Friday, August 30, 2013

Kisah Duit Raya, Kpop & Buku

Balik dari beraya rumah June, lepas kekenyangan makan beriani kambing, kamiorang 'mengembek' pulak ke Wangsa Walk... hahaha. Planning asal nak ke Alamanda, tapi bila keluar je dari kawasan Ampang tengok MRR2 jammed nak mati!! ini tak boleh jadi.. to avoid jammed, kita ke Wangsa Walk ajos.. 


Tujuan utama nak ke sini pun sebab nak beli bag sekolah Danish.. tahun ni je bag sekolah dia dah empat ke lima kali bertukar.. hahaha ganas ko nak.. Khairine pun sama jugak. Bawak buku sekolah kemain berat.. rasanya dekat2 tujuh kilo kot. Aku kadang tolong bawakkan bag diorang ni pun terasa bebanan bag tu mana tak cepat koyak.. hurmmm


Danish : Mummy mummy, beli lah bean bag ni best lah.. besar pulak tu. Tak koser mummy nak beli Nish, harga kemain mahal.. lebih baik mummy buat sendiri lagi puas hati.. Mummy amek kain perca, mummy jahit lepas tu sumbat kekabu.. jadi beanbag.. lagi kerlasss hahahhaha.


Bermula lah kisah duit raya, Kpop & buku.. mari kita mulakan dengan kisah duit raya & Kpop dulu yer Bedah.. =)

Hari tu masing2 bawak duit raya masing2. Aku cakap kat KhaNish, Please bring your own duit raya to buy anything you want ok.. Maka Khairine bawak seratus hengget, Danish bawak limaploh hengget. At least diorang dapat juga merasa berbelanja dengan duit raya diorang kann.. so balance duit raya tu nanti boleh simpan dalam Amanah Saham Didik uolls. Tengok.. bijak tak mak ko mengatur perbelanjaan?? hahaha


Ini dekat kiosk yang jual barang2 Kpop. Kononnya Danish kan budak Kpop.. haha. Bila dia nampak je kiosk ni, terus ajak menyinggah.. kebetulan ada pulak jual bag sandang.. hah!!! apa lagi terus dia meluru ke kisok ni. 


Nampak????? Kpop tak anak jantan ai?? hahaha. Budak ni obses betui dengak Kpop, adoiihai umur baru 8 tahun nyah... Seluar biru, cap G Dragon, bag galas ni beli untuk pakai bawak sekolah ok!! G Dragon juga.. mak pun tak tahu G Dragon tu apo.. skali cina yg jual ni beriya2 explain kat aku apa itu G Dragon.. rupa2nya G Dragon tu ketua kumpulan Big Bang.. ok, Big Bang pun mak tak kenal yer.. Bean Bag mak tahu!! hahahaha

Cap tigaplohlima hengget, bag tu patploh hengget.. bawak duit limaploh hengget.. balance doploh hengget Babah dia tambahkan.. hahaha suka hati ko lah nak, janji belajar pandai2.. jangan belanja pandai2 sudehhh.. hehehe

Jom tengok Khairine pulak apa dia buat dengan duit seratus dia tu.. =)


Rambut kemain kembang macam sarang tebuan.. kisah rambut kejap lagi ada cerita tersendiri.. karang kat bawah aku cerita eh.. 


Kalau dah nama pun perempuan, mesti nak cari benda2 yang comel.. nasib baik budak ni tak terjebak dengan Big Bang macam adik dia hehe


Pilih punya pilih, Khairine kata dia tak cukup singgit.. Mummy, tolong tambah kan lagi seringgit boleh? Khairine bawak duit seratus sembilan ringgit lah.. Hahaha dasar kanak2.. dia kira duit ala2 macam tak cukup je.. apa lah salahnya guna duit seratus tu nak oiii.. tak apa, Mummy tambah lah yer lagi seringgit tu =)

Pesanan aku juga pada haritu, dengan duit raya yang diorang bawak, aku suruh diorang beli buku aktiviti & buku cerita. Lebih baik beli buku daripada beli benda2 yang tak berfaedah yer dak??!!


Dengan bekalan duit seratus Khairine, kamiorang masuk ke MPH. Aku suruh diorang pilih apa buku yang diorang nak. So beli buku aktiviti & buku cerita. Haritu Khairine belanja Danish beli buku. Sebab duit Danish dah habis beli cap & bag Big Bang.. hahaha cute je kannn =)

Buku Aktiviti Khairine & Danish

Buku2 cerita Khairine & Danish.. ;)

Settled beli buku, nak massage pulakkkkk.. Ok layankan je lah ;P

Nak tahu cerita pasal rambut kembang Khairine tadi?? Aku memang nak bawak Khairine ke saloon pun.. nak adjust sket rambut dia yang kembang tu.. ingat nak potong style bob tapi entah bila lah nak ke saloon nya.. Alang2 ada saloon kat Wangsa Walk, aku terus taler kan kepala Khairine kat sana.. potong terus rambut kau yang kembang tu.. tak tahan aku tengok rambut kembang Khairine berleluasa.. hahaha


Kasi potong rambut kembang Khairine ye.. hehe


Readyyyyy??? cuba cari dimanakah saya??!! hahaha phuiii


Hasilan cemerlang!!! selamat tinggal rambut kembang.. hahahaha


Thank you to Strawberry Hair Studio.. =)

So itu je lah kisah Duit Raya, Kpop & Buku.. Puas hati KhaNish dapat berbelanja dengan penuh hemah suku dari duit raya diorang.. hehe. Hope adik2 diluar sana pun menggunakan sebahagian duit raya adik dengan baik yer.. elakkan pembaziran & jangan lupa menabung okeh.. Khidmat nasihat cemerlang ini dibawakan khas dari Makcik Zaza.. Makcik????? muahahaha

Open House Sekitar Ampang

Tergendala cerita aku lepas aku dapat call dari emak.. Terkejut dengar berita emak kata ayah Bob meninggal.. Al-fatihah. Korang ingat lagi tak bff aku yang aku gi tengok teater Chow Kit Road kat Istana Budaya hari tu?? haaa ayah dia lah meninggal semalam. Terus aku EL half day. Mari lah sama2 kita sedekah Al-Fatihah buat arwah.. 

Alhamdulillah... segala upacara pengkebumian berjalan lancar.. Takziah buat Bob & family.

Ok jom aku sambung cerita aku Ahad haritu. Dua undangan open house yang aku terima.. kedua2nya area Ampang je.. dekat dan tak payah nak fikir pasal jammed sana sini. 


Rumah pertama open house kat rumah kawan Nizam... rumah dia dekat giler ngan Bukit Belacan.. hey hey hey.. bukan bukit tu ada belacan hokeyy.. nama je Bukit Belacan.. buruk benor nama bukit belacan kann??? tapi sekarang nama buruk tu dah bertukar ke Taman Rimba Ampang tau.. kan helok nama tu.. =)


Kawan opis Nizam, orang CIMB jugak tapi aku tak kenal lah kann.. sebagai isteri yang terhormat, aku pun ikut lah sekali ke open house kawan suami aku tu.. pergghh terhormat sangat ayat kau nih. hahaha

Ini bukanlah makanan pertama aku.. ini menu kedua aku makan haritu haha.. laksa singapore. Dah lah lapar, ini pulak rumah pertama aku pun bedal je lah apa yang aku nak makan. Laksa Singapore ni sedap weh.. betul ke laksa ni bogel macam ni je?? ke dia ada ramuan2 lain on top macam laksa penang??  Eh tak tahu lah aku, sebab Danish yang tolong ambil kan laksa ni untuk aku. hahaha sikap pemalas mak ko tak pernah berubah!! haktuihhh 

Sila lah makan memakan.. aku dah surrender. Sebab dah terbayang nasi beriani gam Ruz Aladdin lepas tu. ;)

Rumah kedua pulak kat Ampang Jaya. Rumah June.. June ni classmate aku masa aku form 3 kat sekolah Ampang Girl dulu.. since dari sekolah lagi lemah lembut orangnya si June ni.. geram rasa nak picit2 je dia haha.

Perjanjian dengan Anne, Shida, Ina & Kay pukul 3+ nak sampai.. helok je pukul 3 aku dah terpacak depan rumah June.. haha nampak tak kau sebenarnya tak sabar nak makan nasi beriani dia??!! sekali aku masuk je rumah June tengok.. ek eleh si Anne dah sampai rupanya.. waduh waduh.. awalnya minah ni sampai.. ke kau tak sabar juga nak makan nasi beriani mek?? hehe

Beriani Gam Johor yang mabelessszassss. Actually si June ni anak taukeh Restoren Ruz Aladdin.. so makanan2 ni semua dia order je dari kedai parents dia hahaha.. senang banyak kau kan June!! ;P

Dan pasangannya.. si kambing yang sodapppss

Ayam masak merah Ruz Aladdin

Jelatah

Teh tarik & apa ke nama air ni aku tak ingat kaler oren.. tapi bukan air oren.. pffftttt

Siapa peminat tegar original beriani gam johor,  boleh lah makan kat kedainya sendiri ye.. kat area Ampang Point je, berdekatan dengan Flamingo Hotel. lain2 info sila google ajos.. 

Gambar kitorang haruslah ada.. mana boleh tunjuk gambar makanan ajo kennn.. June yang tudung pink tu.. tudung biru Anne, tudung oren Shida

 Aku & mak buyung comel yang bernama Shida a.k.a Dot.. bulan depan ko dah nak meletop Dot aku plak yang nebes lebey.. hahaha

The Joyah Anne & Shida

Time ni Ina baru sampai, so aku tolong pegang Rania anak Ina yang comel giler.. aku rasa macam nak pinjam bawak balik rumah 3-4 hari lepas tu pulangkan semula kat makpak dia hahaha...  maklumlah ai kan tak ada anak kecik.. hehe. Yang si Kay pulak otw tak abes2.. akhirnya sampai sudah aku tak jumpa ko Kay sebab aku gerak awal.. sobss =(

Btw, thx June for the invitation. Actually ni open house kecil2an je among us yang ex schoolmate... tak payah panggil ramai2 sangat karang susah nak menjoyah.. next time kita gather lagi kat rumah ko yer June.. ;)

Wednesday, August 28, 2013

Jamuan Hari Raya Sekolah

Murid2... sila bawa makanan seorang satu jenis ye. Pihak sekolah akan mengada satu Majlis Sambutan Hari Raya pada hari Sabtu ini.. hehehehe ada gaya macam cikgu manja tak bagi arahan kat anak murid?? Itu kalau aku yang jadi cikgu lah. Aku akan berdiri depan kelas berhadapan dengan murid2 dalam kelas dan bercakap dengan suara lantang.. hahaha verangan sangat kau Jah.. phuihhh!!

Aku syak cikgu Khairine pun guna dialog yang sama macam dialog kat atas tu.. Suara nyaring cikgu tu pun mesti sama macam apa yang aku bayangkan. LoL

Majlis ni minggu lepas. Hari Sabtu ada sekolah ganti kat Sekolah Agama Khairine. Suppose Khairine kena pergi sekolah kebangsaan juga (sessi pagi)... tapi dia malas nak pegi.. pemalas betui budak tu!! so Danish sorang je lah yang ke sekolah ganti pagi tu. 

Majlis kat sekolah agama Khairine start pukul 2.30pm, pagi sebelum majlis start aku boleh relax kejap sebelum berperang kat dapur untuk sediakan foodies untuk Khairine bawa ke sekolah dia tengahari tu. Ok ngam!!

Nak tau ke apa yang ai perangkan kat dapur??? nak tau ke apa dish yang ai sediakan?? hahahahaha malu lah dengan uolls *tutup muka* ... haktuihhh!! apo yang kau nak berperang sangat kat dapur ni Jah oiii???!! hahahahaha

Tadaaaaa!!! "Epok-Epok Ayam".. special tau ni siap pusing bagai.. ko mampoo buat epok2  pusing??? Lagi special epok2 ni aku beli kat pasar tani sajokkk hahaha special lah kenn?? ;P

Nahh kasi zoom in sket lagi.. malas aku nak buat sendiri Bedah!! bukannya aku reti pun nak buat.. koser aku nak pusing2kan tangan aku nak buat karipap pusing nih.. beli yang frozen punya lepas tu goreng je kat rumah.. haha dasar pemalas punya emak ;P 

Nak tau apa lagi satu menu yang aku sediakan??

Tadaaaaa "Fried Pasta Black Paper Tomyam with Prawn".. giler panjang nama menu kau.. phuiii.. itu nama yang aku reka sendiri je sebenarnya.. menu pun aku cipta sendiri.. hebak tak Kak Ton???? muahahahaha. Jangan sampai terberry2 sudah lepas orang makan pasta aku ni..  :D

Resipi tak payah lah aku share kat sini ye. Korang tengok nama menu tu pn korang dah tau apa isi kandungan menu tu sebenarnya.. hahaha sila buat sendiri!!

Pukul 2pm aku pun hantar Khairine ke sekolah dengan bawa sekali makanan hebat dari emak dia ni.. hehe. Aku bagi permission kat Khairine suruh dia bawa kamera ke sekolah.. so kat sekolah dia boleh lah bergambar retis dengan kawan2 dia.. ada juga lah memori daun pisang dia nanti tat kala dia dah besar.. haha ayat kau tu yang tak menahan.. :p


Kannn??? kan aku dah kata.. bergambar retis dengan kawan2 dia kat sekolah... hahaha 

Ini kawan baik dia.. Damia.. Dulu masa sekolah kebangsaan diorang ni satu sekolah.. Mid year hari tu si Damia ni pindah ke sekolah lain tapi masih di sekolah agama yang sama dengan Khairine.. so tak terpisah selamanya lah minah dua orang ni.. =)

Classmate Khairine.. kemain bergaya lagi budak2 ni dengan baju raya masing2 =)
Kemain sentap Khairine bila aku tanya yang mana satu bf dia dalam gambar ni.. hahaha

Ini yang pompuan2 pulak... classmate Khairine.. ehh kenapa anak aku rendah je dari budak2 lain?? emmm keturunan kot.. sebab aku pun tak berapa nak tinggi jugak.. haha

Bila dah besar sok korang tengok gambar ni mesti korang akan cakap sesama sendiri & gelakkan diri sendiri tengok muka masing2.. hahaha

Korang ni pun sama.. mesti korang gelak guling2 tengok muka sendiri bila korang dah besar sok.. haha. Tak apa lah nak, makcik akan semadikan gambar korang ni dalam blog makcik ye.. *makcik???????????* hahaha

Balik tu aku tanya Khairine..  habis ke karipap & pasta?? ada tak orang cakap pasta Mummy tu sedap?? dengan slamber Khairine jawab karipap ada lagi 2-3 bj je tak habis, pasta dekat2 nak habis.. tapi tak ada pulak orang kata pasta mummy tu sedap.. hahahaha kecewa mak kau!! 

Monday, August 26, 2013

Happy Birthday Emak

Bukan maknenek yer Bedah.. tapi Emak/ Nenek =)
HAPPY BIRTHDAY EMAK.. semoga panjang umur, murah rejeki & diberi kesihatan yang baik. Harap berbahagia bersama anak2, menantu & cucucs emak. Especially anak mak yang bongsu lagi comel ni.. haha *tercekik batang jagung lah orang yang baca statement ko ni Jah!!*

Actually Jumaat lepas birthday emak aku, 23 August 19xx.. cehhh nak berahsia pulekkkk.. macam lah emak ko tu artis namplohan!! hahaha. Tak ada maknanya rahsia, emak aku lahir pada tahun 1948. So umur emak aku dah 65 tahun untuk tahun ni. 


Sebelum aku merapu lebih jauh lagi, meh aku story sikit pasal emak aku..  Emak aku ni seorang yang garang berbanding dengan arwah ayah. Arwah ayah memang seorang yang baik hati. Kalau emak marah anak2, ayah mesti menjadi back up besar pada anak2 dia.. Haruslah kan, siapa lagi nak back up anak kalau tak parent sendiri. Setengah orang tu, kalau isteri tegas dengan anak2, suami pulak sebaliknya. Kalau suami tegas dengan anak2, isteri pulak sebaliknya. Itu zaman dulu2 lah, masa aku kecik2.

Kalau aku nak cerita pengalaman hidup aku dari zaman aku lahir sampai sekarang ni memang tidok ler Bedah!! aku start cerita ni dari tahun 2004 ye... kalau rasa nak tahu, baca lah. Kalau rasa meluat tak payah lah yer.

Pada tahun 2004, emak disahkan menghidap barah payudara (breast cancer). Aku ingat lagi time tu bulan puasa. Lepas je emak tahu dia ada breast cancer, dia menghadapi dugaan yang besar dari Maha Esa dengan penuh tabah, terpancar dimuka emak bahawa dugaan itu ada lah bahagian buat dia. Aku respect sangat. Kamiorang adik beradik bagi macam2 semangat & meyakinkan emak supaya dia tak susah hati, tak memikirkan dugaan Allah yang besar buat dia pada masa tu.

Hospital Pantai Ampang (formally known as Hospital Pantai Indahmenjadi saksi segala ujian yang emak hadapi masa tu. Jumpa doktor, x-ray, buat ujian, check tissue2 dari payudara emak, doktor mengesahkan breast cancer emak dah di tahap empat.. Ya Allah, apa yang kau rasa sebagai seorang perempuan?? Aku pun terus jadi takut, sedih, hiba & macam2 perasaan lagi timbul dalam diri ni.. apatah lagi perasaan emak aku yang menghadapi ujian hebat dari Allah pada ketika tu.. =(

Doktor suggest operation kena buat immediately. NO after raya, NO next month, NO NO NO!! Tak sampai seminggu lepas buat ujian tu, emak kena buat operation juga. Doktor kata sebelah dari payudara emak diharuskan buang.. sobsobsob..

Selesai je operation, aku tengok muka emak penuh tenang dalam menahan kesakitan selepas operation. Seminggu lebih juga kami sekeluarga berkampung di Hospital Pantai Ampang. Especially Arwah Ayah. 

Doktor jugak mengesahkan chances untuk emak hidup hanya 5 tahun selepas operation. Apa2 pun jodoh, ajal, maut Allah yang tentukan. Bukan dari Doktor/ manusia.


Alhamdulillah. Sampai harini Allah masih lagi memberi emak peluang untuk hidup selepas 9 tahun menghadapi Ujian&Dugaan dariNya & masih sempat menyambut harijadinya yang ke 65 tahun... thank you Allah =)


Sebelum potong cake, Khairine volunteer nak baca doa selamat. Alhamdulillah, gud girl =)
Nenek, Babah, Mummy, Danish tadah tangan mengAmin kan doa yang Khairine baca.


Sorry ye mak, adik cuma belikan emak cake dari bakers cottage je. 
Mak jangan lah amek hati ye kalau mak tengok anak menantu & cucus emak celebrate birthday kat tempat2 yang elok.. hehe. Aku ada juga beli KFC haritu, so simple celebration untuk emak kat rumah lah gamaknya.. 

Eh fyi, emak aku ni sebenarnya tak suka pegi makan kat tempat2 bagi dia mahal. Dia tak pernah request apa2 atau mana2 tempat makan yang mahal. Dia lebih rela makan kat kedai2 tomyam biasa je, itu pun dia memilih juga lah kedai2 tomyam yang dia rasa dia yakin & boleh diterima tekak. haha dasar tekak orang lama memang begitu ;P

Tapi aku dengan Nizam pedulik haperrrrr.. kamiorang hangkut je hahaha
Last year kan, masa celebrate birthday Nizam.. dia terkejut sebab kamiorang bawak dia makan kat Hard Rock.. hahaha tapi itu mula2 je.. lepas dah lepak dalam tu order makan bagai...


terus dapat kawan.. hahahaha.. Elok je akak waitress ni berborak santai dengan mak aku time tu, mak aku ni pulak bangsa memang suka berborak. Tak kira kat celah mana, dengan siapa pun dia boleh bantai borak.. Ok gud mak, teladan tu sekarang anak bongsu mu ini mewarisinya hehe.

Ok lah, itu je serba sikit kisah emak aku.. lagi sekali HAPPY BIRTHDAY EMAK NENEK!!!! xoxoxo ;D

Tuesday, August 20, 2013

The Conjuring

Hello hello hello.. hari ni aku dah boleh melupa & melupuskan cerita pasal Imotiv semalam.. hari ni aku dah remove & back to normal comment box. But some of comments di Imotiv, aku syak dah terdelete terus kot sebab aku tengok yang tinggal hanya comment2 through kat sini ajos.. Ok tak kisah, janji ai dah tak payah nak fening sampai fitam lagi kennn.. heee *urutdada*

Korang dah tengok cerita In Conjuring?? aku baru je tengok cerita tu semalam. Aku dapat email dari Nizam tengahari semalam.. Yang jom kita tengok wayang cerita In Conjuring.. You nak tengok pukul berapa? 6pm, 8pm or 10pm?? Dalam hati aku auuwww laki ajak tengok wayang.. bajet ala2 macam zaman bercinta pulek... hahaha 


Selalu kalau tengok wayang, bawak KhaNish sekali. Tapi disebabkan cerita In Conjuring ni cerita hantu momok, maka mereka berdua dok rumah sajo.. biar makpak ko je yang pergi tengok berdua-duaan berpegang-pegangan pffffttt.





Cerita ni dah ada kat cinema since 19 July lagi, semalam aku & Nizam baru berkesempatan nak tengok. Walaupun dah sebulan lamanya ditayangkan dipawagam. Setakat semalam, masih ramai lagi orang datang tengok okeh.. 

Tak usah lah aku ceritakan sinopsis cerita tu kat sini eh, korang boleh pegi tengok sendiri kat cinema. Kalau tak ada pun, beli lah DVD kot2 dah keluar ke kat kedai2 jual CD.. pastikan yang original yer Bedah!!

Nasib lah aku ni tak ada lemah jantung.. Kalau tidak mau keras kejung aku dalam panggung semalam.. haha. Takut weh tengok cerita ni semalam.. terkejut-terkejut aku dibuatnya. Menjerit2 juga lah aku dalam panggung tu.. cisssss!!



Nizam memang dah sound aku awal2 dah.. you have to get ready to jerit ok! haha boleh pulak kena sound dengan laki ai macam tu *blushing* sebab dia tahu aku ni kalau tengok wayang cerita hantu siap tutup muka, tutup mulut, menjerit tak hengat punya... silap2 panggung sebelah pun boleh dengar jeritan batin ku ini.. huahuahuahua

Last time kamiorang tengok cerita Ju-on pun aku boleh menjerit bagai nak rak!! Apa kejadahnya?? Padahal cerita tu cerita hantu bodo je.. aku pulak yang over. kahkahkah. Akak pedulik haper.. janji akak puas dapat jerit.. 

Propa sangattttttttttttt.. time ni movie belum start. Lampu pun terang benderang lagi.. muka nampak macam cuak semacam je.. haktuihh!!

Luorang ingat lagi tak lampu dot dot kat entry ni ??? Lampu ni dah bertukar kaler ko.. tantik plak kaler ijou putih.. rasa macam nak petik jew.. haha itu sangat over! pelis jangan berperangai sebegitu!! ;P

Monday, August 19, 2013

Saya Perempuan Baru Belajar

Yer lah perempuan.. bukan budak lagi yerrrr.
Tak kan nak letak 'Saya Budak Baru Belajar' pulak.. Euuuwww tak sesueiiii gittew ;P

Haritu ada registered & download Imotiv kat handphone. 
It's work. Tapi masalahnya aku ni bodo sket *sikit je taw* tang nak menggunakan app Imotiv kat hp & nak import google reader >_<

Tahu lah juga serba sikit pasal Imotiv ni. Apa function Imotiv, asla usul Imotiv.
Tapi bab2 nak explore some of the things, itu yang membuatkan aku jadi fening sampai nak fitam.

Memandangkan ada komentar.. cehhh macam lah ramai naw follower ko nak komen kan Jah!! haha
Some of them kata Apahalnya susah nak komen ni Zaza?? 
Susah macam mana tu aku tak pasti plak.. hanya uolls je yang tahu apa masalah problemnya bab2 nak komen tu. 
Aku cuba juga lah nak tahu apa masalah problemnya dengan kotak komen tu.. Tapi bagaimanakah?????????????????? aku sendiri pun tak tahu ni.. 
Ini lah masalah bosar den sekarang ni Bedah!!

Adoiiiihaiii macam mana boleh jadi macam tu eh?? *kan dah kata aku ni bodo sikit je.. apa pun tak tahu* :D

Aku nak import subscriptions from google reader tu yang aku tak berapa nak pandai tu.. 
link : Ikut tutorial Imotiv pun tak bulehhhh.. 
tak boleh tu sebab aku tak reti sebenarnya.. huwaaaaa sob sob sob =(
At the same time aku mencari jugak solution dengan bertanyakan Pakcik Google.. 


Sebelum aku jumpa solution ni, kalau korang sudi nak share & ajar aku yang tak pandai ni, amatlah dialu-alukan..

thanks in advance =)

Friday, August 16, 2013

Unexpected

Memang tak expect pun benda ni.. *apa kes ni??* 
Elehh tukar tayar kereta je pun eheehehe itu pun nak tunjuk gempak.. haktuihh ;P

Sepatutnya hari ni aku cuti. Nizam pun cuti.. 
tapi disebabkan ada masalah yang tak dapat dielekkan, so aku terpaksa lah cancel cuti.
Tuan Nizam tetap juga bercuti harini.

Sebelum ni aku ada mengadu kat dia yang tayar kereta aku dah botak & diharuskan tukar.
Sementara belum tukar tayar, Nizam suruh aku exchange tayar dulu yang depan ke belakang & belakang ke depan.

Aku pun dengan comelnya pergi lah ke kedai tayar haritu.. kononnya nak buat lah apa yang dicadangkan oleh sang suami.
Ek eleh skali cina kedai tu kata Ini tayar sudah kena tukar.. sudah ada picah sikit.
Dangggggg aku dah cuak!! cepat naw menggelabahnya aku nih haha

Aku ni bangsa pandai bawak kereta je.. check2 engine ke, pam tayar ke apa bagai memang aku agak bodo sket.. *sikit je tau!!* haha

Rejeki harini nak tukar tayar, tak expect pun harini tukarnya. Aku berfikiran nak tukar lah cukup bulan nanti.. sekali Tuan Nizam boleh pulak terus ke kedai tayar.. 
Hah chantek sangat lah tu Bie.. sapa suruh you pergi.. kan dah kena keluar duit.. hahaha 
btw thanks sebab tolong isteri you yang tak pandai apa2 pasal kereta ni yer.... 
ayang you angat-angat.. kiss sikit.. muahhhhhh LoL 

Mula2 Nizam send 1 gambar dulu.. aku syak ini tayar depan. 
Ek eh nampak kaki you tercelit kat dalam gambar tu hehe

Ayokkkkk semua dah ditanggalkan.. gonjeng susah kereta tak ada tayar.. hahaha bengong!!

Ini lah tayar yang dah dah dibogelkan dari rim kereta ai.. 

Nizam kata tayar kereta aku ni depan dengan belakang dah haus.. 
Tayar depan udah botak sebelah luar, tayar bekalang pulak udah botak dibahagian tengah ajos. aikkk apakah??? *nampak tak sebenarnya aku tak tau apa2 pasal kereta??*
main iyerrrrrr kan je apa orang cakap.. hahahaha

Ok, done tukar tayar.. haruslah kena buat allignment & balancing kann.. 
nah ini lah gambar yang Nizam whatsapp kat aku.
Aku haram satu benda pun tak paham apa benda ni.. hahaha  dasar sangat ko Jah!!

Tiba2 dia whatsapp aku gambar ni plak.. 
Ehhhhhh apa kena megena dengan I Bie??? 
Kereta ai kan dah ada sport tim yang merelip-relip tu.. haha

Berkenan, tapi kalau nak trade in rim kereta I, I kena tambah lagi limaratus. 
Ayoyo rupa2nya dia udah berkenan dengan itu rim.
Nak tukar rim kat kereta dia dengan rim yang baru kononnya.. hahaha

Aku pun reply Ok lah tu cantik.. you tukar rim kat kereta you tu ambik yang baru ni.
Lepas tu terus dia senyap sedu dalam whatsapp.. haha

Bie, sila baca ni... ucapan ni khas I tulis untuk you kat blog chabok I ni..
Berapa hengget lagi you tak cukup?? I boleh tambah doposen je kalau you nak, kalau tak nak doposen I up lagi tigaposen.. cukupkan jadi limaposen
muahahaha. Konghajar punya bini.. 

Joking je lah Bie.. kalau you dah berkenan sangat, you rembat je lah pasang kat kereta you. hehe

Pada mulanya haritu Nizam dah kecek kat aku, dia nak rim kat kereta aku tu masuk kat kereta dia.. amboooihhh.
Tapi aku tak setuju!! sebab nanti jadi tak tantik lah kereta ai kalau tak ada rim.. mana boleh kereta you sorang je yang nak tantik2.. hahahahhaha 
Kalau you nak, you pegi beli rim lain untuk kereta you.. jangan kacau rim kereta I okeh ;P


Btw, thanks Bie sebab tolong tukarkan tayar kereta I.. nanti time nak service pun you tolong bayarkan sekali eh.. kihkihkih :D

Gambar2 diatas ehsan dari camera hp laki ku.. 
Aku yang suruh dia snap gambar tu secara paksaan.. hahaha ;D