Tuesday, June 30, 2015

Ramadan 10 - Berbuka & Ramadan 12 - Bersahur

Ramadan 10, Ramadan 11 tak ada titiba terus Ramadan 12.. hahahaha. lantak lah.. kau baca je lah ya Bedah..

Ramadan ke-10, bukan main semangat nak bangun sahur sebenarnya, tapi apa kan daya, masing-masing tidur sampai tak sedar diri.. hahaha. Nasib baik KhaNish tak bersungut mintak berbuka.. phewww. Sabtu haritu seawal pukul 10.30 pagi aku dah keluar pegi appointment buat facial, Nizam bawa FIL pergi beli baju melayu dan keperluan untuk FIL tunaikan Haji.. InshaAllah lepas raya kot.. so KhaNish dok rumah berdua sementara aku & Nizam keluar dengan hal masing-masing.

By tengahari macam tu lepas aku dah kemas rumah, iron baju kerja, baju sekolah bagai.. baru kitorang keluar. oh lupa bagitau.. Sabtu haritu berbuka kat Klang beramai-ramai dengan adik-beradik, ipar duai aku. Kenapa Klang? sebab otai ada kat sana.. kan dia dah dekat dua minggu dok rumah kakak aku kat Klang.. kitorang decided berkumpul ramai-ramai kat sana je senang. Alang-alang berbuka ber-family gathering, aku plan dengan kakak aku, minta tolong dia belikan kek.. lepas berbuka boleh main potong-potong kek since same date dengan birth date Khairine.

Ahli baru dalam family The Latif.. Nurhannan Aisyah.. anak my bro.. comel budak ni.. elok je tak nangis bila aku pegang dia.. setengah budak tu nampak muka orang lain selain dari makbapak dia dah melalak-lalak.. helok ni.. boleh bikin 1 lagi anak dengan Bang Nizam.. hahahaha

Santapan yang hado

Kitorang berbuka kat kedai tomyam yang dekat-dekat dengan rumah sis & bro aku je.. ha? kenapa tak berbuka kat hotel? nak tau kenapa? bak kata Kak Senduk "buffet ramadhan yang mahal nak mampos" itu jawapannya. Actually my Bro nak book kedai Hj. Sharin Low kat Klang, masa hari nak order makanan, gedebuk gedebak semua total RM1k.. mai oi! apa mahal na?! baik gi buffet kat hotel je.. terus cancel. Last but not least kat kedai ni sajo lah.. tak habis RM500 pun makan untuk 15 horang.

Settled berbuka, masing-masing dah siap solat maghrib.. kitorang buat acara potong kek kecil-kecilan kat situ. Aku cakap kat Khairine.. "ni bukan official birthday celebration untuk Khairine tau.. nanti bila Babah & Mommy free, kita pegi celebrate makan-makan kat tempat best macam selalu kita pergi one family ok".. nasib baik minah tu kata ok *urutdadatandalega*.

Moh tengok gambar jap

 Red Velvet cake untuk Khairine ;)

Saja letak dua gambar yang hampir sama.. sebab kek ni sedap nak mati.. slurppp 

Cousin.. 

 Acara gigit kepala.. alah bukan gigit betul-betul pun.. saja eksyen-eksyen je.. lately ni favourite aku suka na gigit kepala budak ni.. gerammmm sebab dia terlalu cepat membesar.. waaaaa :(

 Mommy & Khairine

Habis berbuka & potong kek kat kedai tu, kitorang terus Meru cari barang sket.. then terus balik rumah kak long.. tidur rumah dia malam tu.. Esoknya ramadan ke-11 sahur kat kedai je yang dekat dengan rumah dia. Petang sebelum berbuka baru balik rumah. Menu berbuka kitorang, beli di param sajo.. Tak koser nak masak.

Hari Senin puasa ke 12 nak tau kitorang sahur apa???

Sahur dengan koko krunch + fresh milk, kuah durian + roti. Kuah durian tu aku buat Ahad malam.. cukup sekadar itu sajo.. nasib baik juga budak-budak tu tahan puasa walaupun makan koko krunch dengan kuah doyan. Bagus anak-anak Mummy.. puasa biar penuh macam Mommy masa kecik2 dulu ya.. nanti Babah bagi hadiah... pfffftttt ;P

Menu berbuka semalam makan nasi, lauk asam pedas & ayam goreng je.. gambar tak ada.

K lah.. tu je nak bagitau.. bye ;)
Read More

Monday, June 29, 2015

Happy 11th Birthday Khairine

Beri laluan.. beri laluan.. entry ni sepatutnya ditayangkan Sabtu lepas. Disebabkan tak cukup masa untuk ku kejarkan cerita kat blog ni, maka harini baru dapat ditayangkan.. ceh! macam tayangan perdana pulak kan! hahaha.


27 Jun 2004 - 27 Jun 2015 
Happy 11th Birthday my Dear Princess Khairine Adrina..
You have always made me proud. My blessings are always with you. May God bless you with all you desire. Happy Birthday princess. Proud to have you as our daughter..


Khairine & Danish 


Babah, Mommy & Danish
Read More

Friday, June 26, 2015

Ramadan 9 - Nasi Goreng Minced Chicken Resepi Zaza

Gempak nama nasi goreng kau Jah.. ala-ala nama omputeh melayu gittuw.. hahaha. Pagi tadi bersahur dengan nasi goreng. Aku prepare bahan siap-siap malam tadi supaya bangun tak perlu nak berjam-jam untuk aku nak kopek bawang (padahal bawang 3 ulas je pon) & potong buncis kat dapur.

Preparation

Antara bahan-bahan yang diperlukan:

Minced chicken/ beef
Kacang buncis potong serong
Bawang putih 2 ulas
Cili padi (optional, kalau nak pedas boleh letak lebih)
Kiub ayam
Telur
Garam & Minyak untuk menumis


Cara-cara:

1) Tumis bawang putih bersama cili padi sampai naik bau.
2) Masukkan minced chicken ikut kuantiti yang kau suka.
3) Bila minced chicken dah agak-agak nak masak, masukkan kuib ayam seketul.
4) Masukkan kacang buncis, goreng macam kau masak sayur goreng. Agak-agak kacang buncis dah separuh masak, masukkan telur.
5) Then boleh masukkan nasi putih ke dalam kuali. Kacau rata, perasakan dengan Maggie secukup rasa & garam.. garam tu jangan over sangat sebab cube ayam tu dah masin.. karang letak banyak-banyak darah tinggi pulak lepas makan nasi goreng.. jadi kes plak kang.


Macam ni je rupa nasi goreng minced chicken resepi Zaza.. anak aku yang umur 11 tahun pun boleh buat.. hahaha cerita nak gempak je.. padahal nasi goreng simple je kot.. hihi.

Harini tak fikir lagi menu apa nak masak.. silap2 karang aku pegi rumah SIL je.. buat-buat menempek tumpang berbuka kat rumah dia.. hihihi.. bunyik macam nak mengambil kesempatan sangat perangai tu.. hahaha.

Kbai ;)
Read More

Ramadan 8 - Gantung Kuali

Rasanya belum tahap tak ada idea lagi nak masak apa untuk lauk berbuka.. dalam kepala ni ada lagi menu yang belum di-skill-kan kat dapur.. pfffttt. 

Nampak?? begitu confident sangat ayat tu ;P

Semalam aku berbuka tiga beranak je. Bang Nizam berbuka kat KL Hilton. Aku cakap kat Nizam, aku tak payah masak lah since dia tak berbuka kat rumah.. aku ingat nak beli je. Cadangan dipersetujui oleh tuan besar.. betapa gumbira hati beta tak payah bersusah payah masak untuk berbuka semalam (libas rambut). Aku cakap kat KhaNish, Mommy beli nasi lemak je kat param.. Mommy malas nak masak sebab Babah tak ada. Tapi kan.. apa kena mengena Nizam tak berbuka kat rumah & malas masak?? yes, itu alasan semata-mata.. hahaha.

Nasi lemak ni memang sedap.. kalau hari biasa dia meniaga kat depan Public Bank kat Ampang.. just opposite to LRT Ampang station.

Aku tapau Nasi lemak 3 bungkus.. ikan bilis & timun dah tercampur sekali dalam nasi lupa nak suruh dia asingkan. Ayam goreng 2 ketul, sambal sotong untuk sorang makan & telur mata 2 biji. Nampak tak tahap gantung kuali tu?! sampaikan telur goreng pun aku beli.. hahaha. Apa salah goreng je kat rumah? Eh kata gantung kuali.. buat apa susah-susah2 nak angkat kuali.. ken?? Murtabak Singapore tu aku beli yang kecik je.. tu pun tak habis makan.

Apa-apa pun kita tetap kena bersyukur dengan rejeki yang Allah bagi.. Alhamdulillah :)
Read More

Thursday, June 25, 2015

Ramadan 7 - Kerja & Buka Puasa

Semalam ke Melaka.. macam biasalah, tiap-tiap minggu memang aku & Kak Rozie akan ke Melaka atas urusan kerja. Bila masuk bulan ramadan pun kitorang akan ke Melaka juga.. sambil tu pegi hantar Kurma sekali.. hantar on behalf of Datuk. Sambil-sambil hantar kurma kitorang sempat juga buat kerja.. eh hantar kurma tu pun satu kerja juga ya.. sebab hantar on behalf company kan??!! jangan nak charut I sangat okeh.. ingat I pergi Melaka tu makan hangen ke?? hahaha.

Sampai Melaka lebih kurang dalam pukul 11lebih macam tu.. terus menuju ke Jabatan Pendidikan Melaka dulu.. yang dekat dengan Istana Melaka. Drop lebih kurang belas2 kotak kurma then sambung hantar ke opis TYT Melaka. Tak kenal siapa TYT? pergi google sekarang!

Bukan dapat jumpa TYT pun.. hantar kat opis dia je.. hihihi.

Lepas hantar kat opis TYT, hantar kat tumah CM Melaka pula.. tak dapat jumpa pun dengan CM.. pagi semalam dia dah selamat terbang ke Tanah Suci untuk menunaikan Umrah. So drop kat opis dia je.. kat rumah ada opis tau.. jangan tak tau.

Lepas ke rumah CM, ada lagi satu dua tempat kat Alor Gajah yang kitorang kena hantar kurma. Settled dalam pukul 4 suku macam tu then terus shoot balik KL.. aku bajet memang nak sampai KL sebelum pukul 5.30 sebenarnya. Nasib baik jalan kat hiway pun smooth je tak jammed.. ngam-ngam pukul 5.30 macam tu sampai parking opis.. aku ambil kereta dulu coz kitorang pergi bawa kereta opis semalam.. pas ambik kereta terus balik rumah. 

Sampai rumah terus dapat idea apa nak masak untuk berbuka. Tapi semua berasaskan sambal. Mula-mula ingat nak buat sambal ikan kembung. Bila tengok udang & sotong ada, terus tukar idea.. aku ni selalu ada masalah dilemma bila kat dapur. Bila plan nak masak ini, tiba-tiba tukar nak masak itu pulak, lepas tu rasa ragu-ragu.. lepas tu jadi lauk lain pulak.. ha memang selalu macam tu.. pendirian tak pernah tetap.. hahaha.

Sambil aku prepare untuk berbuka, Nizam bawa KhaNish pergi Param. Kesian budak2 tu semenjak berpuasa tak pernah bawa pegi Param lagi.. actually bagus juga tak bawak hari-hari.. karang macam-macam dia mintak nak beli.. maklumlah napsu orang berpuasa ni agak lain macam sikit.. walaupun diorang tu budak2 lagi.. hahaha.

Nah lauk berbuka semalam. Sambal sotong + udang, Ikan kembung berlado (lada hijau) + ikan merah, Ikan kembung goreng sajo. Masak berlado dengan sambal tu aku saja aku campurkan bahan dia sebab nak habiskan stok dalam petiais.. Nasib baik perangai laki I tu tak cerewet.. kau masak lah apa pun dia makan je.. makan semua tak menolak.. tapi badan tetap kurus kering.. hahaha mampos kutuk laki sendiri dibulan ramadon! phuii ;P

Otak-otak, popiah basah dengan kek batik tu beli kat Param.. requested by KhaNish.. kek batik tu requested by aku.. sekarang kalau nak makan kek batik aku rela beli je.. rasa dah serik buat sendiri.. jadi macam haritu yang aku buat.. keras nak arwah! siap boleh pacak pisau lagi atas kek tu.. hahahahaha.. kalau nak tau keras tak keras, picit LINK NI untuk baca.

Kbai
Read More

Wednesday, June 24, 2015

Berbuka Hari Ke 5 & 6

Minggu ni kan otai (emak aku) tak ada kat rumah.. bila masuk hari bekerja dalam bulan puasa ni aku jadi sakit kepala nak pikir macam mana nak prepare makanan untuk berbuka. Kalau otai ada kat rumah at least dia boleh tolong masak 1 jenis main dish & tolong masak nasik dulu sementara aku nak sampai rumah. Ni bila dia tak ada terus rasa hidup ini terumbang-ambing.. hahaha. Bukan selama ni aku bergantung masak sangat dengan dia kalau bulan puasa atau bulan tak puasa pun.. hari biasa aku masak jugak.. cuma untuk bulan puasa ni je agak terasa sikit.. sekurang2nya kalau dia ada sikit sebanyak dapat gak membantu aku yang keluar kerja pukul 5.30 petang dalam bulan puasa ni.. huh!

Jadi, ini lah menu yang sempat aku sediakan untuk buka puasa hari ke-6.. sambal telur hancur, sayur kacang buncis goreng with oyster sauce, KFC 4 ketul  dan 6 ketul samosa yang Nizam beli kat PARAM Desa Pandan.

Semalam aku ada whatsapp Nizam.. aku tanya nak masak ke atau nak beli je untuk berbuka.. dia kata dia suruh aku masak.. halamak ai.. tabahkan diri je lah masuk dapur.. hahaha. Aku suggest aku nak masak sambal telur hancur.. then dia agreed.. pastu dia cakap nanti dia beli KFC untuk lauk tambahan.. ok fine!

Pastu bila terkenang balik, stok lauk basah dah habis dalam fridge. Minggu lepas kitorang tak pergi pasar.. balik kerja aku pergi mini market yang dekat ngan rumah.. beli ayam, udang, sotong & kacang buncis spare untuk dua tiga harini.. nanti tak kelam kabut.

Sampai rumah dalam pukul 6.20 macam tu terus gigil-gigil masuk dapur. Letak je bag, bukak kain (kain baju kurung) senseng lengan baju sampai siku pastu aku ikat ngan getah dua-dua belah, ikat rambut tinggi-tinggi.. tengok je ayam yang aku beli terus jadi blur.. hahaha.. dah lah kalut blur pulak lagi. Mana nak masak lagi.. mana nak bersihkan ayam lagi, sotong lagi, udang lagi, kacang buncis lagi.. arrgghh tension! Tension aku tu macam tahap orang nak masak untuk tempahan catering gamaknya.

Dalam pada tu terpikir nak tukar menu pulak.. kononnya nak masak ayam berlado instead of nak masak sambal telur hancur. Tak padan dengan blur, nak tukar menu pulak tuh.. hebat kau Jah! hahaha. Sekali teringat yang Nizam nak beli KFC.. adoiii perangai apa yang aku cuba nak tonjolkan ni?? Tak jadi masak ayam berlado.. aku teruskan je niat nak masak sambal telur hancur.. menu yang senang dan ringkat sebab tengok jam time tu dah pukul 7 lebih.

Pssttt *bisik* kalau nak tau kacang buncis ni Bang Nizam yang tolong potongkan.. hihihi. Masa tengah kalut bersilat kat dapur aku panggil dia.. "Bie, tolong I potongkan kacang buncis ni kejap" dia ok je.. tau je lah Bedah oi.. kerja orang lelaki bukan prihatin macam pompuan kann.. apa-apa pun aku appreciate sebab dia sudi membantu isteri dia yang jelita ni.. pffffttt. Lepas dia dah habis potong buncis, terus dia blah.. Aikkk *pelik* dia blah macam tu je.. ingat dia nak tolong benda lain pulak ke.. nan hado! itu yang diminta tolong, itu je lah yang dia tolong.. hahaha. Btw.. thanks Bie.. luv strong.. nanti tolong I lagi yer =)

So itu je lah cerita & rejeki kami anak beranak untuk berbuka diRamadan ke-6..

 Masuk puasa hari ke tujuh Bang Nizam dah request nak berbuka nasik ayam.. ok senang kerja dan tak payah nak fikir nak masak apa lagi. Balik je kerja aku tengok Nizam dah kat dapur.. fuhh tanjat kita.. rupanya dia tolong potongkan ayam siap-siap.. lepas tu tolong bersihkan salad & potong timun.. wah HEBATnya suami saya!! hehehe.


Nasi ayam menu berbuka puasa ke-7, kuih seri muka 2 ketul, kuih kole kacang fav Nizam 2 ketul dan 3 biji samosa.. kuih2 tu semua beli je kat PARAM.. eh chop! nak ngutuk kata ayam aku tu hitam kan?? ya memang dia hitam.. sebab dia dah dilumur dengan kicap manis chap ABC + serbuk sup lepas tu goreng tapi bukan hangit ya.. LoL!

Ketuk-ketuk Ramadan.. Alhamdulillah *tagline Sheila Rusly* Kbye.
Read More

Tuesday, June 23, 2015

Resepi Buah Melaka & Cerita Buka Puasa

Tiba-tiba tak boleh pikir nak letak tajuk apa kat entry ni.. amboi blom seminggu puasa dah tak boleh berpikir.. melampau sangat perangai tu *dush tumbuk muka sendiri* malas pikir panjang letak "Cerita Buka Puasa" je senang. Biasalah bila bulan puasa ni.. macam-macam gambar makanan nak ditaburkan.. tak ketinggalan aku pun nak menyibuk gak hehehe.

Buka puasa hari kedua.. Siput sedut aku beli kat Param je, sayur goreng tu aku yang goreng, sambal ikan bilis kering mak aku buat.. dah tu je rejeki berbuka untuk hari kedua.. Alhamdulillah.

Masuk hari ketiga puasa, Kakak aku datang rumah.. turn dia rotate ambil mak bawak pergi rumah dia pulak.. sambil tu berbuka sekali kat rumah. Sebelum dia datang rumah, kitorang dah plan nak ke Jalan TAR.. berjanji dalam pukul 12 macam tu jumpa kat KL.. park kereta kat Campbell, lepas tu laju-laju kitorang redah Jalan TAR sebab kak long nak tukar jubah emak.. hari beli tak kenan ke atau ada yang tak kenan ke apa tah lah pompuan tu.. so dia tukar. Itu pun tak redah sepanjang Jalan TAR pun.. aku rasa dari Campbell sampai Semua House je.. lepas tu gerak balik.. tak mo lelama kat situ.. kau tau je Bedah.. kalau dah sangkut kat Jalan TAR tu.. mau kau berbuka kat tengah jalan nanti.. situ kan fofular dengan jammed!

Masak lomak udang + pucuk ubi.. masak lemak tu masak sendiri.. yang pucuk ubi pulak kak long beli kat PARAM.. balik rumah dia campur adukkan sekali dalam masak lomak udang tu.. jadilah udang masak lomak bersama pucuk ubi.. gittue.. great idea my sista ;)

Siakap masak 3 rasa yang kak long masak

Baby kailan goreng.. pun kak long yang masak.. letak rencah sotong, udang & oyster sauce

Eh.. Senang tak senang lah haritu.. tiba2 tekak ni nak makan kuih buah melaka.. tabah seret kaki ke dapur buat kuih.. dah macam makcik jual kuih je aku kat dapur haritu.. hahaha.


Ini yang aku buat.. rupa dia helok sangat kan?? rasa dia pun boleh tahan tak sedap.. KENAPA??? sebab gula kat dalam buah tu tak terasa langsung.. aku guna gula merah instead of gula melaka.. hahahaha.. pandai sangat mengubah resepi, ini lah padahnya.

Walaupun rasa dia sedap tak sedap, aku rasa macam nak share resepi buah melaka ni.. ok tak? ke tak payah? emmmm tak apa lah aku share lah jugak.. kalau korang tak nak ambil resepi ni tak kisah lah.. biarlah aku abadikan resepi ni kat blog aku.. kot2 lah nanti terlupa ke.. boleh gak aku selak-selak kat blog ni tengok resepi ni balik.

Bahan-bahan:
250gram Tepung pulut
1 biji kelapa parut (kalau boleh ambil yang putih saja)
Gula Melaka yang di potong kecil 
Pewarna makanan (hijau)
Garam
Air

Cara membuat:
1) Mula-mula rebus air dalam periuk sampai betul-betul menggelegak.

2) Campurkan tepung pulut bersama air secukupnya hingga menjadi doh. Pastikan tak terlalu keras & tak terlalu lembik.

3) Titiskan 2-3 titik pewarna makanan, uli sebati. lepas tu buat bulat, tekan tengah2 dia then masukkan ketulan gula melaka. Tutup keseluruhan gula melaka dan gentel bulat-bulat.

4) Masukkan ke dalam air rebusan tadi (item #1) tunggu sampai buah melaka tu timbul.. bila timbul means dia dah betul-betul masak

5) Angkat dengan tapis, masukkan ke dalam kelapa yang dah dicampurkan dengan garam secukup rasa, guling-gulingkan kuih tu lepas tu terus telak dalam pinggan. Lepas tu siap untuk dihidang. Bila makan mesti gula melaka tu meletup POP dalam mulut..nyummm sedapsss ;)


Tagline kuih buah melaka.. "Uli, Gentel, Celup, Angkat, Golek2 & Siap.. hehehe.

Cerita hari Ahad pulak. Semalam lah tu. Budak2 dengan emak kan tak ada.. tinggal aku dengan Nizam je berdua.. berpikir panjang aku dengan Nizam apa nak makan untuk berbuka. Sekali Nizam kata beli je lah.. rugi je kalau masak kalau dah tinggal kita berdua.. Ok boss! terus menari dalam hati.. hahahaha. 


Ramai betul manusia kat sini.. nak berjalan pun sesak

Aku suggest ajak pergi PARAM Pandan Indah je.. sekali Nizam kata nak pergi yang jauh sikit.. dia suggest ajak pergi PARAM Kampung Baru. Ok ikut je lah. Mula-mula ingat dia nak ajak rempit naik motor je.. maklumlah kat Kampung Baru tu mana pernah tak sesak.. apatah lagi nak cari parking.. sekali tengok dia pegang kunci kereta.. fuh selamat rambut I.. kalau naik motor nanti rebang-rebang lah rambut I.. I tak suka.. eh banyak pulak songeh kau Jah! phuiiit ;P

Ok nanti sambung tunjuk gambar makanan lain eh.. 
bye see you when I see you ;)
Read More

Friday, June 19, 2015

Salam Ramadan

Salam Ramadan yang mulia.. Salam Jumaat ;) Dah ramadan kedua baru nak wish kan? phuiit. Dah start dah aku tengok lambakan gambar makanan berbuka & sahur korang.. telan2 ailiyur I dibuatnya.. bila nampak lauk yang best2 sket terus buat2 tak pandang.. karang makruh pulak puasa yang I bina seharian ni.. LoL!

Start harini nak buat tayangan gambar sahur atau berbuka.. itu pun kalau aku sempat lah.. kadang tu tak sempat nak ambil gambar sebab masa dah suntuk.. aku ni keluar opis pukul 5.30.. kedekut opis aku ni bagi balik pukul 5.30, awal setengah jam dari waktu balik asal.. baik tak payah! TAPI walaupun dalam masa 10 minit bleh sampai rumah, aku tak sempat nak bersenang lenang sebab nak mengejar masa nak prepare untuk berbuka. Time sahur pun sama gak.. ni baru masuk puasa kedua je kann.. sebab aku ni buat kerja kat dapur bukan cepat mana pun macam orang lain.. lagi2 time pagi.. nak buat air ambil masa berjam-jam.. hahaha ok itu tipu! ;P

Lauk berbuka Sambal sutun.. ni emak aku yang masak.. semalam balik kerja terus gi PARAM (Pasar Ramadan) kat Bandar Baru Ampang dengan Nizam..

Tanjat tengok harga semalam. Air yang dah siap bungkus2 tu sebungkus RM3 dah sekarang..huk aloh! Jangan tidak Bedah.. alang2 dah sampai PARAM tu.. aku beli air biru yang ada lemon kat dalam tu sebungkus untuk budak2 pastu beli murtabak seketui je. Lepas tu terus gerak balik rumah. Sampai rumah tengok ada roti john 2 ketui atas meja.. Khairine cakap dia dengan Danish pergi beli kat depan.. kat area depan rumah aku tu ada orang jual burger.. bulan puasa ni dia jual roti john.. budak2 ni semenjak dah besar dah pandai main duit.. asal dapat duit je mesti nak membeli-belah.. geram betul aku.

Rendang daging

Kalau boleh nak habiskan cepat stok yang ada dalam peti ais kat rumah.. sebab esok emak dah nak pergi rumah kak long pulak.. so boleh lah nanti ajak Bang Nizam gi berbuka kat luar selalu.. hahaha. Eh tak ada maknanya nak berbuka kat luar selalu.. kau ingat dia nak layan ke perangai aku macam tu?? memang tak dapek lah kannn.. lagi pun lecehlah buka kat luar.. sesekali ok lah.. kalau ada invitation atau family gathering nak berbuka sesama tu, tak ada masalah.

Ni lauk otai.. assam rebus ikan selar kuning yang kecik2 tu letak bendi & tomato.. rasa dia macam masam2 sket.

Perangai KhaNish tahun ni dan tahun2 sebelum ni still maintain.. Alhamdulillah.. budak2 tu tak banyak songeh kalau kejut awal ke makan awal pagi sebelum subuh ke.. sebab dah dilatih dari kecik untuk diorang memahami apa maksud Sahur. Lagi pun budak2 tu bukan kecik lagi.. sorang dah darjah 4 dan sorang dah darjah 5 kot.. kat sekolah pun dah ada ajar.. so diorang dah faham.

Sambung cerita pasal PARAM tadi.. aku ni bukanlah anti sangat sampai tak pergi langsung.. macam tahun2 lepas, aku pergi je.. merata tempat kadang aku pergi.. agak2 macam teringin nak makan makanan yang ada dijual kat Kampung Baru, aku rempit je ngan Nizam naik motor sampai sana. Kadang tu saja je menggaret nak pergi sebenarnya.. hahaha.. saja nak tambah pengalaman plus nak menyibuk buat tambah2 jammed kat area PARAM tu.. padahal yang dekat2 dengan rumah tu ada je.

Ok itu saja ceritanya.. aku nak update cerita masa cuti sekolah haritu.. nanti lah ya.. 

Daaaa.. selamat berbuka untuk petang nanti :)
Read More

Monday, June 8, 2015

Anjer2 Kat Spa Jew

Hehe.. bila baca tajuk dah macam orang lidah pendek je.. yang ala-ala orang selalu spell singkat macam "jew" "yew" macam tu. Hoi.. sila spell elok-elok boleh tak??! susah kakak kau yang dah tua ni nak sebut bahasa2 urban okeh.. tua??!! pfffttt >_<

Sabtu lepas pergi buat facial. Appointment belah pagi dalam pukul 10.30.. aku sampai sana nak dekat pukul 11.. biasalah janji melayu kennn. Kali ni rasa macam kejap nau pulak nak kena tadah balik muka kat HerbaLine Facial Spa tu. Kali ni aku pergi sorang je.. Tante tak ikut sebab dia ada hal.. nak chantek punya pasal, sorang pun sorang lah.. hahaha.

First Entry : HerbaLine Facial Spa

macam biasa bila masuk pintu besau dia tu kena duduk kat meja consultation yang menghadap one corner yang jual product HerbaLine

Complimentary drink

Lepas tu baru pegi cuci kaki

Lepas cuci kaki terus naik atas.. macam biasa 90 minit dok dalam gelap sambil dia uli2 muka aku sampai aku tertidur.. kejap muka aku rasa sejuk.. kejap muka aku rasa panas.. lantak lah.. uli lah kau situ.. aku nak tidur.. haha.

 lepas tu turun buat fish Spa pulak

 Sangat gumbira dapat gigit-gigit anjew kaki akak ya! ;P

Nahhh hasilnya.. tanjat tak tengok muka Kak Ton?? hahaha

Lepas tu malam ada appointment berurut pulak. Berurut kat rumah je noq.. panggil makcik tu datang senang sikit.

Intro je dulu ni.. sekali makcik tu picit, terangkat-terangkat kaki aku menahan sakit & geli haha

Sambil makcik tu urut sempat selfie dengan Khairine.. muka menahan sakit geli.. hahaha

Sambil menguli mata tengok tibi.. amboi sangat makcik ni

Eh! lupa nak kenalkan.. Makcik ni made in Thailand tau.. rumah dia kat Naratiwat.. dia selalu juga ulang alik KL.. kali ni datang KL ni sebab ada appointment kat tempat lain juga selain janji temu dengan jiran-jiran terdekat ngan rumah aku. Masyukkkkkk.. hahaha.
Read More

Tuesday, June 2, 2015

Spaghetti Zaza Masak

Nampak tak tajuk tu?? bukan main tak nak mengalah nih. Eh! baru perasan.. aku dah lama tak share resepi kat blog. Amboi amboi ayat tu macam pompuan handalan sangat dalam dunia masakan nih.. phuiii ;P Ya lah baru aku perasan memang dah lama tak share pun.. bila kat rumah, tak ada lah hari-hari aku masak.. kalau masak pun yang simple2 je.. lepas tu MALAS dan LUPA nak ambil gambar masakan.. kau rasa??? aku yang masak kau yang panas kann??? hahaha. 

Ok melalut sudah.

Hari apa tah masa aku kat opis Khairine call aku.. "mommy, kalau mommy balik kerja awal harini tolong masak spaghetti" wah! order je?? Anak kan?! bila dengar suara comel dia mintak benda makan, kita sebagai mak ni tak sampai hati nak hampakan permintaan anak.

Tadaaaa.. spaghetti Zaza masak *senyum kambing*

Bangga lah sangat setakat masak spaghetti tu.. padahal masak spaghetti ni tutup mata pun boleh siap ngeeee ;P

Kepada anda (ceh anda konon.. ingat rancangan tibi apo) yang tak tau cara nak masak spaghetti bolognese ni, beli je sos yang dah siap yang dijual kat kedai tu.

Cara aku:

- Spaghetti (brand san remo)
- Minced chicken meat (brand ayamas)
- Spaghetti tomato sos with basil
- 1 labu bawang merah yang dicincang
- Air & sedikit perasa

********************************
1) Rebus spaghetti sampai lembut
2) Goreng bawang yang dicincang
3) Dah naik bau & layu, masukkan minced chicken meat
4) Bila dah masak ayam tu terus masuk tomato sos
5) Kacau rata, kalau pekat letak air sikit & serbuk perasa
6) SIAP ;)


Selit satu gambar.. ni gambar dessert yang aku makan lunch buffet kat Latest Recipe, Le Meridien harini. Gambar-gambar lain tak snap lah.. karang orang tengok aku macam jakun pulak asek ambik gambar makanan kat keliling tu. Biar lah orang nampak kita ni semenggah sket.. haha.

Dah tu je.. kbai
Read More

Monday, June 1, 2015

Pusara Ayah

Nak dekat puasa ni cuaca panas sangat.. dikesempatan ni sebelum masuk bulan Ramadhan, aku & adik beradik lain sama-sama bergotong royong bersihkan pusara Arwah Ayah. Dalam group whatsapp kitorang adik beradik dok ber-discuss siapa bawa keperluan itu dan ini. 

Tugas aku cuma kena bawa bunga je.. kisah beli bunga tu.. aku lupa sangat-sangat nak prepare.. hari Sabtu malam kebetulan lalu kat Bangsar terus singgah kat Floristika.. tu pun dah nak dekat pukul 9malam.. nasib kedai tu buka lagi. Aku beli petals je.. RM12 untuk 200gram.. senang beli petals.. balik rumah tak payah susah payah nak carik-carik bunga tu lagi dah.. abang-abang aku yang lain ada yang bawa gunting besar yang stok untuk guntung pokok tu dan pencarik rumput ke apa nama natang tu.. alahai yang lepas kita potong rumput lepas tu kita tarik pakai pencakar tu.. haa benda tu lah. 

Selesai dicuss semua dalam group, Ahad semalam perjanjian pukul 9pagi nak kena ada diperkarangan tanah perkuburan.. hurmm biasalah Bedah.. janji melayu kannn?? nak dekat pukul 10pagi jugalah abang-abang aku baru sampai. Aku & family termasuk emak aku dari rumah dan kakak aku dari Klang sampai awal dari diorang.

Tanah Perkuburan Islam Cheras baru

Tanah perkuburan ni dah lama kot.. masa zaman aku kecil-kecil lagi dah ada.. entah berapa generasi agaknya yang dah dikebumikan.. Wallahualam Bissawab.


Bang Nizam si menantu Bongsu tengah menggunting rumput ;)

Satu2nya abang aku.. abang kedua. Yang dok kat belakang tu yang muka nampak ciput je tu abang aku juga.. tapi abang yang berlainan emak.. kitorang satu Ayah.. ibarat adik beradik betul lah kann.. sebab Bin & Binti kitorang sama.

Alhamdulillah.. bersih sudah atas kerjasama kitorang adik beradik

With my Kak Long & anak dia

Nizam & abang-abang aku ke kubur belakang tu.. diorang bersihkan sekali kubur tu. Emak cakap tu kubur kawan baik arwah ayah.. Nampak tak? masa didunia diorang berkawan baik.. bila masing-masing meninggal, pusara pun dekat-dekat.. kebetulan sangat Allah nak dekatkan mereka berdua kann??!! Syukur :)

Tuhan je tau berapa rindunya aku kat arwah ayah.. Masih terbayang rupa dia kat mata aku ni.. masih terbayang lagi kelibat dia bila dia berada dalam rumah.. masih terdengar-dengar suara dia memanggil aku.. masih teringat lagi waktu arwah ayah sakit.. terlantar di hospital.. semuanya masih lagi segar dalam ingatan aku.. ingatan tu yang membuatkan aku selalu rasa rindu yang teramat.. Kalaulah ayah masih ada :'(

Time kitorang bergotong royong, emak tak turun dekat pusara Ayah.. sebab structure tempat ni agak berbukit.. memang emak tak boleh turun.. takut nanti jatuh pula orang tua tu.. so dia duduk je kat tembok yang ada disediakan kat belah atas.. Emak cakap emak doakan ayah dari jauh pun tak apa.. Ayah mesti nampak emak walaupun emak tak turun dekat dengan pusara ayah.. Huwaaaaa nak nangessss :'(

Alhamdulillah.. Allah makbul kan perancangan kami adik beradik untuk membersihkan pusara Arwah Ayah sebelum Ramadhan.. InshaAllah kalau ada kesempatan dibulan Ramadhan nanti, kami akan datang lagi untuk bergotong royong.. 

Bukan datang semata-mata baru nak membersihkan saja.. kedatangan kami diiringi dengan doa buat Ayah.. Kalau tak datang pun doa anak2 ayah tetap kami sertakan.

Al-fatihah.

Eh! terselfie ;P

Lepas habis gotong royong kitorang semua terus brunch kat Cozy House, Great Eastern Mall. 





Sempat ambil gambar lauk je.. lupa nak ambil gambar beramai2.. maklumlah masing-masing tengah kebuluran.. hehe. Apa-apa pun Thank you Kak Long belanja kitorang :)

Tak habis dengan itu.. lepas brunch turun bawah plak.. ke The Loaf makan ghoti.. wahh tak kenyang-kenyang ke?? Aku dengan Kak Long aku memang macam tu.. selagi tembolok ni tak kenyang.. selagi tu boleh sumbat apa saja.. bila dah nak muntoh baru berenti makan.. hahaha.
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah