90% apa yang kita fikirkan, sebenarnya tak pernah terjadi pon...
Kadang-kadang kita risau benda yang bukan-bukan dan tidak sepatutnya.
Kenapa??
Sebab kita lupa kepada konsep asas ini dan kita lupa kita sebenarnya di bawah kehendak dan
tadbir urus Allah.
Apakah konsep asas ini?
Cuba fikirkan semula.. Kita dihantar ke dunia ni, bukan lah atas kehendak kita... tetapi atas kehendakNYA
Allah yang maha kuasa.
DIA yang menetapkan, cukup masa, keluarlah kita dari
alam rahim ke alam dunia. Dan sebelum dari alam rahim, kita semua di alam Roh.
Jika ikutkan kehendak kita, pastinya semua kita memilih untuk kekal di alam Roh,
supaya kita tak perlu bersusah payah hadir ke dunia ni dan menempuh berbagai-
bagai cabaran dan kesusahan hidup.
Sehinggakan ada yang sampai tahap berputus
asa dengan rahmat Allah.
Ini kerana, kita merasakan kita yang menguruskan
hidup ini, semua nya kita rasa kita. Kita hilang perasaan seorang hamba,
ke-AKU-an dalam diri kita sangat tinggi. Semuanya AKU!!
Kita lupa, semua yang berlaku sebenarnya di bawah kehendak yang MAHA ESA dan hidup kita ini di bawah
tadbir urus NYA, kita hanya MELALUI kehidupan ini.
Jadi, jangan fikir banyak,
kita ada Allah, jom berkehendak di bawah kehendakNYA Allah, nescaya kita akan
tenang dan bahagia.
🤲🏼❤️
credit: https://arriyadglobal.com/
setuju sangat
ReplyDeleteThank you!
Delete