Monday, July 1, 2019

Birthday Khairine 2019 @ Dotty's KLCC

Memang dah jadi culture #NJ2424Family setiap kali kitorang punya birthday, mesti akan pergi makan-makan. It’s depend on jatuh hari apa date birthday tahun tu.

Birthday Khairine tahun ni 27 June jatuh pada hari Khamis, so kitorang pergi dinner.

I gave her choice to choose kat mana dia nak makan on her birthday.. dia jawab tak tau. Kalau ikutkan Mummy, Mummy bawak pergi kedai mamak je 😁😁😁

Tahun lepas Birthday dinner Khairine kitorang pilih Hard Rock Café. Untuk tahun ni, Dotty’s is our choice to have birthday dinner. Just a simple makan-makan biasa je. Tahun sebelum-sebelum ni masa budak-budak ni kecik dulu. Semua kenangan birthday family i dah tanamkan kat dalam blog ni. Ada a few yang tak tertanam tu I dah humban masuk FB je 😜😜😜











Pukul 8:30pm sampai KLCC.. order foods, makan-makan, borak-borak, ambik gambar bagai dah almost 9:30pm.

Keluar dari Dotty’s tanya Birthday girl nak hadiah apa? Dia cakap nak handbag. OMG! Dalam hati I Jangan mintak Coach sudah la nakkk.. Coach tengah buat sale pulak time tu 😅😅😅

Masuk Jelly Bunny & Typo tak ada yang berkenan. A bit rush nak pusing satu Suria KLCC tu. I cakap beli je la bag apa-apa dulu.. later on mummy belikan bag lain. End up Babah dia belanja sling bag je kat Vincci. Tu pun harga dah RM100+ Vincci pun dah pandai mahal sekarang ye! ingat dapat la sepuluh doploh hengget macam zaman dulu.
Read More

Thursday, June 27, 2019

HAPPY 15th BIRTHDAY KHAIRINE!

15 tahun dah budak ni.. 15 tahun lepas time ni dah kena tolak ke wad. Masuk labour room pukul 5:am, 5:19am dah uwek uwek keluar. Tak dan dan nak keluar time orang tengok Akademi Fantasia musim 2 😆sebab dah sakit perut pagi sebelum dia keluar dari perut mak ni.

27 June 2004 - 24 June 2019
HAPPY 15th BIRTHDAY MY DEAR LITTLE GIRL and not little girl anymore 😍

Tak tau nak tulis apa lagi dah tiap kali birthday dia menjelang. Harapan Mummy setiap masa, setiap hari, setiap tahun tetap juga sama. Mahukan Khairine berjaya dunia & akhirat. Tak kira apa jua yang khairine ceburi, tempuhi dimasa akan datang. Selagi Mummy ada didunia ni, you’re still in my cares. Love you till Jannah Firdausi.

Gambar-gambar bawah ni semua I cilok dari IG dia 😅😅😅

15th




Tiga gambar atas ni gambar latest masa Raya baru ni.
Nak habaq bagi, budak ni makin lama makin pandai pilih kehendak sendiri. From head to toe sekarang ni dia nak decide sendiri. baju raya yang dia pakai ni pun dia yang decide sendiri nak kaler apa & fashion apa yang dia nak pakai taya tahun 2019.

Tema : Baju Cotton (i panggil cotton orang buat telekung) tempah dekat Medan Mara & kain pario beli kat Kenanga je. Pario bukan instant ye.. dia nak pario yang ada buckle ikat sendiri tu #MakTepukDahi sebijik perangai & taste mak kau zaman muda mudi dulu 😅😅😅

So bila dia dah decide kaler apa & apa dia nak pakai, automatically kitorang semua kena ikut tema dia la kennn. But for this year i was decided to not have any theme for Raya. Told NJ kita bertema bebas je la tahun ni. tak payah nak tema-tema dah.




Ada cerita disebalik 3 gambar baju kebaya meroh atas ni.

Kebaya Nenek
Kebaya pendek warna merah yang Khairine Pakai ni baju arwah mak i punya. Sangat kagum bila i tengok Khairine sarung kebaya ni kat badan dia. Disebalik kekaguman tu, i sebenarnya makan hati. Kenapa i tak muat lagi dah baju tu.. #MataKeatas 😄😄😄

Duluuuuuuuuu #SambilMuncungBibir i muat je kebaya ni. eh ni bukan cerita nak sedapkan hati ya!! hahaha. Serious weh.. duluuuuuu tu i memang muat kebaya merah ni. Lately ni je nak try pakai balik dah tak muat. Venci!




3 gambar atas ni dia pakai baju raya tahun lepas. Tapi gambar ni tahun ni punya. ambik gambar masa attend open house kawan dia. Sekarang pergi open house kengkawan je manjang on weekend. Ajak pergi open house/ wedding kengkawan mummy babah tak nak ikut dah. ishhhhh naper perangai tu dah besar sangat ni budak oiiii??!!

Makin dah besar ni makin pandai nak bergaya & posing depan camera.. makan hati mak tengok. Nasib baik mak dah went through all the social life masa zaman mak huha dulu 😆 #Tiberrrrrrrr

Ni lah padah kalau dah dapat menulis. Entry Birthday terus jadi entry cerita salah silam keluarga sendiri 😁😁😁

Ok.. till we meet again di lain entry 😎
Read More

Wednesday, June 26, 2019

Sinus atau Asthma Attack?

Entry pendek harini.. Biarlah pendek asalkan I dapat tanamkan kisah hidup I kat sini.. lain machiam nau ayat kau Jah 😄😄😄

Sebenarnya nak lambakkan cerita ni semalam. Tapi tah kenapa poyo sangat macam tak ada hati nak menaip.


Actually 3 hari lepas, which is Sunday, 23 June & Monday, 24 June tu I dah tak sedap hidung & migraine attack.. hidung dah tersumbat macam susah nak nafas. Masa tu I masih buat derk je lagi. 

Note: Actually i baru tau yang gejala migraine pun boleh disebabkan sinus.. Baru tau ni sebab i baca kat Wikipedia 😃

Sampai ke hari Selasa, 25 June awal pagi dalam pukul 3:30am macam tu I terjaga dari tidur sebab tak boleh bernafas. Sedar-sedar je tengok NJ tak ada kat sebelah.. lagi panic.. mana pulak laki I merayap tengah-tangah malam ni.

I keluar dari bilik tengok dia tengah tengok bola kat tv.. I dah menari nari depan dia sambal cakap I tak boleh bernafas.. NJ urut-urut belakang I pun tak boleh jugak. NJ ajak pergi klinik Gomez kat Taman Dagang tu.. I cakap I tak nak.. I nak terus ke Ampang Puteri je. Karang kalau pergi klinik ke kot-kot la klinik suruh refer ke Hospital.. so better go to hospital directly.

Sampai kat emergency KPJ Ampang Puteri dah dekat pukul 4:00am. Register, check blood pressure gedebuk gedebak semua.. tunggu kejap sementara Doctor panggil.

Masuk bilik doc, doc check serba sikit.. tanya ada resdung ke? I jawab tak ada. Ada sinus ke? I jawab tak ada. Ada allergic ke? I jawab ada eczema. terus doc suruh neb. First time in my life wehh kena nebulizer.


Dah lepas neb tu, jumpa doc balik kat bilik dia. Doc tanya, how do u feel? I jawab better. Padahal masa tu tak berapa nak better nau pun.. hahaha. Doc cakap I give ubat spray & ubat pill ok. I pun angguk je tanda paham.

Nurse ada bekalkan I bendalah ni.. dia cakap next time kalau datang lagi, bawak je bendalah ni.. so next time tak payah pakai yang baru lagi. Dalam hati masa tu.. sumpah weh rasa macam tanak datang lagi.. hope this is will be the last la.. #PrayForZaza 😄😄😄



Tunggu kejap (actually lama.. almost 20 minutes) sementara nurse nak bagi slip untuk ambik ubat kat farmasi. Dapat slip tu kami laki bini terus ke farmasi. Keadaan farmasi suram sebab tak ada patient langsung.. ye lah time tu baru pukul 4ish pagi kannn. Sapa pulak yang nak dating hospital kecuali I je 😄😄😄


- Ubat pill tu kena makan setiap hari selama 5 hari. That’s y dia bagi 5 biji saja
- Ubat spray tu dia bagi untuk I spray 2 prett dalam lobang hidung.. guna untuk seminggu je.


Settled. Sampai rumah dah pukul 5:00am.

As for now, Alhamdulillah much better. Hidung pun dah tak sumbat mcm tauhu sumbat lagi dah. Sikit2 tu ada la.. tapi I buat ilek je sebab still consume ubat for this couple of days. Tunggu ubat habis sok tengok ada perubahan ke idok.

Eh tadi kata entry pendek.. ni  macam tak pendek je 😜

Thanks to all my friends yang DM, WhatsApp, PM kat FB tanya what was happened to  me semalam. Ramai yang prihatin.. terharu sangatttttt 💘



Read More

Thursday, June 13, 2019

Kelate Kitchen, Plaza Prima Setapak

Haritu ternampak kat FB viral kedai Kelate Kitchen ni. Well.. rakyat Malaysia kan suka benda-benda viral.. termasuk lah i. Tapi i tak ada la obses sangat sebenarnya dengan benda-benda viral ni. Coz i know, benda-benda viral kat social media ni selalunya kejap je. Bila dah reda sikit baru la kita try pegi. Malas nak berasak- asak beramai-ramai.

Masa otw tu dah terbayang-bayang nasi kerabu, daging bakar.. urrgghhh taip pun dah telan-telan ailio 😊

Image result for klate kitchen
Source : Google


Actually i ni bukan dari keturunan cik siti wan kembang pun. secebis pun tak ada okeh! tapi i suka makan Rice to Wednesday (Nasi Kerabu)

Nama pun Kelate Kitchen, so terbayang dah macam-macam makanan Kelate ada kat sana. Especially nasi kerabu, kuih-kuih kelantan & lots of kelantan foods. sebab nama pun dah melambangkan machey-machey makaney klatey keiy? gitewwwwwwww #TryHardKecekKlate 😂




Sampai sana tengok menu yang ada.. nasi kerabu, nasi kukus, ayam goreng berempah, gulai ayam,  ayam bakar, gulai ikan, ikan bakar, kuih-kuih Kelantan (not much, ada few je) so I macam kecewa sikit la sebab my expectation was ada nasi dagang & kuih muih yang super berlambak macam kat kelantan.. amboii 😆 ye la.. dah nama pun "Klate Kitchen" kennn.



Haritu I makan nasi kerabu versi kaler kuning. Tak silap kuning tu Nasi Kerabu Terengganu eh ke Kelantan. Tapi jual dekat kedai Kelantan.. ke caner tu? i pun tak paham 😂 Tak ada beza pun rasa nasi kaler kuning & biru tu. Sama je rasa dia. Bedal je la labu.


Me & my BFF

Teh ais madu.


Nampak geram je tengok buih-buih dilautan dia atas tu.. tapi!!!!!! tapi!! malang nasib I masa I pergi haritu.. teh ais madu dia rasa terbakar. Pelik kan teh ais rasa terbakar??????? Terus pergi kaunter tanya. Kenapa air ni rasa terbakar???? Bila diorang rasa air tu, rupanya campuran madu dalam teh ais tu rosak.. ye madu rosak! I pun tak pernah rasa madu rosak sebenarnya. First time juga dengar madu rosak. Seriously masa minum haritu mmg pelik sangat taste air tu. Diaorang nak ganti air baru, tapi i tak nak.

Kuih Lompak Tikey.. gitu!
try hard lagi kecek Klate 😄

Then I try kuih lompat tikam. I guess all the kuihs orang consign kat kedai tu. Sebab semua kuih yang dijual dah siap packing dalam bekas.

Second time I dating I tak makan pun. Just teman my brother makan kat situ sebab dia sibuk nau nak try makan kat Klate Kitchen.. plus bini dia pun ore klate boh! 😁 So, I tunjuk jalan & kedai kat mana, lepak kejap & lepas tu I terus blah pergi Mykori kat block belakang kedai Klate Kitchen ni.

Till todate I tak pernah pergi lagi. Mungkin menu dia dah variety kot. Entah lah. Sekarang pun dah berlambak orang jual makane klate.. antara sedap dengan tak sedap je gamaknya.


Korang yang area Setapak tu nak try, boleh cari waze kedai Klate Kitchen.

Address:
Plaza Prima Setapak, B-G-7 & B-G-8
Jalan Prima Setapak 1, Taman Setapak
53100 Kuala Lumpur

Tuesday10am–10pm
Wednesday10am–10pm
Thursday10am–10pm
Friday10am–10pm
Saturday10am–10pm
Sunday10am–10pm
Monday10am–10pm

Contact# 013-885 9988

Read More

Friday, May 31, 2019

Iftar #RamadanDay24 - Craving Bubur Nasi

Mak craving teroq nok! Last week lagi I dah pesan kat NJ suruh tapaukan bubur nasi dekat Kampung Baru tu.

Tidak kesampaian sebab NJ jatuh motor pulak pada hari yang sama... terus rasa macam nak cari batu belah batu bertangkup 😂

Noticed, dalam banyak-banyak bubur nasi yang ada kat area Kampung Baru tu, kat kedai ni je yang tekak I boleh telan.

Kedai nasi bubur ni depan je dengan UniKL. Betul-betul tepi jalan kat traffic light.

Sebelum sampai kedai tu I dah berdoa panjang supaya ada seat untuk I berbuka nanti. Ternyata Allah itu mendengar rintihan doa seorang hambanya yang berpuasa 😅😅 maka ada seat untuk I berbuka haritu 🙊

6.15pm ⏰ dah sampai. Terus pilih lauk nak makan dengan nasi bubur. sedapnyaaaaa telan-telan ailio masa pilih lauk 🍛


Time lapar kan, tengok semua lauk-lauk tu macam nak terkam. Dalam hati “bawak bertenang Noriza.. jangan ada sikap tamak menyelubungi ke dalam hati tu.. kalau tak habis nanti, kau lah syaiton itu” 😆


Ni la antara lauk-lauk yang I pilih untuk I makan dengan nasi bubur yang I idamkan sangat sepanjang bulan puasa ni.. Alhamdulillah.


Nampak macam sikit, bila dah ngap ngap ngap semua, penuh perut.. hai la nafsu #GaruKepala







Teringat masa demam dah lama haritu.. bila datang sini makan nasi bubur dia lepas tu tergigit pulak halia muda dalam bubur tu, lauk yang ada ikan masin, sotong masin, udang masin, tofu, sayur kalian and bebagai rasa mix ada.. terus boleh baik demam.

Dah, tu je nak update.

Nak try? tengok address kat bawah ni 🠟

Kak Mah Tomyam Seafood
Address:
39, Jalan Sultan Ismail,
Kampung Baru,
50300 Kuala Lumpur
Read More

Thursday, May 30, 2019

Collection Garfield Zaza

Remember? Korang yang bersekolah sezaman dengan I tahun 1990s mesti peminat tegar barangan Garfield kan??? Ke tak? Ke ye? 

kalau tanya I, I memang batak Garfield hahaha. Zaman sekolah dulu kalau boleh semua benda nak brand Garfield kecuali  kasut sekolah and baju sekolah.. sebab tak ada brand Garfield yang keluarkan gambar Garfield kat baju & kasut sekolah 😁


Tapi! bag, stationeries, sticker, beg duit, tshirt and etc semua I ada beli untuk my own collection. Bangga giler weh time tu.. siapa pakai Garfield memang dah up to date sangat la hidup tu 😅

Entry ni I nak lambakkan my first and ever collection of Garfield items yang I dah kumpul setakat ni. Baru je start tahun ni. After this I’ll try to find more lagi barangan Garfield.. #BatakGarfield 😊

Tudung Bawal Garfield #FancyBawal

This year punya collection, I found this tudung bawal dekat IG. Punyalah melonjak kegembiraan bila Nampak ada tudung bawal gambar Garfield (walaupun bukan dari brand Garfield) janji ada gambar si kucing gemok tu.. itu pun I dah terlalu love 😊

Tudung bawal ni I jumpa dekat IG. Selidik punya selidik, I terus order. Harga RM23 + RM8 postage total RM31

Korang nak tengok design lain cari je kat hashtag #FancyBawal mesti jumpa macam-masam pesen.

Sling Bag Garfield
 Yang ni pun terlalu love juga. Walaupun bag ni kecik tapi I suka.

Harga RM10 je wak… dat day jalan-jalan dekat Vintage Night Market Temerloh, jumpa bag ni.. terus tak citer banyak, I beli je.

Tote Bag Garfield Pink

Ni pulak I beli dekat Pekan Sehari Temerloh RM15.


Eh kenapa I tak jumpa ek bag-bag macam ni dekat Kolumpor?????

T-shirt Garfield

Kisahnya tshirt ni. Masa I scroll shopee.com.my I ternampak ada jual t-shirt Garfield. Tengok harga Ya Allah murah namatey. RM12+ je sehelai. Saja roger kengkawan kat opis ada sapa-sapa tak nak selit sekali t-shirt ni.

Ya! Memang ada ya.. I order 5 helai untuk 5 orang yang order.


Tadaaaaa.. mak-mak orang model tshirt Garfield hehehehe.



Berposing-posing kitorang kat lobby opis last Friday 🙈🙉🙊

Ok soon kalau ada collection Garfield lagi, I update lag ikat sini.

Kbai.🙋
Read More

Thursday, May 9, 2019

Happy Hour with Office Clan

Gichu omputih sikit tajuk kita kali ni 😛
dah tu kot melayu macam awkward nau bunyiknya.

Actually, few weeks dah plan dengan kawan2 kat opis I nak pergi makan Mykori. On 19 April baru dapat matching date. Itu pun sorang dari 6 clan tak dapat join.

Once awhile bonding day dengan kakak-kakak & adik-adik officemate. Lagi pun dah lama tak keluar sama-sama lepas kerja. Last time kitorang buat rombongan pergi makan satay Kajang. Naik MRT ramai-ramai dari Taman Pertama sampai Kajang. Enjoy sangat 😊

Ok this time kita pergi makan Mykori pulak. Kali ni tak naik MRT. Kitorang drive je. Lepas kerja terus gerak ke EcoCheras Mall. Ni la first time I masuk mall tu. Not bad. Besar & banyak jugak up todate outlet dalam tu. Tapi macam suram. Mungkin timing yang i pergi tu orang tak ramai kot. Tak tau la kalau hari lain ramai orang.


*Panjang nau bebel*

Sampai je sana dalam pukul 7pm macam tu. Masing-masing park kereta dah bersepah tah mana-mana.. dah la I first time pergi sana. 

Akhirnya bertemu jua 😅

Us

Seronok lepak dengan kakak-kakak & adik-adik opismate ni sebab semua satu kepala. yang kakak-kakak tu pun perangai boleh tahan masuk air jugak 😅 So sambil borak-borak tu kitorang makan-makan.. jom tengok apa yang kitorang order.











Oh sebelum I end cerita ni, I nak cerita sikit tentang kebodohan I haritu.. rasa nak tunjal-tunjal je kapala sendiri.

I kan first time masuk EcoCheras Mall.. Masa sampai tu, terus ke parking bay.. Selalunya tempat ambik ticket tu ada 2 lorong kan.. I pun masuk la 1 of 2 lorong nak ambik ticket. Lepas tu nak dekat 3 minit jugak I stay kat situ sebab mencari button & lubang keluar ticket (dah tau tak ada boleh.. ko buat blur kat situ lama-lama dah kenapa?). Almost 3 minit stuck mencari button.. ehhh apa ni? #GaruKepala 😊 adoiiii lepas tu tak puas hati, I reverse masuk pulak lorong sebelah. Pun sama gak.. Dah kenapa tak ada button & lubang keluar ticket ni weh?? Hahahaha.

Mula la nak berangin dah time tu.

Dalam 10 second cari punat nak keluarkan ticket tu, baru I tau rupanya pesen dia nak masuk parking kena pakai Touch & Go card. Hahahaha Nasib tak ada kereta lain kat belakang. Jahanam sangat! Mana la I tau.. tempat ambik ticket pun lain pulak rupa dia daripada biasa. Apa yang I tau kalau dekat shopping mall lain kalau nak masuk parking kena ada credit limit dalam card at least RM20+ Touch & Go card I pulak time tu ada RM3+ je. Tu yang tak pasal-pasal cuak sorang-sorang kat situ hahahaha. Venci betul!

Ok la itu je nak cerita. Kbai.

Read More

Wednesday, May 8, 2019

Menu #RamadanDay2

Salam Ramadan!!

Dah masuk Ramadan ketiga dah.. kaum mak-mak mesti busy &pecah paler apa menu nak masak selama 30 harini kannn. Haha. Sama la kita nok. Itu belum cerita pasal ko terlajak sahur LOL. Tapi bila Nampak orang masak itu ini, terus berazam balik tu nak masak. Tak pun plan.. ok esok atau lusa aku nak masak jugak la macam si Gayah masak tu.. hujung-hujung… hanya tinggal kenangan je.. hahahhaa itu lagi sedihhhh!

Tapi I tak cakap semua mak-mak la yang perangai macam tu. I cakap untuk diri I niha. Cuba nak motivate tapi tu la.. kadang terlajak jugak. Senang citer.. we go with the flow je lah hahahaha.

Tapi kan harini nak citer pasal semalam punya menu. Semalam gigih masak lauk simple, cepat & mudah

Chee Cheong Fun Soup

Ni portion utk 2 orang

- Bawang putih chop
- Rice noodle roll (chee cheong fun)
- Separuh pati cube ayam
- Udang
- Fishball
- Akar ketumbar
- Daun ketumbar
- Bawang goreng
- Air secukupnya
- Garam (jika perlu)

- Tumis bawang putih
- Masukkan air, akar Ketumbar. Bila dah mendidih masukkan cube pati ayam (nak tambah garam pun boleh tp agak2 je sbb cube ayam dah masin)
- Masukkan fishball
- Bila fishball dah masak, masukkan udang & rice Noodle tu. Didihkan dalam 3 min
- Taburkan daun Ketumbar & bawang goreng masa nak serve tu
- It's done 😁

Siakap Stim Limau

Recipe ada dekat LINK ni. I malas nak taip balik dah kat sini 😜

Ok itu je update menu #RamadanDay2 tahun ni. Menu Ramadan Day 1 tak ada. Sebab kalut pagi sahur tu timing wake up tak reti budget lagi. Berbuka pun sama juga 😅
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah