Monday, November 30, 2015

Suka Sucre Bistro by Dato' Fazley Yaacob

Dari Dia kita datang, pada Dia kita kembali. Pagi tadi baru dapat berita Pak Yus Jambu meninggal dunia. Al-fatihah. Memang terkejut besar aku bila baca kat media social. 

Semoga Allah meletakkan Rohnya bersama orang-orang yang beriman.. Amin.

Weekend selalu kalau tak ada apa aktiviti kekeluargaan, i suka lepak dengan member. Tapi sebelum keluar i'll make sure kerja masak memasak atau kerja-kerja rumah semua settled dulu. Karang tinggal rumah macam haper je kena marah pula dengan Bang Nizam. I is takut kena marah.. hihihi.

Jadi, bila dah free boleh senang hati keluar menjoyah dengan kawan. Ahad haritu (cerita dah nak dekat dua minggu) Tante text ajak ngopi Suka Sucre. Tengok semua benda dah settle kat rumah baru aku berani say YES kat dia. Nizam pun bagi green light. 

Ahad petang Tante datang kutip aku & Khairine kat rumah. Kitorang terus menuju ke Suka Sukre. I'm so excited coz this is my first time nak try lepak. Selalu asek meleleh ailiyor je tengok makanan yang diorang post kat IG Suka Sucre.

Dah. Kak Zaza tak nak bebel panjang-panjang. Mari Kak Zaza tunjukkan gambar yang ada untuk korang telan-telan ailiyo kat depan pc ni.. hihihi.

Masuk je pintu kedai terus nampak bunting muka Dato' Fazley.. dengan harapan dia ada kat kedai masa kitorang datang sambil sambut mesra kedatangan kitorang. Ewah cantik muka kau orang nak sambut mesra.. ingat princess?? 

Tak sabar nak tengok apa yang i makan lettew.. sabar dong.. aku nak tunjuk gambar kedai dulu.


Seat santai ala-ala orang kaya.. elok kalau duduk kat kosi ni sambil menjoyah dengan teman-teman wanita.
Simple deco atas meja. Tak semak kalau makanan ada atas meja.
Our refreshment.. nama minuman tak ingat. Kalau nak tau sangat pergi sana & boleh order sendiri.. hihi


Aku order Eclair. Rasanya nama dia lebih kurang tu lah. Tak ingat dah. Sedap.. dia macam cream puff.. dalam ada choc & vanilla cream.
Close up sikit


Tante order Beignet. Beignet ni macam donut kecik.. dalam dia soft sangat. Cicah dengan sour sauce.


Khairine order Dinasaur Macarons. Sedap tak manis. Sesuai untuk budak-budak sebab selera budak-budak kan suka benda yang fancy dan lain dari yang lain.

Kitorang tak order main course sebab kenyang lagi lunch kat rumah sebelum keluar. Next time datang nak try pasta daging salai kat Suka Sucre.. nyummss. Datang petang-petang macam time kitorang datang haritu memang sesuai kalau lepak minum & dessert2 je sambil menjoyah & bercerita gossip pasal artis.

Lepas tu baru kitorang selfie selfie ;)








Ada satu part kat dalam kedai kitorang tak sempat bergambar sebab masa tengah selfie selfie sekali ada segerombolan cino datang. Semua pakai baju merah hitam. Rupanya diorang ada buat birthday party. kat Suka Sucre memang sesuai sangat buat party. Pilihan kat sini makanan tak banyak. Bagus macam tu sebab dia boleh maintain quality makanan yang sedap.


Us

Dah nak hujung-hujung masa lepak sekali nampak Dato' Fazley masuk.. terus terpanah mata akak tengok Dato' Fazley. Selalu tengok dalam tibi je.. haritu dapat tengok live.. auuwww bergetar tetek tulang rusuk akak!! Handsome sangat oi. Kulit muka flawless sangat tak payah nak letak hashtag no filter.. hahaha. 


Dato' Fazley in da hauz yo!

Masa ajak Dato' Fazley bergambar.. sekali dia cakap.. it's okay, uolls duduk je kita selfie. Wah! terus dia ambik handphone akak.. sampai harini akak balut handphone akak dengan plastik.. takut bau tangan dia hilang.. muahahaha.

Read More

Friday, November 27, 2015

Padi House Cyberjaya

Entry pasal makan je kali ni. Ini pun cerita hari yang sama kitorang lepak kat Pullman. Tak apa Bedah.. akak ni tersangat rajin nak perbanyakkan entry. Kalau datang PEMALAS blog pun terbengkalai.. sementara ada gambar dan cerita tak hilang dari ingatan lagi, baik akak taburkan cerita pendek pasal makan kat sini :)

Keluar dari Pullman dah alang-alang dekat nau dengan Cyberjaya, aku ajak Nizam makan kat Padi. Budak-budak pun memang lapau kebulor dah lepas kepenatan mandi kat pool. Masing-masing muka dah macam ikan masin je aku tengok.

 Aglio olio with chicken grill pilihan Kak Zaza
Khairine makan Mexican Beef Taco. Rasa sebijik macam Pizza cuma dia pakai nachos yang besar as plate. 
Danish pilih Sea food fried rice. Bapak dia cakap kalau dah tekak kampung mesti nak nasi juga. Eh apak kau pun dah pandai pakai ayat 'tekak kampung' ingatkan aku je selalu cakap benda yang sama.. hahaha.
KhaNish minum smoothie. Aku minum iced peach tea. i is so like that iced peach tea.. setiap kali datang sini mesti aku akan order air yang sama. Sedap nak arwah!

Actually aku dah beberapa kali datang makan kat sini. Itu pun sebab kalau ada kerja kat Cyberjaya. Kalau saja-saja nak datang lambek sikit lah nak sampai.

My small family :)

Nizam tak makan & minum. Dia dah konyang makan kat Pullman lepas habis event kat Pullman haritu. Biasalah kalau ada event, of course food provided for staff. Itu pun Nizam cakap dia tak nak makan lepas event tu. Aku paksa dia suruh dia makan juga. Jangan sebab anak-anak bini tak dapat makan kat Pullman dia berkorban tak nak makan juga. Tu yang masa kat Padi dia tak order makanan. Don't worry Bie, i'm so understanding (amboi puji diri sendiri nampakkkk) bukannya lepas tu i tak dapat makan pun. Takut na anak-anak bini kebuluran.. ilex lah bro ;)

Sekian.

Aku isteri & mader bahagia.

Kbai.
Read More

Thursday, November 26, 2015

Pullman Hotels & Resorts, Putrajaya

Ini bukan short vacay. Ini namanya menumpang tidur sambil menemani Bang Nizam bekerja. gitu! Minggu lepas Bang Nizam ada event CIMB kat Pullman Putrajaya dari hari Khamis sampai Sabtu. Jumaat malam bila kawan sebilik dia dah balik, cepat-cepat Bang Nizam angkut bini dan anak-anak dia ke sana. Bang Nizam takut tidur sengsorang ke? hahaha. Tak lah.. for him dari dia tidur sengsorang, baik dia bawa anak bini dia ke sana.. Mulia tak hati suami i? ;) Lagi pun dia fikir gak kat anak-anak dia yang hantu swimming pool tu. Datang sini teruja sebab nak mandi kolam. Tension i kena bangun awal bawa diorang pergi pool.. tak guna punya mader.. dasar pemalas!



Ni view masa pagi Sabtu. Aku saja letak gambar ni yang first. Sebab bila aku publish nanti korang boleh tengok gambar cantik ni kat dashboard. Mesti korang teruja nak baca bila tengok gambar ni kat dashboard blog korang.. hahaha. Bangang kau Jah!

Hari Jumaat Malam dari Putrajaya Nizam balik rumah ambik aku dan anak-anak. Sekarang susah sikit nak bergerak sejak kitorang dah pakai satu kereta je. Sebelum ni masing-masing pakai kereta sorang satu senang nak bergerak. Nak charot i lah tu kan? nak kata dah tak mampu pakai dua kereta kan?? bukan macam tu Bedah.. sebenarnya kitorang nak save cost. Dari dua kereta pakai 1 kereta yang agak besar sikit.. senang. Tak payah nak keluar duit untuk dua maintenance kereta, sekarang ni kitorang bayar untuk 1 kereta pun dah sama nilai macam kitorang bayar untuk dua kereta. So buat apa nak bazir. Sebelum ni masa pakai dua kereta pun 1 kereta lagi park je kat rumah. Buat apa nak bayar untuk dua kereta.

Nampak? terus terkeluar rahsia peribadi. Abaikan je cerita pasal kereta tu. Lupakan tu semua. Mari akak nak tunjuk gambar.


Tilam kemain empuk. Sekali kena belasah ni.. mau mengandung 9 bulan.. hahaha.



 Boleh buat party buih dalam ni. 





Jamban! ada kenangan jamban ni.. kenangan yang telah ku tinggalkan. Paham ke idok? :p

Pagi esoknya awal dah bangun. Aku iron baju kerja Nizam then lepas tu kejut KhaNish ajak pergi swimming pool.


On the way nak ke swimming pool, aku tengok view ni cantik pulak. Terus snap dari sky bridge. Bila perati balik rupanya bilik kitorang blok yang kanan tu tingkat dua tu. Oh baru tauuuu.. jakun!


Clock tower depan lobby hotel


 Sampai je pool area, budak ni terus cakap WOW!! eh kau tak payah nak WOW sangat.. macam tak pernah mandi swimming pool kat hotel pulak! Mummy sepak karang baru tau ;P

Mummy suruh bergambar nak.. bukan suruh tidur sambil pandang camera!



Beronok-ronok


Sementara tu akak feeling orang kaya ditepi kolam sambil makan kuaci ;) Tengah sedap-sedap menjalar kat kosi malas ni, tiba-tiba Bang Nizam datang. Auuww so sweet my husband.. dalam pada bekerja sempat lagi jenguk anak bini kat kolam.. hihihi.

Dalam pukul 10.30am macam tu Nizam call suruh aku bawa KhaNish pergi kat area tasik kat bawah. Aku jerit kan budak-budak tu dari tepi kolam suruh diorang naik. Selagi tak dengan suara tarzan Mak ni suruh naik, diorang tak naik.


Kat tepi tasik ni tak boleh mandi sebab dia dah lilit ngan tali kat pokok macam dalam gambar tu. Diorang main pasir je.. aku dengar diorang cakap berdua 'jom buat kubur nak' bila da siap kubur tu aku dengar lagi diorang cakap 'Inna lollahi wa inna ilaihi rojiun' nak tergelak aku tengok gelagat diroang.

Dah nak dekat pukul 11am macam tu aku ajak diroang naik bilik.
Pukul 12pm dah nak check-out.


Sambil nak baik ke bilik sempat ambil gambar kat area hotel.

Terus naik bilik mandi bersih-bersih get ready nak check out.
Sini WiFi Zone. Sementara tunggu Nizam habis kerja aku lepak sini dengan budak-budak.

Dekat pukul 2lebih macam tu Nizam habis kerja kitorang terus gerak pergi Cyberjaya. Nanti cerita kat entry lain ya.. i dah nak gi Melaka ni.

Sekian.

Saya Isteri & Mader yang sangat Bahagia.

Kbai.

Read More

Wednesday, November 25, 2015

Last Day Sekolah 2015

Jumaat haritu last day budak-budak bersekolah. Sekolah Khairine ada buat Hari Anugerah Cemerlang. Aku pergi. Tapi bukan nak tengok Khairine dapat anugerah. Dia paksa aku datang sebab suruh tengok dia nyanyi koir. Over sangat budak ni. Koir je pun. Mula-mula aku cakap kat Khairine.. Mummy tak payah pergi lah.. kalau Khairine dapat anugerah semangat sikit Mummy nak datang tengok. Terus dia buat mulut muncung. Nak jaga hati anak punya pasal, turutkan juga kehendak anak. Siap dengan baju kurung lagi i datang tau! ayu sangat Mak Khairine.. auuww (senyum gatal).

Macam biasa pagi hantar dia ke sekolah. Alang-alang dah hantar pagi tu, aku terus dok kat kantin sekolah lepak minum jap. Pastu masa aku nak gerak pergi dewan, kawan Khairine datang tegur aku.'Hi auntie' bila aku berdiri tengok dia.. dalam hati terus cakap apasal tinggi nau budak ni.. bak kata pepatah.. berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.. muahahaha. Ai is tergugat!

Oh lupa.. si Danish tak sekolah. Awal-awal dah bagitau aku dia tak nak datang sekolah hari Jumaat tu sebab tak belajar katanya. Memang tak belajar pun. Dah kata pun last day sekolah.. tambah pulak haritu ada penyampaian anugerah.. sapa nak mengajar?!


 Ini dia kumpulan koir Sekolah SKTHO
Bila nampak anak sendiri atas stage terus tercekik ailiyur aku. Tiba-tiba rasa sebak.. mula dah bertakung air mata, mula rasa nak menitis air mata. Padahal anak kau koir je atas stage tu Jah oi. Dah kenapa semua perasaan tu nak timbul? hahahahaha. Aku bukan boleh. Nampak anak masuk pagar sekolah pagi-pagi pun perasaan tersentuh. Nampak anak lari atas padang masa sukan sekolah pun rasa excited melambong-lambong. Anak pergi camping dua hari satu malam lagi lah mencurah-curah air mata mengalir.. perasaan rindu kat anak jangan kata lah.. menggunung tinggi gamaknya. Perasaan seorang mader ni memang amazing.. siapa tak ada anak lagi memang tak akan ada feeling ni. Eh ke aku sorang je yang terlebih perasaan? pffffttt :p

Khairine yang berdiri kat tengah. Row depan yang keempat dari kiri.. yang tengah nganga mulut tu.. hihihi. Spot budak tembam belakang tu., kemain lentok kepala nyanyi lagu koir ya! hahaha.


Habis koir ada persembahan lain pulak. Lepas tu diselangselikan dengan penyampaian anugerah. Yang geram tu bila nampak budak-budak pra sekolah beratur siap pakai jubah konvo. comey sangat :)


Khairine & friends



Ini babak sedih. Aku pun terjebak sama. One of bff Khairine nak pindah ke Manjung, Perak. So diorang buat drama air mata hari last day sekolah. Aku ni bukan boleh. Nampak orang menangis, mula lah aku nak syahdu syahdan juga. Walaupun budak-budak ni diketegorikan budak-budak, bila bab-bab nangis ni hati i cepat tersentuh tau!


Berpelukan :'(

All the best Phoebe. Auntie doakan kamu berjaya dalam pelajaran. Hope dapat kawan baru nanti kat sana. Jangan lupa kawan-kawan kat sini pula.. ewah pesan macam budak tu kawan aku pulak.. hehehe.

 Bergambar kenangan sesudah drama air mata. Tinggi betul budak-budak ni. Khairine juga kemetot. Bila berdiri sebelah aku, aku rasa dia dah tinggi.. padahal aku yang tak berapa nak tinggi. Bila berdiri sebelah kengkawan Khairine terus nampak sama tinggi. Kau rasa????? aku pun tak paham apa cakap.. hahaha.


Sekian.

I am loving Mader.

Kbai!
Read More

Tuesday, November 24, 2015

Red Lobster di Intermark Kuala Lumpur

Dah dekat dua bulan kot hajat Tante nak belanja aku ngan Adik Zaza makan. Memanjang je tak ada time yang sesuai. Kalau aku free, Adik Zaza pula tak free, Kalau Tante Free kitorang berdua pula tak free. Begitu lah sebaliknya. Kalau plan bagai nak giler sure tak menjadi.. tak silap aku on Friday 13 Nov kot plan mengejut lepas kerja. Nasib baik timing kitorang tak clash. Padahal siang tu aku ada kerja kat KLIA. nasib baik sempat sampai KL sebelum waktunya. Malam tu terus on je.


For me if you wanna have something difference ke or nak lepak makan tempat yang cool & cozy, boleh datang sini. Makanan pun sedap-sedap. Masa tulis ni pun dah menitik ailiyo akak.. slurrppp.

Starter

 Sirloin & Lobster. S.E.D.A.P
Mussels yang dicurah dengan Bolognese sauce. Sedap gilos. 
Lobbis soup in cup. recommended sangat. Kalau korang datang makan kat sini, you must try this. Ini sebenarnya sup lobster. Dia punya sedap rasa nak bawa mangkuk gi dapur mintak tambah.. hihihi over!
Carib Salmon. Ada nasi seciput, udang duatiga ekor. Ini kureng sikit. Actually salmon tu sedap. Tapi kalau dah terlalu tebal macam tu bila makan rasa muak.

Ada beberapa review yang aku baca sebelum aku tulis entry ni. Ada yang kata bad service, poor management and bla bla bla. Bagi aku ok je. Firstly sebelum kitorang datang, Tante dah buat reservation.. so tak ada masalah disitu. Sampai-sampai je memang dah boleh duduk, service pun laju. Customer pun tak berapa ramai. Mungkin time diorang datang tu nasib tak menyebelahi diorang kot.. tu yang dok ngutok tempat tu kata tak bagus.. hahaha.


Us


Price pun not bad. Tak mahal sangat. Mula-mula ingatkan kena dalam patlima ratus. Sekali bila tengok bill...??? eh! masing-masing terkejut beruk.. kenapa murah sangat nih?! hahaha.

Agak-agak dah dekat dua jam tersidai kat situ, diorang ajak ngopi pula. So weolls terus ke Starbucks at Viva Home. Kali ni I pula belanja uolls ngopi ;)


The Cintas. Zaza, TJ (Tante Josdiana) & ZJ (Zaza Jaafar). Friendship forever ;)

Thanks coz belanja i malam tu ya Cinta .. lain kali boleh belanja i lagi.. hihi
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah