Thursday, December 3, 2015

IKEA Cheras

Semenjak IKEA Cheras buka memang aku tak pernah jejak lagi kesana. Jammed dia mengalahkan orang nak tengok konsert Michael Jackson. Masa minggu pertama buka aku lalu sana sebab nak pergi pasar pudu.. biasalah tiap-tiap minggu mesti nak restock barang basah.. nak ke pasar tu jammed nak mati. Terpaksa pusing jalan jauh untuk ke pasar.. kau rasa?? 

Isnin baru-baru ni lepas balik kerja aku ke IKEA Cheras. Itu pun sebab dah berjanji dengan Khairine. Dia asek melalak kat telinga aku ni nak beli mainan kat sana.  Tak mampu akak nak redah jammed hari weekend. Untuk tak menghampakan dia, aku bawa dia pergi on weekdays tapi lepas aku balik kerja which is malam.. risau gak kot kot jammed hari tu.. nasib baik tak jammed, kalau jammed silap-silap tak sampai ke IKEA, aku tersampai pasar pudu plak.. hahaha.. jadahnya nak gi pasar pudu malam-malam buta!

Eksyen eksyen je







Pergi weekdays tak ramai orang. Parking pun berlambak.. sampai tak tau nak pilih mana satu. Lagi pun masa aku pergi tu hari Isnin. Mungkin juga orang tak ramai sebab Monday Blues.. hahaha.. tak ada kena mengena langsung ngan Monday Blues. 


Abaikan Tante yang sedang melintas disitu.. hihihi :P 
Eh ada orang minum kopi? sebenarnya orang tu propa je lebih ;P

Bendalah ni lah yang Khairine nak beli.. sekali dengan bakul merah tu. Tak ada rejeki nak beli sebab stok dah habis. Staff IKEA cakap lagi dua minggu baru sampai. Adoi nak kena repeat lagi. Harap-harap Khairine lupa lah lepas ni.. hahaha.


Budak frust

Bila benda dah tak ada, cepat-cepat cari jalan keluar. Lagi lama dalam tu lagi membuak-buak napsu aku nak membeli. Tu pun aku pandang sipi-sipi je sepanjang jalan keluar.

21 comments:

  1. maknya pulak yang membuak-buak perasaan nak membeli tu kan.. hehehe

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat jalan ke IKEA..nasib baik kat jb ni takde..kalau tak dah lama terjah

    ReplyDelete
  3. juju pun suka pi weekdays dah sekarang ni kak...kalau cuti sabtu ahad tak leh nak jejak sini...jem mampus...

    ReplyDelete
  4. Blm sampai lg ikea baru...tapi rasanya mcm xpegi kot..hubs xgemo..huwaaa

    ReplyDelete
  5. smart giler set sofa depan tv colour putih tu.. siap rak buku lekat kat dinding tu kan.. :)
    bila ntah nak sampai IKEA ni.. takut tak kuat iman je.. hihihihiii...

    ReplyDelete
  6. tunggu husband bawakn je ni. nak g window shopping je tapi =)

    ReplyDelete
  7. teringinnya nak pegiii.. lawa2 semua perabot tu gerammm..

    ReplyDelete
  8. betul tu kak zaza.. lagi lama lagi pengsan hahahaha

    ReplyDelete
  9. best jalan ikea.. nanti kang ada TER bawak masuk troli brg2.. hahahaa

    ReplyDelete
  10. kalau ade ko belikan utk anak aku sekali!! hahaha..

    ReplyDelete
  11. Alahai kesian dia... tak apa sayang lagi dua minggu stok sampai mummy mesti belikan
    Zaza jgn under estimate anak dara ini boleh lupa. Tengok muka budak cerdik ni mana boleh lupa
    Mahu-mahu pergi lagi dah bertambah yg diinginkan:)

    ReplyDelete
  12. bile ntah IKEA nak ade kat jb..

    ReplyDelete
  13. Khairine ada no fon tak?
    Nak wassap dia..
    Nak igt kan dia..
    Tgh bulan doblas ni Duktig Toy cash register tu dah sampai stok.

    Hahahahaha

    ReplyDelete
  14. Cantiknye perabot2 tu.. Eis.. Klu pergini mau seharian xkuo..

    ReplyDelete
  15. pergi hari isnin lepas... penuh dengan orang

    ReplyDelete
  16. X pernah sampai lg...walau pun xde la jauh sgt tapi bercintanya nak pergi bila pikir jem ke sana...huhuhu

    ReplyDelete
  17. Baru2 bukak ni memang ramai orang lah jawabnya. Aku setakat lalu jer. Tak der nafsu nak masuk bila tengok keter beratur panjang.

    ReplyDelete
  18. oic. tu la ye yg nak dibeli :)
    alhamdulillah. dpt dah ...

    ReplyDelete
  19. memang kena pergi weekdays je la. kalau weekend ikea damansara pun jammed. inikan ikea cheras yang baru bukak tu kan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah