Friday, May 17, 2013

Sayangi Anak Anda

Perrgghhh tajuk entry kemain macam berkempen pulek.. hahahaha 

Salam Jumaat uolls.
Especially to all parents & parents to be ;)

Harini aku nak bercerita sikit kisah anak.
Cerita pun general je, aku bukan pakar motivasi pun nak cerita lebih2 :p

Sebenarnya rindu sangat saat-saat diorang ni membesar.
Comel je tengok, dah lah kemetot, pelat pulak tu.. rasa nak ketok2 je hahaha 
Arrggghhh rindunyaaaaaaaaa, kalau boleh nak diorang ni sentiasa baby =(


Time ni rasanya Khairine berumur 4 tahun & Danish berumur 3 tahun kot.. Aku pun dah lupa.. heee ;P

Nampak beza dah, dalam gambar ni kemain kecik lagi korang. Sekarang nak dekat sama tinggi dengan Mummy & Babah... pffffttt >_<

Apa yang aku nak ceritakan, 
Hampir setiap hari aku akan hantar Khairine & Danish ke sekolah. 
Kalau aku tak sempat pun Nizam yang akan hantar diorang.
Setiap pagi juga ramai parents lain yang akan hantar anak mereka ke sekolah 
dan pada masa yang sama juga aku akan nampak anak-anak diorang turun dari kereta/ motor/ jalan kaki dan sebagainya diorang akan bersalaman samada dengan Ibu atau bapa diorang.
Itu pun depends on siapa yang menghantar anak diorang time tu lah kannn.

Secara automatiknya ibu/ bapa akan mencium anak-anak diorang.. 
itu juga dah memang  menjadi adat semua orang.
Kecuali anak-anak yang naik bas sekolah, for sure diorang dah siap-siap bersalaman dengan parents diorang dari rumah kannn.. ;)
How sweet that moment betul tak?????!!!!

Aku memang serious bab itu, tak nak lah nanti anak2 atau kita sendiri terasa macam tak disayangi & tak dihargai.. kann?? ke korang tak amek serious hal ni??? :D


Bila aku ternampak, aku rasa nak nangis pulak.. terharu sangat *hah tak payah nak hover sangat!!* :p
Eh betul Jah!! kita ni sebagai ibu, instinct terhadap anak sangat kuat okeh
Dats y bila kita tengok kat tv & sotkabar tu ada kes dera, colek, bunuh kanak-kanak kita mesti akan rasa sedih menangis meleleh air mata.. kennn??

Yer aku paham. Itu semua human sense, siapa2 pun kalau dah nama pun manusia ada hati & perasaan.. 
tapi bila bab2 kes berkaitan dengan anak & budak kecik, sure kita yang orang pompuan ni, feeling terlebih.. hehe ;)



Dan aku juga tak ketinggalan tau!!!
Khairine & Danish nak turun kereta je mesti kitorang akan bersalam-salam  & bercium-cium.. 
lepas tu terasa macam tak nak pulak lepaskan diorang * hah hover sekali lagi*
Dengan Nizam pulak diorang dah siap-siap salam & cium masa kat rumah sebelum keluar ke sekolah... 
itu perkara wajib buat kitorang, kalau nak kemana-mana HARUS bersalaman & bercium-ciuman antara satu sama lain.. 
Itu tandanya kasih sayang =)


Setiap kali aku nampak je aksi-aksi macam tu, aku akan rasa WOW bertuahnya kita sebagai ibu bapa yang ada anak.. gitewww =)



Kadang-kadang tu aku terfikir juga, ada sesetengah ibu atau bapa tu, macam tak ambil kisah pasal anak, lagi-lagi hal pelajaran & proses pengajaran.

Ada satu kes yang aku pernah dengar, lepas bercerai dia lebih rela angkut barang-barang rumah daripada dia angkut anak dia. 
Euuwww perempuan jenis apakah kau???
Ko fikir lah Jah, kalau ko rasa harta benda lagi penting dari anak, maknanya ada something wrong lah disitu. Dasarrrrrrrrr!!!!! 
Hurmm itu dia punya pasal lah kannn.. akak tak nak campur..
Yang ruginya kau, bukan orang lain pun.. 

Bertambah rugi lah ko tak dapat tengok anak kau membesar depan mata, tak dapat buat apa saja untuk anak-anak.
Lagi-lagi detik & saat ko bersama anak-anak.. 
Kenangan tu lah yang akan ko ingat nanti time ko dah tua kerepot.. tahu???!!! 


Tagline aku, MY KIDS ARE MY HEART & SOUL. THEY WILL ALWAYS BE MY BABIES, EVEN WHEN THEY GROW OLD ;)

Opppsss sebelum aku terEMO lebih lanjut di hari Jumaat yang mulia ni, 
lebih baik aku stop disini.. kbaiiiii =)

16 comments:

  1. cantik rambut akak......
    AJ belum ada perasaan macam ni lagi kak......
    So takde pengalaman.. =D

    ReplyDelete
  2. Yup, enjoy the moment masa anak anak tgh membesar...and that's what I am doing now...my kids 5 & 2 years old....and Insya Allah, bulan 7 ni keluar sorang lagi :)

    ps; tambah la new baby..pi cakap kat Encik Nizam...;P

    ReplyDelete
  3. betul tu... ada parent tu tau beranak je... lepas tu mcm lepas tangan..

    ReplyDelete
  4. Betul anak-anak masa kecik ini seronok. Kakak dah melaluinya. Bila anak dah remaja sekolah pun tak duduk sama dah rasa sunyi dan renung gambar lama - suka.

    psst: di atas meja kerja kakak gambar anak-anak masa kecik tau bukan yg dah besar sekarang ni..

    ReplyDelete
  5. insyaAllah, akan dipraktikkan bila ada anak nnt :-)

    ReplyDelete
  6. Kak Azie pun selalu camtu. Kalu boleh nak depa kecik jer cam baby, tak yah la besar-besar. Sebab nak gomol peluk cium sentiasa.!

    ReplyDelete
  7. Yelahkan Zaza...kejap je diaorang ni besau.... Tak mo menambah sorang lagi ke...ambahlah sementara masih muda

    ReplyDelete
  8. bila dengar citer baby atau kanak2 kena dera...x sanggup nk baca/tengok..mesti sedih amat2...sayangi lah anak2 kita...itulah amanah Allah pada kita...kita yg menjadi harapan pada anak2 kita...

    ReplyDelete
  9. Betul tu. Rasa lain kalau tak dpt salam dan cium anak sebelum dorang gi skolah/nursery. Pernah sekali anak bujang saya merajuk...tak nak cium & salam. Ibu dia ni pon rasa sentap. Gi kerja mcm tu jer. Tetiba bley plak nangis dlm keta sbb tak cium anak...huhuhu...sensitif betul bila dah jadi ibu ni tau.

    ReplyDelete
  10. Laa....ingatkan dah ada new entri!

    ReplyDelete
  11. MY KIDS ARE MY HEART & SOUL. THEY WILL ALWAYS BE MY BABIES, EVEN WHEN THEY GROW OLD ;)
    Umi Qi suka tagline u dear....there are always our baby...wpun dah besar dah tawin dah ada cucu....weeeeeeeee besar sungguh perasaaan seorang bergelar ibu....mama zaza, umi Qi baca entry nih tersentuh sgt2 part bersalaman dgn ibu bapa sebelum pi sekolah...rasa mcm xnk lepaskan diorang...umi Qi dpt rasa apa yg mama zaza rasa wpun si Qi kecik lg....

    Zaza...anak2 u sgt adorable masa kecik...lain benar tgk khairine dan danish masa kecil...so cuteeeeeeeee!
    Mama zaza pun sgt2 gojes...pandai u bahagi masa spent time gan anak2...i sgt2 salute zaza :)

    ReplyDelete
  12. laa.. danish adik rupanya..ingat dia abng..sebab dia nampak tinggin dari kkak dia.. :)

    ank dah besar, xnak tmbah bby baru ke sis?? hehehe..
    yela kan, setiap saat bersama anak2 sangat berhrga..saya smpai terfikir dah ada ank xnak kje..tp ntah la, kita mampu merancang je kan..

    ReplyDelete
  13. ala tomei2 nya...mummy diaorg pun tomei :)

    ReplyDelete
  14. tengok anak2 membesar depan mata mmg moment yang sangat membahagiakan... nanti bila mereka dah besar mesti rindu zaman mereka kecil2 dulu...

    ReplyDelete