Wednesday, February 11, 2015

Boat Noodle at Publika

Cerita ni aku rasa dah tiga minggu berlalu. Makanan yang dimakan pun dah lama jadi bahan kumbahan.. ceritanya baru nak update harini .. mampu?? haha.

Actually sebelum datang makan kat Boat Noodle di Publika ni, kami melepak kat lake garden. Macam klakor pulak bila kata lepak Lake Garden kan?? buang tebiat apa?? bukan buang tebiat Bedah!! Kak Zaza pergi sana bertujuan.. Kakak aku nak ambik Otai (emak aku) haritu bawak pergi rumah dia. Aku ni malas lah nak hantar kat rumah dia jauh sampai ke Klang sana.. so kita berjanji ditengah2 je.. fair & square disitu. Nanti anak2 aku & anak2 buah aku boleh main playground kat sana. 

Ok itu tak kisah lah.. ni Kak Zaza nak cerita pasal makan kat Boat Noodle haritu. Mana2 pergi termasuk kat social network heboh dok update & cerita pasal Boat Noodle. Kak Zaza pun try lah haritu.


My family.. jangan nak gelak pulak tengok muka Kak Zaza yang serabut tu yer.. diam2 sudeh! ;P

Masa sampai haritu kemain ramai manusia menunggu nak duduk. Maklumlah weekend kan.. memang lah ramai. Ingat yer.. kalau datang sini jangan nak suka2 hati kau nampak seat kosong ko meluru duduk.. kena beratur take turn.

Aku punya peghrak haritu datang2 je nampak seat kosong terus menonong nak duduk. Sekali waiter tu sound suruh beratur.. Choyy!!! malu Akak depan orang ramai tau!! hukhukhuk.

Menu.. Menu agak limited kat sini.

Sebelum aku lupa nak bagi tau.. Boat Noodle yang ni halal.. dia ada satu lagi nama Thai Boat Noodle tu yang tak halal kat area situ jugak. Yang halal punya Boat Noodle ni betul2 kat sebelah balai polis kat Publika tu.. tak silap aku kat blok C5. Senang je nak cari.. kalau parking kat area C2, C3, C4 pun ko payah pening kepala nak cari tempat ni. Kedai dia belah hujung.


Pathumthani chicken thai rice noodle. Tak pedas.. tapi rasa agak masam2 sikit tapi sedap.. tapi rasa macam tomyam.. eh! macam2 tapi lah.

Ada dua jenis kuah.. tapi aku tak reti nak describe macam mana. Kalau ikut menu yang tertulis ada dua jenis je.

Pathumthani beef/ chicken thai rice noodle. Samaada ko pilih chicken or beef.. jangan kau pilih kambing pulak.. karang kena hempok dengan waiter tu pulak mintak benda yang tak ada.. hehehe.

Gini lah rupanya... portion kecik lagi sikit.. sekali ngap je habis. Dats y kena order banyak2.. kalau makan semangkuk memang tak puas. At least sorang kena makan 3 ke 4 mangkuk. Kalau yang bangsa tank perut tu besau, mungkin 10 mangkuk baru cukup.. hahaha.

Yang lagi satu..
Ayutthaya beef/ chicken. Samada kau pilih beef or chicken sahaja. Sos dia agak pedas sikit. Diingatkan sekali lagi.. jangan kau order benda yang tak hado yer Bedah! ;D

Haritu aku order 12 mangkuk. penuh semeja macam makan kenduri kawin kat kampung.. dah lah meja dia jenis yang ala2 season.. memang feeling sangat macam kat kampung halaman gamaknya :D


Harga semangkuk RM1.90.. sila jangan tanjat yer.. memang harga semangkuk makanan ni mampu milik punya. Walaupun singgitsembilaposen, tapi ko kena order sekurang2nya 10 mangkuk and more, baru puas makan.

 Ynag ini namanya Grilled Chicken Meat Ball. Harga dua cocok (satu mangkuk) RM4.90. Agak sengat harga dia.. Balik rumah grill sendiri puas makan! hahaha.

 Ini agak interesting sikit. Nama makanan ni Ka Num Tuay (Coconut & Pandan Dessert) harga RM1 ajos. Serve dengan pasangan yang ditelangkupkan macam dalam gambar tu.


 Ka Num Tuay (Coconut & Pandan Dessert). Sedap. Tak puas makan sebijik sebab mangkuk dia kecik nau.

Sedap katanya.. 

 Iced Lemon Tea.. RM6.90 Tea dia agak pekat dari biasa. Mungkin Teh dari Thai kot.. hehehe.


Air ni yang top kat kedai ni.. Thai Iced Tea RM6.90 Pekat likat sedap.. kalah teh ais kat kedai mamak.

Mangkuk den bertingkek-tingkek.. ni tak cukup 12 mangkuk.. aku snap yang mana ada je. 

Satu je tak berkenan kat kedai ni.. semua mangkuk dia sumbing2. Kalau orang dulu2 cukup marah pakai mangkuk/ pinggan atau gelas sumbing.. tak baik katanya.

Korang yang mana tak try lagi makan kat sini, pergi lah berlari ke kedai yang berhampiran anda untuk mencuba yer ;)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah