Thursday, November 19, 2015

Hari Deepavali & Bowling with Kiddos

Actually cuti masa Deepavali haritu kitorang anak beranak keluar pergi Sunway Putra Mall. First time jejak kaki kat sana sejak Mall tu dibuka. Zaman dulu masa Mall tu nama Yaohan/ The Mall selalu gak pergi. Ingat dulu asal gi sana mesti nak naik roller coaster pastu ada kapal besar yang bila dihayun sampai nak tercecah kat bumbung.. sampai geli-geli perut naik kapal tu.. tah apa nak kapal tu aku lupa. Zaman tu memang dah gempak ar game centre yang hado. Sungei Wang pun belum ada game centre lagi.. huahuahua betapa lamanya zaman tu berlalu.

Selfie dua beranak jap
Pastu tarik Danish ajak selfie tiga beranak
Takut apak diorang jeles pulak. Seret apak dia sekali ajak selpie masa dia tengah queue nak membayar.. hihihi. Time ni kitorang kat dalam Padini Store. 
Masa jalan2 dalam tu ternampak Vincci sale, Padini Sale, P&Co Sale dan segala adik beradik dia dalam tu sale. Saja masuk nak tengok apa yang patut. Hujung-hujung terjebak juga membeli. Cuma beli baju i & Nizam je. Sebeb week before dah belikan baju budak dua orang tu. Bagi chance lah Babah & Mummy pulak membeli. Bukan mahal pun setakat baju-baju kat Padini tu.. hihihi. Lepas dah berasak-asak dalam Padini Store, budak-budak kata lapar. Dengkilah tu tak dapat beli baju.. dan dan lapar.

Ingat nak try makan kat sini. Diorang pula tak nak. Pelik aku. Selalu kedai-kedai macam ni diorang laju je nak. Kalau dasar tekak orang kampung, kampung juga budak-budak ni. Ada ke ajak makan kat Chicken Rice Shop. Huh! common sangat budak-budak ni. Tension aku.

Ni cerita hari lain pula.
Minggu lepas kan cuti Deepavali membawak terus ke cuti sekolah dari hari Isnin sampai Khamis. Aku tak paham kenapa tak dilajakkan terus sampai Jumaat.

KhaNish sibuk ajak main bowling. Masa pergi hari Khamis. Jumaat tu dah nak sekolah. Alasan ajak main bowling sebab bosan duduk rumah dari hari Isnin sampai Khamis. Aku tak tau alasan apa yang diorang kelentong kat bapak diorang. Bapak diorang ni bukan boleh. Asal anak bosan je laju-laju nak penuhi impian anak-anak. Cuba aku bagi alasan bosan dok rumah.. mampos tak dilayan.. hahahaha.


KhaNish


Tak pro pun. Main pun still ada pagar kiri kanan. Kalau main game x-Box kat rumah tak feel macam real punya. Tapi bagus lah at least diorang ada minat. Kadang strike, kadang spare.. tu pun kembang kuncup dah hidung diorang pandang aku.


Gaya je lebih. Bila buang bola macam nak pecah floor tu dia baling. Malu mak dengan orang keliling.. hahaha.

8 comments:

  1. Hahahaha...lawaks la u zaza..
    I dh lama giler kot tak main boling...hbs hilang dh skill i..huhu

    ReplyDelete
  2. asal anak happy dah maknya...tapi kekadang layan jer minat diorang ni

    ReplyDelete
  3. Seronok bila berjalan jalan dengan family. Boleh hilangkan tekanan semasa bekerja dan boleh tambah eratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga.

    ReplyDelete
  4. besttnyaaa main bowling dgn family.. yg penting semngat tuu hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah