogging lenggang Mak Limah namanya.. hahaha

Start jogging.. 

Mummy : Khairine ambik gambar Mummy tengah jog boleh??
Khairine : Nak masuk blog lah tu kannn.. 
Mummy : (cakap dalam hati) Macam tau-tau je budak ni

Jogging nya tak seberapa.. berjalan je lebih.. lepas tu perati-perati orang sekeliling. Ada sekumpulan makcik yang kononnya jongging haritu bukan main lagi aku tengok. Sambil berjalan sambil menjoyah.. aku tak nampak plak diorang jogging. Aku dengar je apa diorang berborak. Sampai kat satu tempat tu ada pokok mangga.. ada lah beberapa bijik mangga gugur kat tanah.. sambil dok tunjuk-tunjuk mangga tu sambil cakap "banyok lah pelam jatuh.. sayang no.. kot lah buleh buat jeruk.. sedap woo" (dialag Kedah). Ko ghasa?? tergelak-gelak aku dengan Khairine dengar makcik2 tu cakap.

 Peneman Mummy 

 Bukan main berpeluh kononnya

Mummy.. nak panjat kat sini.. panjat lah nak.. jangan kau tergolek kat situ sudah



Lepas beberapa minit (minit ya bukan jam.. hahaha) jalan/ jogging, lepak sini jap ambik angin.. menikmati keindahan tasik yang airnya tak berapa nak wangi.. phuiii.

Yang garis hijau tu tanda aku mengelilingi tasik.. cewahhh.. banyak berjalan sebenarnya dari jogging. 

Sebenarnya tak boleh nak push sangat.. lagi-lagi macam aku ni.. baru nak start jogging balik memang sompuik (semput) achik dibueknyo.. lebih baik banyak berjalan dari berjogging.. karang aku tergolek kat situ sapa pulak nak mengangkat.. jenuh nak kena angkat pakai lori crane pulak.. kannn??

 Kalau dah banyak berjalan dari jog, memang tak capai target lah gamaknya.. ini je yang dapek. Lepas ni kena workout lagi untuk capai target.. sampai dapat green light dari laki I untuk I join Marathon next month.. Fuhhhh *LapPeluhKatDahi*

Record as at 1/11/2014

Chayokkk!!!

Habis jog.. nampak kurus sikit cuping telinga aku.. hahaha

Balik tu terus demam urat.. sakit-sakit badan aku dibuatnya.
Read More

Wednesday, November 5, 2014

Birthday Treat di Flora Terrace at Hampshire Place

Kali ni turn Nizam pulak bawak aku pergi makan untuk Birthday aku. Macam best pulak dalam sebulan dua kali dapat makan kat tempat yang best.. ngeee. Yer lah Birthday kitorang kan hanya beza 12 hari je dalam bulan yang sama.

Kalau tahun lepas birthday dinner aku di Radius International Hotel, kali ni aku tak tau pun dia nak bawa aku pergi makan kat mana. Aku ilex je tak nak lah tanya-tanya.. birthday girl lah katakan.. nak tunggu surprise dari suami katanyer.. phuihhh.. hahahaha.. agak meluat bila orang membacanya.. ;D

Ke Flora Terrace at Hampshire Place saja pilihan yang diberikan.. cewahhh pilihan lah sangat.. yer lah kita as a birthday girl (girl kew??) ikut je lah.. jangan membantah.. karang banyak songeh tak dapat makan sedap-sedap pulak.. hahaha.

Me & Hubby

Celebrate biasa-biasa je.. tak ada lah kek bagai.. sekadar meraikan birthday je pun dah cukup.. karang buat party besar-besar orang ingat kenduri khatan pulak.. kannn??

Purak purak feeling romantik lah kononnya.. buelkkk

Ambik order

Sementara menunggu order sampai, mari bergambar disekeliling kedai..

 Macam biasa.. otai mesti ikut sekali =)

With kiddos

Besday girl.. (buelkkkk muntoh) ;D

 Anjer2 Mummy

Amboi macam kat rumah je korang buat ya

Danish and the topi senget

Eh dia ni lagi!!

 KhaNish

 Husband & Wifey


 Apa ke mana makanan ni aku dah lupa.. tapi sedap bukan main.. Ini pilihan besday girl okeh.. hehehe.

 Nasi daging hitam.. eh tah lah tak ingat nama dia.

Ini daging yang dipasangkan dengan nasik kat atas tu.. Nizam punya

Ini otai punya.. Mee goreng mamak.. kan aku dah kata.. kau bawak lah dia makan kat tempat yang best2 ke kat hotel ke.. makanan pilihan dia mesti yang malaysian cuisine punya.. hahaha. 

Khairine & Danish makan menu yang sama.. Nasi goreng Flora.. aku try jugak cedok sikit.. sedap oii. sambal belacan dia memang kaw-kaw punya pedas.. menitik air hidung Kak Jah




Orea smoothie & blue lagoon.. untuk Khairine & Danish

 Aksi suap menyuap ala-ala pengantin baru.. hehe mengada sangat!

Padahal boleh je suap sendiri ;P


Danish & Khairine


 Nizam & Zaza

OTAI masih berbisa.. hahahaha.. Ini Emak aku lah ;)

Yeaayy dapat hadiah.. 

Kau tau?? sampai tak habis makanan aku haritu.. Masa tengah sedap-sedap makan tiba-tiba Khairine & Danish datang dari belakang aku dok bisik-bisik sesama sendiri.. rupanya Babah diorang bawak diorang ke kereta ambik hadiah suruh diorang bagi kat aku.. amboi tak romantik langsung laki ai tau.. ada ke suruh anak yang bagi.. hahaha. Issokay lah.. janji ai dapat hadiah.. kekekeke ;P


 Thank you anak-anakku

Alhamdulillah.. rasa bahagia sangat bila dikelilingi orang-orang tersayang.. lagi-lagi Hari Jadi kita diraikan.. walaupun tak meriah dan tak mahal, aku hargai sangat. Apa yang penting kerja sama.. eh salah itu wonder pet.. hahaha.. 

Apa yang penting kebahagiaan milik kami =)

Terima kasih suami, terima kasih anak-anak, terima kasih Emak sebab membahagiakan saya *tadahtangansambilberdoa* 
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah