Friday, May 3, 2013

Throwback Part 1 - Legoland Malaysia Oktober 2012

Tak kira, w/pun dah nak dekat setahun sebenarnya kisah ni berlalu, harini aku tetap nak juga cerita pengalaman aku ke Legoland October tahun lepas.. haha cerita kepam dah oiii.

Ada lagi beberapa entry yang aku nak try throwback masuk dalam blog ni, tapi semua tu tahun-tahun lepas punya.. eh!! aci ke kalau aku buat entry throwback ni?? Arrgghh pedulikkkkkk.. blog aku, aku punya suka lah kenn.. amboii ;D

Tahun lepas memang aku jarang sekali update blog ni.. maka terbengkalai begitu jer.. Tahun ni keaktifan aku berleluasa untuk berblogging balik.. kenapa ek??? Sebab malas dan tak ada masa ngeh3.. 

Lagi aku fikir, ada ke orang nak baca blog aku & follower pun non hado. Rasa macam tak confident je nak berblogging masa tu.  Tahun ni ada rasa confident sikitttttttttttt je untuk aku berblogging. So tak kisah lah ada ke tak ada follower, janji kenangan-kenangan aku akan aku abadikan dalam blog burok aku ni.. gittue =)

Ok, mari kita mula kan cerita. Ni pun tak tahu lah boleh ingat lagi ke tak cerita & pengalaman aku kat sana. Susah aku nak flash back.. tapi tak apa aku cuba sedaya upaya untuk ingatkan balik ok. Kalau aku tak boleh flash back, aku lambak gambar je lah untuk santapan uolls.

Kisah nya Oktober tahun lepas (2012) kitorang anak beranak menjejakkan kaki ke Legoland Malaysia.. haruslah orang semua tau kat mana Legoland Malaysia kannn. Disebabkan baru berapa bulan je Legoland ni bukak, Khairine & Danish begitu teruja ajak makbapak dia ni ke sana. *sebenarnya bapak dia pun turut teruja sama* pfffffttt.

4 Oktober 2012, Khamis seawal pagi kitorang bertolak dari Kolumpor ke JDT. 
Seingat aku, pukul 8.30am kitorang dari Tol Sungai Besi, vassssssssssssss terus ke JDT.. aku seperti biasa akan membuta disebelah sambil laki drive dari KL-JDT  haha.. berhenti di R&R pun kejap-kejap je 'membuang' apa yang patut hehe.

Sampai di JDT lebih kurang pukul 11.30am, jadi pusing punya pusing mencari jalan ke arah Legoland, lebih kurang pukul 12pm ngam-ngam sampai. 

Cerita pasal signboard ni kann.. 


Aku : Bie berenti berenti berenti
Nizam : kenapa?? bahaya lah berenti tepi jalan
Aku : I nak ambik gambar signboard ni je.. ini bahan bukti kita dah sampai legoland
Nizam : hok aloh

muahahahaha

Dah park kereta terus mencari makanan dulu, dah tengahari kot, mesti nak lunch dulu sebelum masuk kedalam tu. Kat dalam tu harusnya harga makanan yang akan melampau lampau mahal harganya.

Lunch kat KFC sajo.. kat luar pintu masuk Legoland tu ada KFC & banyak lagi outlet.. tapi kalau dah bawa kanak-kanak, harus lah KFC pilihan tekak diorang. Weiii kat Kolumpor pun ada KFC kot!!! adoii lah anak.

Settle lunch, bergambar kejap sebelum depan pintu masuk Legoland, symbol menunjukkan yang kami dah sampai Legoland.. xoxoxo gumbira ;D


Welcome to Legoland Malaysia =)

Panggil je brader mana tah yang lalu time tu suruh tolong ambikkan gambar kitorang anak beranak.. haha baru lah 1 Malaysia kann.. KhaNish dah menggeletis nak masuk dah, suruh bergambar pun macam terpaksa je.. menyinga je mak kau.. dah moh lah pegi beli tiket masuk.



Harga tiket masa aku pergi tahun 2012:
Adult - RM140
Kids RM110

Sesudah beli tiket, moh lah kita berjemur dan beronok-ronok dalam Legoland tu sepanjang hari.. hewhewhew ;)

Lepas je dari pintu masuk tu, keterujaan anak-anak aku & juga ibu bapa mereka terus mekar.. hahaha ayat apa aku guna ni oiii??? Apa yang cuba aku nak sampai kan ialah.. setiap step ko jejak kat dalam tu, pastinya ko akan bergambar dengan patung-patung yang diperbuat dari Lego..  
Maka banyak lah kodak camera diperlukan.. hahaha giler pakai kodak lagi kah camera ko Jah oiii?? tak lah.. maksudnya cepat ler habis battery camera ko Bedah oii kalau dah setiap step dan inci kat dalam tu ko nak bergambar sokmo.. 

Time tu kitorang bawa dua camera, satu Nizam pegang, satu lagi aku pegang.. *keluarga tamak memang begitu* kikiki.. itu belum masuk camera handphone lagi tu.. hahahha hidup ini harus tamak okeh.. kalau tidak nanti ko akan kempunan seumur hidup tak dapat tengok moment yang lepas2.

 Ini budak botak so excited, bila botak macam ni Mummy tengok adik begitu tidak handsome sekali huhu.

 Mak kau pun nak jugakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk ;D

perlu ke amek gambar tertonggeng tonggeng?? kekekeke

Singgah masuk ke Legoland Shop yang cekik darah ni.. tiada pembelian disana.. tapi dua beradik tu merengek juga nak beli lego.. ohhh sorry tiada layanan yer hahaha.. biar makbapak ko bersikap kejam, daripada berkoyak rabak poket kena membeli.. muahaha.

 Khairine bergambar dengan Pakcik Mario jual roti kat Legoland hehehe

Opposite Lego Shop tu ada cafe, so ini gambar depan cafe.. 

Keluar je dari Lego Shop, terjumpa pulak pakcik niha tengah tido tengah panas sambil duduk kat bangku.. hehe

Comel giler.. bila datang dekat-dekat ko boleh dengar bunyi dia berdengkur hehehe.. rasa nak sepak je pakcik tu.

Tengah sibuk2 bergambar, boleh pulak tiba-tiba Danish nak 'membuang' so kena cari toilet yang terdekat dulu sebelum meneruskan mengembaraan heeee.

Depan toilet pun ada juga patung Lego ni.. selesai 'membuang' ambik gambar lagi. Kan aku dah bilang, setiap pelusuk Legoland tu mesti ada patung-patung comel yang di fix pakai Lego, haruslah bergambar kannnnn ;)

Sebenarnya bergambar kat batang pokok ni sebab nak tunjuk KLCC nun kat belakang aku tu.. nampak tak????? kalau tak nampak, bukak mata kau besar2.. haha

Sebelum aku bercerita lebih lanjut dan cerita pasal apa permainan yang kitorang dah main kat sana, biar aku akhiri dulu entry ni. Itu akan aku cerita kat next entry ok.. See ya!!!! =)

5 comments:

  1. sepak je pakcik tu...tengahari2 buto nak tido...bessnya cik bedah dh sampai sana...mmg la afdal bawak kamera byk2 kan...

    ReplyDelete
  2. tentu anak2 yang paling seronok kan..

    ReplyDelete
  3. Tak mengapa kak bedah oi....mak sanggup baca sampai sudah walaupun dah basi hehe
    Tah bila dapat pergi....tunggu free boleh? Hehe

    ReplyDelete
  4. AJ ni bilalah nak sampai sana tah.....

    ReplyDelete
  5. bestnya bercuti ke legoland..tapi dorang kata masuk pun mhal kan..

    ReplyDelete