Friday, October 30, 2015

Thank You Cinta!

Thank you Cinta Hatiku Ahmad Nizam. Thank you Cintas (Tante, Adik Zaza, Kak Rozie & Marina). Thank you kengkawan alam nyata. Thank you kengkawan alam maya. Thanks to all yang wish bithday i last two days. I is terharu rasa nak menitis air mata dibuatnya. Kau jangan over sangat Jah! hahahaha. Eh ni betul-betul lah.. terima kasih kat korang korang semua yang wish birthday i yang dah terlepas dua hari lepas. Samada kat IG, FB, Whatsapp dan dimana-mana laman social yang ada. Yang wish belated pun ada.. thanks tau korang ;) amboi betul-betul feeling artis ayat kau kan?! pffftttt ;D

Dah nak masuk tengahari masa kat ofis haritu i dapat call dari receptionist... ada orang nak jumpa katanya.. aku pun turun kat reception.. skali tengok orang tu hantar bouquet. Auuww i is terkejut berok u know! hihihi
Thank you Adik Zaza.. terharu sangat bila baca wording kat frame tu.. I love you more dear adik ;)
On my birth date itself juga, kawan-kawan opis ajak keluar lunch kat Old Town Ampang Point. Masa dalam kereta hujan turun selebat-lebatnya. Terus tukar venue. Diorang ajak makan kat Octopus Sushi kat dalam Ampang Point. 

Octopus Sushi & Thai Ampang Point
Semua ni Cinta-Cinta ku. Kak Rozie, Adik Zaza, me, Tante & Marina Natasha. Thanks Cintas :)

Well, all about sushi aku memang tak makan.. setakat tumpang ambil gambar makanan yang kengkawan order je. Haritu try gak yang atas tu.. memang tak boleh terima tekak nampaknya. I kan orang hulu pegrak ala-ala tekak seorang penoreh getah.. tak reti makan makanan orang Jepong! hahaha
Kuetiaw tomyam.. i cuma pandai makan makanan orang Thailand je.. Lol!
 Adik Zaza order kuetiaw goreng dengan Sushi yang gambar atas tu.
 Kak Rozie makan apa tah yang macam sup tapi nama jepun.. tak reti den nak nyebut apa nama makanan ni
Marina & Tante makan kuetiaw kungfu plus sushi yang ada salmon macam yang gambar kat atas tu
Lepas makan lagi sekali i diteranjatkan oleh Cinta-Cinta i.. tiba-tiba waitress kedai tu bawa askrem Baskin Robbins sambil diorang nyanyi lagu besday untuk i.. dalam sehari dua kali teranjat-teranjat macam ni boleh buat i pitam tau.. amboi geds sangat perangai tu.. hihihi

Sweet sangat Cinta-Cinta i
Tadaaaa ;)
Thanks Kak Rozie, Tante, Adik Zaza & Marina for the teranjatan untuk i haritu :)
Read More

Wednesday, October 28, 2015

Happy Birthday To....



To?? Gempak tak?? sendiri yang taip, sendiri yang nak buat surprise.. hahaha.. tak gempak langsung. 

Yes.. it's my birthday today.. yang ke? 35 tahun dah.. lagi 5 tahun masuk 4 series pulak.. itu pun kalau dipanjangkan umur lagi. Makin membesar dan makin tua ni aku rasa banyak perubahan dalam hidup. Bila dok renung-renung balik dari zaman remaja dulu sampai dah kawin dah beranak pinak, rasanya jauh lebih matang. Alhamdulillah kehidupan aku kini lebih selesa dari dulu. Keluarga, kebahagiaan, kehidupan semua Allah permudahkan. Amin (sambil sapu telapak tangan kat muka).
Read More

Friday, October 23, 2015

Selamat Pulang

Alhamdulillah.. FIL dah selamat pulang ke tanah air dan dah pun bergelar HAJI ;) dah nak dekat seminggu pun.. menantu hantu dia baru nak tebar cerita kat blog.. hihihi.

Sebenarnya nak start cerita dari kenduri sebelum berangkat & hari yang hantar FIL ke Kelana Jaya.. well si menantu hantu ni sokmo update cerita lambat.. jadi, mari kita longgokkan semua cerita sekali dalam satu entry tapi yang hado hanya satu gambar je yang aku letak kat entry ni.. hihihi.

Dua minggu ke lagi seminggu sebelum FIL bertolak (lupa dah) ada buat kenduri sikit kat rumah FIL. Panggil sedara mara & kawan2 terdekat je.

Then masa hari nak bertolak, dalam pukul 10pagi (kalau tak silap) rombongan Cik Kiah bergerak ke Kelana Jaya. Sampai sana tengok tak ramai lagi jemaah yang sampai. Kami pun setia menunggu dalam kepanasan kat bawah Khemah.


Sempat bergambar dengan FIL sebelum berangkat ;)
Rasa sayu sangat. Sedih bila tengok FIL berjalan. Maklumlah pergi tanpa isteri.. MIL dah meninggal 5 tahun lepas.. kalau MIL masih ada, mesti FIL happy dapat pergi sama-sama :'( 

Tanpa ku sedari mengalir juga air mata ni bila tengok FIL masuk ke dalam Kompleks Tabung Haji. Lepas tu cepat-cepat akak kesat air mata & maintain vogue. hahaha. Kongajar punya hantu!

44 hari pun berlalu..17 October FIL selamat balik KL. Sepanjang FIL kat sana risau gak hati ni.. tahun ni macam-macam benda jemaah Haji hadapi dugaan. Yang paling berdebar tu masa kes crane tumbang.. kitorang ni tak berenti berdoa untuk FIL. Sentiasa keep update berita FIL sepanjang kat sana.
Read More

Thursday, October 22, 2015

Johnny Rockets

Birthday Nizam kan last week, as usual asal birthday je kitorang anak-anak akan celebrate secara makan-makan je. Kali ni birthday dia aku belanja makan kat Johnny Rockets Avenue K. Senang & dekat.. lagi pun weekdays plus hari Jumaat plak tu. Mintak hampon lah aku nak redah ke tempat lain yang lagi jauh. Mula-mula tu memang ada hati nak pergi area Bangsar.. bila fikir balik tak payah lah. Karang elok sampai sana kedai pun tutup.

On his birthday itself Nizam cuti. Dia hantar aku pergi office.. merasa kejap aku pergi kerja berdua2an dengan dia.. dapat anjer2 dalam kereta.. sebelum keluar dari kereta salam dulu, cium tangan, cium dahi.. comolot.. oppss hehehe. Setelah sekian lama asek pergi kerja sengsorang.. kena drive sendiri pulak tu. Habis kerja dia ambil aku kat opis. Terus dia serahkan stering kereta kat aku. Sebabnya dia tak tau mana hala tuju aku nak bawa dia pergi makan malam tu. 

Terus ke Avenue K.
Happy Birthday Bie ;)
Birthday present untuk Babah katanya.. Actually Khairine & Danish nak bagi benda lain.. last minit punya pasal, aku cakap kita pergi Famous Amos je lah. Beli chocolate ferrero rocher yang ada bear & yang dalam mug tu. Khairine pulak bagi cookies yang dalam tin gambar bear.. susah Mummy nak fikirkan untuk korang hadiah apa nak bagi untuk Babah. Mummy punya part memang dah lama Mummy settlekan. Aku bagi perfume je kat dia. Tu pun beli kat KLCC lepas balik kerja.

Yang diorder 
Yang dimakan..

Aku dengan Nizam share je.. tak larat nak makan burger kat Johnny Rockets ni.. besau nau!
Khairine punya
Danish punya
Ini pun order yang small burger je.. makan pun tak habis..  tu pun tapau bawa balik.. cuba bayangkan kalau order normal burger.. lagi tak habis makan.

Lepas dah habis makan2 terus aku minta waitress hantarkan dessert. Actually aku dah kawtim dengan diorang. Order brownies, pacak satu lilin, then diorang datang bawa alat muzik.. ala yang bulat tu (tah apa nak alat tu aku tak tau) lepas tu diorang nyanyi. Bila diorang nak pasang music je terus Nizam cakap.. alahaiii apa ni.. dah tua2 pun nak buat nyanyi-nyanyi lagi. Eh diam lah! you punya birthday.. sukati i lah nak buat apa pun.. hahaha. 

Actually dia tak surprise mana pun coz cara macam tu dah biasa buat.. last time kat TGI Friday, Hard Rock, masa birthday Danish kat Bandung dan beberapa tempat lagi yang pernah kitorang celebrate birthday. Common sangat.. hihihi

Kena tiup lilin dari jauh guna straw sambil lagu birthday berkumandang ;)
Brownies as a birthday cake. Sebelum diorang suruh tiup lilin, waitraess tu bagi plate macam kat atas tu.
Present dari Khairine to Babah 
Present dari Danish to Babah
Me & birthday boy.. BOY ke???? :p
HAPPY BIRTHDAY TO YOU DARLING!! umur dah semakin tua.. jangan perasan lebih bila orang tanya umur, you jawab baru 25 ya ;P
Read More

Monday, October 19, 2015

Sharing is Caring

Hi..

Nak share info je sebenarnya.. alang2 dah tak ada cerita peribadi yang menarik perhatian, aku share info je dengan korang. Mana tau ada antara korang yang ada kena mengena dengan apa yang aku nak cerita ni.

Last week aku attend Taklimat Pembaharuan Lesen Agensi Persendirian Tahun 2016 dan Latihan Certified Security Guards (CSG) yang dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri kat PWTC. Majlis disampaikan oleh.. alamak lupa pulak nama dia.. tak apa lah.. janji dapat attend taklimat tu & dapat input berguna yang boleh i kaut ;)

Ramai giler yang attend. Ingatkan taklimat biasa2 je.. rupanya diorang datang dari seluruh negeri. Penuh Dewan Merdeka PWTC macam konsert pulak. Ingat dapat duduk depan2 atau dekat dengan mamat2 handsome ke.. skali dapat duduk yang hujung2 belah atas.. hahaha.
Gambar kabut sebab zoom terlebih.. lagi2 duduk kat seat atas skali.

Macam biasalah.. pompuan dua orang ni kalau tak selfie memang tak boleh hidup.. tak kira orang keliling ke depan belakang dok memerati.. nasib abang2 kat belakang tu tak peduli dengan perangai kitorang.. kalau tidak mesti dorang muntoh atas kepala kitorang.. hahahahaha.
So.. info yang aku nak share harini.. permohonan lesen agensi persendirian untuk tahun 2016 bermula pada 15 October haritu sampai 31 Disember 2015. Make sure submit sebelum 31 Disember ya.. kalau submit lepas tarikh tu alamatnya kim salam je.. lesen ko tu tak akan proses plus tindakan pembatalan lesen serta merta akan dikenakan. Paham?

Lagi sekarang ni ada syarat baru pula. Dokumen yang akan disubmit nanti dorang request 2 jenis. Hard copy & soft copy. Hard copy tu bind cantik2 ikut label/ index yang dia dah tetapkan. Soft copy pula sila copy masuk dalam thumbdrive & submission hanya dengan soft copy saja. Hard copy tu nanti dia akan check samada tally atau tidak dengan soft copy.. then masa submit kat KDN nanti dia akan chop received pastu ko bawa balik hard copy untuk simpanan.

Itu saja perkara penting yang i dapat share harini.
Read More

Friday, October 16, 2015

Happy Birthday!

16 October datang lagiiiiii!!! koyak lagi poket i beli hadiah birthday.. hahaha.

HAPPY BIRTHDAY Ahmad Nizam aka suami ku yang tersayang.. amboi overnya nak panggil sayang kat laman social.. hihihi.  Macam biasalah amanat yang i nak sampai kan you.. dah meningkat usia ni harap kita sama-sama dapat meneraju ke arah kebaikan & keutamaan untuk masa depan keluarga kita. Terima kasih coz selama ni menjadi suami & babah yang baik & sporting. 


Tak tau apa lagi i nak wish kat you.. bila refer balik entry yang pernah i wish you on your birthday rasanya semua benda i dah sebut & luahkan.. cewahhh tu belum cakap depan-depan.. lagi macam-macam i dah wish kat you. Actually kat sini tak boleh lebih-lebih sangat.. ada yang muntoh pulak i bagi kata-kata jiwang. Nanti kat rumah malam-malam sikit kita beromantik atas katil ya.. auuwww so gatal! hahaha.

Kalau tahun lepas [LINK] aku macam orang giler nak cari hadiah sampai terpaksa menipu, tahun ni aku dah tak payah pening2 kepala lagi nak cari hadiah. Recycle je hadiah yang pernah aku bagi tahun2 sebelum ni kat dia. Tapi bukan hadiah dulu yang pernah aku bagi & recycle balik ya.. bila sebelum kawin bertahun2 berkawan dan dah bertahun2 kawin, otak pun dah buntu nak bagi hadiah apa lagi.. so apa yang kita pernah bagi masa zaman-zaman dulu, kita bagi lagi untuk tahun ni. Malas nak pikir panjang lagi.

Malam ni i belanja you makan ya.. to celebrate your sweet 17th birthday (buelkk). Ni kalau ada orang tanya birthday yang keberapa, sure dia akan jawab umur dia 25 tahun.. omaigod! pitam berdiri i dibuatnya.
Read More

Monday, October 12, 2015

Pulut Kuning Zarina Zainuddin

Cerita ni lagi berkurun lama baru nak dibentangkan kat blog. Sebenarnya aku dah lama perati kat IG Zarina Zainuddin.. asek masak rendang & pulut kuning je.. telio telio I dibuatnya. One day dia post kat IG gambar rendang & pulut kuning.. dia kata dia akan berada kat Ampang Park haritu. Dia buka booth yang kat depan KFC & Pizza. Hah! sedang helok sangat lah.. dah dekat ngan opis aku pulak. Lunch time terus pecut ke Ampang Park dengan kengkawan.

Masing-masing muka senget benget belum ready bergambar ;D

Kebetulan dia pun ada kat situ. Bukan main peramah pompuan ni. Biasalah artis kann.. mesti lah kena peramah.. lagi2 nak promote product dia.. Eh! I yang bukan artis pun peramah apa?! pfffttt ;P

Kalau tengok video kat IG dia sangat menggiurkan. The way dia cedok rendang yang tengah menggelegak kat dalam kuali basau dia tu.. perrgghhh menanges i depan screen handphone. Eee macam tipu je ayat tu.. hahaha. betul! i tak tipu.. rendang dia memang sedap. Aku beli rendang daging.. harga RM12. Kalau rendang ayam RM10. Tak silap aku lah.. hampir terlupa kejadian haritu.. maklumlah cerita dah lama.. hahaha.

Lepas tapau pulut kuning & rendang, kat booth sebelah dia tu ada pisang goreng. Nama dia Pasal Pisang.. macam pelik je tajuk pisang dia tu. Packaging menarik.. dok dalam kotak macam tu.

Try juga beli.. recommended by tuan kedai tu, dia kata yang butterscotch ni sedap. Dia punya rasa ok2 je..tak lah sedap hingga menjilat jari sangat.
Read More

Friday, October 9, 2015

Genting Highland

Macam mana tah boleh terplan nak naik Genting haritu. Seingat aku sebab nak test drive kereta. Lepas tu ajak family Along sekali (kakak Nizam). Bila dorang kata on, moh ler kita ke Genting beramei-ramei ;)

Bila dah nak dekat sampai kat pintu gerbang ni kelam kabut ambil handphone nak snap.. jakun sangat perangai tu macam tak pernah naik Genting!

Buat masa ni kat Genting sangat boring.. banyak tempat tutup. Yang outdoor semua pun tau tempat tu tengah tutup under renovation. Yang kat Indoor pun dah banyak tempat yang dia tutup.. macam dah tinggal separuh tempat je yang boleh berjalan kat dalam tu. Kalau nak tau sila pergi sendiri.. susah aku nak describe mana tempat yang separuh tutup.

 Mak bapak je yang posing terover.. anak-anak helok je perangai bila bergambar.

Tah apa yang tak ready pun tak tau.. 

Kat luar pula tak sejok langsung. Siap berpeluh-peluh aku masa bergambar kat sini.

Family in-law

Jalan-jalan kat atas ni pun boring. Nak main game pun tak bernafsu..

 Family saya

Laki bini feeling ala-ala hindustan gitchu.. LoL!

Apa Bang Nizam buat kat cecelah bunga ni?? ;P

Dah habis jalan-jalan kat luar sana budak2 kata lapar pulak. Sebenarnya aku pun lapar juga.. hihihi. Amboi Kak Zaza kemain kusyuk makan kat hujung sana tu.. nasib baik muka I terlindung dengan botol pepsi.

Semua dah kekenyangan dan tak tau nak tawaf mana lagi. Decide turun je lah.. lepas tu singgah kat tempat cable car.. kat situ ada jual macam2 jenis mak nenek asam.. jual longgok2 je pastu kau cedok then timbang pastu bayar. Kat sana tak bergambar.. aku tak tahan bau asam2 kering sebab aku tak suka & tak makan asam.

Sebelum sampai kat tempat cable car kitorang berenti kat sini kejap sebab kabus yang terlampau sepanjang jalan. Bukan sebab tak nampak jalan.. berenti ni pun gara2 nak ambil gambar kat tepi jalan nak feeling macam kat obesi kononnya sebab kat puncak Genting sikit pun tak ada kabus.. jadi, kat tepi jalan pon boleh lah.. hahahaha.

Aku tempek gambar ni bukan suruh tengok gambar orang2 yang ada dalam gambar ni ya.. korang tengok belakang tu.. bukan main tebal kabus.

Cerita dah berkurun baru nak masuk blog.. hahaha. Ok itu saja cerita pasal naik "Genting Thailand". Kenapa "Genting Thailand"? itu ayat anak abang Nizam. Sebab sebelum kitorang naik Genting haritu dia eksyen ngan aku.. "Maksu haritu Tisya pergi Genting Thailand" Ewahhh! confident sangat ayat kau ya.. hahahaha.
Read More

Monday, October 5, 2015

Saturday Night Outing With Besties

Amboi pekat sangat tajuk omputeh.. padahal isi cerita ni kot melayu je.. hahaha gempak tak? Lama dah tak outing dengan member2. Sabtu bila tah haritu.. rasanya bulan lepas kot.. tah lah tak ingat dah aku.

Mula-mula Tante call aku.. katanya Zul ajak gi eCurve sebab nak beli kasut. Aku cakap aku malas nak keluar. Ingat dah cakap tak nak keluar tu dah selamat dari hasutan ajak keluar lagi. Lepas tu Zul pulak call. "Za.. jom keluar.. teman aku beli kasut". Hot sangat ke I ni dah kata tak nak keluar tapi tetap juga ada syaiton yang masih racun I ajak keluar? pffft. Macam-macam alasan aku bagi sebab malas nak keluar.. dan hasutan demi hasutan terus aku terpedaya.. hahaha. Habis on the phone dengan Zul, aku terus whatsapp Zaza & Tante kat group. Aku cakap malas lah nak keluar.. sekali si Zaza pulak tiba-tiba kata nak ikut.. nak makan meatball kat Ikea katanya.. sudah! nak tak nak terpaksa pergi juga.

Janjinya petang nak keluar berempat. Sebab tengahari aku attend kenduri kat Kajang. Dah lah Nizam tak dapat attend kenduri tu sebab kerja.. so aku ajak Tante teman.. lepas tu baru boleh keluar teman Zul pergi beli kasut.

Settled kenduri by tengahari, aku ngan Tante balik rumah masing2. Tunggu petang pulak Zul datang kutip kitorang.. perjanjian petang ya.. tunggu punya tunggu dekat pukul 7 baru Zul datang kutip Zaza, Tante & aku. Masa tu dah nak sentap dah.. nak majok sebab kau datang kutip lambat sangat. Well, hasutan Zul terlalu kuat sebenarnya sampai I pun tak mampu untuk tolak.. hahaha.

Sampai sana je terus Zul letak kereta kat jockey Hotel Royale Bintang.. jantan tu pemalas nak cari parking sebenarnya. Keluar je kereta terus meluru kat street market depan eCurve. Lepas jalan2 kat luar tu masing2 dah melalak lapar. Sementara nak menuju ke Ikea, lalu depan Charles & Keith, Tante dah terjebak beli kasut plak.. Adoi banyaknya dugaan sementara nak sampai ke Ikea.. LoL!


Finally! Aku punya part aku suruh Zul belanja.. denda sebab dia datang kutip aku lambat sangat haritu.. I is sentap!


Us.. Tante, Zul, Zaza & Zaza


Me & Zul's 


Zaza's


Tante's


We sharing, we loving.. hehehe

Habis makan baru boleh pergi cari kasut si Zul.. itu pun kelam kabut jalan dari Ikea ke eCurve.. takut kedai tutup.


Sementara Zul belek kasut, ZTZ terkena sawan selfie kat cermin kedai.. hahahaha.


Settled kasut, lepak coffee2 plak kat Tea Tarik Place.




Bukan aku punya.. Ini adik Zaza yang punya.. aku rasa perut dia ada jin.. tak kenyang kot makan kat Ikea, dia bedal pulak kue tiaw goreng.. *usapperut*


Masing2 baru lepas usap perut tujuh kali.. hahaha.


Gerak dari Ikea dalam pukul 12+ macam tu.. Zul ajak pusing2 tengok lampu kat Kolumpor.. hahaha very the kampung dot com punya ayat.. phuii

Ohh baru teringat ni bila.. masa kitorang keluar tu hari yang ada Perhimpunan Bersih 4.0


Perhimpunan Bersih 4.0.. 

Kitorang tak join ya.. saja je lalu buat heboh kat situ. hihihi
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah