Tuesday, April 7, 2015

Happy 10th Birthday Son

Diam tak diam dah setahun berlalu.. kalau tahun lepas Birthday Danish kitorang sambut di Stone Cafe, Bandung [LINK] tahun ni kat mana pulak?? jeng jeng jeng.. Eh! tak payah nak jeng jeng jeng sangat lah Jah.. hahaha.

Dalam entry khas ni, Mummy nak wish to Danish.. Happy 10th Birthday.. semoga jadi anak yang Soleh, belajar pandai-pandai (macam Mummy), selalu mendengar kata Babah & Mummy, jangan selalu gaduh dengan Khairine, Khairine pun jangan nak selalu gaduh dengan Danish.. apa yang penting.. kerja sama.. hehe macam wonderpet pulak ;P

Waktu kecik macam ni comel je.. rasa nak gigit pipi tu.. gerammm.. bila dah besar-besar ni Mummy tengok kau comot-comot je dik.. dah tak geram lagi dah.. Geram sebab kengkadang degil buat my blood go upstairs adalah.. Gggrrr ;P

Gambar recycle yang dah ada dalam entry lepas. Tetap nak letak jugak sebab bajet anak bujang den terkacak diantara anak bujang orang lain yang hado.. hahaha.

Makin besar makin banyak akal dah budak ni. Basikal ni baru je beli dua tiga bulan lepas tak silap.. apa nama basikal ni?? fixie?? fixie?? macam tu lah bunyiknya. Ni siap posing depan kedai ar ni. Tak menyempat-nyempat nak basikal.. sebelum birthday juga Babah belikan. Peminat sang K-Pop pun ya juga budak ni. Sikit-sikit K-Pop.. baju K-Pop, topi K-pop.. sekali Mummy POP dahi tu tahu lah kau! hahaha.

Harini punya present dia dah tuntut kat bapak dia.. nak boot bola katanya. Padahal tahun lepas masa ke Bandung dah beli.. bila tanya kenapa nak boot lagi.. jawapan "boot Anish dah koyak" eh! dan dan tu lah koyak pulak ya.. ke kau memang koyakkan sempena besday nak menjelang nih??? hahaha.

Nasihat Mummy lagi.. dah masuk tahap 2 ni, kena belajar rajin-rajin dik.. sebab tahap dua ni dah masuk style pembelajaran macam UPSR.. dah tak sama cara pembelajaran dengan tahap 1 dulu. Mummy tengok ko asek main je.. bila Mummy suruh baca buku, hafal sifir tu, sila lah buat.. jangan asek nak membuta je.. Mummy tau, lepas balik sekolah memang penat.. tapi faham lah.. apa yang Mummy & Babah cakap tu, ada kebaikannya untuk anak-anak.. baik Khairine, baik Danish.. sama je.. Mummy & Babah selalu bising kalau korang asek main.. main tu tak salah.. bukan tak boleh main langsung.. Ingat Mummy & Babah tak risau ke hal-hal belajar korang?? Makbapak mana yang nak tengok anak-anak diorang gagal dalam pelajaran.. yer dak?

Ni kalau nak bebel sampai dua tiga entry pun boleh ni.. biar Mummy stop dulu bebelan Mummy kat sini.. sok-sok korang dah besar, kalau wujud lagi blog ni, sila lah baca & faham.. betapa Mummy & Babah sayangkan korang berdua. Pelajaran tu penting untuk masa depan korang. Bukan Mummy & Babah kata korang tak pandai.. even exam awal tahun haritu pun korang dah buktikan kat Mummy & Babah yang korang sebenarnya pandai-pandai belaka.. yang penting bijak macam Mummy.. bukan macam Babah.. muahahahahaha.. mati lah kalau Nizam baca ni.. phuii!

Kalau dah nak nasihatkan/ marah Danish, mesti ada kena mengena dengan Khairine.. macam tu juga sebaliknya.. Khairine pun mesti ada kena mengena.. kalau marah sorang je tak fair.. alang-alang nak marah/ nasihat tu, biar dua-dua sekali kena. Baru ada keadilan disitu.

Selalu kalau kat rumah memang aku lah singa betina.. asek nak mengaum je.. Babah diorang pulak bangsa yang lembut.. kalau marah/ nasihat tu dah macam mendendengkan syair je aku dengar.. memang aku tak boleh sabar kalau macam tu.. that's why aku kena tegas & keras disitu. Fair lah kan.. sorang kena hard core.. sorang kena lembut sikit.. kalau dua-dua jenis hard core.. alamatnya lunyai lah budak dua orang tu kena belasah.. haha.

Nampak tak? makin nak end the story, makin panjang khutbah Mak Jah kat sini.. hahaha. Dengan itu, aku akhiri dengan gambar yang tak pernah aku share lagi dalam blog ni.

Tension aku dengan budak Danish tu!! tak boleh lah mak kau nak feeling diva kejap!

17 comments:

  1. happy 10th birthday to danish..moga membesar menjadi anak yang soleh dan boleh membanggakan mamababah nanti ye...

    ReplyDelete
  2. selamat hari ulang tahun ke 10 danish..

    ReplyDelete
  3. happy birthday danish ! jgn nakal2 ye.. jadi anak yg soleh buat mommy n babah.

    ReplyDelete
  4. happy 10th birthday danish... semoga menjadi anak yang soleh, berjaya dunia akhirat... In Shaa Allah, amin...

    ReplyDelete
  5. hahahahahahahahahahahaa..tergealk-gelak aku baca weyyy..gambar paling last la yang paling epic!!

    ReplyDelete
  6. Happy birthday Danish.
    Danish ni memang tinggi dah macam abang Khairine kan.. (kalau org tak tahu)
    Untung juga Khairine awet muda hihi...
    Hujung tahun ini mahu-mahu Danish lagi tinggi dari Zaza.

    ReplyDelete
  7. Semoga danish membesar sbg anak yg soleh dan cerdik pandai...
    Happy 10th birthday danish..

    ReplyDelete
  8. appy bzday danish ;) smga cemerlang dunia akhirat...
    eh last pic tu epik sgt hihihi

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Lahir yang ke 10 buat Danish..
    Moga menjadi anak yang soleh dan berjaya..
    Moga sentiasa kuat dan sihat dalam menjalani kehidupan seharian.

    ReplyDelete
  10. Marah2 mak tapi sebenarnya hati lembut je tu...ahahhaa...

    Happy Birthday Danish moga membesar menjadi anak yang soleh.

    ReplyDelete
  11. hai danish...happy birthday ya :-)

    ReplyDelete
  12. cumil jew pic last tuh.. anyway happy berday danish.. :)

    ReplyDelete
  13. Happy birthday danish hehheheh lucu la danish ni hahahha mak jah dah bebel berkilometer lamanya...tp sapa2 jadi mak akan mmg bebel pun...bebel utk kebaikan kan...

    ReplyDelete
  14. Lawak lah gambar last tu. Happy belated birthday danish. Comel betul masa kecik tu. Smoga membesar sebagai anak yg soleh.

    ReplyDelete
  15. kecik kecik lain rupa Danish ni..biasalah kak, anak lelaki ni memang aktif kan..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah