Thursday, March 31, 2016

Unforgettable Gift

Kak Zaza ikut tagline Pandora sebenarnya. Kalau Pandora kata Unforgettable Moments, Kak Zaza tukar sket ayat tu jadi Unforgettable Gift from Husband. Gitue :)

Ceritanya macam ni. Last week Kak Zaza dengan Bang Nizam keluar pergi beli barang dapur. Budak2 tak ikut. Kalau bawak mau jahanam poket dipownya macam2.. fader diorang ni bukan boleh. Asal anak mintak je bagi. Asal bini mintak je, pikir kemain panjang lebau. Nyampah. Eh ye ke?? ni kalau Bang Nizam baca ni mesti dia marah aku.. hehe.

Lepas balik dari beli barang tu Bang Nizam terus kona ke arah Ampang Point. Mula2 masa Bang Nizam kona kereta ke arah Ampang Point, Kak Zaza ingat dia nak ajak lepak ngopi. Sekali dia kona betul2 ke arah Ampang Point. Kak Zaza tak syak apa2 pun. Pastu dia lalu depan Habib Jewel. Kak Zaza jeling2 je sebab tahu memang tak akan masuk punya. Masa tu hati Kak Zaza dah debar2 dah.. hati ni berkata-kata jugak kot2 datang biul Bang Nizam dia ajak masuk Habib ke.. hahaha. Masa tu Kak Zaza buat2 bangang je.. anggap macam Bang Nizam ajak masuk Ampang Point.. nampak? behave tak ayat? sebab tau laki ai akan baca entry blog ni.. hahaha. Lepas tu dia melilau cari parking. Bila dah dapat parking Kak Zaza keluar kereta, Bang Nizam pun keluar kereta. Terus Kak Zaza melangkahkan kaki ke arah pintu masuk Ampang Point. Lepas tu Bang Nizam panggil Kak Zaza sambil muncung-muncungkan mulut dia tunjuk arah Habib Jewel. Wow! masa tu hati Kak Zaza rasa macam nak pecah dah.. hahahahaha.


 Tadaaaaa

Surprise sangat masa masuk Habib Jewel. Kak Zaza dah rasa dah Bang Nizam mesti nak belikan Kak Zaza Pandora. Ingatkan dia nak tambahkan charm bracelet, sebab Kak Zaza selalu nau azan kat telinga dia suruh dia tambahkan charm. Rupanya dia tak belikan charm.


Dia belikan Cincin yang cantikkkkk sangat ni (sambil tepuk tangan muka excited). Omaigod munga-munga hati kita hehehe. Tak nak lah over excited sangat setakat dapat Pandora. Sebab ada yang tanya haritu kat fb aku 'kenapa tak beli emas' sukati ai lah nak beli silver ke emas ke intan ke berlian ke. Dah kita tak minat emas. kita beli lah Silver.



Pastu semalam Bang Nizam text.


Ingatkan nak tanya jari pasal apa.. rupanya dia tanya pasal cincin.. hehehe. Sweet sangat laki ai ;)


Tu je yang dapat u bagi u kata? ini pun i dah terlebih happy Bie ;)


Ada ke nak bagi aku rantai motor?? tumbok karang!


Dah tersarung pun dijari manis Kak Zaza ;)

Dear my love Husband : Thank you Bie.. i'm so surprised. I'm lucky to be yours. Kalau you nak tau, i dah ada wishlist lain tau. I dah listkan apa nak beli lepas ni. Nanti i bagi kat u list tu ya.. hehehe.

ILU. Bye ;)


Tuesday, March 29, 2016

Makan Masa Birthday Tante

Masuk bulan depan cukup sebulan tak update blog. Amboi dalam pada busy tu siap boleh ingat berapa lama tak update blog kann.. hehehe. Rindu.. bukan tak rindu nak update blog. Masalahnya aku ni malas. Makin tua makin malas. Itu lah aku.. hahaha.

Hari ni nak tebar cerita basi. Korang bacalah seadanya ya :)

Dalam sehari dua kali Kak Zaza makan busat. Lunch, boss Tante belanja makan kat My Elephant Ampang. Kak Zaza memang tak akan lepaskan peluang bab2 makan.. lagi2 kalau orang nak belanja. Cepat je aku. Malam pulak kitorang celebrate among kengkawan je. Bukan celebrate party2 pun. Just makan-makan, gelak-gelak, borak-borak, kentut-kentut sesama je hehehe.


 Cake cutting by Birthday Girl ;)

Kek tu kemain keras nak mati. Nak potong pun payah. Kedai tu gi simpan kek tu kat dalam freezer. Tau lah cheese cake & takut mango tu lebam. Agak2 lah bila orang dah nak datang makan tu, bawak ler keluar dari freezer ye dak? Freezer kalau macam kat kedai kek tu tak apa jugak.. ini freezer yang buat air batu.. kau rasa keras dia macam apa? macam air batu kan?? hahahaha. Bila birthday girl nak potong, jadi keras kejung dah kek tu. hahaha.


 The colleague.  Kiri sekali yang pakai baju biru tu Ace, boss Tante.




Tu je dua gambar makanan yang aku sempat snap. Mostly kitorang orang set lunch yang sama. Malas nak pikir panjang. Janji perut konyang orang belanja.. hehehe.


Seketul desset ni biasa2 je. Aku buat lagi sedap. Santan cair mcm haper je. Mangga masam!

Pastu petang lepas balik kerja kitorang gi makan2 kat The Garage. Aku dah siap2 booking haritu. Datang2 je terus meluru ke meja.. terus order dengan rakus ;)


Masa sampai kitorang bertiga sampai dulu. Tengok tu baju kitorang sama kannn.. sebab beli sama2 size je lain ;)


With my Cinta


Lepas kitorang sampai, si seketul gemok tu pulak sampai. Ambik gambar lagi tak sudah2 hehehe.







Atas tu semua gambar2 foods yang kitorang order. For me food taste kat sini biasa2 je.. tak ada apa yang boleh di WOW kan. Tengok presentation pun so so je. Tak tau lah kalau tekak orang lain yang dah pernah rasa makanan kat sini. Jangan nak kecam plak!




Gift from us


Gift from Khairine. Dia pun sibuk nak bagi hadiah jugak untuk Auntie Tante.. nak bagi hadiah kalau pakai duit dia sendiri tak apa.. pakai duit mummy jugak.. so sapa yang bagi sebenarnya ni?? hahahaha. 

Korang mesti pelik kan kenapa ada terselitnya si Khairine kat dalam majlis makan2 ni. Sebab dia rasa kawan2 aku pun kawan2 dia jugak!! hahaha. Dia cukup suka kalau lepak ngan kawan2 aku sebab semua pun satu kepala.


Us

Kitorang ni walaupun beberapa ketul je, tapi kalau lepak memang boleh roboh kontena kat The Garage tu. Ada je lawak bangang nak bahan membahan.. yang selalu kena teruk dengan kitorang si seketul gemok tu lah.. hehehe. Sorry ya Akeem.. kakak2 ko memang suka kutuk kau.. hahahaha.


Tuesday, March 15, 2016

Taik & Kucing

Hi.. selamat cuti sekolah adik2.. korang tak kemana2 ke cuti sekolah ni? tadi Tante ada tag aku kat fb ada school holiday event Kids Mix Dance Workout. Ingat nak masukkan Khairine join class tu.. bila tengok registration date dah closed.. lepas tu ada feed back dari owner suruh whatsapp saja aku tanya kot2 boleh slot in.. owner tu kata ada. Balik karang nak tanya Kharine kalau dia berminat nak join.. Sabrina pun ada kat rumah aku if diorang nak boleh masuk kan Khairine & Sabrina sekali. Danish tak payah lah.. dia bukan minat dancing2 ni.. dia macam fader dia jugak.. asek bola bola bola je.. lemas aku.


Ni cerita lain pulak.

Petang semalam masa aku nak turun opis nak balik aku ternampak sekor kucing ni tengah ronda2 kat depan pintu masuk opis. Macam gelisah je dia. Ingat apahal ke.. rupanya dia sakit perut. Pas tu slamber je dia tadah bontot dia kat tepi sikit dari depan pintu masuk opis. Dah lah laluan tu memang laluan utama aku kalau nak ke basement. Choy sangat tau!

Korang kalau ada lemah jantung sila jangan tengok gambar2 kat bawah ni.. dikhuatiri pengsan berdiri nanti lepas tengok gambar kucing berak tanpa jamban.. hahahaha.

Ngam2 masa aku keluar pintu opis dia tengah press kuih kat simen tu.. cepat2 akak ambik hp ambik gambar.. hahaha.


Nak kais apa nya tanah pun tak ada.. ambik bau je lah!

Agaknya rasa menyesal kot berak tengah2 jalan.. nak kambus tak ada tanah.. dah malu nak kaberlaen lettew.. hahaha

Mesti korang kutuk aku lepas ni kan.. apa lah dia ni gambar kucing teberak pun nak masuk blog.. siap ngan video plak lagi tu.. hahahaha. Eh korang jangan ya.. moment2 macam ni lah aku patut rakamkan sebab kejadian ni live depan mata aku semalam tau!! ini adalah satu sejarah dalam hidup.. muahahahaha.

Friday, March 11, 2016

Ayah & Emak

Diam tak diam dah masuk 5 tahun ayah tinggalkan kami sekeluarga. Rasanya tak terlambat untuk aku nak hitung tarikh pemergian Arwah Awah :( Tanggal 9 March 2011 tarikh yang buat aku & keluarga amat terasa kehilangan orang yang amat kami sayang.


Sempena hari Jumaat yang mulia ni.. marilah sama2 kita panjang kan doa & sedekahkan Al-fatihah kepada semua umat islam yang telah pergi.. Al-fatihah

******************************************

Ni nak cerita pasal emak pulak. Dari sehari ke sehari nak buat entry pasal emak operation haritu. Sampai dah nak baik orang tua tu baru nak keluar entry niha.. hehehe. Sorry lah ai is busy dalam kehidupan semasa lately ni ;)

Kawan2 alam maya & alam nyata aku ada yang dah tau emak aku masuk hospital haritu. Thanks korang sebab mendoakan kesihatan emak aku haritu. Sebenarnya emak masuk hospital dua kali sebelum perut dia kena belah. Masa first admitted haritu dalam seminggu juga dok hospital sebab doktor nak stable-kan badan dia cerita tu ada kat entry SINI.

22 Feb emak masuk hospital lagi sekali. 25 Feb tarikh emak operation. Start dari hari emak masuk hospital tu rutin aku asek pergi balik pergi balik ke hospital.

Malam sebelum hari operation, aku ajak mak selfie.. bagi dia tak runsing sangat pasal operation dia esok tu. Tapi deep inside her heart aku tau dia sangat berdebar walaupun dah pernah operation masa buang breast cancer dia dulu. Masa ni dalam hati aku rasa sedih sangat2.. aku tau emak lagi sedih.. tapi apa nak buat.. ini semua dah takdir :(

 Last call sebelum tidur.. masa ni aku dah terbaring kat tepi katil emak dah.. nurse datang bawak air nak drip. Malam tu tigapat kali aku bangun sebab air drip tu lambat turun. Kejap2 aku panggil nurse suruh flush.. lepas nurse dah flush tak sampai 5 minit air tu turun lambat nau.. dah kenapa jadi macam tu rosak ke apa? bila panggil doc, doc cakap mungkin salah cucuk urat kot ni tu yang air tu susah nak masuk. aku tengok muka mak dah risau dah takut doktor nak cucuk balik cari urat. Aku cakap kat doc kalau boleh doc jangan lah cucuk mak saya lagi..

Kenot do anything.. terpaksa gak cucuk.. dah la petang hari yang sama dah ambik darah kat tangan.. malam ambik lagi.. sampai bengkak lebam2 tangan dia.

Ini lah port aku bila turn aku kena jaga emak malam.. sleeping bag ni aku bentang kat sebelah katil emak. Bukan main feeling macam camping kat hutan sangat.. padahal tidur kat hospital je.. hahaha.

Sayu sangat hati aku bila tengok emak solat pagi suboh sebelum hari operation. Tak tau nak kata.. biarlah semua perasaan tu aku simpan dalam hati aku sampai bila2 :'(

Ini kesan perut emak yang dioperate. Ngeri tengok stapler stapler tu. But Alhamdulillah stapler tu dah bukak Isnin lepas (7 Feb 2016)

Sampai ke harini emak dah beransur pulih. Sakit2 sengal kat perut dia tu masih ada lagi.. panjang kot belahan kat perut tu.. dari atas pusat sampai ke atas rahim. Sekarang emak duduk berehat je kat rumah sesekali adik beradik aku lain datang jenguk emak.. kengkawan emak yang dekat2 rumah pun ada datang. Moga2 terubat sikit kesakitan emak tu bila orang sekeliling yang kenal emak datang melawat.. terima kasih pada yang sudi datang melawat & mendoakan emak ;)



Thursday, March 10, 2016

MSQRD

Ini semua sebab pengaruh.. aku tengok ramai na main apps ni. Aku pun nak cuba gak.. hehe. Macam best je. Apps ni korang boleh dapat kat Play Store dan sewaktu dengannya. Disebabkan aku pakai handphone chap Samsung, so aku gi cari kat Play store. Search MSQRD mesti korang akan jumpa.

 Eh.. confused kejap.. bila pandang mata nampak macam Che Ta.. dah kenapa Che Ta bermisai berjambang?? hahahahaha

 Ni Nenek sapa ni?? walaupun kulit muka tu dah kerepot seribu, tapi tetap mulus okeh.. kau mampu?? hihihi

 Ini beruk sapa terlepas ni??

Ni biasa2 je.. tak lah rare sangat.. tapi tetap gak nak letak gambar ni kat sini bagi korang puji.. hehehe

 Ha ni Tok Ayah versi tak ada misai.. kot2 lah dah tua sok muka aku berubah jadi macam ni.. kau rasa handsome tak kalau muka aku macam ni versi lelaki?? hihihi

 Rimau terlepas dari pusat sarkis hihi.. Macam ni agaknya si Izwa cakap aku hari tu kat entry dia.. ada ke dia panggil Kak Zaza ni Kak Senah Rimau.. biadap sangat kann.. hahaha

 Eh.. Tante pun ada.. comel sangat muka u macam ni Cinta.. kipidap! hihihi.

 Ni dah macam Bandi Amok je.. tapi Bandi pakai topeng separuh je.. aku punya versi penuh satu muka ;P

 Badut sarkas yang tak bernapsu.. muka macam kempunan tak dapat makan churros.. hahaha

 Ini bulu ke uban?? putih semacam satu muka.. hahahaha hanjeng betul!!

Eh ini macam Pakcik Leman yang jual apam balik kat pasar tani tu kan?? sapa kenal?


 Hish ni ngeri sangat macam ni.. mau ngigau tengok lama2 :D

Hi! Jangan cakap abang tak payung..hahahah.
Jangan keliru ya.. Ini bukan Bang Nizam.. Kak Zaza tak bagi Bang Nizam bela misai tebal2.. nanti susah nak comolot.. muahahaha

Auuwww sexy nya renungan ;)

Kalau diberi pilhan, korang nak tak buat surgery tukar muka korang macam salah satu muka kat atas tu?? muahahaha.

Tergelak-gelak aku songsorang tengok muka aku yang dipelbagaikan dengan bermacam-macam rupa.. hahahaha. Apps ni bukan setakat boleh capture je.. video pun boleh gak. Tak tergamak plak aku nak buat video.. dah lah suara pun sengau.. ai is shy lah.. hahahaha.