Friday, December 4, 2015

Tips Menjaga Buah Pinggang

Rahsia Hawa adalah fb page yang sangat-sangat membantu. Banyak share tips yang berguna. At the same time bila kita baca tips/ petua kita terus rasa insaf dan berhati-hati. Selain tu aku banyak dapat info yang boleh diguna pakai. Korang yang ada account fb tu pergi like cepat fb page Rahsia Hawa. 

Dengan info yang bagus dari fb tu, aku dapat gak share petua/ tips kat blog aku ni. Ini untuk info aku juga selain tu korang pun dapat baca info yang macam ni.



** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba ELAKKAN dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat..

Source : FB Rahsia Hawa

8 comments:

  1. alarghhhhhh nescafe hari hari kot!!!! arghhhhh....

    ReplyDelete
  2. Mak Ai banyak dah yg kakak buat selalu Zaza. Lagi-lagilah coklat memang tak pernah tak ada kalau dapur rumah kakak tu. Cordial macam-macam perisa lagi. Kakak nak cuba elakkanlah. TQ for the info Zaza.

    ReplyDelete
  3. Thanks jah. Aku hantu milo. Pagi petang milo. Kena tukar gaya pemakanan lepas nih.

    ReplyDelete
  4. Demi kesihatan jangka masa panjang, apalah salah korbankan pengambilannya kan.. ;)

    ReplyDelete
  5. chikadess tuuuu...hahaha

    Kalau nak ikut betul2 pantang tu, mmg jawabnya susah nak makan luar la...hahahaha....sila rajin istiqomah memasak ya zaza

    ReplyDelete
  6. kak zaza....sambil baca entry ni julia dok teguk air masak banyak2 huwaaa...mujur baca entry ni kak...doktor penah cakap jangan amal makan ayam...pelik tak tau pe sebab rupanya ayam bandor ada agen pengemuk...huwaaaaaaaaaaaaaa....tq kak bagi tau...pasni mmg doktor suh makan ikan je byk2...baikkkkk

    ReplyDelete
  7. Tq for this entry. Kena ubah cara pemakanan ni. Jom mnum byk2.

    ReplyDelete
  8. sama sama lah kita menjag buah pinggang sendiri :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah