Wednesday, November 4, 2015

Birthday Treat di Alexis Ampang

Sambungan dari birthday treat kat Octopus haritu kat ENTRY NI malam pulak husband Kak Zaza ajak celebrate kat Alexis GE Mall. Mula-mula memang tak tau kemana kiblat dia nak bawa aku.. dengan hati yang redho ikut je lah mana dia nak bawa.

Perjanjian jumpa kat rumah dulu.. pergi lepas balik kerja. Tunggu KhaNish balik sekolah agama & diorang habis mengaji baru boleh pergi. Laki bini tak mandi pun dengan baju kerja lagi terus pergi.. hahaha.

Sampai Alexis aku tengok Nizam dok bisik-bisik dengan waiter kat situ.. pastu terus dia bawa ke tempat yang Nizam dah buat reservation.
Bila duduk je tengok seat ada lagi macam empat orang lagi boleh duduk. dalam hati berkata-kata gak.. ni mesti ada muslihat yang bakal dibuat jap lagi nih. Aku dok diam sambil belek menu & borak dengan KhaNish.

Sebelum makanan sampai atas meja, tiba-tiba dari belakang ada orang nyanyi "Happy Birthday to you.. Happy Birthday to you.. Happy Birthday to Zaza" nasib tak pitam.. toleh-toleh je tengok Tante & Kak Rozie rupanya.. choyy!! you all ni tak ada kerja lain ke nak buat?? teranjat i tau! hehehe.. padahal dalam hati suka okeh! muahahahaha.




Anyway, i really appreciate.. rupanya Nizam dah komplot dengan Tante untuk dinner malam tu.. amboi bukan main ya! hihihi. Aku tanya Tante mana kawan-kawan lain? kenapa tak join.. Tante kata diorang ada hal masing-masing.. they say sorry can't celebrate together.. i said issokay janji ada hadiah.. hahahaha. i don't mind diorang tak dapat join.. faham keadaan masing-masing yang busy and siang tu diorang dah buat i teranjat masa kat Octopus kann. 

And patutlah si Adik Zaza beria-ia suruh orang delivery bouquet ni untuk aku sampai kat opis.. rupanya dia tak dapat join celebrate kat Alexis sama-sama.. huhuhu. so sweet lah korang.

Danish's

Khairine's

Nizam's

Birthday girl punya ;)
Haritu mood nak makan macam tak berapa nak ada sangat. Sebab sepanjang haritu terlalu excited sangat. Dok pikir tahun ni hadiah apa yang laki i nak bagi.. hahaha. Baru perasan.. punyalah ralet berborak haritu, aku langsung tak bergambar dengan Nizam, anak-anak, Tante & Kak Rozie.. so bad!

Nak tengok present apa yang aku dapat?? 

Love And Glamour by Jennifer Lopez. Gift from my lovely husband. Walaupun perfume ni dah berkurun lama keluar kat market, sekali buka tengok WOW! dasyat suami i.. mana dia cari ni?? jumpa plak tu.. hahaha. Dia cakap enam shopping kompleks dia redah mencari perfume yang dah outdated ni.. hahahaha. Thank you Bie.. akan ku kenang pengorbanan mu itu.. hihihi. Actually ada sejarah disebalik cerita perfume ni.. tu yang dia cuba gak dapatkan untuk aku.. i love you Bie.. muahciked ;)
Betapa gumbira hati beta tahun ni.. hadiah hari jadi dapat, birthday wish dapat, kereta Wish dapat.. Oppss terlepas pulak.. hihihi. Thank you suamiku ;)

Samsung Galaxy S6 edge
Handphone ni from Kak Rozie.. terperanjat i dapat hadiah handphone latest model plus limited edition (emerald green colour) plak tu.. i is so proud!  WOW sekali lagi.. hahaha.

From Philippines to KL. T-shirt Hard Rock Cafe Makati pun present untuk tahun ni juga.. WOW lagi! muahahaha.

Hadiah Vape ni dari Tante, Marina, Zul, Adik Zaza & Keem. Walaupun i dapat after 2 days of my birthday, i tetap appreciate tau.. thank you korang. Diorang cakap actually diorang dah order sebelum birth date aku.. tapi atas sebab teknikal, diorang return back & buy another one.. tu yang i dapat present ni agak belated.. ngeeee ;)

Tak lupa juga tu my Cinta.. i wanna say thanks to Tante! i know you will read my blog. Sebelum birth date i haritu you belanja i beli jeans kat Mango kat KLCC. Thank you & Love you Cinta ;)

And last but not lease.. a big thanks to my lovely husband & friends.. no words can describe.. Alhamdulillah rejeki.. ingatkan dah tua bangka macam ni tak dapat hadiah lagi dah.. rupanya ada lagi kau! hahahaha. Tunggu birthday korang pulak nanti kita celebrate sama-sama ya. Nak hadiah?? tungguuuuuu ;)

Sekian.

Im proud.

Kbai =)

11 comments:

  1. Begitulah bila kita baik dgn org pasti sebaliknya dia pun baik dan lebih dari itu jelas betapa sayangnya mereka itu dgn Zaza. Kakak tertarik dgn perfume itu. Wanginya kalau boleh keluar dari PC alangkah baiknya:)

    ReplyDelete
  2. wah..hadiah semua best2..untung badan!!..hehehe..once again..happy belated bday zaza

    ReplyDelete
  3. hamboi...murah rezeki zaza..alhamdulillah...
    semoga berbahgia selalu ye zaza

    ReplyDelete
  4. Seronoknya...
    Murah rezeki zaza..

    ReplyDelete
  5. Tu dia rezeki datang bertimpa-timpa... Murah rejeki kak zaza

    ReplyDelete
  6. Murah rejeki bday girl. Hadiah suma best².

    ReplyDelete
  7. banyak hadiah tu..seronoklah birthday girl..happy belated birthday kak

    ReplyDelete
  8. ya Rabbi byk nyer dpt hadiah!!!!
    untong la zaza...
    and moga panjang umur dan dimurahkan rezeki ye.

    ReplyDelete
  9. La pasal jeans MNG tu pun ko sebut ke? LOL. You are most welcome. Oh BTW perfume tu aku ngan adk Zaza komplot ngan Nizam. LMAO.

    ReplyDelete
  10. wahhhh..hadiah sume best2..
    hepi belated besday kak jah! haha..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah