Monday, October 12, 2015

Pulut Kuning Zarina Zainuddin

Cerita ni lagi berkurun lama baru nak dibentangkan kat blog. Sebenarnya aku dah lama perati kat IG Zarina Zainuddin.. asek masak rendang & pulut kuning je.. telio telio I dibuatnya. One day dia post kat IG gambar rendang & pulut kuning.. dia kata dia akan berada kat Ampang Park haritu. Dia buka booth yang kat depan KFC & Pizza. Hah! sedang helok sangat lah.. dah dekat ngan opis aku pulak. Lunch time terus pecut ke Ampang Park dengan kengkawan.

Masing-masing muka senget benget belum ready bergambar ;D

Kebetulan dia pun ada kat situ. Bukan main peramah pompuan ni. Biasalah artis kann.. mesti lah kena peramah.. lagi2 nak promote product dia.. Eh! I yang bukan artis pun peramah apa?! pfffttt ;P

Kalau tengok video kat IG dia sangat menggiurkan. The way dia cedok rendang yang tengah menggelegak kat dalam kuali basau dia tu.. perrgghhh menanges i depan screen handphone. Eee macam tipu je ayat tu.. hahaha. betul! i tak tipu.. rendang dia memang sedap. Aku beli rendang daging.. harga RM12. Kalau rendang ayam RM10. Tak silap aku lah.. hampir terlupa kejadian haritu.. maklumlah cerita dah lama.. hahaha.

Lepas tapau pulut kuning & rendang, kat booth sebelah dia tu ada pisang goreng. Nama dia Pasal Pisang.. macam pelik je tajuk pisang dia tu. Packaging menarik.. dok dalam kotak macam tu.

Try juga beli.. recommended by tuan kedai tu, dia kata yang butterscotch ni sedap. Dia punya rasa ok2 je..tak lah sedap hingga menjilat jari sangat.
Read More

Friday, October 9, 2015

Genting Highland

Macam mana tah boleh terplan nak naik Genting haritu. Seingat aku sebab nak test drive kereta. Lepas tu ajak family Along sekali (kakak Nizam). Bila dorang kata on, moh ler kita ke Genting beramei-ramei ;)

Bila dah nak dekat sampai kat pintu gerbang ni kelam kabut ambil handphone nak snap.. jakun sangat perangai tu macam tak pernah naik Genting!

Buat masa ni kat Genting sangat boring.. banyak tempat tutup. Yang outdoor semua pun tau tempat tu tengah tutup under renovation. Yang kat Indoor pun dah banyak tempat yang dia tutup.. macam dah tinggal separuh tempat je yang boleh berjalan kat dalam tu. Kalau nak tau sila pergi sendiri.. susah aku nak describe mana tempat yang separuh tutup.

 Mak bapak je yang posing terover.. anak-anak helok je perangai bila bergambar.

Tah apa yang tak ready pun tak tau.. 

Kat luar pula tak sejok langsung. Siap berpeluh-peluh aku masa bergambar kat sini.

Family in-law

Jalan-jalan kat atas ni pun boring. Nak main game pun tak bernafsu..

 Family saya

Laki bini feeling ala-ala hindustan gitchu.. LoL!

Apa Bang Nizam buat kat cecelah bunga ni?? ;P

Dah habis jalan-jalan kat luar sana budak2 kata lapar pulak. Sebenarnya aku pun lapar juga.. hihihi. Amboi Kak Zaza kemain kusyuk makan kat hujung sana tu.. nasib baik muka I terlindung dengan botol pepsi.

Semua dah kekenyangan dan tak tau nak tawaf mana lagi. Decide turun je lah.. lepas tu singgah kat tempat cable car.. kat situ ada jual macam2 jenis mak nenek asam.. jual longgok2 je pastu kau cedok then timbang pastu bayar. Kat sana tak bergambar.. aku tak tahan bau asam2 kering sebab aku tak suka & tak makan asam.

Sebelum sampai kat tempat cable car kitorang berenti kat sini kejap sebab kabus yang terlampau sepanjang jalan. Bukan sebab tak nampak jalan.. berenti ni pun gara2 nak ambil gambar kat tepi jalan nak feeling macam kat obesi kononnya sebab kat puncak Genting sikit pun tak ada kabus.. jadi, kat tepi jalan pon boleh lah.. hahahaha.

Aku tempek gambar ni bukan suruh tengok gambar orang2 yang ada dalam gambar ni ya.. korang tengok belakang tu.. bukan main tebal kabus.

Cerita dah berkurun baru nak masuk blog.. hahaha. Ok itu saja cerita pasal naik "Genting Thailand". Kenapa "Genting Thailand"? itu ayat anak abang Nizam. Sebab sebelum kitorang naik Genting haritu dia eksyen ngan aku.. "Maksu haritu Tisya pergi Genting Thailand" Ewahhh! confident sangat ayat kau ya.. hahahaha.
Read More

Monday, October 5, 2015

Saturday Night Outing With Besties

Amboi pekat sangat tajuk omputeh.. padahal isi cerita ni kot melayu je.. hahaha gempak tak? Lama dah tak outing dengan member2. Sabtu bila tah haritu.. rasanya bulan lepas kot.. tah lah tak ingat dah aku.

Mula-mula Tante call aku.. katanya Zul ajak gi eCurve sebab nak beli kasut. Aku cakap aku malas nak keluar. Ingat dah cakap tak nak keluar tu dah selamat dari hasutan ajak keluar lagi. Lepas tu Zul pulak call. "Za.. jom keluar.. teman aku beli kasut". Hot sangat ke I ni dah kata tak nak keluar tapi tetap juga ada syaiton yang masih racun I ajak keluar? pffft. Macam-macam alasan aku bagi sebab malas nak keluar.. dan hasutan demi hasutan terus aku terpedaya.. hahaha. Habis on the phone dengan Zul, aku terus whatsapp Zaza & Tante kat group. Aku cakap malas lah nak keluar.. sekali si Zaza pulak tiba-tiba kata nak ikut.. nak makan meatball kat Ikea katanya.. sudah! nak tak nak terpaksa pergi juga.

Janjinya petang nak keluar berempat. Sebab tengahari aku attend kenduri kat Kajang. Dah lah Nizam tak dapat attend kenduri tu sebab kerja.. so aku ajak Tante teman.. lepas tu baru boleh keluar teman Zul pergi beli kasut.

Settled kenduri by tengahari, aku ngan Tante balik rumah masing2. Tunggu petang pulak Zul datang kutip kitorang.. perjanjian petang ya.. tunggu punya tunggu dekat pukul 7 baru Zul datang kutip Zaza, Tante & aku. Masa tu dah nak sentap dah.. nak majok sebab kau datang kutip lambat sangat. Well, hasutan Zul terlalu kuat sebenarnya sampai I pun tak mampu untuk tolak.. hahaha.

Sampai sana je terus Zul letak kereta kat jockey Hotel Royale Bintang.. jantan tu pemalas nak cari parking sebenarnya. Keluar je kereta terus meluru kat street market depan eCurve. Lepas jalan2 kat luar tu masing2 dah melalak lapar. Sementara nak menuju ke Ikea, lalu depan Charles & Keith, Tante dah terjebak beli kasut plak.. Adoi banyaknya dugaan sementara nak sampai ke Ikea.. LoL!


Finally! Aku punya part aku suruh Zul belanja.. denda sebab dia datang kutip aku lambat sangat haritu.. I is sentap!


Us.. Tante, Zul, Zaza & Zaza


Me & Zul's 


Zaza's


Tante's


We sharing, we loving.. hehehe

Habis makan baru boleh pergi cari kasut si Zul.. itu pun kelam kabut jalan dari Ikea ke eCurve.. takut kedai tutup.


Sementara Zul belek kasut, ZTZ terkena sawan selfie kat cermin kedai.. hahahaha.


Settled kasut, lepak coffee2 plak kat Tea Tarik Place.




Bukan aku punya.. Ini adik Zaza yang punya.. aku rasa perut dia ada jin.. tak kenyang kot makan kat Ikea, dia bedal pulak kue tiaw goreng.. *usapperut*


Masing2 baru lepas usap perut tujuh kali.. hahaha.


Gerak dari Ikea dalam pukul 12+ macam tu.. Zul ajak pusing2 tengok lampu kat Kolumpor.. hahaha very the kampung dot com punya ayat.. phuii

Ohh baru teringat ni bila.. masa kitorang keluar tu hari yang ada Perhimpunan Bersih 4.0


Perhimpunan Bersih 4.0.. 

Kitorang tak join ya.. saja je lalu buat heboh kat situ. hihihi
Read More

Saturday, October 3, 2015

Aktiviti Sabtu Minggu Lepas

Sabtu minggu lepas keluar pergi breakfast. Tak pagi sangat pun.. dalam pukul 9 lebih macam tu baru keluar nak cari breakfast. Matahari dah terpacak atas kepala kau kata breakfast Jah?? hahaha.. kalau orang kampung dengar harus gelak guling2. Ya lah orang2 kat kampung time breakfast diorang pukul 7.00 ke 7.30 macam tu dah kenyang perut.. lepas suboh je dah kira breakfast.. siap dengan kopi panas secawan. Orang Kolumpur breakfast dah lah nak masuk tengahari.. minum pulak air berais.. milo ais lah teh o ais lah.. hahaha. Well itu lah bezanya kehidupan dikampung & dibandar ;)

My favourite kuih. Mula2 tak tau apa nama kuih ni.. bila tanya kat orang kedai yang jual tu dia kata nama kuih ni kuih "Beko" betul ke ejaan macam tu? entahlah.. hanya orang Kelantan je yang tau.
Habis je breakfast ala2 dah nak masuk tengahari haritu Nizam bawa jalan2 kat area KL.. saja nak tengok keadaan kat KL. Bukan main berjerebu sangat.. sosak napas Achik tengok jerebu yang menebal. Bila singgah kat Lake Garden kononnya Nizam nak suruh anak2 dia main kat playground kat situ, budak2 tu pun tak nak keluar kereta.. jerebu katanya.. tak nak keluar main kat playground. Then terus mati kutu tak tau nak bawa budak2 gi jalan kemana. Last-last bawa diorang gi Giant je.. pergi beli barang dapur.. hahahaha. Giant pon boleh!

Trolley belum penuh. Kitorang kalau shopping groceries memang agak seram kalau bawak KhaNish. Kalau diorang ada dikhuatiri akan melebihi bajet.
Motif letak gambar susu tetek lembu kat sini?? sebab gambar ni aku tengok macam comel je.. tempek je lah.. hahaha
Selesai beli barang dapur, terus ke Papa John's Ampang Point.. order 2 pan Pizza yang large untuk lunch. Selamat I dari tugasan memasak haritu.. hehehe.
Read More

Friday, October 2, 2015

Malaysia New Zealand Chamber of Commerce

"23rd Anniversary New Zealand Annual Dinner & Dance 2015". Hambikkk panjang sangat tajuk invitation ni.. aku sambung tulis kat sini.

Company Invitation ni.. aku pun apa lagi terus terbayang nak pakai baju lip lap lip lap.. hahaha. Tak ada maknanya lip lap sangat.. pakai je baju apa yang hado.. yang peting sempat pergi saloon set rambut kepok-kepok.. hahaha. Dinner buat kat Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur.  

Guest table


Disebabkan Bang Nizam tak nak join dinner ni, so aku berpasangan dengan Tante malam tu.


Me & Kak Rozie



Actually seronok attend event macam ni.. dapat makan sedap-sedap, tengok gelagat orang, cara orang berfashion, protocol, bleh tengok perempuan cantik-cantik, boleh tengok jantan2 handsome.. hahaha.. amboi kemain gatal ko ya! hahaha.

Sekarang jom tengok gambar makanan yang ado pulak.


Kudapan.. hahaha ada ke kudapan buah kiwi?? kelas kau Kiah!



Makanan berat-beratan yang kebaratan.. gitchu. Lepas menu ni ada lagi duatiga menu lagi dia served.. lupa pula ambil gambar.


Dessert. I ni memang hantu dessert. Kalau nampak dessert yang fancy2 mula lah perangai bertukar macam hantu.. hahaha.

Bila perut dah elok kenyang penuh dengan makanan (usap perut tujuh kali) mulalah tak larat nak bangun. Tersepok je kat kerusi. Pas dah ok sikit kitorang keluar jap ambil gambar.


Kak Zaza & the belang skirt ;) Feeling ala2 Cinderalla skirt kembang gitchu.. hahaha muntoh!


She is my Cinta.. nama dia Tante.. still single & available.. hihihi

Dah hujung-hujung majlis tu ada acara music & dance. Tapi aku tengok tak sampai hujung acara lagi mat2 saleh & minah2 saleh kat situ kemain menggeletis lagi dah menari kat depan stage. Mau tak nya.. korang tu kepala dah sedap tegok air arok.. mana tidaknya.. kannn??

Klah.. bye nanti sambung cerita lain pulak ;)
Read More

Friday, September 25, 2015

Salam Hari Raya Aidiladha 2015

Dah agak sebulan lebih menyepi kat blog tiba-tiba muncul dengan cerita Raya Haji pulak.. kau rasa?? dasar memang pemalas betul empunya blog sendu ni.. hahaha. Lama kan aku menghilang? sampaikan blog address dah bertukar pun aku buat derk je. Tau pun sebab kengkawan blog yang mana friend dengan aku kat fb yang war-warkan. Sedih! 

Sebelum nak bercerita tak berapa nak panjang kat sini, aku nak sedekahkan Al-fatihah buat jemaah-jemaah Haji tahun ni yang telah dilanda macam-macam dugaan kat sana. Alhamdulillah, FIL aku terselamat dari sebarang bencana kat sana. Harap-harap FIL dapat sempurnakan ibadah Haji dengan sempurna.. dan balik Malaysia dengan selamat & sihat walafiat.. 

Amin.

Tahun ni korang beraya kat mana? Aku macam biasalah beraya kat Melaka. Menumpang Raya kat kampung suami.. hihihi. Dan memandangkan Raya Haji tahun ni jatuh pada hari Khamis, Jumaat ramailah yang ambil cuti.. sambung sampai ke weekend.. bukan main sakan korang ya. Aku tak ambil cuti pun sebab awal bulan haritu dah apply cuti 3 ke 4 hari tah.. so malas nak ambil cuti banyak2 lagi. 

Rabu malam aku bertolak ke Melaka. Padahal siang Rabu tu aku ke Melaka juga. Tapi ada urusan kerja. Malam pulak balik kampung. Kau mampu satu hari dua kali pergi Melaka?? hahahaha. Eh! harus lah mampu.. setakat pergi Melaka je kot.. bukan ko pergi Kodiang satu hari dua kali.. hahahaha.

Persiapan makanan biasa-biasa je. SIL masak rendang daging hijau, kuah kacang, nasi impit, rendang ayam & kuah lodeh. Aku? datang makan je. Helok sampai kampung malam tu SIL dah siap masak. So terlepas dari tolong SIL masak.. eh! I bukan mengalat ya.. hehehe.

Pagi raya tu bangun pun dah dekat pukul 8 pagi. Melompat bangun siapkan apa yang patut. Plan nak keluar pergi menziarah ke rumah sedara-mara Nizam. Dalam pukul 11+ macam tu kitorang ke Kampung Pulai dulu.. rumah SIL punya mertua.

Family potrait.

Kemarin post gambar ni kat IG, sekali Doctor Faizie komen.. "pondok hijau tu I know.. baca kat blog" ohh ingat lagi ya Doc? bila aku cari balik link kisah kat pondok hijau ni, rupanya ada kisahnya [LINK] yang pernah aku ceritakan.Thanks Doc sebab ingatkan I yang dah tua ni.. hihihihi.

Yang dua orang ni bz memanjang dengan handphone. Bila battery low mula lah rembat powerbank aku nak charging.

Next ziarah beraya ke rumah BIL punya mertua kat Simpang Ampat. Amboi Raya Haji je pun.. kemain sakan datang beraya rumah orang.. hahaha.

Khairine & Sabrina. Sabrina anak abang aku.. dia sibuk nak ikut kitorang balik kampung beraya.. dia suka lah sebab ada kawan. Sapa lagi kawan dia kalau bukan Kakak Khairine dia tu.. dalam pada berkawan tu, kejap gaduh.. kejap sentap.. kejap baik balik, kejap cubit.. tak paham aku budak-budak ni.



My lil' family

Gambar ni ada post kat IG & FB.. ada yang komen kata pondok tu bas stop.. eh! hello.. itu bukan bas stop ya.. itu pondok kat depan kolam ikan sebenarnya.. tak kan lah kejam sangat Majlis Perbandaran Alor Gajah tak repair bas stop yang dah macam serupa rumah hantu kat situ.. hahaha.

Last sekali beraya kat Krubong. Rumah FIL punya adik beradik. 

Datang rumah orang berselfie anak beranak.. hihihi.. ada akak kesah? :p

Lepas dah beraya kat tiga rumah tu, kitorang terus balik Cheng. Budak-budak sibuk nak berkubang kat tepi rumah.

Berkubang macam ni lah.. hahaha.

Masa malam kitorang sampai kampung Rabu haritu, pukul 1 pagi dok mandi lagi dalam kolam tu.. kau rasa?? memang tak reti sejok budak-budak ni. 

Ni nak cerita pasal air kolam tu.. kemarin masa sampai kampung Nizam ada lap kat karpet seat belakang kereta sebab haritu si Sabrina terpijak taik kucing. Bila taik kucing dah kering, Nizam gi ambik sponge yang ada kat sebelah kolam.. dia dah basahkan sponge tu, dia pun lap kat karpet kereta.. lepas dah lap bersih-bersih, dia punyalah malas nak letak balik sponge tu kat sebelah kolam.. dia pun baling je sponge tu dari jauh.. sekali sponge tu termasuk dalam kolam.. muahahahhaa. Lepas tu bila nak mandi lagi, diorang terpaksa tukar air baru.. takkan nak mandi air yang dah dicemar taik kucing kering.. hahahahaha.
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah