Friday, April 23, 2021

'RAMADAN' : PELUANG TERBAIK UNTUK MENCARI TAKWA

 


Ramadan adalah satu tempoh masa sangat istimewa bagi seluruh umat Islam. Bulan ini adalah bulan yang dipenuhi dengan rahmat dan keberkatan. Rasulullah SAW menyatakan ‘apabila datangnya Ramadan, nescaya dibuka pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.’ (HR al-Bukhari dan Muslim).

Ramadan sudah berada di fasa pertengahan dan di kesempatan yang berbaki ini, ayuh kita bersegera untuk merebut takwa dengan melakukan 8 amalan ini iaitu:

✅ Basahkan lidah dan segarkan hati dengan zikrullah (zikir).
✅ Perbanyakkan bacaan al-Quran.
✅ Jangan lupa untuk berdoa sebelum waktu berbuka puasa, semasa sahur dan ketika berpuasa agar mudah dimakbulkan oleh Allah SWT.
✅ Banyakkan selawat ke atas Nabi SAW.
✅ Amalkan solat fardu berjemaah.
✅ Mengqadakan solat-solat yang ditinggalkan sebelum ini pada setiap kali menunaikan solat fardu, mengikut sekadar yang mampu
✅ Terus istiqamah melakukan solat sunat Tarawih terutamanya pada 10 malam akhir Ramadan selain solat Tahajud.
✅ Bersedekahlah mengikut kemampuan.

Jadi, jom kita gandakan amalan untuk menggapai takwa di Ramadan yang berbaki ini kerana kita tidak pasti adakah kita sempat menemui lagi atau tidak Ramadan akan datang.


1 comment:

  1. Wow…. Entri nampaknya penuh ketakwaan ye … alhamdulillahhhh 😍. Lama tak bersiaran?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah