Thursday, December 10, 2015

Ke IKEA Cheras Lagi

Fanaz Fanaz.. cerita masih fanaz lagi ni.. hahaha poyo sangat! Semalam aku repeat gi IKEA Cheras. Ingat lagi tak aku cerita kat entry ni tujuan apa aku ke sana? nak tau apa tujuan, sila picit link tu. Kepada yang dah baca, mari duduk rapat2 akak nak bercerita kat korang. Amboi macam cerita tu best je.. padahal?? hihihi :p

Kan dah janji dengan Khairine nak beli barang mainan dia.. masa pergi last week barang tu out of stock.. after 2 weeks baru IKEA restock. Tu yang repeat. Macam biasalah.. beli tak seberapa.. masuk sana basuh mata bersih-bersih tak pun sibuk ambik gambar dengan barang-barang display.. hahaha itu je yang akak mampu buat dik!


1st pit stop bergambar propa disini :)


Nampak real tak?? ngeeee ;P

Jalan-jalan lagi cari port yang cantik sikit. Pastu ada cerita kelakar. Kalau tak kelakar kat korang lantak lah.. benda ni jadi depan mata aku.. ofcoz aku tergelak besar.


 Masa ambik port masing-masing kat sini, sekali aku dengar macam ada orang langgar sesuatu. Bila aku toleh tengok Tante dok gosok kepala dia. Terus aku tergelak.. hahahaha. Rupanya kepala dia terhantuk kat lampu dinding belakang dia.. muahahaha. Ingat aku tak nampak lettew?! dalam gambar tu dia tengah gosok kepala dia.. hahaha lawak lah you Cinta.. i tergelak sampai nak terkencing dibuatnya ;P
Sambung gelak lagi :D
Fifeeling ada kedai sendiri.. comel je kaler pink.. konon konon

Me and my the only daughter.. budak ni dah nak sama tinggi ngan aku oi.. ternyata mak kau bantut cacat ketinggian.. hahaha.


Kasi chance lah kat budak dua orang ni.. asek ambik gambar aku ngan kengkawan aku je ;P Tu Sabrina anak abang aku.. cuti cuti sekolah ni datang lah menempek kat rumah aku.. kejap berkawan kejap begaduh.. rasa nak hantok kepala budak budak ni.
Akhirnya.. dapat juga dia beli benda yang dia idamkan. Bukan mahal pun benda ni.. tapi dia punya nak beli tu macam tak boleh tidur malam.. kejap kejap tanya mummy bila kita nak gi IKEA? bila kita nak pergi IKEA? bila kita nak gi IKEA.. rasa nak back hand je. Padahal dia tau benda tu tak ada stock.. kena tunggu 2 weeks baru ada.. semalam dah dapat beli terus tak sebut sebut dah.

Oh lupa nak cerita.. s
ebelum ke kaunter, kitorang pergi ke IKEA Restaurant sebab Nizam kirim beli choc cake. Bila tengok kat dalam fridge tu ada almond cake je. Aku call Bang Nizam cakap choc cake tak ada.. almond cake ada.. nak ke.. dia kata OK. Cepat-cepat capai cake tu then terus bayar. Sepanjang pernah pergi IKEA dan makan kat restaurant IKEA tak pernah take away pun.. sampai kaunter mamat tu cakap boleh take away tapi dorang tak ada bekas.. kalau nak take away kena beli bekas kat bawah. Omaigod rasa nak tampar je Bang Nizam masa tu.. nasib Bang Nizam tak ada depan i.. hahaha berani nak tampar Bang Nizam.. kat sini berani lah tulis.. depan-depan kalu memang i tak berani.. hihihi.

Terus seret kaki turun bawah beli bekas.. nasib baik juga memang kena ke bawah sebab nak bayar Khairine & Sabrina punya mainan tu.. kau tau lah Bedah.. kalau nak pusing IKEA tu besar mana.. disebabkan nak beli barang yang tak seberapa tapi i is kena go around the IKEA untuk ke kaunter.. lenguh kaki akak.. sobs. Lepas tu kena naik balik ke restaurant untuk ambik seketul kek tu.. huaaaaa :(
Yong Tau Foo Kampung Pandan
Balik dari IKEA kitorang terus gi makan kat YTF Kampung Pandan. Kenapa tak makan meatballs kat IKEA? sebab tak ada rasa nak makan pun semalam. Bak kata Adik Zaza 'makan meatball sedap bila Zul belanja je' hahaha. Terus aku ngan Tante gelak.. kalau nak tau cerita kenapa makan meatball sedap kalau Zul belanja, sila picit LINK ni untuk baca.

Kbai!

12 comments:

  1. Ewahhh...khairine..kemahen lagi dok tnya banyak2 kali ek..hahahha
    Syiok la..dah xd mimpi2 dah la ek...

    ReplyDelete
  2. Sy prnah kena nak take away meatball. Sekali dia ckp bawak bekas. Lps kejadian terus klu spe nk kirim sediakan bekas awal2. Heee

    ReplyDelete
  3. amboiiiii kalo bab belakon serah kat korang kannnnnnnnnnnnnnn...hahaha..

    semlm adik mok pecahkan pasu kat ikea cheras..aku kene marah dgn staff tapi aku marah balik sebab dia tinggi suara sampai 1 ikea dgr memang nak kene arrr dgn aku..hahahaah...bodoh nyer org..padahal dah say sori semua dah..nak tinggi suara nak bagi 2 ikea dgr mmg salah org arr...

    ReplyDelete
  4. Mak oii dah 2 kali kak jah mencemar duli ke ikea cheras.....dik leha x pi2 lgi ni...dgr2 masih ditahap org ramai kejakunan tuk dik leha sabarkan hati....tp bile tgk pic2 kak leha kat sana alaaaaaa buat ati xkeruan...lawo2 plal tgk showroom depaaaa... ishhh ni ade yg amik cuti semata jalan ikea ni kang huhuhu

    Mmg le kak jah..bekas kene sendirian berhad sbb dik leha penah tapau meatballs.... xpe2 pasni leh bawak mangkuk sia siap2 jee hehehehe

    Makin lawooo anak dare kak jah...kak jah pun ade ura2 kalah ni ngan anak kak jah hehehehe....kak jah jgn kecam dik leha yeee hehehe...btw rambut baru kak jah mmg dik leha suke...mude remaje uollsss....

    ReplyDelete
  5. tk pernah jejak kaki ke ikea cheras..tah bila nak pergi ni?? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak pergi roger lah.. boleh i teman kan u.. make sure bawak Raiisah sekali.. i nak picit2 pipi dia :)

      Delete
  6. yong tau fu kg pandan tu yg kat kedai mak mok tu eh?

    ReplyDelete
  7. Muka puas hati haaa khairine mama banjer brg dia nak hehhe...juju pun minggu lepas pi ikea tp tak update lagi hahhaha dasar femalasssssssss....best tgk anak beranak ni lagi2 si khairine panjang dah rambut

    ReplyDelete
  8. eheheh real je posing tu.. =D
    x jenguk lagi la IKEA baru ni.. tunggu IKEA bukak kat Penang la..

    ReplyDelete
  9. alamak!!! lom gi lagi!!!
    nanti la... tunggu dpt bonus :)

    ReplyDelete
  10. bilalah nak ke ikea cheras ni..tak menyempat nak pergi..nak merasa jugak suasana ikea baru

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah