Tuesday, March 31, 2015

Sabtu Kami

Hi Assalamualaikum..

Sana sini bising pasal GST.. bising-bising pun tak guna.. kalau berdoa panjang mana pun GST tetap jalan. Ni bukan nak cerita pasal GST.. ni nak cerita aktiviti weekend lepas. Biasanya weekend adalah hari spend time dengan family.. itu yang Kak Zaza nak diceritakan ni.


Hari Sabtu plan nak pergi tengok Cinderella dengan Khairine. Nizam & Danish pulak nak keluar cari barang diorang. Konon-konon macam bapak keluar dengan anak lelaki.. Emak keluar dengan anak perempuan.. gittew lah kisahnya. Memang dah lama kitorang tak buat kerja macam tu. Bila ada free time minggu lepas, baru berkesempatan dapat keluar sama2.


Skali hari Sabtu lepak kat kedai tayar je.. tak jadi plan keluar Dad & son, Mom & daughter.. ni kat kedai tayar lah ni.. bosan menunggu lama.. aku selfie sengsorang :D

Kedai tayar?? kau tak ada tempat lain lagi ke nak lepak Jah oi??? 

Actually ceritanya macam ni.. aku dah lama niat nak tukar rim sukan (sport rim) kereta aku tu.. bukan tukar & beli rim lain yang lebih bagus.. aku cuma tukar tayar & rim sukan standard balik je.. aku dah malas nak pakai rim sukan lagi.. tukar rim standard je senang.. tak payah nak bergaya sakan sangat.. kereta pun tak berat.

So rim sukan kereta aku masuk kat kereta Nizam.. tayar kereta aku beli yang baru. Bila dah sampai kedai.. cina kedai tu check apa yang patut.. lepas tu ada je yang tak patut.. disuruh tukar itu, tukar ini.. tu yang lama kat kedai tayar tu.. berejam dok situ.. dah lah panas.. rentung mak! :(

Dua beranak yang dah boring. Crop muka Danish kat tepi Khairine tu.. sebab gambar ni nampak besar sangat.. macam buruk je nak tampal dalam blog ni ;P

Dah siap tukar masuk rim sukan kereta aku ke kereta Nizam ;)

Settled hal kat kedai tayar.. hantar kereta aku balik rumah, kitorang keluar naik kereta Nizam je.. ke Times Square pulak kiblat kitorang haritu sebab si budak Danish nak beli barang kat sana.

Oh! cerita ni mesti korang tak tau lagi kan?!.. yang mana tahu tu tahu lah. Actually emak aku dah 3 minggu tak ada kat rumah.

Dua minggu lepas dia lepak rumah abang aku. Saja dok rilek kat sana.. dah bosan agaknya duduk rumah sendiri. Jadi, minggu ni dia ke rumah kakak aku pulak. Last Saturday masa kakak aku (kak long) ambil emak aku dari rumah abang aku (abang) kak long cakap emak nak jumpa Khairine & Danish *rindu lettew* that time kitorang ada kat Times Square lagi.. so aku cakap kat Kak Long kalau nak jumpa datang lah Times Square.. tak payah parking pun tak apa.. jumpa kat luar je nanti susah pulak emak nak berjalan kat dalam Times Square.

Me & my Kak Long.. sempat lagi menggarit dalam kereta hehe

Jumpa kejap dalam 15 minit diorang terus gerak balik Klang.. Bukan main lagi emak aku.. macam limablas tahun tak jumpa anak, cucu & menantu dia haritu.. siap berpeluk cium lagi.. yang tak menahan tu dia siap nangis kau! nangis sebab rindu katako.. hehehe.. nampak sangat rindu terpendam didada.. sekali dapat jumpa terus jadi macam jejak kasih.. hahaha.

Ok lah itu je nak cerita.. bye ;)

11 comments:

  1. Gitulah Zaza naluri nenek/mak pada cucu/anak. Kita rasa belum lama jumpa tapi dia rasa dah rindu. Tapi ok jugalah dpt anak-cucu yg memahami. Tak rugi bagi legakan perasaan mak.

    ReplyDelete
  2. za lgi buta bab tayar hahaha..*lama dh tak pegi time square hehe..

    ReplyDelete
  3. kereta standard lagi bagus zaza,xyah nak pening kepala kan...wah..nanti bila fiyah dah besar boleh ngedate dua orang je..tak payah bawak babah dia..hahaha.

    ReplyDelete
  4. Comel btul mak za...kemahen lg rindu cucu smpi nangis..tabik spring btl kat mak zaza

    ReplyDelete
  5. Kak Zaza... I saw u just now kt CIDB..u masuk bilik dato' seri... i plak kt sofa tgh tunggu turn nak jumpe dato' seri...
    unfortunately tak sempat nak bertegur sape dgn u...

    ReplyDelete
  6. Kenan tgk rim kereta tu...silau mata hahahhaha

    ReplyDelete
  7. paling tak suka menunggu kalau kat kedai tayar..bosan xde ape nak buat..huhu..

    Ye lah kak, mesti mak akak rindu walaupun baru sekejap berjauhan.

    ReplyDelete
  8. Sbb tue la part nk tukar apa saja psl keta mmg serah kat husband jer..hehehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah